Friday, January 29, 2021

Malam Berinai Untuk Pengantin dan Kami


Pada malam 30hb Disember 2020, keluarga kami buat malam berinai untuk pengantin. Sebelum tu gambar di bawah ini adalah pelamin di rumah. Memandangkan majlis akad nikah dilakukan secara simple kerana mematuhi sop, jadi kami sekeluarga memutuskan untuk membuat pelamin dan sedikit kenduri doa selamat untuk meraikan pasangan mempelai. Semuanya di buat ini atas permintaan Mak juga kerana dialah orang yang paling gembira anaknya nak berkahwin.



Pelamin ini pun last minutes dapat, mujur masih ada slot kosong. Rezeki adikku Nani, oh ya terima kasih pada kawannya Huda sebab dialah yang banyak membantu termasuk urusan pelamin ini. Sementara menunggu orang inai sampai, ambil gambar anak-anak ni. Yang kiri sekali tu orang yang paling sibuk sekali kat kerusi pelamin. Dia tak nak turun dari kerusi tu, dah buat port tempat dia melepak. Apa yang seronok sangat pun tak tahu hihi...



Urusan tempahan inai semua diuruskan adik ai Nani. Dia cari yang dekat sahaja area rumah supaya senang nak datang. Orang pertama yang buat inai ialah Mak.



Ambil gambar Aliah masa tengah buat inai. Dia memang suka inai ni, bila suruh pilih corak apa dia nak memang tiada masalah. Laju je dia belek album.



Muka akak Zahra yang kena paksa buat inai. Ikutkan dia memang tak nak langsung pakai inai. Jenuh ai pujuk dia, akhirnya buat juga lah tapi satu tangan sahaja. Tak nak buat dua-dua huhuhu.. Masa tengah buat tu, dia langsung tak pandang tangan dia okay, punya la tak suka. Sorry kakak, Mummy paksa buat juga bukan untuk orang lain tapi untuk Mak Tehnya yang kahwin.



Majlis ini hanya kami-kami sahaja termasuk 5 orang sahabat baik Nani. Walaupun tak ramai tapi meriah. Seronok tengok semua orang pun join berinai bersama-sama meraikan pengantin.



Rambang mata juga tengok design inai-inai yang nak dibuat. Semua cantik bagi ai. Setiap corak ada harga tersendiri bermula dari RM5 hingga RM25 setiap satu tangan. Lagi banyak corak lagi mahallah harganya. Disebabkan ai dah rambang mata tak tahu nak pilih mana, ai bagi album inai tu dekat enZaf, minta dia saja yang pilihkan. Maka gambar kat bawah itulah corak yang enZaf pilih :)



Ai orang yang terakhir buat inai ni. Bagi semua orang selesai barulah kita buat. Dibahagian lain adik ai Nani pun turut buat inai juga. Mestilah dia buatkan dah pengantin. Orang yg buat inai ni orang lain, memang khas untuk pengantin sahaja. Kalau sorang je yang buat inai tak tahu la nak siap pukul berapa pula kan. Lagi pun nak buat inai untuk pengantin ni lagi lama. Coraknya lebih banyak dan bukan buat pada tangan sahaja, kaki lagi. Jadi eloklah sorang sahaja yang fokus untuk pengantin. Masa nak buat tu pun bukannya sekejap.



Inai sekarang cepat juga keringkan. Paling lama 30 minit bergantung pada corak. Kalau sikit sahaja coraknya lagi sekejap je masa menunggu inai tu nak kering. Bila semua inai dah kering apa lagi sesi bergambar lah kami. Muka ai pun dah comot berpeluh bagai. Rasanya masa bergambar ini dalam pukul 10 lebih dah nak dekat pukul 11 malam kot.



Ai nak bergambar berdua sahaja dengan Nani tapi Qaireen pula nak bergambar sama. Menangis-nangis bila ai tak dukung dia huhu.. Sabar saja lah. Lepas tu sesi bergambar adik beradik bersama Mak.



Bergambar beramai-ramai pula kecuali Abah dan menantu lelaki. Lelaki mana ada kisah berinai ni, dorang lepak luar borak dan makan lagi bestkan hehehehe.. Tengok mak dalam gambar dah macam baca doa pula gayanya tu hihihi...





Alhamdulillah kami semua happy malam tu. Malam tu juga, kawan office Nani hantar Nasi Daging buat kami sekeluarga untuk makan malam. Sedap makanannya, Alhamdulillah rezeki dan nikmat dikelilingi dengan orang yang baik-baik. Hari ini hari Jumaat terakhir untuk bulan Januari. Dah nak masuk bulan Februari pula sekejap je masa. Jangan lupa baca surah al-Kahfi ya.

Wednesday, January 27, 2021

Koleksi Handbags


Weekend baru ini ai mengemas wardrobe. Salah satu tempat yang dikemas adalah bahagian handbags. Selongkar bawa keluar segala handbags yang ada. Belai-belai sekejap. Baru sedar rupa-rupanya banyak juga handbags diriku. Tapi tak boleh la nak bandingkan dengan orang lain, agaknya lagi banyak dan cantik-cantik. Gambar kat bawah ini merupakan koleksi handbags yang ada.



Bila dah bawa keluar ini, terdetik hati nak let go beberapa handbags yang jarang sangat pakai. enZaf pun setuju dan lepas tu boleh bawa masuk bag dia pula katanya.. eh?! bag dia pula kan. Sudahlah pakaian dia lagi banyak dari ai, sampai ruang pakaian ai pun dia sangkut bajunya. Lepas tu nak letak bag dia pula kat tempat ai. Sakit pula hati kita ini :p

Ada bag yang akan di berikan kepada adik beradik ai, yang mana tiada siapa nak ai akan open pada kawan-kawan kot yang berkenan :) Beg yang nak dilet go sudah pun di ambil gambar, tunggu mood rajin je nak masukkan nanti. Sekarang kita bagi teaser je lah :p

Monday, January 25, 2021

Rehearsal Untuk Nani


Kalini nak buat entry berkenaan hari kami buat rehearsal untuk majlis resepsi adik ai Nani. Nani memang sudah merancang rehearsalnya dibuat pada 31hb Disember 2020. Jadi tiada masalah untuk meneruskan perancangannya, memandangkan nikahnya pada waktu pagi [link]. Kalau diikutkan nikahnya pada 2hb Januari 2021, tetapi Allah sebaik-baik perancang. Ada hikmah bila nikahnya di awalkan sebab rehearsal memerlukan pegangan tangan, jadi bila dah "halal" jadi mudah lah kerja part nak pegang tu kan hihihi.. Dewan yang Nani pilih untuk majlisnya dekat sahaja dengan rumah ai. Kat Kota Damansara ni agak banyak juga lah pilihan dewan untuk pelbagai majlis. Tinggal cari mana yang berkenan dan bersesuaian dengan bajet masing-masing :) Gambar di bawah ini, Abah, Mak dan pengantin sedang kusyuk dengar taklimat dari mc.



Memandangkan majlis perkahwinan ini pertama kali dibuat di dewan untuk keluarga kami jadi banyak perkara kami perlu tahu. First time jadi ai rasa teruja hahaha.. Kak Longnya tumpang seronok gitu. Anak-anak pula duduk di meja dan masing-masing dengan handphone main games. Kecuali yang kecil sekali tu, Qaireen. Dia seronok main berlari ke sana sini pusing keliling dewan. Ya ampun tak penat-penat, mujur ada Mak Su dia yang melayan.



Bab tangga kat pelamin ni jangan ceritalah. Entah berapa kali naik turun. Sampai berpeluh-peluh. Akid pun join sama dengan dia hehehe..



Nak buat rehearsal pengantin masuk dalam dewan. Untunglah dia kahwin ni dah ada anak-anak saudara yang boleh jadi flower girl and page boy. Eh yang depan sekali tu tak masuk dalam list, dia menyibuk je tu. Kalau dia ikut sekali jadi flower girl rasanya huru hara, berlari dan entah ke mana pergi nanti hahahaha...



Lama juga kami kat dalam dewan ini, sampai semua orang puas hati baru beredar. Cuaca masa nak balik hujan turun dengan lebat, tengah musim hujan. Kami berdoa dan berharap semoga majlis resepsi Nani nanti cuaca elok dan mengizinkan. Malam kami semua berkumpul di Sg. Buloh untuk membuat door gift. Ai ada ambil gambar malam tu tapi adik-adik ai tak pakai tudung, jadi eloklah tak masukkan dalam blog ini, Nak edit malas :p Esok siangnya ai ke dewan untuk memasukkan door gift dalam paper bag pula. Kebetulan majlis ini merupakan majlis pertama untuk tahun 2021 dapatlah sehari awal sebelum majlis berlangsung. Adik ai Yusreena pun membawa 2 orang kawannya untuk turut sama membantu.



Anak-anak pun buat door gift juga. Masukkan gula-gula dalam plastik. Ikutkan tiada jemputan untuk kanak-kanak tapi kami buat juga sedikit, manalah tahu ada sebab Nani ada jemput kawan-kawannya yang ada anak. Budak-budak ni nampak gula laju je nak menolong. Sambil buat tu sambil sumbat gula dalam mulut. Yang masuk mulut lagi banyak dari masuk plastik hahaha...



Harini akak Zahra ada menduduki peperiksaan PKSK pada pukul 2 petang tadi. Harap-harap dia dapat jawab dengan tenang. Belum balik lagi ni, tapi tadi enZaf dah Whatsapp on the way ambil dia. Agaknya ada la tu menyinggah mana-mana. Ai tak dapat bayangkan macamana rupa soalan sebab Mummynya dulu hanya sekolah harian sahaja.

Sunday, January 24, 2021

Breakfast at Uncle Spring


Lupa pula nak masukkan cerita makan dengan BFFku ini. Lama dah kami makan ni pada tahun lepas lebih tepat lagi pada 26hb Disember 2020. Bunyi tahun tu macam la lama sangatkan, padahal bulan lepas je pun hehehe... Tiada perancangan awal pun nak makan-makan ini, semuanya gara-gara Nani hantar kat Whatsapp kedai makan yang menarik untuk dicuba. Tak silap ai ada 2 tempat dia Whatsapp, tapi ke2-2nya tempat yang sama iaitu di Penchala. Borak punya borak, tahu-tahu semua on nak jumpa breakfast pada pagi Sabtu. Hanya Anis je tak dapat jumpa sebab dia balik kampung. Kedai makan ni kecil sahaja, terletak di tepi jalan. Dalam kedainya ada banyak gerai, dan pelbagai pilihan yang disediakan. Boleh sahaja search kat Instagram untuk lebih details. Yang pasti kedainya ramai orang, lambat sikit sampai penuh dah meja dan terpaksa menunggu giliran. Disebabkan itu kami semua berjanji untuk jumpa dalam pukul 8 pagi. Lebih menyeronokkan enZaf pun turut join kami breakfast bersama-sama, selamat ai tak perlu drive dan huru hara dengan anak-anak hahaha..



Pagi tu ai sampai dulu dari kawan-kawan, nasib baik dapat meja kosong depan belakang. Kalau lambat sikit je penuh dah semua meja. Sementara menunggu dorang semua, order makan siap-siap. Kat sini semua self service kecuali air, ambil order dari meja. Muka Qaireen tu dah kenapa macam terkejut, bulat-bulat matanya hihihi...



Ai makan Lontong Sambal Sotong. Boleh tahan la sedap juga. Bahan pun banyak.



Order apa nama roti ni lupa pula dan Kuey Teow Goreng. Dua-dua pun sedap.



Ada lagi makanan yang tak diambil gambar. Ada order Nasi Lemak, Satay, Mee Goreng, ohh.. anak-anak makan English Breakfast. Ada makanan western juga. Ai ambil gambar candid kawan-kawan tengah makan dan berborak :) Nani makan Bihun Goreng.



Elin pula makan Wantan Mee. Kusyuk borak sampai tak perasan orang ambilkan gambar dia.



Nowwa masa ni tak sampai lagi. Agak lama juga menunggu dia sampai makanan pun dah nak habis. Yang bujang bukan main terhegeh-hegeh nak bersiap :p Lama juga kami kat Uncle Spring ni, sampai order air buat kali ke dua, Seronok berborak lama tak berjumpa. Masa nak order air lagi tu, abang buat air ni suggestkan minum air Serai Madu. Ai pun cuba la tapi ambil yang sejuk sebab cuaca dah mula panas hahaha.. sedap, tak berapa rasa sangat serai tu sebab dah letak madu. Kalau minum panas mesti sedap juga ni. Rasa macam air honey lemon.



Terima kasih banyak-banyak buat kat enZaf sebab sudi jadi babysitter hari itu. Dia la tolong layan anak-anak makan, dapatlah ai meluangkan masa dengan kawan-kawan.



Gambar bawah ni dari camera enZaf, bukan main seronok lagi Ariq dan Aisha main berdua tu. Apa la yang seronok sangat sampai dua-dua tu sengihkan.



Bahagia rasanya dapat bersama dengan kawan tersayang. Masih tak cukup corum sebab Anis tak ada. InsyaAllah ada rezeki jumpa lagi kita, ni pun dah rindu lama tak jumpa dengan dorang.



Tak puas bergambar kat dalam kedai, bergambar lagi di luar kali ni ramai-ramai dengan anak. Tak rugi bawa enZaf ada photographer hehe.. Terima kasih juga buat BFFku kerana sudi meluangkan masa selama 2 jam lebih.



Masa on the way nak balik, Nowwa suruh tengok Instagram Uncle Spring. Rupanya ada terselit gambar enZaf dan anak-anak tengah makan kat situ, ai nampak dari belakang sahaja ;) Nani dan Elin pun nampak juga. Dan ada juga beberapa video tapi ai tak save la. Hanya tengok je dalam IG.



Depan Uncle Spring ini ada juga satu lagi kedai makan namanya Kecur. Menarik juga tengok dalam Instagramnya. Nanti boleh cuba makan dekat situ pula.

Friday, January 22, 2021

Shopping di Valoobuy


Pertama kali ke kedai Valoobuy.com, itu pun gara-gara tengok kat Facebook. Ada orang share dalam Kota Damansara Group, laju je ai share kat enZaf hahaha.. Masa tengok dalam Facebook tu nampak berkenan sebabnya ia menjual barang-barang rumah, macam Kaison juga la. Saja la nak ajak enZaf ke sana untuk tengok apa yang ada. Tak sangka enZaf pun kata okay, tapi bukanlah share dengan dia hari ini, hari ini juga pergi. Tak silap ai dah seminggu dua kot, baru kami ke sana. Itu pun enZaf yang ajak sebab dia pula yang teringat :)



Jarak dari rumah ke Valoobuy ni tidak lah dekat sangat. Kedainya terletak di Setapak, nun ke arah KL tu hihi.. Sampai-sampai sana kedainya betul-betul terletak berhadapan dengan jalan besar. Tempat letak keretanya agak terhad dan sempit sedikit, banyak kereta parking disisi jalan sahaja. Tengah berjalan sampai depan pintu kedai, baru ai perasan ada notis yang dilekatkan disitu mengatakan kanak-kanak bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk. Kecewanya ai masa tu. Terus enZaf suruh ai masuk sorang tengok barang. Tak best pula tengok sorang-sorang terutamanya bab barang rumah. Nanti kalau kita pilih takut dia tak berkenan pula. Masa tu ai dah ajak enZaf balik je lah tak jadi masuk. Masa nak ke kereta ada satu kereta tengah keluar dari parking yang mana betul-betul berhadapan dengan pintu utama kedai. Terus enZaf ambil kereta dan parking depan-depan pintu ini. Dia minta akak Zahra jagakan adik-adik dalam kereta sekejap sementara kami masuk ke dalam kedai. Masa kami berdua masuk kedai, kejap-kejap ai tengok dorang dalam kereta. Kot la si Qaireen tu menangis ke tidak. Alhamdulillah dia okay sahaja sebab dah "umpan" dia dengan handphone dan makanan :) Dari dalam kedai memang boleh nampak luar sebab bahagian depan kedai semuanya dinding kaca, jadi senang nak tengok luar.



Kedainya tidak lah besar sangat tapi banyak juga barang. Kalau datang memang dah tahu nak beli apa memang best la sebab banyak juga pilihan. Macam kami datang saja-saja je, jadi macam tak tahu nak beli apa hahaha... Dalam tak ada nak membeli tu kan, tahu-tahu ada 2-3 barang dah pegang :p Ai ternampak vnyl flooring yang self adhesive dalam kedai ni. Sebelum ni ai pernah suggestkan kat enZaf untuk beli vnyl flooring ni untuk bilik. Masa tu dia tak berminat. Saja la tanya dia sekali lagi boleh tak beli untuk bilik, tak sangka pula dia kata ambil la. Terus laju-laju pilih warna. Disebabkan tak tahu berapa banyak diperlukan kami ambil 2 kotak. 1 kotak ada 100 keping.



Thank you enZaf dapat juga kayu untuk lantai bilik. Sekejap saja kami kat dalam kedai ni, tak boleh lama-lama sebab anak-anak dalam kereta.



Gambar di bawah ini, antara barang-barang yang tup tup ada kat tangan :p Selain beli kayu lantai, beli tudung saji, 2 table decor, satu pasu dan mainan ABC. Suka Qaireen nampak ada toys ABC untuk dia.



Ada video ai rekod dia main ABC ni sambil mulut potpetpotpet. Bila rajin nanti upload dan update dalam entry ni semula.



* Dah masukkan video.



Masa ai tengah buat entry ni, tiba-tiba enZaf ajak pasang kayu lantai ni dalam bilik. Baru je ai nak taip, entah berapa lama lagi nak tunggu enZaf pasang sejak dari beli. Tup tup tup dia panggil buat hehehe.. Tergantung jap menaip, patut semalam dah publish. Kiranya ni projek PKP la kot kan. Sebelum ni dia ada mengecat la, touchup itu ini... Nampak sangat bosan dia duduk rumah. Ada hikmah juga jadi macam ni, baru dia boleh tengok keadaan rumah dia okay ke tidak kan :p



Senang saja rupanya pasang vnyl flooring ni. Kami beli yang self adhesive. Dah ada gam siap-siap tinggal kita buka je kertas stiker tu. Sebelum lekat pastikan lantai tu bersih tiada kotoran atau pun habuk. Ini pun enZaf lekat satu bahagian je dari depan pintu sampai ke belakang. Yang lain kemudian, kiranya suku lantai je buat hahaha.. nak buat lain kena alihkan perabot, nanti-nanti katanya. Ikutkan pasang kayu tu kena ke depan ke belakang, eh macamana nak explain tak selari ke apa yang pasti bukannya sama je satu column macam tu kan. Tapi lantaklah, enZaf dah sudi buat tu pun dah kira untung dah. Komplen banyak nanti kena jeling lagi parah hahaha...

Di Valoobuy.com ini bukan sahaja ada physical store, online store pun ada juga, boleh tengok di website [link] atau pun search kat Instagram atau pun Facebook :) Memandangkan sekarang kita ni tengah PKP, eloklah beli secara online sahaja. Sekarang ini ai menanti dengan penuh kesabaran, bila agaknya dapat siap pasang satu bilik :p

Wednesday, January 20, 2021

Sehari Sebelum PKP 2.0


Sehari sebelum PKP 2.0 dikuatkuasakan, enZaf ajak ai dan anak-anak makan di luar. Sebelum kami kena duduk rumah katanya huhuhu.. Paginya dia main Golf, almaklumlah nanti 2 minggu tak dapat main Golf. Gigil lah dia hehehe.. lepas habis main Golf terus dia ambil ai dan anak-anak kat rumah dan ajak ke Atria Mall. Nak pos barang sekali, kat situ ada Pos Laju. Dalam Atria Mall baru fikir nak makan apa, tanya anak-anak semua pilih nak makan di Secret Recipe (SR).



Lama tak makan kat SR ni. Lama juga ai tak order makan Grilled Mushroom Chicken. Ambil menu ni sebab ada nasi dan boleh suapkan Qaireen sama.



Feveret akak Zahra. Asal ke SR mesti nak makan Spaghetti Carbonara.



Aliah dan enZaf dua-dua tu nak makan Spaghetti Bolognese.



Order Macaroni Mac & Cheese untuk Qaireen. Tapi Qaireen tak nak, dia nak makan nasi. Anak-anak lain yang perabiskan.



Ariq pula dia nak makan Shinjuku Bake sahaja. Sebelum keluar rumah, dia dah makan macam-macam. Itu yang minta dessert saja ;)



Alang-alang dah kat SR mesti makan kek. Cuba yang baru, Red Velvet Supreme. Beza dengan Red Velvet biasa, yang Supreme ni ada Rasberry jem di atas kek dan cream didalam kek. Sedap juga.



Lepas makan dari SR terus ke Pos Laju, ya ampun ramainya orang. enZaf cakap selalunya tak ramai pun, mungkin disebabkan esok nak PKP itu yang semua orang pakat pos haritu juga. Tak jadi enZaf nak buat pengeposan barang. Katanya cuba pergi Pos Laju kat The Strand nanti, harap-harap tak ramai orang juga kat sana. Sebelum balik sempat la singgah beli Durian Puff di Taste Better. Ariq yang minta nak puff ni.



Masa tengah menunggu enZaf beli, ambil gambar Qaireen yang tengah muncung. Dia minta ai bukakan face masknya. Tiba-tiba datang bad mood tak nak pakai.



Aish geram betul ai dengan dia. Susah nak makan pujuk. Bila ai buka face mask dia tu, terus cakap "Yeay!" dan senyum lebar. Hilang segala mulut muncung dan kening berkerut. Aduh la bertabah la ai melayan karenah dia ni. Bulan depan dia dah nak masuk 3 tahun. Masih lagi menyusu badan, tak tahu nak bagi trick apa untuk ceraikan susu. Ai sendiri yang tak bersedia nak lepaskan, rasa kesian pun ada huhu.. Hanya berdoa kat Allah semoga dipermudahkan untuk ai dan Qaireen dengan izinNya.

Tuesday, January 19, 2021

Makan di HadhramautLand


enZaf teringin nak makan nasi Arab. Kali terakhir kami makan nasi Arab pada awal tahun lepas [link] di Nilai. Kalau dekat area rumah ni kami makan dekat Hadramawt, The Curve. Memandangkan restorannya dah tutup di The Curve kami cuba makan nasi Arab lain pula di Damansara Perdana. Nama restorannya HadhramautLand.



enZaf order Hummus bersama Arabic Bread. Arabic bread kat sini macam kita makan roti canai. Rasanya lebih kurang saja bezanya roti itu agak garing sikit dan saiz rotinya besar hihi.. Kepada yang tak pernah makan Hummus, Hummus ni diperbuat daripada Chickpeas (Kacang Kuda) with Sesame paste, Lemon & Olive oil. Sedap Hummus ni ai suka.



Kami semua makan Chicken Mandy Rice. Nasi dan ayamnya sedap kecuali sup tu kurang sikit rasa. Cili tu okay okay la. Portionnya banyak sangat, ayam pun besar. Bagi ai satu pinggan tu boleh kongsi 2 orang makan.



Haruslah bergambar kami satu keluarga. Qaireen je yang tak pandang.



Masa enZaf ke kaunter untuk membuat pembayaran, tiba-tiba dia tanya pada ai samaada nak dessert atau tidak. Masa tu cakap dengan dia ai dah kenyang sangat. Tak boleh nak masuk dah. Tahu-tahu dia order juga satu dessert. Katanya nak merasa. Bila sampai tu ai tengok macam caramel pudding. Namanya Cream Caramel. Sama la tu kan tapi atasnya ada letak satu keping biskut Marie hehehe..



Rasanya pun sama je dengan caramel pudding. Ai rasa satu sudu je yang lain Aliah yang habiskan. Dia memang suka la manis-manis macam ni. Ariq dan akak Zahra tak nak makan sebab dah kenyang sangat katanya.