Salah seorang ibubapa AJK SAFE batch akak Zahra ada mencadangan aktiviti BBQ untuk anak-anak ketika hari Deepavali. Tujuan BBQ ini untuk menghiburkan hati anak-anak dan juga ibubapa untuk meluangkan masa bersama. Melepaskan rindu gitu, maklumlah lama duduk di sekolah tu tak balik-balik. Walaupun begitu, ada juga segelintir ibubapa yang tidak berapa setuju dengan cadangan ini disebabkan mereka risau anak-anak SPM ini mendapat penyakit Influeza yang sedang menular. Memandangkan ada yang bersetuju dan tidak, maka cadangan BBQ ini akan dibuat secara tertutup dan berminat sahaja. Ai memilih untuk pergi sebab akak Zahra dah call tanya "Mummy datang ke tidak?" Ai kalau anak tanya macam tu, tak sampai hati kata tidak. Jadinya pada yang berminat, akan dimasukkan dalam Whatsapp group yang berlainan. Ingatkan tak ramai, rupa-rupanya ramai yang nak join juga hehehe.. Yang tak nak itu boleh dikira dengan jari.
Bila tengok senarai makanan untuk potluck, panjang berjela dan meriah betul. Masing-masing tak nak kalah bawa itu ini hehehehe.. Bab makan semua orang happy gitu. Menu paling top semestinyalah kambing golek. Itu awal-awal lagi anak-anak dah request. Alhamdulillah ada orang baik sponsor dua ekor. Tak banyak sangat gambar yang diambil. Lebih seronok dengan makanan dan bersembang. Bila ada Eina satu meja memang berborak tak ingat dunia. Eh! kata rindu anak-anak tapi ini dah macam perjumpaan mak-mak ni. Sekali jalan lah kan ahahaha...🤭🫣
Sebelum balik, Eina hulurkan ai sekotak pasu bunga dan stroberi 🌸🍓 hasil dari air tangannya. MasyaAllah terharunya perasaan ini. Sebelum itu dia ada hantar gambar beritahu dia sedang belajar buat bunga menggunakan kawat bulu. Memang cantik sangat dia buat pun dan ai berkenan. Sajalah berseloroh kata nak juga macam itu, buatkan satu untuk ai. Nanti kita bayarlah. Tup tup nak ke kereta, dia passnya kita kotak gitu je. Dah la besar rasa macam pegang hantaran pula hahaha.. Dah tu bagi free saja. Berapa kali pujuk nak bayar sebab kita tahu lah buat kerja yang memerlukan tenaga ini bukannya free ya. Semua itu ada kos. Tapi Eina tolak semua tu. Terima kasih Eina, terharu sangat tau 🥲🥰. Semoga dirimu sekeluarga dilimpahi rezeki yang berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan 🤲.
Bye kakak!!! Muka tengah geram tu dengan adiknya Aliah. Aliah tu suka mengusik dia bila kami nak balik hahaha..
On the way nak keluar tu singgah pasar malam di Antara Gapi. Ai bawa balik Laksa makan di rumah. Laksanya simple saja tapi sedap. Susah betul nak cari laksa sedap sekarang ini. Dapat sedap jauh pula huhuhu..
enZaf ajak lunch di SS15 Subang Jaya, wah bukan main jauh ke sana. Pertama kali mencuba makan nasi ayam di Restoran Chicken Rice Guys. Terasa nama kedainya macam Khairul Aming "Whatsapp Guys" pula, seperti kita cakap dengan kawan-kawan gitu 🤭. "Weh! makan mana?" "Makan kat Chicken Rice Guys" hahaha.. kan. Bila tengok nama kedai tu, teringat satu kedai di TTDI. Macam lebih kurang juga ayat tu, tak silap ai "daun pisang guys". Tak sure betul ke tak tapi ada perkataan "guys" itu juga hahahaha...
Sedap jugalah makanan di sini. Siapa yang suka makan Nasi Ayam Hainan or Chinese Style sila lah mencuba. Di sini juga ada masakan Mee selain dari Nasi Ayam. Oh! ada lauk Itik juga ya, siapa minat sila order. Kami belum terbuka tekak lagi nak makan Itik ni 😬 hahaha.. Dari SS15 kami ke Sunway Pyramid pula. Abang Ariq yang ajak ke mall situ, tahu dah kenapa dia suka ke sana. Di situ ada boots yang dia nak.
Ada satu sudut dalam mall ini ditempatkan info dan gambar mengenai Malaysia sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Jadi ai biarkan anak-anak membaca di situ sekejap sambil menzahirkan ekspresi diri di situ 👍
Jalan-jalan dalam mall dan ternampak kedai jam, memang dah niat nak beli jam tangan Aliah masa birthday dia. Dua bulan sebelum ini kami singgah satu kedai jam, ada satu jam dia berkenan tapi kami tak belikan sebab terlalu awal pula nak beli untuk hadiah harijadi. Lepas dari itu, setiap kali kami masuk kedai jam, jam yang dia berkenan tak ada warna yang dia nak. Adalah dalam tiga buah kedai yang dah masuk. Tapi kali ini, ada pula warna dia. Terus enZaf kata beli, takut nanti tak jumpa lagi dah warnanya.
Ini dikira early birthday gift juga lah buat Aliah. Suka dia akhirnya dapat juga warna kegemarannya iaitu pink. Rezeki tak salah alamat. Happy Birthday Aliah!!! hihihi... Lepas itu kami berhenti sekejap makan aiskrim di Inside Scoop 🍨. Penat juga berjalan dalam Sunway Pyramid ni, faktor umur agaknya hahaha.. Panas pun iya sebab tu rasa nak makan aiskrim tiba-tiba.
enZaf kata aiskrim ini special untuk ai sebab ada Zus Coffee dalamnya. Lepas tu dia nak ambil gambar, punyalah dekat penuh muka dalam gambar ni hahaha.. Nampak dah penuaan tu kan, jelas garis-garis cinta dimuka. Thank you lah enZaf.😘
Sebelum balik singgah lah masuk kedai yang abang Ariq nak sangat. Tapi bukan Ariq sajalah yang nak, ada sorang lagi pun suka juga. Dalam gambar nampak orangnya sebelah kanan yang tengah capai satu boots di situ. Anak dan Daddy dia pun sama juga hihi...
Untuk Ariq tidak lah nak beli boots lagi, baru saja belikan masa birthdaynya bulan enam [link]. Daddynya belikan dia jersey pula.
Tinggal lagi lima hari nak MSSD Bola Sepak, kasut bola Ariq terkoyak pula. Pandai pula pilih masa nak koyak tu kan. Minta boots baru la tu hehehe... Hari yang terkoyak tu, esok paginya dia ada friendly game pula di Subang. Ya Allah huru hara sekejap Daddy dia mencari boots. Bukannya apa, kaki dia yang kecil itu memang susah nak dapat saiz. enZaf terus call Adidas Sunway Pyramid tanyakan saiz kasut bolanya, Alhamdulillah ada. Terus lah malam itu kami gerak ke sana untuk beli. Ariq keluar pakai pakaian rumah je tak tukar pun 🫣😮💨
Daddy dia parking kereta kat luar saja, nak masuk dalam lagi lambat nak cari parking. Kami sampai Sunway Pyramid ini pun hampir pukul 9 malam dah. Memang masuk terus menuju Adidas, beli kasut dan terus balik hehehe.. Sempat lagi tu ambil gambar kat luar. Dekorasi raya pun masih ada tak buka-buka. 😅🌟
Senyum lebar anak bujang dapat boots baru. Kaki dia pun dah panjang sikit. Sampai saja di rumah, ai terus cakap dengan dia yang kasut bola ini kira hadiah birthday dia terus hihihi... Alang-alang beli pada bulan birthday dia kan automatik jadi hadiah lah 🎁😆
Daddy dia terus kata letak lilin atas kasut dan ajak nyanyi lagu birthday.
Masa dalam Adidas tu, dia ada berbelah bahagi nak beli boots sebab ada dua jenis yang dia berkenan. Ai bab-bab kasut ini tak tahu lah jenis apa model apa, asalkan warna cantik terus ai suka itu je hehehe.. Satu lagi kasut tu warna biru oren tapi model lain, lepas beberapa kali fikir akhirnya dia pilih warna putih. Jenuh lah nak mencuci nak oi. Senang sangat nampak kotor ni.
Esoknya kami pergi skodeng Ariq di sekolah area Subang. Dia ada jemputan perlawanan persahabatan di sana pula. Dia tak tahu kami nak datang, bila dia nampak tu agak terkejut juga.
Lama tak jumpa dengan Tee B. Kali terakhir jumpa masa hari raya. Bila tiba-tiba dapat Whatsapp dari dia nak ajak berjumpa esoknya, laju ai jawab "ON" hahaha.. Pada mulanya kami nak lepak di Richiamo Coffee di Emporis, tapi bila sampai kedainya tutup pula. Terus kami ke Oh Apong saja. Situ pun okay juga sebab kami jumpa ini pun untuk makan petang.
Masing-masing berkongsi cerita, makan dan gelak ketawa. Mujur tak ramai orang, kalau tak bingit telinga dengar kami bising :) Tak sangka dalam borak-borak itu, Tee B beri hadiah birthday. Katanya awal dua hari sebab hari ini saja hari yang free untuk dia berjumpa. Alahai sweet sangat. Gambar di bawah ai minta Ariq ambilkan gambar.
Masa ini dah habis makan. Tutup segala pinggan, piring dan semua tu dengan paper bag hahaha.. cover kesepahan di atas meja :p Qaireen memang sengaja buat muka begitu. Bila ai suruh senyum, dia kata "Don't want!" huhuhuhu... suka hatilah nak oi. Gambar di bawah pula minta staf Oh Apong ambilkan gambar kami semua. Sedikit blur tapi jadilah dari tak ada kan hehehe..
Sebelum balik sempatlah bergambar sedikit di dalam Oh Apong ini. Kedainya cantik, rugilah tak bergambar.
Singgah Jaya Grocer sekejap, nak membeli sedikit barang dapur. Kalau ada dua ketul budak ini, dari beli sikit jadi banyak. Tahu-tahu macam-macam dalam troli :p
Terima kasih Tee B bagi hadiah birthday. First time ni ada tudung Ariani satin square. Semoga dilimpahi rezeki yang berpanjangan buat dirimu.
Terima kasih juga atas doanya dan semoga doa-doa ini juga berbalik pada dirimu. Love back ❤
Kalau nak bercakap pasal ibu sebenarnya setiap hari itulah hari ibu kan. Cuma bezanya bila tarikh itu jatuh pada Hari Ibu, kita akan dapat satu kelainan sikit dari kebiasaan. Itu pun bergantung pada setiap individu atau keluarga, sambut atau tidak jangan dibandingkan. Yang penting niat kita di mana ianya mungkin salah satu untuk menzahirkan tanda terima kasih dari seorang anak kepada ibunya. Tahun ini ai tak sambut Hari Ibu bersama mak. Haritu sibuk nak hantar akak Zahra pulang ke asrama. Tak ada rancangan apa pun. Tahu-tahu saja enZaf ajak keluar lunch. Kami makan di tempat kesukaan anak-anak, Teppanyaki di One Utama.
Dah selesai makan, kami masuk Jaya Grocer. Beli stok makanan untuk akak Zahra. Lepas itu enZaf ajak singgah minum dulu. Konon minum tahu-tahu sampai rojak hehehe.. Tak ambil gambar pun. Gambar di bawah ini dari kamera phone Ariq. Katanya untuk Mummy hehehe thank you abang Ariq :)
Dekat dengan kedai mamak kami duduk ni ada kedai air baru buka, tak ingatlah apa namanya. Kalau bab air-air manis ni, orang paling laju nak mencuba ialah Aliah. Dia memang suka air, makan tak berapa sangat. Yang dia order ini ada strawberry apa entah, tapi dia kata tak sedap sangat hahaha.. tak kena dengan tekak dia la tu.
Sempatlah minta enZaf ambilkan gambar ai dan anak-anak. Kenangan untuk Mother's Day gitu. Tapi Qaireen pula tak ada mood nak bergambar. Katanya "No" huhuhu.. gambar belakang pun boleh la nak oi.
Masa turun escalator, enZaf ambil gambar kami lagi. Bila mood tak baik tu datang, suruh la bergambar banyak kali pun memang takkan nak punya. Begitulah Qaireen... geram aje tengok dia. Mujurlah bongsukan hihihi..
Dari One Utama terus kami ke Batang Kali hantar akak Zahra. Lepas menunggu dia hantar barang masuk dorm, tiba-tiba dia bagi ai bunga. Alahai sweetnya anak. D.I.Y origami paper flower. Dia buat bunga Lavender.
Balik rumah, Ariq pula bagi ai kad. Ala..ala..ala.. hero ni. Sembab muka ai masa ni, tiba-tiba pening kepala dalam kereta dan tidur saja ai. Badan tak berapa sihat :(
Aliah pula dia cakap dengan ai, "Mummy hadiah postponed." hahaha.. sehari sebelum Hari Ibu ni ai ada perasan dia macam ada buat something tapi tak lah ai pergi tengok kat dia. Mungkin kerja sekolah. Nampak lah dia banyak kali macam frust tak menjadi agaknya kerja dia tu. Rupa-rupanya dia nak buat something untuk ai lah. Tiga hari lepas dari Hari Ibu tu baru lah dia bagi ai hadiahnya. Sama lebih kurang macam akak Zahra ada origami paper bouquet flower bersama kad. Dia kata buat lain, sebab yang dia nak buat tu asyik je tak menjadi :)
Qaireen yang ambilkan gambar ini sebelum hantar Aliah ke sekolah. Apa pun Mummy tetap hargai apa yang anak-anak bagi. Cantik sangat semuanya. Effort tu yang penting. Di bawah adalah gambar close-up hadiah dari anak-anak untuk Mummy sempena Hari Ibu kecuali Qaireen je yang tak ada. Dia tak faham lagi :)