Showing posts with label Renovation. Show all posts
Showing posts with label Renovation. Show all posts

Friday, October 30, 2020

Bilik Air Berwajah Baru


Alhamdulillah akhirnya siap juga bilik air kami. Fuh lama diriku menunggu bilik air ni siap. Adalah dalam 2 bulan lebih juga. Yang penting dah siapkan tak silap ai dalam 26hb September siap sepenuhnya. Banyak juga la perubahan rupa bilik air ini. Kebanyakkan barang memang kita tukar, adalah dalam 1-2 barang kita simpan sebab boleh pakai lagi. Rasa terang benderang betul bilik air kami kali ini sebab banyak warna putihkan. Atas shelf tu masih tak complete lagi nak letak barang. Sebelum ni kami ada pergi ke Kaison tapi tiada frame yang berkenan nak diletakkan dalam bilik air. Bab deko ni nanti kemudian la cari.



Atas shelf tu hanya tinggal satu tingkap je. Kalau diikutkan yang asal, ada 2 tingkap. Tapi enZaf decided tinggalkan satu je sebab jarang buka pun tingkap bilik air ni. Paling menarik perhatian ai dalam bilik air ni dah tentulah lantainya. Gembira sangat sebab impian nak lantai bercorak tercapai hihihi.. ikutkan masa beli tu ai ada berkenan satu corak ni, tapi disebabkan permukaan tiles tu licin maka terpaksalah pilih corak yang lain. Apa pun, tiles yang sekarang ni pun dah cukup puas hati :)



Tiles bercorak tu pasang dari sinki ke toilet bowl sahaja. Bahagian shower pasang plain tiles. Ingat nak buat penuh semua bercorak tapi macam tak menarik pula. Takut nampak lebih serabut. Water heater guna semula yang sebelum ini. Masih elok lagi buat apa nak tukar lain. Tapi sayang hand showernya yang asal tiada. Orang yang renovate bilik air ni dia terbuang pula. Terpaksa beli yang lain dan sambung semula, nampak tak berapa cantik sangat. Sedikit kecewa tapi tak pe lah nak buat macamana, benda dah jadi.



Dekat area shower tu kami buat pili air baru. Pili air itu untuk memudahkan kami mengambil wuduk. Terlindung pula dengan kabel shower, patutnya potong sikit bagi pendek supaya nampak kemas. Tapi takpe la yang tu abaikan ;) Untuk mirror cabinet yang kami beli di Ikea, kami pasang berhadapan dengan toilet bowl. Cadangnya nak letak atas sinki tapi tak jadi sebab cabinet tu besar menyebabkan sinki kami yang comel tu sempit hehehe Kalau sinki besar boleh pakai mirror cabinet tu. Ianya bukan besar lebar tapi besar ke depan jadi tertutup sinki kami tu. Nak explain pun ai tak pandai, kena tunjuk tapi tak ambil gambar pula masa pasang cabinet ni atas sinki.



Macam-macam dah ai simpan dalam tu. Penuh dengan pad sahaja hehehe



Lampu dalam bilik air ni pun kami tukar. enZaf yang pergi beli lampu ni sendiri. Sebelum ni ai ada pergi tengok tapi masa tu hanya survey sahaja. Dalam banyak kedai yang masuk, lampu ni juga yang dia berkenan bukan sahaja cantik tapi murah juga. Kebetulan ada diskaun itu yang enZaf terus beli.



Berkenaan dengan shower glass, kami masih lagi tiada kata putus nak buat ke tidak. Bagi ai tiada shower glass pun dah okay. Cuma itu la enZaf tak nak lantai bilik air ni basah semua. Hal shower glass ni ai serahkan kepadanya. Nak buat boleh tak nak buat pun ai tiada masalah. Terima kasih juga kepada tukang buat bilik air ni En. Talha. Baik orangnya, layan je karenah kami terutamanya ai la. Ai ni cerewet sikit, eh cerewet banyak kot. Kalau buat keja tu nak perfectionist. Tapi ai faham, kalau nak servis tiptop kena la guna khidmat yang lebih pakar dan arif. Bila dah guna pakar tu harusla bayarannya mahal. Disebabkan bajet kami ni ikut kemampuan, semua menda kami beli sendiri, jadi ai cuba bertimbangrasa sikit. Setakat benda-benda kecil tu tutup mata je lah hihihi

Monday, September 14, 2020

Bathroom Reno Progress


Fuh berjanggut juga nak tunggu bilik air ni siap. Ini pun masih tak siap-siap lagi hehehe Makin lama makin susah nak dapatkan masa enZaf free satu hari untuk orang buat kerja. Seminggu tu sekali je, dalam sehari mana sempat nak siap banyak kerjakan. Jadi harini ai nak update sedikit pasal bilik air ni mana yang dah siap.

Yang ni gambar 2 minggu lepas. Alhamdulillah proses memasang tiles telah siap sepenuhnya.



Minggu lepas pula pasang sinki, toilet bowl dan sedikit aksesori.



Cuma ai terkilan yang cermin kami beli kat Ikea tu tak sesuai pula bila dah lekat kat dinding. Cermin tu sekali dengan kabinet, bila pasang ianya terlampau besar dan tak sesuai dengan sinki kami yang comel huhuhu Baru nak berangan simpan barang-barang dalam kabinet cermin tu. Nampak la kemas sikit bila simpan dalam terlindungkan. Akhirnya kami pasang cermin dan shelf untuk letak berus gigi, ubat gigi dan pencuci muka. Disebabkan tak sesuai, enZaf decided gantung juga tapi bahagian dinding lain berdepan dengan toilet bowl. Kabinet tu boleh la simpan stok shower gel, shampoo, towel, ubat gigi dan apa saja la nak simpan dalam tu. Diriku pun akur je la nak buat macamanakan, dah beli sayang pula tak guna. Sekarang ni ada la dalam 10% lagi nak siap, tinggal nak pasang sikit lagi paip air untuk ambil wuduk, water heater dan touchup plaster ceiling.

Sekarang ni ada lagi satu dilema samaada nak pasang shower glass ke tak. Kalau nak ikutkan perancangan enZaf, dia memang nak pasang shower glass tu. Nak elakkan dari lantai bilik air tu basah semua. Bila dah tengok keadaan bilik air tu nampak macam sempit pula bila pasang nanti. So sekarang ni masih lagi berbelah bagi nak buat ke tak.

Minggu lepas enZaf dah cakap nak cari barang-barang deko macam frame untuk letak kat dalam bilik air nanti. Ai suggest kita pergi Kaison je, situ ada juga barang-barang menarik boleh dibeli. Harga pun tak mahal mana, cari mana yang sesuai nanti.



Wednesday, August 5, 2020

Barang-barang Bilik Mandi


Barang-barang untuk bilik air dah sampai sebelum Hari Raya Haji. Yang ni tiles dari Super Ceramic. Eksaited ai sebab tak sabar nak letak tiles tu nanti dalam bilik air.



Pada hari Khamis, sehari sebelum Hari Raya barang-barang dari Paramax pula sampai. Kebanyakkan kami beli dari brand Sorento untuk toilet bowl, basin dan segala jenis accessories. Tapi ada juga brand lain, campur-campur la mana yang berkenan hehe



Cuma masa kat Paramax tu la kami tak beli cermin. Takde yang berkenan, kalau berkenan pun mahal sangat. Bilik mandi kecil jadi kami cari yang saiz kecil je, tak besar sangat. Masa dekat rumah ai saja tengok kat website Ikea, ada pula cermin murah yang dengan kabinet sekali. Terus enZaf ajak ke Ikea. Laju nak membeli takut kehabisan stok tiba-tiba :)



Ada beli shelf sekali nak diletakkan kat dalam bilik air. Dalam kepala tu macam-macam nak buat tapi semua tu mengikut bajet. Barang yang beli bukan lah mahal mana, cari yang mana ada diskaun. Yang penting berkenan kat hati sudah. Itu pun kami beli sendiri barang-barang, hanya upah orang untuk pasang saja. Kalau guna ID agaknya tak tahu la berapa nak kena labur. Baru bilik mandi kecilkan, kalau besar tak tahu la macamana hahaha

Sementara menunggu Daddy dorang ambil kereta, bagi anak-anak ni makan aiskrim. Yang kecik tu paling seronok. First time bagi dia makan aiskrim pegang sendiri.



Bukan main mulut muncung-muncung Qaireen tu kan dengan comot aiskrim kat mulut hihihi




Tuesday, July 28, 2020

Bathroom Renovation


Sejak pindah masuk rumah ni, kami takde buat apa-apa renovation selain daripada ruang tamu dan dapur. Dua bahagian ni kami buat sebelum pindah masuk lagi sejak 14 tahun yang lepas.. fuh lama dah rupanya hehehe. Itu pun bukan ada pecah apa, hanya pasang lantai kayu dan buat kitchen cabinet. Kalini berbeza sikit sebab buat fully renovation untuk bilik air. Walaupun hanya bilik air yang kecil ai tetap nak simpan dalam blog sebagai kenangan hihihi

Diam tak diam dah 2 minggu rupanya renovate bilik mandi ni. Punya la lama ai tunggu pecah tiles dan buka semua bawa keluar. Semua ni gara-gara menunggu enZaf free. Kalau buat hari-hari dalam seminggu je dah boleh siap hehehe.. takpe la diriku sabar menanti demi sebuah bilik mandi yang cantik :p



Bila pecah tiles ni, berhabuk tu jangan kata. Setiap kali orang tu balik, ai terus lap dan bersihkan habuk dalam bilik. Walaupun tak habis lagi pecah tiles tu tetap bersihkan sebabnya tak tahu lagi bila orang tu nak sambung buat kerja lagi. 4-5 kali bersihkan pun ai sanggup, takkan nak biarkan habuk tu berterbangan satu rumah huhuhu

Gambar bawah ni gambar masa kami nak beli tiles. Sebelum ni datang tengok-tengok dulu, kalini datang terus confirm nak beli. Gembira sebab enZaf approved untuk beli tiles yang bercorak bunga untuk lantai hihihi Beli dekat Super Ceramic Tiles Kota Damansara, dekat dengan rumah senang sikit.



Gambar bawah ni pula baru siang tadi kami pergi beli basin, toilet bowl dan accessories pula. Yang ni jauh sikit membelinya, kami pilih Paramax Kitchen & Bathroom dekat Puchong.



Nampak tak muka happy disitu hehehe.. Terima kasih enZaf! Sekarang ni tunggu je la bila lagi nak sambung buat renovation tu. Nampak gaya macam lepas raya haji la kan :p



Sejak bulan puasa diriku dah tak exercise sampai sekarang menyebabkan berat naik 3 kilo dengan jayanya. Makan pun tak ingat dunia semua bedal. Lepas Maghrib tadi gigih joging balik setelah sekian lama.



Friday, June 26, 2020

Mencari Jubin


Buat pertama kali makan kat kedai sejak PKP. Itu pun kami makan tengahari awal dan tempat yang tak ramai orang. Seronoknya dapat makan kat luar hehehe Kami makan kat Mutiara Damansara saja. Haruslah bergambar untuk kenangan.



Lepas makan enZaf ajak pergi tengok tiles. Lantai bilik air kami yang pecah tu sampai ke sudah tak baiki lagi. Punya la lama bertangguh [link]. Satu faktor sebab tangguh lama ialah masa. enZaf tu jarang ada kat rumah. Bila nak panggil orang repair nak kena dia ada. Dia memang takkan biarkan orang lain masuk kalau takde dia. Tak kisah la nak servis aircond ke hantar tong gas sekali pun. Apa entah lagi kalau nak baiki bilik air kan. Faktor lain juga adalah duit. enZaf plan dah alang-alang nak pasang tiles baru, dia nak full renovate terus bilik air tu. Tukar shower, sinki, jamban eh semua menda la dia nak buat baru. Nak buat semua tu dah tentulah perlukan duit yang banyak. Sejak bayaran rumah ditangguhkan masa PKP, secara tak langsung duit kumpul yang tak cukup tu dapat la cover dengan duit rumah. Itu pun dah kira satu hikmah jugakan, alhamdulillah. Lepas raya haritu kami pun dah mula survey nak buat bilik air yang macam mana. Kami terus ke Super Ceramic Tiles. Kilang ni dalam KD dekat je dengan rumah. Selalu nampak tepi jalan, kalini dapat masuk dalam.



Tempat nak cari jubin di tingkat 1. Naik naik je terus nampak banyaknya barang bilik air. Teruja betul bila tengok semua tu macam nak pindah rumah baru je hehe



Tiles pun macam-macam jenis dan saiz yang ada. Bila dah banyak sangat, ai mula la rambang mata. Susah juga kalau banyak sangatkan. Nak cari je dah makan masa. Sebab semua kita suka semua kita nak. Tinggal duit cukup ke tidak je :p



Ai berkenan dengan tiles yang bercorak-corak gini. Ini semua gara-gara PKP ai banyak tengok channel HGTV. Rancangan tv berkenaan house renovation. Bilik air orang Europe ni jenis letak tiles corak-corak.



Ha jenis nak buat macamni la. Ada corak-corak kat lantai. Kuat berangan betul la ai ni, enZaf approved ke tak pun ai tak tahu haha



Kalau enZaf nak tukar sinki. Ai nak sinki petak pula. Sebenarnya lagi cantik kalau ada kaunterkan. Tapi bilik air kami kecil je. Tak muat nak buat macam tu. Jadi kita buat la ikut kesesuaian sudah.



Hujung minggu ni enZaf ajak survey lagi kat tempat lain. Sebenarnya ai tak kisah pun kalau tak tukar semua, asalkan lantai bilik air dah baiki pun ai dah happy. Dia dah jumpa orang kontraktor nak buat bilik air ni. Orang tu cakap sekurang-kurangnya 2 minggu nak siapkan bilik air tu mengikutkan apa yang enZaf nak. Ai dah risau sebab dia dah start sibuk balik dengan kerja. Itu pun dah outstation ke sana sini. Ada ke masa untuk 2 minggu dia kat rumah tak ke manakan. Takpe lah kita doa semoga dipermudahkan semuanya :)

Thursday, January 17, 2019

Lantai Toilet Pecah


Dah 12 tahun kami duduk rumah ni, akhirnya lantai bilik air pecah. Bilik air ni pun jenis tak pernah buat renovate apa. Macam mana masuk rumah macam tu la rupanya sampai la sekarang hehe



Mula-mula pecah kat bahagian yang bertanda bulat tu, lama-lama kat tiles pula crack dan terjongket bertanda anak panah.



Dah alang-alang nak kena repair, enZaf cakap nak buat lain la bilik air. Katanya nanti bila ada masa kita survey barang-barang untuk tukar sinki, jamban bagai. Sekarang ni dia nak mencari siapa yang boleh buat toilet huhu

Oh ni bukan toilet tapi ini baju seluar yang menimbun masih tak berlipat lagi. Ai tengok dari sofa je, nak melipat masih malas haha Lipat baju pun kena ambil mood.



Apa pun dalam malas-malas tetap kena buat jugakan. Kalau ai tangguh satu hari tak buat, lagi menimbun jadinya. Baju anak-anak ni dah la basuh hari-hari. Satu hari sampai 3-4 helai baju tukar. hmm.. kerja rumah mana pernah habis.