Saturday, October 27, 2018

Drypers Point Shop


Lama tak redeem points kat Drypers Point Shop. Bila dah ada baby ni, haruslah aktif semulakan. Nasib baik lah ai simpan redeem code setiap kali membeli diapers Qaireen. Tadi baru lepas key-in semua kod, jenuh juga la masukkan satu-satu tu. Banyak kumpul sejak dari Qaireen newborn lagi hehe.. Dah habis key-in semua dapat lah total 13 ribu lebih. Wah! banyak juga :)





Masa nak tebus points tu tak berapa banyak sangat produk yang boleh dipilih. Sama ada banyak barang dah tak ada atau pun ai dah lupa sebab dah lama sangat tak membuka page ni hahaha... Eh, dah la nak redeem tu free saja, lagi nak complaint sikit kan. Aduhai Yati bersyukur okay.





Barang paling utama ai redeem ialah Drypers itu sendiri. Lepas itu ingatkan nak ambil Wet Wipes dan sabun mandi. Tapi out of stock pula huhuhu... Jadinya ambil 2 diapers. InsyaAllah next time ai redeem lagi. Dan harap yang out of stock tu dah ada. Masih ada lagi points dalam tu, tak adalah habiskan. Alhamdulillah, dapat la jimat sebulan gitu dengan free diapers.

THANK YOU DRYPERS MALAYSIA!!

Friday, October 26, 2018

Happy Birthday Suamiku!


6hb Oktober yg lepas birthday enZaf.
Hari birthday dia ni,
dia masih kat Kuching.
Ikutkan mmg takde plan apa pun
masa birthdaynya melainkan wish je la.

Tetiba sehari sebelum akak Zahra & Aliah cakap
nak wat surprise party tuk Daddynya.
Ai memula dgr amboi party..
pastu Zahra cakap party kita2 je Mummy haha
Bila tgk air muka anak2 yg begitu
eksaited nak buat tu,
maka ai pun setuju je la apa yg dorang nak plan.

6 Oktober tu jatuh hari Sabtu.
Tenghari tu cam biasa hantar Zahra
gi tuisyen dulu.
Sementara tunggu dia habis,
ai masuk Giza Mall pergi Mr.DIY,
cari barang2 party.
Beli belon, banner, topi dan tiup apa bunyi2 tu.
Semuanya Aliah & Ariq yg pilih.
Dan best barang2 kami beli tu tak
lebih dari RM10 hehe

Habis membeli lepak makan kejap
sampai la kelas Zahra habis.
Amik dia terus kami ke OU.
Pergi Madam Kwan dulu bagi akak Zahra makan.
Yang lain pun makan lagi hehe



Dah lama tak ke sini,
rupanya sama mcm Chilis ada
kertas aktiviti tuk anak2.



Senang dok diam2 kat situ.
Lupa nak amik gambar Qaireen.
Dia tak tido tp nak beriba huhu.
Masa tengah makan enZaf video call.
Kecoh la kejap sbb anak2 dok
jerit wish birthday ngan Daddy dorang.
Malu ai tetiba ngan meja sebelah.
Senyum2 dorang tgk gelagat anak2 ni.
Wish ngan nyanyi birthday bagai :)
Yang Ariq lagi best siap cakap
Daddy we make surprise for you.
Ha ko rasa.. mmg takde surprise ngan anak2 ni
jawabnya kan hahaha

Dah habis makan kami terus ke Komugi.
Beli kek situ.
Suka sbb sedap.
Bagi akak Zahra pegang..
pasrah je la ai kalau kek tu senget.
Sempat lagi lepas tu kami singgah kat Cinnabon
tapau bawak balik.

Dalam kereta Qaireen taknak duduk dalam carseat.
Melalak2 dia macam ape.
Jadi ai mintak Zahra pegangkan.
Sampai2 rumah tgk lena sungguh tido.
Semua tido plak tu.



EnZaf sebenarnya mmg balik 6hb tu,
tp flightnya malam.
Ikutkan schedule pukul 9:40malam mcm tu sampai.
Ai ada cakap ngan anak2 kita celebrate
Ahad je la esoknya,
tp dorang ni nak jugak celebrate mlm ni.
Bukan apa taknak dorang tunggu lama.
Sbb pukul 10 je memasing dah mengantuk.
Tp disebabkan semua nak jugak la
gigih masing2 tahan mata sampai nak terlelap dah
tunggu Daddy dorang haha.

Ni lepas Maghrib ai suh anak2
siapkan suprise party yg nak sangat buat tu.
Aliah sorang je yg reti
tiup belon.. hampeh tul Zahra hehehe



Dia tiup ai ikatkan,
gantung Zahra buat :)

Pastu ai saja cakap okay,
mana nak letak kek.
Budak2 ni pun keluarkan idea tarik meja
itu la meja ini la..
tp semua ai reject sbb takkan nak meja makan,
besar sgt. Coffee table pun kecik sgt plak.
last2 dorang bawak keluar meja bilik Aliah.
Bagus anak2 bekerjasama hehe



Terus susun2 kemas apa yg patut.
Dah setel masing2 berehat tunggu enZaf
dari airport.
Sblm tu ai dah whatsapp dia bgtau dulu
bila dah nak sampai rumah.
Bila dia msg je bgtau,
terus la ai cakap ngan anak2 Daddy dah
ada depan pintu.
Time tu pun dah dekat pukul 11 kalau tak silap.

Yang kelakar tu,
dorang ni bising gelak2 bagai
sbb tak sabar nak surprisekan Daddy dia
hahaha kelam kabut sungguh.
Bila Daddy dorang ketuk pintu,
punya la Zahra cakap wait2.. ape ntah haha
Bukak pintu semua cakap surprise!!!!!
Terpancar kegembiraan muka anak2
dan ofkos la Daddy dorang.

Kek yang lilin besar 4 batang
dan 1 batang lilin kecil ;)



Anak2 semuanya dah mengantuk
tp bila bergambar ni
terus hilang ngantuk semuanya.

Harusla bergambar ngan birthday boy.



Ha ni baru nampak kek,
tepi kek tu dah kena kotak masa
akak Zahra bawak hehehe.
Nasib Mummy ko dah redha awal2 :p



Oh yer, anak2 ada buat kad tuk Daddy dorang.



Anak2 ada tanya sblm tu
Mummy tak bagi apa2 ke kat Daddy.
Ai cakap bagi kek tu hadiah la.
Dorang tak bole terima haha

Ai minta anak2 bergambar lagi sekali.
Yang ni suka sbb semua pandang kamera.
Dengan yg kenit2 tu sekali.
Padahal dia dah mengamuk nak tido,
tetiba bila bergambar terus senyum..
haha drama sgt ko nak.



Cepat2 enZaf potong kek,
pastu ai bagi anak2 makan.
Dah makan terus masuk tido.
Jam pun dah pukul 12 pagi.



Alhamdulillah....
Impian anak2 nak surprisekan
birthday Daddy tercapai.
Walaupun surprise tu tak bape nak surprise
sbb Daddynya dah tau awal.
Tapi usaha anak2 tu yg buat ai
terharu sangat.
Gigih masing2 okay.

HAPPY BIRTHDAY YANG KE-41 SUAMIKU!!!
Semoga diberi kesihatan yang baik,
murah rezeki dan apa yg dihajati dimakbulkan.

Tuesday, October 23, 2018

First Time Ber"Boat Noodle"


Akhirnya baru nak merasa makan kat Boat Noodle hihi
Kami makan kat Ikano.
Punya la berzaman benda alah ni baru nak trykan.

Sementara tunggu enZaf order,
harusla amik gambar anak2.



Akak Zahra takde,
dia tuisyen..



Baca menu pun senyum ke bang!



Si muka pinggan hehe



Kami tak tau nak order apa.
Jadinya enZaf amik set 2 orang
yang ada 12 mangkuk dan 4 topping.

Ni topping
kulit ayam dan ape dumpling ntah.
Kulit ayam tu laju je si Ariq makan.



Tu dia 12 mangkuk.
Tp seyes sikit je dlm tu.
Kalau enZaf mmg sekali ngap je.
Kami order semua jenis.



Dan yang pasti diriku
tak ingat dah menu2 yg mkn ni
yg mana satu namanya.
Ada yg sedap ada yg kureng di tekak.

Masa dah nak habis makan,
tiba2 ai ditegur oleh seorang mommy.
Punya la daku ni blur2 masa
dia kenalkan diri dia.
Rupa2nya Mommy Eqy.
Kawan blog satu ketika dulu,
tp nape uols skang tak update blog huhuhu
Kesian ai tau geng2 blogger zaman seangkatan
ramai yang dah tak active :(

Sorry yer Mommy Eqy,
ai dok blur masa kita jumpa.
Lupa nak bergambar,
dah lama baru teringat dan
dan dan jugak la enZaf cakap
nape tak bergambar huhu
First time kita jumpa,
dan dirimu begitu cantik.

Sebelum balik jalan2 jap
dalam Ikano ni.
Sempat la Aliah nak main menda alah ni.
Dengan sandal tinggi panjat
sabar je la.
Gigih sungguh.



Cantik Kolam kat Ikano ni.
Warna-warni dan terang2 plak tu.
Sangat suka.



Friday, October 19, 2018

Sabtu yang Santai


Cerita bulan lepas 22hb September.
Sehari sebelum enZaf nak ke Kuching.
Ada exhibition invitation kat sana.

Lepas hantar Zahra tuisyen,
dia ajak ke Digital Mall
nak beli barang tuk customernya.
Tp sblm ke sana,
kami ke Jaya Shopping Center makan dulu.
Sebelah je kat Digital Mall.
EnZaf ajak makan laksa,
lama tak makan kat Ah Cheng.
Macam orang mengidam plak hihi



Sebab teringat puasa tahun lepas,
selalu makan Ah Cheng laksa ni time buka.
Sbb laksa tu je yg buat ai selera makan.
Tak tau plak rupanya dah pregnant time tu :)

Masa makan tu enZaf ckp biar dia
sorang je la pergi beli barang.
Ai okay je sbb masa tu tak habis makan lagi.
Melayan anak2 yg tgh makan lg pun.

Habis makan ai bwk anak2 pusing dlm mall.
Sementara tunggu Daddy dorang setel.
Budak yg kuat menempel ni.
Dia kurang sikit bab makan,
tp menyusu kuat.



Untung betul customer dia.
Bila handphone ai nak tukar plak :p
Request dia nak baru time birthday,
tak tau la dpt ke tak..
buat masa skang hanya dapat jelingan tajam dia je haha



Qaireen yang mudah terhibur.



Kami terus keluar dari Jaya,
amik Zahra dah habis kelas.
Pastu enZaf terus bawak ke Curve.
Masuk Tesco jap beli brg dapur sikit.
Mmg selalunya tiap kali outstation jauh
mmg beli groceries..topup apa yg dah nak habis.
Anak ramai ni brg dapur mmg laju je habiskan.

Hairan Qaireen tetiba tgk Daddy dia gitu :)



Sebelum balik singgah Starbuck.
My milk booster hehe
Sebenarnya mmg kalau enZaf nak fly
dia akan bawak ai pegi lepak minum
tempat feveret bg ai happy la tu kan.. :p
Amik hati konon.
Ape pun thank you yang!!

Amik gambar anak2.
Ariq mmg suka layan Qaireen.
Kekadang tu sampai budak tu nangis
dibuatnya huhuhu



Apala yg kusyuk dorang tengok tu.



Selalu keluar takde phone.
Kalini ai bg green light bawak.

Thank you Aliah amikkan gambar.



Bila la betul2 bole kurus ni.
Ke dah habis limit nak kurus hahaha
Tengok dari side tepi masih tebal lagi.
Perut jgn kata la..
berlipat lagi.
Sedar tak kempis tp malas nak buat sit-up huhu
Itu la masalahnya mulut asyik je nak makan sedap.

Friday, October 12, 2018

Action Song by Akak Zahra


Ya ampunnnnn
boleh terlupa nak buat entry ni.
Tahun lepas punya masa Majlis Anugerah Kecemerlangan
kat sekolah Zahra Aliah hahaha
Dah nak habis 2018 dah ni oiii...

Tahun lepas akak Zahra sedikit kecewa
sbbnya dia tak dapat amik apa2 anugerah pun.
Alahai kakak, Mummy dah tak kisah sgt.
Lagi pun dia dah pernah amik sblm ni,
kira dah bonus la tu dah ada.

Tapi walaupun dia tak dpt amik anugerah,
dia ada perform action song tuk majlis tersebut.
Okay apa still dapat naik stage hihihi
kan..plak tu sblm ni ai
suruh dia tiap kali sembahyang doa dpt
naik stage.. tu Allah dah kenankan doa dia.
Dia tak spesifikkan aje naik stage tuk apa :p



Okay membebel plak.
Berbalik pada persembahan dia pada majlis tu.
Tu anak bujang marah apa tak tau,
tak ingat dah sebabnya.



Sementara menunggu giliran dorang nak perform,
ai pun pegi la belakang dewan
mengintai akak Zahra.

Harus la amik gambar dia dan kawan2nya.



Semua kawan2 dia ai kenal dari tahun 1.
Dorang pun dah kenal ni Mummy Qasrina ;)



Bergambar dgn Miss Hana,
yang handle action song ni.
Dari tahun 2 kot Miss Hana bawak
dorang nyanyi2 sampai tahun 3.



Kawan2 dia tu semua sama kelas,
kecuali sorang kelas lain.
Dan dari semua tu jugak la,
amik anugerah kecuali 2 orang termasuk Zahra hihi
Pandai sungguh dorang ni.. bagus2x
tahniah buat anak2.

Masa nak dekat naik stage
tgk akak Zahra pakai lipstik merah.
Katanya Miss Hana yang suruh pakai.
Ikutkan dia mana nak semua tu hehe



Dan ai paling terkejut dia ada microphone sendiri.
Rupanya dia lead singer.
Wah hebat sungguh anak Mummy.
Macam tak percaya dia berani rupanya.
Ingatkan dia jenis reserved.
Hahaha mak sendiri tak percaya kat anak :p

Ni masa tengah perform.
Ada amik video,
nanti rajin masukkan dlm entry ni.
Dorang nyanyi lagu Happy Song.



Video masa persembahan.



Selesai dah persembahan,
terus kami jumpa dia kat tepi dewan.
Ajak balik.
Nak tunggu apa lagi kan.

Sebelum tu,
amik la gambar dia ngan Daddy.



Dengan adik2 dia.
Aliah pun takde amik anugerah apa.
Pencapaian tiap anak tak samakan.
Janji dorang nak pergi sekolah
belajar sudah.



Tetiba anak ada 4 orang hehe
Zahira bff dia.
time ni ai pun kembang semangkuk,
7 bulan pregnant.



Tahniah akak Zahra!
Bangga Mummy Daddy tgk akak
atas stage nyanyi.
Bukan sbb nyanyi saja sbb tgk
akak skang dah berani ke depan.
Mengenali anakku sorang ni,
nak pegi beli makanan pun nak adik dia teman.
Punya la takut nak beli sendiri huhuhu



InsyaAllah kalau ada rezeki lagi,
tahun ni mana la tau dapat
naik stage lg tuk majlis anugerah tahun 2018 plakkan :)

Tuesday, October 9, 2018

Muzium Negara pada Hari Malaysia


Pada 16hb September kami pergi ke Muzium Negara sempena Hari Malaysia. Sebenarnya kami tak merancang pun nak ke sana, lepas kami lunch enZaf terus ajak pergi muzium. Orang pertama yang paling suka tentulah akak Zahra sebab dia dah lama ajak Daddy pergi muzium ini. Akhirnya sampai juga kami hihi.. Cuaca pada hari itu agak mendung, bila sampai di tempat parking hujan mulai turun. Berpayung la kami menuju ke pintu masuk muzium. On the way nak ke pintu depan, Aliah nak bergambar dengan kapal terbang. Mummy layankan sahaja.



Ai ingatkan tiada orang nak ke muzium bila cuaca hujan-hujan begini. Sangkaanku meleset rupanya. Lagi pun cuti am mestilah ada orang nak ke sini. Harga tiket untuk dewasa RM2 manakala untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun hanya percuma. Murah sangat!



Bila masuk di bahagian lobi, pengunjung disediakan bendera Jalur Gemilang secara percuma. Ada booklet juga untuk anak-anak ini, di dalamya terdapat gambar untuk mewarna ditambahkan dengan beberapa soalan mengenai Malaysia. Booklet itu dinamakan Passport. Seronok pula dorang :)



Lepak kat lobi jap sebab penat berjalan dari parking haha... Sambil itu bagi anak-anak membaca tentang perayaan dan sambutan hari kemerdekaan.



Tenaga dah recharged, bermulalah ke seksyen A dahulu. Di sini terletak info tentang zaman prasejarah.



Mempelajari bagaimana manusia menjalani kehidupan pada zaman purba.



Akak Zahra teruja sebab subjek Sejarah tahun 4 ada belajar mengenai zaman-zaman ini. Secara tak langsung dia dapat mengenal dan mendalami dengan lebih dekat lagi dan juga sebagai info tambahan yang tiada di dalam buku teks Sejarah.



Kalau baca buku saja susah kita nak gambarkan atau bayangkan, jadi yang ini merupakan satu advantage untuk dia dapat melihat sendiri alat-alat dan kehidupan orang zaman dulu pakai dan guna.



Habis kat Seksyen A kami ke Seksyen B pula. Di situ menceritakan tentang Kesultanan Tanah Melayu. Terdapat bermacam=macam jenis keris tetapi ai snap gambar keris kita saja lah hihi...



Pakaian dan peralatan orang-orang istana, ai paling suka yang ini macam bekas perfume. Kalau tengok depan mata, cantik sangat berkilat-kilat diamond tu. Bila ambil gambar, tak nampak pun kilat-kilat tu hihi..



Singgahsana di raja yg serba kuning emas.



Candi Borobudur.



Model Bahtera Majapahit.



Lama juga kami kat bahagian ini tapi ya ampun panas ya amat. Aircond tak rasa, perlahan sangat angin tu sampai berpeluh-peluh ai kat dalam ini. Ai banyak rekod video masa ini nanti kemudian upload kat blog :p Keluar dari bahagian ini terus kami break sekejap sebelum ke seksyen seterusnya, iaitu Seksyen C & D. Di mana ia berada di tingkat 1. Di ground floor terdapat surau & toilet, jadi mudah lah untuk kita berehat dan solat sebelum menyambung semula perjalan.. banyak tenaga diperlukan lagi hehe...



Masuk di seksyen C pula mengenai penjajahan. Kenali siapa yang menjajah Tanah Melayu. Jadi enZaf pun bercerita la kat anak-anak, semua sangat kusyuk mendengar.



Model Kapal Portuges.



Sempat juga wefie dalam muzium ini.



Senibina.



Bunga emas.. kachingg!!! kalau ada bling bling ai like :)



Rehat lagi, masa ini masing-masing dah kepenatan tapi yang kecil tu macam tak penat pun siap sengih besar lagi haha..



Di seksyen D ini menceritakan Malaysia selepas Merdeka. Di situ anak-anak ini baru kenal bagaimana rupa dan cara orang menoreh getah hihi..



Ada info mengenai melombong, bercucuk tanam bagai. Ha ni tempat area enZaf minat. Lama dia membaca dan berdiri di situ.



Comel je anak-anak ni ikut gaya kat poster itu haha..



Tengkolok Diraja yang pelbagai bentuk, rupa dan saiz. Ingatkan tengkolok diraja ini warna kuning je, rupanya ada juga warna lain juga.



Peta Malaysia. Seronok anak-anak bermain dan belajar nama negeri di Malaysia dan mengenali bendera negeri masing-masing.



Terdapat beberapa perayaan di Malaysia dengan pelbagai kaum dan etnik yang ada. Anak-anak pun boleh tengok pakaian tradisional setiap kaum.



Ariq suka di bahagian perayaan ini sebabnya dia baru sahaja belajar mengenai kaum dan perayaan masing-masing di sekolah. Secara tak langsung dia kana lebih faham apa yang dia dah belajar itu kan. Nak pula sekarang ini dia dah pandai membaca, lagi lah buat dia teruja. Ini pun kira lambat juga dia pandai baca, dekat hujung tahun dah. Apa pun Alhamdulillah, tiadalah Mummy dia risau bila masuk sekolah nanti. Habis dah satu muzium kami pusing, terus keluar. Hujan pun dah berhenti. Sempat kami wefie.



Ambil gambar anak-anak dengan keretapi di luar perkarangan muzium. Laju-laju bergambar sebelum hujan turun lagi. Cuaca kat luar masih mendung dan nampak gaya macam nak hujan lagi.



Gegar pula gambar kat bawah masa ini. Waktu ambil gambar dorang ni ai tengah dukung Qaireen, mengigil tangan hehe



Tamatlah lawatan sambil belajar kami ke Muzium Negara ini :) Tercapai sudah hasrat dan impian akak Zahra nak masuk sini. Ai pun enjoy juga, kali terakhir jejak kaki ke dalam Muzium Negara ini pada tahun 2001, waktu itu tengah praktikal tak silap ai. Sempat lah berjalan ke muzium ini, datang sini pun sebab masa itu muzium buat pameran mengenai hantu-hantu di Malaysia dan negara luar hahahaha.. ada pocong, ada kuntilanak dan macam-macam lagi, bukan main semangat nak tengok hantu lepas tu sendiri takut :p