Tuesday, September 29, 2009

Makan lagi

Yang ni makan2 kat umah Kak Laila hari Ahad lepas.
Masa nak pegi umah kak Laila, hari ujan lebat sangat.
Dah la lebat sesat plak tu.. aduhai..
Kak Laila dah email address & map ke umah, tapi lupa plak nak print.
Pastu mintak Hendra sms address kakLaila..bole plak bagi tak complete.
Mengagau cari Taman Pelangi oiii..salahkan Hendra hihihi

Makanan2 yang dihidangkan semua sedap.
Ada mee kari, roti jala, nasi impit, sup macam2 la
pastu ada kek, tuk mak budak =)

Ini lah tuan rumah yang kami terjah.
Birthday Girl (girl ke??!!).. ada kek coklat.. sedap
Zahra pun sibuk kat kek tu, time nak pasang lilin dia yg sibuk, cam bday dia plak

Semua kawan2 opis memeriahkan suasana.

Zahra bergambar bersama baby Zafran. Z & Z =) Baik je dia, dok diam.

Selamba badak je wat macam umah sendiri. Baring-baring huhuhu

Monday, September 28, 2009

FREE Shopping!!

Betul ke ni??!! Pakai credit card point!!
ada sesapa dah cuba try test =)

.
.
.
.
.
.
.
Event period: 01 September 2009 To 31 August 2012
Event name: FREE SHOPPING AT 1 UTAMA

Description of event:
Look out for the FREE SHOPPING signs at participating outlets in 1 Utama.
Pay for your purchases by redeeming your credit card points at the cashier.
Now that's easy FREE SHOPPING !
Location: Centrewide

Sunday, September 27, 2009

Sehari suntuk

Perghh penat giler smalam.. dari siang sampai ke tgh malam makan je keje.
Semuanya umah member2. Seronok tak terkata.

Zahra dah bersiap sedia tuk menerjah umah orang dan kutip duit raya hihi


Tengahari
kat umah Cikun kat Kajang Heights.
Tak amik gambar..malas.. lagi pun time lunch kan..laparrr..mencekik je..hihi

Petang
melawat Nurul dan baby girl nye.
Sangat comel...putih, rambut lebat dan pasti panjang cam mummy dia hihihi
Sorry la yer kami sampai lambat huhuhu
Nak tgk gambar baby ngan jelas biarla mummy dia tayang kat blog dia nanti ek.
Congrats Nurul n Zia!!


Malam
gi umah Ciman kat Kelana Jaya.
Muka2 yang ada kat sini, ada jua tengahari tadi kat umah Cikun hehe
Yang ni sesi bergambar sblom balik.. dah kul 11pm lebih.
Budak2 main bunga api, bapak budak main mercun.



Zahra masuk2 kete je terus tido.. penat sangat la tu.
Sampai umah semua terbongkang tak ingat dunia dah ;)
Nak bersiap2 gi open house lagi ni.. adios

Saturday, September 26, 2009

Open House

Ni antara open house kawan2 sepanjang raya tahun ni.




Kalau korang wat open house jemputlah kami yer (dgn tak malunye huhu)
Masih byk lagi schedule kami yg free hihihi

Friday, September 25, 2009

Beraya di Opis

Smalam opis dah bukak, dan daku pun masuk keje sudah.
Paham2 je la, datang opis minggu pertama raya ni macam tak keje gak.
Masih dlm mood raya lagi..

Sblom bercuti raya dah pesan pada sape yg masuk keje minggu ni suh bawak makanan raya
Yang tak bawak makanan tu, dorang bawak perut je huhu
Antara makanan & minuman yg ada
Ai - nasi impit & kuah kacang
Lorna - Kuih raya, Rempeyek kacang & Dodol
Hendra - Rendang Daging
Hanif - kuih raya
Mr.Yong - sponsor air gas ;)
Cookies dari hamper

Ini lah muka2 yang pasrah datang keje smalam hari hihihi
Semua sengih besar, sbb nak makan. Cuba suh wat keje.. mencuka sorang2 haha


Korang sure bercuti ria lagi kan kan kan

Thursday, September 24, 2009

Tips kecantikan bersama Zahra

Aduh.. migrain jap bila nampak Zahra ni.
Patut la senyap je.. rupanye tgh syok main bedak.
Ape lagi terus amik camera hihi

Tenyeh2 kat muka dia ngan bedak

Tenyeh lagi sekuat hati sampai menjerit2.. suka betul kenit ni

Cantik tak Zahra, Mummy??

Cat kesayangan dia pun nak cantik sama.
Membebel sorang2.. ape dia cakap pun, tak paham huhu


Itulah tips kecantikan Zahra pada hari ini.
Sekian, terima kasih. =)

Wednesday, September 23, 2009

Di Syawal Hari

Hari Raya kami sama macam tahun2 lepas.
Lepas solat sunat hari raya, kami balik ke taman tun. beraya sana dulu.
Petang baru beraya ke sg.buloh plak.

Kat taman tun makanan raya adalah lemang, ketupat palas dan rendang daging.
Sg.buloh, ketupat nasi, rendang daging dan lodeh.
Burppppp sangat kenyang.. macam tak pernah jumpe makanan, melantak tak ingat hihihi

Comel tak baju kurung zahra? ;)
Hair clips nya, tempah kat
chomelcraft.
Sangat puas hati.

Orang lain semua dah sudah makan, kami je tak habis2 lagi mencekik.
Sangat buruk perangai hahaha

Ni duit raya Zahra sepanjang 3 hari beraya
Kawan2 zahra plak camne, banyak ke tidak??!!

Raya ni tak banyak amik gambar. Sibuk makan dan berborak ngan keluarga dan sanak saudara.
Raya pertama dan kedua byk open hse dari kawan2.
Especially kawan2 Zaf, semuanya orang sini taman tun, DU, BU, Shah Alam..
Sampai ada yang tak sempat nak datang huhu
Alhamdulillah raya tahun ni meriah dan kami semua bergumbira hihihi
Korang pun mesti sama jua kan.

Friday, September 18, 2009

Lip Lap Lip Lap

Nampak tak?? Nampak tak?? hihihi


Yer rumah kami pun nak beraya gak.
Mengerlip2 rumah kami...
Bukan tuan rumah je excited nak raya. =)

Nak pasang pelita tak de laman rumah.
Tu la dok umah byk tingkatkan ;)
Pasang lampu pun jadi la kan.

Thursday, September 17, 2009

E-kad Raya

uwargghhhhh takde mood dah nak keje.
badan je kat opis, tapi pale otak dah pikir cuti raya
korang sama tak ngan aku hihihi
tahun ni sama cam sblom nya beraya kat taman tun dan sg buloh =)
satu hari, raya 2 kg terus..yeyyy

okey la harini nak gantung kad raya kat umah maya ni plak.
Pada sesapanya kad yang tak masuk dlm entry ni bgtau ek..nanti akanku gantungkan.













Wednesday, September 16, 2009

Kad raya

Ni adalah kad raya dari blogger. Maceh yer kawan2.

1st kad datang dari
Arash910. Siap bagi bookmark rabbit..comelll


Yang ni plak datang dari Cutemiut78. Sis ada parcel tuk u, tapi pos lepas raya la yer.


(dari kiri) Annapeje, Dyna (ex-u) dan Honeylanz



OK la yang ni plak kad dariku untuk korang yer
Sudilah kiranya ambil e-kad raya ini.

(click untuk besar)



Kesempatan ini, Yati sekeluarga nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada semua kawan blogger.
Sekiranya sepanjang berblog ni, ada membuatkan perasaan dan emosi korang terganggu,
ampun dan maaf dariku dengan hati yg tulus ikhlas. MAAF ZAHIR & BATIN.

Pada kawan2 yang beraya di kampung tak kira jauh dan dekat.
Berhati-hati ketika memandu. Semoga perjalanan korang selamat pergi dan balik.

Menjelang hari raya ni, mesti ada yang gembira dan berduka.
Alhamdulillah tahun ni, kami masih dapat beraya bersama kedua-dua ibu bapa dan insan tersayang.
Pada mereka yang sudah tiada ibu, bapa ataupun sesiapa insan tersayang,
tabahkan hati dan kuatkan semangat.
Besama-samalah sedekahkan Fatihah buat arwah dan ziarah pusara mereka pada Syawal ini.

Sentiasalah bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Renung-renungkan dan Selamat beraya! =)

Tuesday, September 15, 2009

Berbuka kat OU

Akhirnya, dapat jugak berbuka ngan kawan2 semalam.
Kami mengisytiharkan hari tak diet sedunia, jadi makan kat Chilis, OU.
Ini la kawan sengalku sentiasa hihihi
Niza & Sue.

Mushroom Jack Fajitas - Combo. Ini tuan blog punye =)

Niza & Sue makan burger.
Sorang mushroom sorang lagi BBQ

Ni plak makanan tuk Zara.
Drummet nyum nyum.. yang habiskan mummynya huhuh
Adakah anakku diet?? Pelik lak tak makan, kalau tak laju je nampak drummet ni :p

Sronok Zara dapat minum ice lemon tea..
Bila hirup tak dapat, marah2 hahaha, terpaksa refill lagi.. ;)


Sronok betul Niza blanje makan.. bulan puasa ni ramai tul belanja.
Semoga rezeki ko bertambah2 yerk.. bole la blanje lagi hihi

Owh laki masing2 makan sendiri.. smlm ladies only hehe

Monday, September 14, 2009

Jom Raya

Ni la baju raya Zahra 2 pasang.
Yang 2 pasang lagi kat blakang tu dah pakai masa my SIL kawin,
(pink & lime green)
Baru pakai sekalikan, so pakai tuk raya sama gak la.
Semuanya 4 pasang.. wah banyak betul.
2 baju kurung moden, 1 baju kurung pesak, 1 baju kurung cekak musang.

Dah la tak puasa, mengalahkan mummy & daddy nya nak raya kan.
Muka yang puas hati nak beraya hihi



Kawan2 Zahra lak macamana.. mesti banyak kan baju raya??!!

Sunday, September 13, 2009

@ Cili Terbang

Smalam kami ke The Gardens. Jalan2 dan buka puasa kat sana.

Tengok la si zara ni, tengok org pegang paper bag.
Dia pun nak pegang sama.... heret le kehulur hilir hehe
habis semua orang pandang dia je.

Berbuka kat Flying Chilies

Tak order byk, 3 jenis lauk je.
Tomyam Seafood, Baby Kailan ikan masin

dan Ikan Kerapu masak Cili Thai

Yang ni plak menu berbuka Zara =)

Burp alhamdulillah, kenyanggggg dan sedappp

Wiken ni mesti korang semua sibuk shoppingkan..
next week plak dah raya.. =)