Saturday, May 31, 2014

For Sale: iPhone 4s


Nak let go phone ai.
Warna putih 16GB.
Complete with charger, box & accessory.
Masih cantik takde calar.

SOLD
COD area Damansara.
Kalau berminat email





Friday, May 30, 2014

School Holiday Workshop


Smalam last aktiviti skola Zara
musim cuti sekolah ni.

Reusing and recyling is a Big project for the Earth.
Little Children, Big Projects.
It's more than what you see and think:)



copypaste dari GA's FB


Tak sempat masuk kete lagi
excited nak tunjuk Mummy
ape yg dia buat.
Masa dlm kete habis semua bawak keluar,
tak leh fokus ai nak driving hihi



Amik dia pastu terus gi Giant.
Lunch kat Kenny Rogers.



Nak bgtau ni satu2nya
printed shawl yg ada.
Itu pun free masa beli emas kat PohKong haha
[link]



Thursday, May 29, 2014

Pakai taknak bukak-bukak


Tak tau la anak org lainkan,
tapi anak2 ai ni ada satu perangai.
Semua sama masa kecik sblom 2 thn.
Nak pakai baju tu je xnak bukak2.

Ariq ni peminat Thomas & Friends.
So Daddy dia beli la sepasang baju.
Punya la dia suka.
Tak sempat nak basuh,
dia mintak nak pakai baju tu.
Nangis2 selagi tak pakaikan.

Masalah timbul bila nak bukak baju tu.
Bila nak mandi ke nak basuh berak ke.
Punya la mengamuk,
sampai nak bawak masuk dlm bilik air.
Takut sgt baju tu hilang.
Dah mandi pun nak pakai baju tu balik.
huhu seksa nak tenangkan dia.



Pantang nampak baju Thomas dia,
confirm nak pakai dan dan tu jugak.
Jadinya tiap kali nak basuh,
cepat2 sembunyi dalam laundry basket.
Itu pun dia siap selongkar cari.
Bila dah basuh, time nak sidai,
make sure dia tak nampak.
sama la bila nak melipat.
Ha nampak betapa mummy ko ni
paranoid takut ko perasan hahahaha
Tapi camne seksa pun,
ai tetap pakaikan dia byk kali gak.
Suka tgk muka dia berseri2 happy
dpt pakai baju feveret.

Time akak2 dia dulu,
baju feveret dorang yg disney princess.
Tu dorang pun sama
tak nak bukak n nak pakai baju tu balik
pas mandi huhuhu

Haha yang ni plak
Ariq sibuk nak pakai tudung Zara.
Bila pakai kata "mimi" (Mummy) :p



Adoi la anak,
sabar je la kan ngan
perangai dorang ni.
Macam2....

Wednesday, May 28, 2014

Belated Birthday Celebrations


Dinner Birthday Anis & Elin kat Johnny Rockets.



Selain dari menikmati makan,
kat sini dpt gak hiburan dgn menari
dari staff2 JR.
Byk kali kot dorang kena menari,
tiap 20-30min agaknya.
Jadi kalau nak keje sini,
kena ada keyakinan yg tinggi tuk
menari depan orang ramai hihi



Ada amik video tp
malas plak masuk dlm blog ni haha

Antara makanan yg diorder,
jgn tanya nama menu
sbb tak ingat :p



Portionnya mmg besar2.
Makan separuh dah full.



Kalau makan burger tu,
bukak mulut sebesar alam pun,
lom mampu dapat sumbat.
Tu ai la org lain tak tau haha

Price dari RM15 ke atas.



Tak cukup ahli kumpulan.
Nowwa tak dpt datang,
tak bape sihat huhu



Nampak tu sape yg hover depan lilin.



Dorang berdua tu tgk main kat tepi,
bila nampak ada pasang lilin,
dan dan laju himpit rapat.
Sabor je la.
Konsep birthdaymu birthdayku juakan.
Redha je la.



Beli cupcake je 2 ketoi,
simbol sambut birthdaykan.
Skang ni xnak dah nak makan kek besar2 haha.
Faktor umur :p


Tuesday, May 27, 2014

Dating ngan orang Korea


Smalam lunch kat Pizza Hut.
Tapi tak makan pizza,
ai order Oglio.
sedap dan pedas :)



Anak2 pun makan pasta,
cam biasa la carbonara.

Ni la lunch date ai.
Tapi bukan couple berdua.
Askar2 kenit pun kena bawak skali hahaha



Sepupu ai Azhar kalini balik
Malaysia for good.
Belajar kat Korea pastu
kerja kat sana 2-3 tahun.

Keje kat building sebelah OU.
Tu yg whatsapp dia
ajak lunch sama.
Sejak dia balik sini,
blom sempat nak borak lama2.
Jumpa sblom ni pun kejap2 je.

Thanks to him sbb blanje lunch.
Pastu dia masuk opis balik.
Ai n anak2 ape lagi tawaf OU la.

Masuk H&M bgtau anak2,
pilih baju yg berkenan.
Tp dgn syarat harga tak lebih RM30 sehelai hahaha
Yg Ariq tu ai la ambil,
idak la pandai lagi pilihkan.



Dah penat ke sana sini,
ngan melayan Zara berak,
Ariq menyusu,
Aliah nak cokelat
balik umah rehat,
sbb pas Maghrib nak keluar balik,
jumpa kekawan plak.

Sunday, May 25, 2014

Keputusan BWF Thomas Cup 2014


Hajat nak negara Malaysia
menjulang lagi Piala Thomas xkesampaian.
Game td memang sengit giler.
Nak nak last game Darren & Ueda,
memang tak keruan.
Sakit jantung stress semua cukup hahaha

Kemenangan Piala Thomas kalini
berpihak pada negara Jepun.
Player Jepun ramai yg comel okey hahaha
sempat lagi tu cuci mata.



Anak2 teman 1st game je,
pastu semua tido.



Aman sket ai nak tgk.
Tapi tgk sorang2 pun xbest.
Kalau la Zaf pun ada sama huhu

Walaupun kalah tapi
ai tetap nak wish congratsss
sbb dah cuba sedaya upaya.
Kita kalah pun kalah yg bermaruah.



TAHNIAH MALAYSIA!!!


Friday, May 23, 2014

Random Pictures


Random pictures for this weekday
except harini la hihi.

Breakfast with my boifren
lepas hantar akak Zara skolah.
Aliah & Zaf tido kat umah.



Lunch ngan Mak Tok & Tok Abah,
terjumpa dorang kat TCRS.
Ape lagi join la skali.
Tq Tok Abah belanja :)



Tertido sambil wat homework.
First time ni dia mcm ni.
Penat sgt la tu.



Dinner Char Kuey Teow Special, Gulam Mee.
Udang je ada 5 ekor besar.



Minum petang kat JCO.
Semestinya amik perisa Durian.
nyum nyum...



Beli brg dapur sket ngan hero2.
The Girls kat umah Mak Tok.



Subuh esok,
hantar Zaf ke KLIA.
Dia nak ke China 6 hari sobsobsob.
Cuti sekolah ni xdapat plak nak ikot :((
Zara ada program sekolah minggu depan.

Thursday, May 22, 2014

Belanga, Empire Shopping Gallery


Penuh ngan toys tersusun atas meja.



Kalau keluar makan ngan anak2 ni,
mmg xleh tinggal toy masing2.
Dalam handbag ni,
brg kita sket je,
penuh ngan barang budak2.
Kakak2 dia pun sama.
Tapi skang nasib masing2 dah bawak sendiri.
Bg dorang pakai bagkan,
kekadang tu masuk jugak dlm handbag mummynya huhu

Akhirnya hajat nak makan Laksam
kat Belanga tercapai hihi
Sblom ni 2x pegi misi gagal. [link]
Laksam habis.
Pegi time dinner mmg harapan la sgt.
So kali ni pegi time lunch.

Order air asam boi & coconut shake.
Serious air kelapa tu sedap.
Giler tak sedap RM12 segelas haha



Zaf makan Nasi Dagang Daging.
Sedap katanya.



Ai ofkos le Laksam.
Memang terbaik.
Banyak plak tu,
kekenyangan la perut :p



Zara Aliah xnak makan.
Dorang request nak Kenny Rogers.
Pas ai n Zaf makan,
ke KR teman kakak2 bertuah ni makan.
Macam2 anak2 ni, sabar je la.

Wednesday, May 21, 2014

Hari Ujian Pemilihan Penempatan SK Taman Tun Dr Ismail (1)


Masa hari ujian pemilihan,
hujan renyai satu hari.
Agak kelam kabut semua parents,
hantar anak2 pagi tu.

Kena Q depan dewan,
tuk submit borang dan amik no giliran.
Zaf je yg gi beratur :)



Tentatif program hari tu.



Hantar dia ke kelas,
ujian ni amik masa 1jam setengah.



Lama okeh,
ai yg nervous masa tgk dia.
Bgtau dia,
teacher nak bagi homework,
Zara buat semua ok.

Lepas hantar ke kelas,
parents kena tunggu kat dewan.
Masa dalam dewan,
ada taklimat dari Guru Besar
dan persembahan murid2.



Ai n Zaf keluar dewan
gi ngintai Zara wat exam hihi



Giler tebal okey paper dorang.
Ada ujian BM, BI dan Maths.
Tgk soalan dari jauh,
mcm susah jugak,
dgn kena fill in the blanks bagai.
Bayangkan kalau ada anak2
yg xbole membaca,
memang confirm tak bole jawab.

Tapi seronok tgk ragam anak2 dlm kelas tu.
Ada yang memang menulis je,
ada yang blur
pandang kiri kanan.
Ada yang hyper,
siap kejar cikgu tanya ni itu hahha
comel okeh.

Tak tau la Zara sempat siapkan ke tidak.
Bila tanya dia,
dia jawab ok je huhu

Pemilihan dari sekolah 20%
selebihnya dari JPN Wilayah Persekutuan. [link]
Surat keputusan akan dikeluarkan dlm masa
2 bulan gitu, insyaAllah.

Masa datang ujian ni,
ada 300 lebih pemohon
tp yg akan masuk sekolah ni 200 lebih cmtu.
Lebih kurang 100 org bakal xdpt masuk.
Moga2 Zara dapat la sekolah ni.

Tuesday, May 20, 2014

Kenduri Doa Selamat & Sugar Glider


Balik dari akikah anak kawan,
pegi PJ plak,
umah Mak Lang ai.
Mak Lang Pak Lang buat kenduri doa selamat
sblom gi umrah Rabu ni (esok).
Dan ada sikit perbincangan keluarga,
nak hantar rombongan merisik
pas MakLang PakLang balik dari umrah.
First time kuarga blah abah,
nak merisik anak org.
Sblom ni yg kawin semua anak perempuan :)

Juadah kenduri.
Macam2 ada semuanya sedap.



Walaupun baru je makan
masa akikah kawan tu,
tapi makan lagi kat umah Mak Lang.
Mana berat tak naikkan haha

Pas dah makan,
ada lagi makan durian plak kat luar.
Makan 2 ulas je,
perut dah full giler.



Cousin ai Amir,
bawak pet dia sugar glider,
Melody namanya :)
Zara suka betul okeh.
Sampai orang lain xbole nak pegang.
Dapat pegang pun kejap2 je,
pastu dia amik balik.
Macam dia punya plak dah huhu



Macam biasa la
dia mintak kat Daddy nak
jugak sugar glider ni.
Tapi cepat2 ai ckp tak bole.
Sbb dah tau nanti ai yg kena jaga.
xkuasa lah.
Lagipun ai geli hahaha

Monday, May 19, 2014

Akikah Baby Maisarah


Sabtu baru2 ni gi
kenduri akikah anak kawan kat Sg Buloh.

Cantik betul deco kat buaian ni.
Comel giler okeh.



Baik sangat baby Maisarah ni,
tido lama betul,
sedap sgt dapat tido dlm buai tu.



Bestnyer dapat pegang newborn,
terus rasa nak baby lagi cepat2.
Pandang Zaf dia cakap lambat lagi haha
Tak sempat cakap dia dah tau :p



Tahniah Ned & Suami,
semoga kehadiran Puteri Hana Maisarah ini,
menambahlan lagi kebahgiaan
dan kasih sayangan kamu semua.



Rasa nak nangis,
lama mereka mendirikan rumah tangga
dan impikan cahaya mata.
Akhirnya doa mereka dimakbulkan olehNya.
Syukur Alhamdulillah.

Sunday, May 18, 2014

Chocolate OatChoco


Dapat masa kenduri.
First time makan
sedap rupanya.



Kat umah ni ada je oat,
tp malas giler nak buat haha

Nak kena beli lagi oat bar ni,
sape jual murah2
bgtau ek hihihi

Friday, May 16, 2014

Hari Ini dan Hari Esok



*pic from google

Selamat Hari Guru pd semua pendidik.
Jasa dan pengorbananmu mmg xmampu dibalas.

Harini sekolah Zara ada wat
potluck sempena hari guru ni.
Bawak M&M cupcake tuk cikgu n kawan2 dia.
Order kat adik ai je suh buatkan.
Patutnya ada gift jugak tuk teacher dia.
Tapi smlm ai xsempat nak belikan brg2.
Ai kata bagi minggu depan la.
Takpe la lambat janji bagi gakkan.
So wiken ni nak mencari
bahan2 tuk dia deco. :)

Esok penuh aktiviti.
Pagi Zara ada exam tuk Sek Rendah dia.
Berdebar weh,
harap2 dia bole buat dgn jayanya.
Petang plak kenduri akikah
anak kawan
Malam makan2 ngan sedara mara.

Thursday, May 15, 2014

Asal Boleh


Aliah Aliah,
ko ni mmg wat Mummy gelak.
Sblom tu amik gambar dulu
wat kenangan.
Esok dah besar leh tgk perangai
masa kecik2 kan hehehe

Mula2 ai gelak la,
pastu kesian.
Anak sape la ni mcm xterurus huhu


Time ni ingat lagi,
dia layan iPad sambil
makan milo cereal tu.



Perasan gak dia terangguk2.
Ingatkan dia main iPad tu la.
Rupanya ngantuk hehehe

Yang kat tangga katil ni plak.
Dia merajuk ngan ai.
Sampai tertido huhu



Dia main dlm bilik,
sampai terjatuh tempat sidai baju.
Tak kena dia pun,
tapi menangis.
Yg pasti ai tak marah pun.
Cuma cakap tegas dan keras,
jgn main dekat situ nanti kena dia lagi.
Menangis hihihi.

Aliah ni walaupun degil,
hyper tapi sensitif,
tegur sket cepat meleleh air mata.
Macam sape la kan :p

Wednesday, May 14, 2014

Beli Kasut pada Hari Ibu tapi


Ahad lepas gi OU,
lunch kat Charms.

Wajib order
rojak buah.



Zaf makan kuey teow goreng.
Skang ni dia xnak makan nasi.
Nak turun berat badan katanya.



Ai pun xnak kalah,
order Cantonese Kuey Teow.
Nak kurus ke gemuk ke sama2 hahaha



Tapi balik umah masak nasi.
Perut dah berkeroncong hahaha

Vietnamese Coffee feveret Zaf,
ai xpernah try minum.
Kopi2 ni kureng.



Dorang berdua ni bukan nak makan sgt.
Sibuk main buai kat situ.



Masuk kedai Converse.
Beli kasut.



Tapi bukan kasut tuk ai.
Kasut tuk dia huhuhuh



Petangnya dia nak outstation ke Kedah.
Terus pakai gi sana.
Hahah xkisah la beli tuk dia
ke tuk sape2 ke.
Tak Hari Ibu pun,
tetap gak shopping hari lainkan.