Saturday, June 24, 2017

Hujung2 Ramadhan


Semalam mencari kasut Aliah.
Minah ni request nak kasut ada tumit tinggi.
Diva kan..
Pastu nak yang ada bling bling bagai.



Ni dia tgh memilih nak yg mana,
ada yg dia minat tp size dah habis.
Nasib baik ada options lain.
Dalam banyak2 kasut warna hitam pilihan hati.
Sabar je la.
Beli kat dalam Parkson One Utama.
Price dlm RM60 sepasang.

Zara pun beli jugak,
bukan kasut raya tp beli
sbb yg dia berkenan tu ada diskaun
RM20 sepasang,
Daddy dia kata amik la.

Sblm ke OU tu
sempat singgah Giant KD.
Nak mencari tudung raya Zahra.
Byk tudung budak tp takde
warna yang ai nak.
Kalau ada pun tak minat dgn designnya.
Tp ada la beli satu warna lain,
kot kot takde jugak tudung yg dicari.
Buat backup la gitu :)

Malam plak balik Sg. Buloh.
Almaklumlah kampung dekat,
tak raya pun selalu je balik hihihi

Adik2 ai semua ada kat umah dah.
Hana terus stay seminggu raya.
Nani dah cuti dari U,
tp cuti sekejap je sampai 2hb
sbb ada short sem.
Patutnya cuti sampai bulan 9 huhu
Yusreena pun cuti dah
seminggu gak beraya.

Dalam pukul 11 ajak adik2 ai
pegi bazaar raya sg buloh.
Dekat je ngan umah.
Saja cuci mata dan
alang2 tu nak cari tudung Zahra lagi.
Alhamdulillah dapat jugak.



Yang ikut Hana & Nani.
Yang lain tolong jaga anak2.
Bagus ada babysitter,
aman Mummy nak soping :p


Yang ni hasil shopping raya
sepanjang bulan puasa.
Takde la beli sederap sekali semua.
Kalau keluar tu beli la sikit2.
Pastu beli pun yang mana ada diskaun
dan harga berbaloi.
Tak de la rasa bazir sgt.
Yang penting murah dan cantik.



Duit raya pun dah ready,
kalini kurang sket dari sblm.
Cousin2 pun ramai tak balik.
2 org kat UK, sorang kat India,
sorang kat Australia.



Buat backup sikit2 je
tuk anak2 kawan beraya nanti.
Zaf ada cakap dia rasa cam nak wat open house.
Tp tak tau la jadi ke idak.
Tak pernah buat open house,
kalau orang nak dtg beraya
selalunya dtg je la.

Ha baru teringat kuih raya takde,
esok ajak Zaf beli la.
Beli 4-5 jenis jadi la.
Buat syarat org datang ada nak makan.
Umah ni dah la jarang makan kuih.
Nak beli byk2 pun takut tak habis.

Harini last kita puasa.
Semoga kita berjumpa lagi
Ramadhan akan datang.

Friday, June 23, 2017

Jumpa Kawan Sekejap


Lama giler tak jumpa kawan sorang ni,
Has :)

33

Last masa dia nikah dulu la,
bulan 3 tahun 2015.
Lepas tu hanya berwhatsapp aje.

Ni pun gara2 duit raya.
Kalau tak sebab ni rasanya
mmg sampai skang tak jumpa2 lagi kot.
Tak puas berborak,
nak lepak minum tak bole hehe

Thank you Has & Farid.
Siap bagi duit raya kat anak2.



Stiker tu Aliah paling suka hehe
InsyaAllah ada rezeki
kita beraya bersama ek Has.

Ni 2 hari lepas,
supper kat Starbucks.



Yey anak2 dah cuti sekolah.
Bole tido lama sket haha

Pada kawan2 yg nak pulang
ke kampung beraya.
Semoga selamat dalam perjalan
dan dipermudahkan urusan.
Berhati2 ketika memandu :)


Thursday, June 22, 2017

Party Pack for Ariq's Birthday


Selasa baru ni 20hb birthday Ariq.
Harijadinya yang ke-5.
Besar dah anak bujang ni.

Isnin tu Zaf ajak pegi beli brg2
tuk party pack.
Beli kat Sg. Buloh je.
Dan amik barang pun apa yg ada.
Takde la nak tema bagai.



Seperti sebelum2 ni,
anak2 akan menyibuk nak tolong.
Senang keje Mummy.
Arahkan aje apa yg nak letak dlm plastik tu.

Setel semuanya dah masuk dlm plastik,
ai suh Ariq tulis nama.
Tak kisah la tulisan tu buruk,
janji dr air tangan dia ehhh ingat masak ke,
nak air tangan bagai haha



Buat tuk kelas dia,
kalau nak buat tuk satu tadika,
pitam dekat 100 orang.



Kelas dia ada 19 orang,
ni Teacher Wa whatsapp gambar
masa Ariq distribute kat kawan2nya.
Idak la letak sampai sorang satu.
Kita buh satu dia bagi kat kawan perempuan.



Sama je saiz.
Yang bawah ni kawan lelaki.
Anakku yg petite macam Mummy.



Bergambar ngan kawan2.



Itu pun tak semua masuk.
Dah berlari ke sana sini hahaha
Bertabah la teacher2 tadika ni kan.
Macam2 perangai nak kena layan.

Semalam masa amik dia balik,
Ariq tunjuk kuih raya.
Biskut cornflakes.



Teacher ajar buat kat sekolah ngan kawan2.
Katanya 1 plastik tuk Mummy.
Tapi sampai umah dia dah bedal 2-2 plastik tu.
Tak sempat nak merasa haha
Ariq Ariq.

Takde celebrate ape pun masa harijadi dia.
Daddy pun berbuka kat luar ngan customer.
Present pun tak beli lagi.

Happy 5th Birthday Ariq!!
Semoga jadi anak yg soleh dunia akhirat.

Wednesday, June 21, 2017

Random Pictures


Entry kalini
letak gambar antara aktiviti
yang kami buat sepanjang bulan Ramadhan.
Yang lagho je..
yg baik2 simpan diam2.
Kang kata nak tunjuk alim plak :p


Pegi Ikea cari katil bujang.



3 kali gak pegi Ikea ni,
first survey,
2nd time pegi ingat nak beli terus,
tapi stok habis.
Lupa nak check dulu sblm pegi.
3rd time baru dapat beli.

Gambar ni dapat kurma free
dari Adun Kota Damansara
masa kami first time jejak kaki
kat pasar ramadhan :)



Tengok midnight movie cerita
Pirates of Caribbean kat OU.



Baru2 ni jugak tgk wayang lagi,
cerita The Mummy, Tom Cruise tu.
Nampak muda plak dia dalam cerita tu.
Handsome hehe

Next, Zaf order Harum Manis
kat kawannya.



Ada 5 biji, baru makan sebiji semalam.
Sedap manis..puas hati.

Chicken chop ni makan kat Hayaki, Uptown.
Pukul 12 pagi makan okay.



Jalan2 kat Paradigm,
cantik deko raya.. ada brg antik.



Dan makan nasi kandar pukul 1 pagi.
Kat QBistro Taman Tun.
Sekian terima kasih.



Bulan puasa ni makan ikut suka.
Pukul 12-1 pagi pun hentam lagi.
So jgn perasan la berat tu turun.
Naik 3 kg hahaha
Raya nanti ofkos naik lagi.
Padan muka.



Puasa kalini tak tau kenapa
malas sgt nak buat biskut raya.
Zaf ada gak tegur
tak buat cookies ke huhu
Moga mood rajin tu cepat sampai.
Harini dah rabu.
Tapi yg pasti nak wat rendang ayam
makan ngan nasi impit je.
Ketupat buat kat umah mak nanti hari Sabtu.

Tuesday, June 20, 2017

Berbuka Lagi Dengan Kawan-kawan


Sebenarnya kejadian ni awal lagi
dari berbuka kat Muhibbah.
Baru teringat rupanya
tak update lagi pasal makan yg ni :)

Berbuka kat Lala Chong.
Suggested by Nowwa.
Bagi ai ni first time.



Makan ngan kawan2 ni
Zaf ikut skali.
Tanya dia nak join ke tak.
Dia nak ikut,
ai is lagi suka sbb xpayah drive :p

Semua sampai lambat.
Dalam pukul 7.10-7.15pm.
Makanan pun tak diorder ape lagi hahaha

Sementara tunggu Zaf order satay,
amik la gambar berdua ni.
Kebetulan ada gerai satay dlm kedai ni,
order tu dulu la.
Nak order lauk.. taktau yg lain nak makan apa.



Kita serahkan pada mereka je mengorder :)



Nowwa & Anis,
ai doakan kalian berdua
dapat jodoh.
Lama menunggu nasi minyak uols.



Bergambar sementara tunggu makanan.
Elin je takde,
dia balik kampung.
Tetap tak cukup corum huhuhu



Lauk yang sampai satu satu,
xdpt nak snap semua sekali.
Sayur, lala.



Sotong, ketam.



Ikan last skali,
ikan sampai ai dah kenyang.
Tu pun paksa diri gak makan haha



Bergambar lagi
kali ni dgn muka kekenyangan.
Sori la enZaf
u xmasuk frame :p



Penutup berbuka tuk hari kejadian.
Ada la dalam 4-5 kali snap.
Nak bagi 2-2 pandang,
nak nak si Adraa :)



Sedap2 makanan kat Lala Chong ni.
Harga pun berpatutan.
Bole repeat lagi nanti.

Monday, June 19, 2017

Iftar at Muhibbah Seafood Restaurant



Ramadhan kalini,
byk kali jua la berbuka puasa ngan kawan baik.
Repeat pun muka sama je hehehe...
Zaf berbuka kat luar,
kita pun berbuka kat luar sama.

Kalini berbuka kat Restoran Muhibbah.
Lama giler tak makan kat sini.
Last makan zaman blom ada Zahra lagi.
Ha 9 tahun la tu,
lama giler.
Time tu Muhibbah kat Taman Tun.
Skang restorannya dah pindah kat
Sg. Penchala.
Lagi cantik, lagi besar
dan lagi selesa.

Sblm berbuka harus la amik gambar anak2.
Sape lagi kalau bukan,
bodyguard kecil ni.
Pengikut setia dari baby sampai skang.
Moga dah besar panjang pun gitu la.



Ariq with Adraa.
Suh dekat2 sket ngan Adraa malu2...
huhuhu anak bujang ni kemain malu bagai.
Adraa plak sampai2 je terus berbuka heheh



Alhamdulillah lauk berbuka kami haritu.
Thank you Nani tolong booking
and orderkan makan minum.



Partner berbuka,
Tee B & Nani.
Tee sampai betul2 dah azan.
Sian dr Klang bergegas ke sini,
byk keje katanya.



Favourite aunty.



Sebabnya Tee rajin melayan budak2.
Ada je amik gambar yg wat dorang suka.
Antara gambar yg disnap.



Phone ai takde install app gini bagai.



Gambar ramai2.
Ni dari phone Tee B.
Thank you pada pekerja restoran
sanggup layan amikkan gambar.



Ai bagi 10 bintang
sbb ada nampak mcm cahaya keimanan
atas kepala tu hahaha

Yang ni plak Aliah amikkan gambar.



Dapat souvenir dari Tee.
Sblm puasa dia pegi Hatyai.
Thanks Tee!!



Alhamdulillah kenyang bangat.
Licin semua lauk.
Dari penuh orang sampai dah takde orang.

Minggu ni minggu terakhir Ramadhan.
Zahra cakap kejapnya Mummy puasa hehe
Baju tuk pagi raya setel dah,
tinggal nak cari baju jalan2 sket.
Nak cari dress tp sedih
sbbnya feveret brand ai
Pumpkin Patch dah takde.
Dah la dress lawa2 kat situ huhuhu


Thursday, June 15, 2017

Supper at Uptown


Bulan puasa ni byk betul supper.
Nak nak time cuti sekolah.
Ape lagi nak buatkan.
Siang berehat je tido jgn kata :p

Kami supper kat Uptown.
Masa ni dah pukul 11 lebih kalau tak silap.
Macam biasa la org sentiasa ramai.

Awal2 lagi ai order kerang rebus.



Budak2 ni time tido pun dah lari.
Pukul 1 pagi baru tido.



Nasib baik la sekolah petang,
xde la terlajak.
Ariq je baru ni, ai terlajak tido.
Tak pegi sekolah smlm haha.
Kejut dia pukul 7 suku,
sambil kejut sambil mata ai lelap.
Ha amik terus terlelap sebelah dia.
Tau tau sedar dah pukul 10 haha



Zaf dlm gambar ni muka berpeluh
berlengas bagai.
Dia ada bola lepas terawikh.
Habis bola terus amik kitaorg gi uptown.
Katanya kelapakaran.
Dia makan nasi pukul 12 pagi sekian.
Eh.. Zahra pun sama makan nasi gak.

Ai ingatkan makan kerang je,
skali terorder..
ter okay.
Share ngan Aliah separuh :)



Balik dgn kekenyangan ya amat.

Wednesday, June 14, 2017

Hari Ahad lepas dan Bag Viral


Ahad lepas takde plan ape sangat.
Kami ke The Curve,
nak hantar alter baju.
Almaklumlah org special size ni,
beli baju mesti nak kena potong labuh hahaha
Tak labuh besar..
ai is pasrah.
Zaf cakap elok baju tu murah ada diskaun,
jadi sama price balik sbb
bayar alter :p

Lepas dari The Curve,
Zaf tanya nak ke mana.
Ai ajak dia ke Mitsui..
lama okay tak jejak kaki kat sana.
Alang2 tu beli la baju anak2 sket.
Nak ke JPO jauh bebenor.



Kalini Zaf masuk RL
beli baju tuk bapak dia.
Tgk gak baju budak,
tp takde yg menarik.
Harga pun tak murah mana pffttt



Kami berbuka dalam food court Mitsui.
Ramai gak orang tp boleh terima la,
ruang besar,
byk tempat duduk.

Sblom balik rumah,
Zaf ajak pegi Uptown Kota Dame.
Nak mencari bag Zara.



Dah seminggu lebih
akak Zahra duk berzikir nak bag.
Dia ada minat satu bag ni,
katanya kawan2 dia ramai pakai.
Bila tanya bag ape,
dia kata tak reti sebut
tapi tau ejaannya.
Dia pun spell la perkataan tu.
QUECHUA.
Googled la tgk bag yg dia nak sgt tu.
Rupanya tu beg hiking.

Masa jejalan dalam uptown tu.
Banyak la bag yg Zahra sebut.
First time okay ai tau benda2 ni.
Masuk satu kedai,
org kedai cakap,
ni bag viral..
dah setahun lebih pasal bag ni.
Mak ai.. punya la ai tak tau ape hahaha
Masa nak beli tu ada 2 beg
ori dan bukan ori org tu jual.
Zaf amik la yg ori tuk Zara.
Harga ori dgn bukan ori pun bukannya byk.
Beza RM10 je.

Masa beli tuk Zara,
Aliah plak kata nak jugak macam akak dia.
Kebetulan plak kedai yg beli tu,
orinya tinggal satu je.
Ada yg lain tp size tak sama.
Size bag beli tuk Zahra tu just nice,
sbb tu Junior mmg tuk budak.

Pusing la satu uptown tu,
tapi kecewa tak de yg ori.
Cakap ngan dia kita beli lain hari,
dia taknak..nak jugak skang.
So Daddy dia decide beli yg fake.
Dah nak sangatkan.



Zahra punya yg warna hijau tu,
Aliah warna oren.
Byk gak beza beg tipu tu.

Yang pasti bag ni murah okay.
RM30 je yg Zara hahaha
Beli beg tuk pakai kat sekolah murah giler :p
Cakap ngan Zaf kita
tgk la bape lama tahan bag tu.

Ni gambar kat Metrojaya The Curve.
Tetiba takde kena mengena
buh dlm entry ni.



Sementara menunggu Zaf shopping seluar tido.
Dia kalau dapat voucher,
tak beli spender,
beli la ape2 yg seangkatan dgnnya :)