Hari minggu ini kami ke One Utama, hantar akak Zahra sebenarnya. Dia ada date dengan kawan-kawan. Alang-alang tu kami berjalan dalam mall ini. Akak Zahra pergi tengok wayang dengan kawan-kawannya. Masuk bulan 6 ni masing-masing dah sibuk dengan persediaan dan pendaftaran untuk sambung belajar. Kira macam last call la sebelum berpisah. Terlupa pula apa nama kedai kami masuk ni. Dalam ni ada banyak brands baju, yang ai ingat 7Dayz je. Okay dah googled, nama kedai Outpozt ðĪĢ.. Ternampak satu stall letak pelbagai jenis patch. Aliah tanya Daddy dia nak buat keychain. Dapat pula green light. Sukalah dia. Qaireen pun nak keychain juga.
Lama juga la kat sini, jenuh menunggu Aliah dan Qaireen menyusun rupa bentuk keychain dorang tu. Dah siap susun bagai, beri kepada staf situ untuk tampalkan patch.
Abjad A tak ada, Aliah gantikan dengan abjad V dan terbalikkan V itu ðĪ.
Nak keluar dari Outpotz ni ada cermin besar. Apa lagi.. haruslah bergambar.
Sambung jalan sana sini, dah penat kami singgah minum petang di Tim Hortons ð°ðĐðĨĪ. Masa tengah makan, Aliah beritahu result ujian pertengahan tahunnya. Pandai ya dia pilih masa tu, tengah makan Mummynya tak jadi rimau hahaha...
Nak kata result dia baik sangat tak juga, teruk pun tak juga hehehe.. Tapi agak membanggakan jugalah terutamanya subjek aliran Sains dia tu. Lebih kurang sama dengan kakaknya walaupun sekolah harian. Daddy dia bagi kata semangat untuk tingkatkan lagi grednya itu. Chayok Aliah!
Dah rehat dan kenyang sambung jalan lagi. Sampai la One Utama ni nak tutup dan ambil akak Zahra. Sempatlah ai jumpa dengan kawan-kawannya. Kesemuanya pergi tempat yang berlainan. Ada yang masuk Matrikulasi, ada dapat tawaran UPU dan juga tajaan. Bangga dengan semuanya. Yang penting semua dapat sambung belajar ðððŦ.
Mummy selalu tengok anak dari tingkap bila mereka nak pergi sekolah. Pagi ini Ariq pergi sekolah dengan Aliah sebab dia ada latihan kawad. Tahun ini dia masuk lagi kawad MSSD. Suka betul lah anak bujang ni. Tengok kulit dia pun dah rentung hehehe..
Lepas itu, dalam pukul sepuluh pagi akak Zahra pula keluar nak berjalan-jalan dengan kawannya. Jumpa kawan sekolah rendah di IOI Mall Damansara, pergi karaoke katanya ðĪðķ. Seronok betul dia duduk rumah, makan, minum, tidur, jumpa kawan-kawan... enjoy sungguh hihihi...
Maka tinggallah ai keseorangan lepas hantar Qaireen sekolah. Nasib baik enZaf ajak lunch sesama, tak adalah bosan sangat. Kami makan di Restoran Vichuda. Comel betul nasinya berbentuk hati ❤️
Petang pula enZaf ajak minum di mamak. Nak balik rumah, ternampak dua ekor anak kucing depan kedai runcit. Comel betul. Sempatlah melayan sekejap tengok anak-anak kucing ini ð. Dah seronok tengok anak-nak kucing ni main, kami pergi ambil Qaireen balik dari sekolah pula.
Dua hari lepas, Qaireen buat kad Hari Guru untuk guru kelasnya ðĐðŦ. Ai is betul-betul terlupa pasal sambutan Hari Guru sekolahnya. Bila dah lupa maka terlupa jugalah nak belikan hadiah untuk cikgu-cikgu. Disebabkan tak sempat nak membeli sebab teringat pun dah waktu malam, jadi ai suruh Qaireen buat kad. Ai suruh dia googled mencari idea untuk buat kad. Walaupun comot, jadilah kan. Sekurang-kurangnya ada hasil air tangannya sendiri hehehe.. Good job Qaireen! ðð
Cerita ini dalam minggu ke-3 bulan Januari. Kita sekalikan lah dalam blog. Senang sekali jalan hehehe.. tak ada yang menarik tapi saja nak masukkan dalam blog sebab ada gambar. Lepas dah masuk blog bolehlah delete gambar-gambar ni dalam handphone ðŦĒðŪðĻ. Hampir penuh dah dalam album ðŽ. Hari Selasa sekolah Qaireen ada buat serahan Bantuan Awal Persekolahan(BAP). Lepas ambil duit, parents boleh bawa balik anak terus. Tapi ada je parents tak dapat bawa balik anak sebab lepas ambil BAP tu terus masuk kerja semula. Cumanya dalam kelas tak belajar lah kan.
Untuk ai, haruslah bawa balik Qaireen. Datang teman ambil duit je hehehe.. lagi pun kawan baiknya tak datang sekolah, lagi lah dia nak balik. Untuk Aliah dan Ariq, duit bantuan itu cikgu serahkan pada anak-anak saja. Dah besar sekolah menengah, tak perlulah Mummy datang ya tak. Tahu tahu je dalam tangan Mummy nanti ada RM450 ð. Hari Khamis nanti baru giliran sekolah menengah pula. Dalam gambar di bawah ini baru ada RM150 saja bahagian Qaireen ðĪ.
Lepas selesai di sekolah Qaireen terus ai pergi sekolah Aliah, tunggu dia balik. Hari Selasa kelasnya habis lambat. Ambil dia dan terus keluar makan. Dia request nak makan Ayam Gepuk Top Global. Dari hari ke hari dia mintak tapi tak pergi-pergi. Kali ini kasi jadi hahaha.. eh! bukan pakai duit BAP. Duit anak-anak ini kita masuk SSPN nanti ð.
Balik makan ada parcel sampai rumah. First time beli barang di Watson secara online. Itu pun sebab dapat free delivery. Saja je lah cuba, try, test beli ðĪĢ. Lepas ni macam gatal tangan saja nak beli online lagi. Pergi Watson ni bahaya kalau ada Aliah, sebabnya dia tu ada je nak membeli itu ini kalau masuk dalam Watson tau. Kalau online ni macam selamat sikit hahaha jahat betul Mummynya.
Hari ke dua, ai dan enZaf pergi The Curve. Hantar Qaireen sekolah kami terus ke sana untuk makan tengahari. Dia nak makan di Lotteria lagi. Kali ini cuba Crab Burger. Sedap tapi cepat muak.
Gambar-gambar di bawah ini kisah hari ketiga pula. Ai enrolled Qaireen masuk tuisyen. Bukan main ya darjah dua masuk tuisyen. Masuk tuisyen ini semata-mata nak kurangkan penggunaan gajet. Inilah cara terbaik ai boleh buat. Kat rumah susah ya nak control handphone ini. Mujurlah dia suka dengan tuisyen ini, mungkin cikgu-cikgunya pandai tarik perhatian. Setakat ini memang nampak dia happy dan tak sabar nak masuk kelas. Alhamdulillah.
Akak Zahra jadi guru muda untuk Aliah. Sementara ada dia ni, dapatlah ajar Aliah tu terutamanya subjek elektif Sains kan. Aliah pun ada tuisyen juga. Kiranya pada hari Isnin sampai Jumaat tu jadual dia memang penuh dengan kelas pada waktu malam. Buat macam kat asrama ada prep bagai. Hujung minggu saja ai bagi dia free and easy.
Hari pertama tahun 2026, tak ada banyak aktiviti sangat. Memandangkan tengah malam tahun baru tu kami dah keluar untuk lihat bunga api ð, pagi hingga tenghari hanya di rumah saja. Pada waktu petang baru keluar ikut enZaf main bola. Tapi kami tak ikut sampai ke padang, lepak minum petang di Coffee Bean Bukit Jelutong. Alang-alang dah ada di kawasan itu, ai saja text Nowwa kalau dia nak join sama, sekali dia kata okay. Sementara menunggu Nowwa kami order makanan dulu, dah sampai makanan masing-masing ambil gambar anak-anak dan hantar ke enZaf. Report tengah buat apa dan makan apa hihihi...
Kami dah nak habis makan barulah Nowwa sampai. Bertuah sungguh minah ni. Bab janji masa memang ke laut, dari dulu lagi hahaha... Borak dari dalam CBTL sambung sampai ke luar pula. Tak boleh tahan duduk dalam tu, sejuk sangat aircondnya. Tak pergi jauh, sebelah CBTL saja. Ada Homebaker@Clover, feveret abang Ariq. Kalau nampak kedai ni, mesti dia minta bungkus bawa balik. Lepas beli cinnamon rolls ni kami lepak duduk luarnya pula. Lama juga bersembang, sampai enZaf dah habis bola. Sebelum balik sempat ambil gambar dengan Nowwa. Cantik betul gambar pakai handphone orange ðąð ni kan. enZaf senyum saja bila ai seloroh macam tu hihihi..ðĪĢ
Thanks Nowwa sudi meluangkan masa, banyak juga kita borak. Suka duka sedih semua ada sampai meleleh air mata. Sayang kau dan besties yang lain ðĪ. Oh ya! masa nak buat entry ini, belek semula gambar dari handphone untuk dimasukkan dalam blog. Baru perasan handphoneku kena hijack by akak Zahra. Tiba-tiba keluar seketul muka dia hahaha... entah masa bila dia selfie, tak perasan langsung.
Selalunya gambar Aliah yang penuh dalam handphone ini, sekarang akak Zahra pula hahaha.. Sebelum balik kami singgah makan di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang. enZaf kelaparan selepas main bola. Misi nak kurus tahun baru?! abaikan sajalah. Belum habis tarikh 1hb dah makan itu ini..hmmm....
Aliah ada beritahu ai yang dia nak buat cookies. Sebelum ini memang dia ada buat Chocolate Chip Cookies cuma kali ini berbeza sikit, dia nak buat soft cookies ðŠ pula. Kebetulan malamnya kami nak ke Giant untuk topup barang dapur, alang-alang dah ke sana Aliah pun beli bahan cookies sama. Kali ini ai langsung tak tengok bahan yang dia nak beli. Katanya dia ikut resepi dari TikTok ð Sehari lepas membeli barang, barulah dia buat cookiesnya itu. Yang ini pun ai langsung tak tengok dia buat, jengah dapur pun tidak hahaha... Ariq pun join Aliah sama dalam pembuatan biskut ini. Qaireen dia keluar masuk dapur, tengok tanya dah siap ke belum ðĪĢ Pertama kali dia bakar cookiesnya tak jadi. Dia cuba lagi banyak kali pun sama tak jadi. Dia minta ai tengokkan kenapa tak jadi. Masa mula-mula cuba makan cookiesnya masin ya amat. Dah tanya dia bahan apa yang pakai, baru dia perasan yang dia pakai salted butter ðĩðŦ. Cookiesnya pun lembik, tak naik sangat. Sudahlah dia buat doh tu banyak. Sedih dia kena buang, nak adjust pun tak boleh dah sebab masin ya amat.
Disebabkan kegagalan ini, ai bagi kata semangat untuk cuba lagi pada hari lain. Sebelum itu beli bahan baru. Dan kali ini ai pastikan dia tak ambil salted butter hihihi... lepastu dia ada pakai baking soda, ai suruh dia tukar dengan bikarbonat soda. Cara dan sukatan itu ikut sama macam resepi kat TikTok dia tengok, hanya tukar sedikit bahan saja. Tup tup akhirnya, berjaya juga soft cookiesnya. Suka dia. Banyak keping juga lah dapat sebab dia buat doh banyak. Dan yang paling banyak makan ialah Qaireen. Nanti raya kita buat soft cookies lagi ðŠð.
Gambar di bawah ini teman akak Zahra sahur. Saja letak dalam blog buat kenangan. Lauk sahur dia senang, satu menu saja pun dia dah okay tapi ai tambah dengan telur dadar.