Sambutan Hari Raya Haji kami pada tahun ini bersederhana sahaja, sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Yang berbeza hanyalah saiz badan yang makin lama makin membesar itu hahaha.. Sebelum balik raya ke rumah mak, wajiblah bergambarkan. Pakaian kami pakai yang sedia ada kecuali Ariq dan Qaireen. Oh ya, ada satu yang tetap sama tak berubah iaitu sofa dan frames gambar. Nanti nak cuba try test pujuk enZaf, kot la tahun depan dapat sofa raya 🤭
Ai masak Nasi Tomato kali ini. Kebetulan ada nasi Basmathi, lajulah masak pagi tu. Ingatkan nak buat Nasi Lemak tapi tak jadi, tukar selera sikit.
Tahun ini kami tak rushing sangat nak balik, lepas Solat Zohor baru keluar ke rumah mak. Seperti biasa mak masak Lodeh.
Minta Qaireen posing nak bergambar, gitu je dia buat.
Dari rumah mak, bergerak pula ke rumah mak enZaf. Makan malam di sana pula. Rumah sana langsung tak ambil gambar hahaha... raya kami macam ini la, sempoi saja. Sebabnya selalu balik, dua-dua rumah dekat. Bila balik tu macam kita balik hari minggu. Tak raya pun memang masing-masing berjumpa 😄
Nani ajak beraya rumah dia. Katanya dia ajak beberapa kawan sekolah juga. Bab makan ni, haruslah ai okay dan laju je.😋 Jemputannya waktu malam, siang dia buat makan untuk ahli keluarga dan sanak saudara. Kami sampai tidaklah awal mana, adalah dalam pukul 9:15 malam. Masuk-masuk rumah je dah ramai kawan ada dan dah ada yang nak balik. Sebelum balik tu, ai paksa dorang bergambar dahulu. Almaklumlah nak jumpa bukannya senang, memang setahun sekali je 🤣
Seronok sangat dapat jumpa dengan kawan-kawan kelas. Macam small reunion pun ada juga. Alhamdulillah semuanya sihat, gembira dan berjaya dalam bidang masing-masing. Tumpang bangga.
Akhirnya dapat bergambar dengan sahabat kesayanganku. Pada mulanya Elin tak dapat nak datang sebab tak berapa sihat, tiba-tiba dia muncul. Dia kata rugi tak jumpa, lagipun memang kami lama tak berjumpa pun. Masing-masing sibukkan.
Bab bergambar ini memang kena ada orang yang mula dan ingatkan, kalau tak memang terlupa nak bergambar. Asyik sangat berceritakan. Gelak, ketawa, menitis air mata dan hingus semua cukup hahaha.. Mujurlah enZaf dia redha saja bila wifenya berjumpa dengan kawan-kawan. Dia tahu bukan selalu ai jumpa dan dia memang okay saja dan setia menunggu. Lupa nak ambil gambar Nani masak. Banyak betul dia hidang makanan untuk kami. Semua orang gembira kekenyangan. Terima kasih Nani dan Chan, semoga kalian diberkati dan dilimpahi rezeki yang berpanjangan. Seronok anak-anak dapat duit raya banyak. Mummy dia pun seronok juga, habis dia kutip kat semua orang hahaha.. 🤑
Hari Raya Haji kami tahun ini sambut ala kadar sahaja. Pakaian pun pakai apa yang ada sahaja kecuali Aliah dan Ariq. Dorang berdua beli baru sebab tak ada baju warna hijau atau putih. Beli di Zalora saja dan yang penting ada diskaun. Ai pakai baju akak Zahra, nasib baik muat :p Sebelum keluar rumah kami bergambar dahulu.
Kali ini beraya dahulu di rumah mertua. Raya puasa dah beraya di rumah Sg. Buloh. Mak mertua masak Nasi Minyak, Kari Ayam dan Rendang Daging. Lemang saja yang beli. Di Kota Damansara ni ada Lemang sedap area Seksyen 6, tak ingat pula nama gerainya. Setiap kali nak raya memang situ lah tempat nak membeli Lemang. Dalam pukul 3 lebih baru kami balik ke Sg. Buloh pula. Selesai solat Asar, kami ziarah kubur arwah adik ai. Alhamdulillah sempat kami ke sana, hujan berhenti sebelum pukul 6 petang. Lepas pukul 6 petang, pagar kawasan perkuburan sudah ditutup.
Rindunya kat arwah Achik. Lama dia tak muncul dalam mimpi. Setiap kali raya arwah pasti buat makanan dan minuman kegemaran anak-anak buah, Puding Karamel dan Teh O Ais Limau. Sebelum balik rumah, enZaf nak mencari kudapan petang. Beli Pisang Goreng dan Cempedak Goreng. Ada juga orang berniaga waktu raya ni ya, itu pun satu gerai sahaja yang ada hihi.. Sempat juga beli air Tea Live untuk semua.
Makanan raya ini semua dari hasil tangan adik ai Hana. Dia memang suka memasak, adik-adik ai yang lain tolong belikan bahan. Kak Long dorang ni tolong makan je hahaha.. Lama juga tak jumpa Fahrel, rindu Mak Long kat dia. Dia baru belajar jalan, terkedek-kedek tengok dia melangkah hihihi..
Tak ada gambar raya beramai-ramai, kami sampai Sg. Buloh pun semua dah salin baju. Nak pergi beraya rumah saudara pun semua tiada. Raya Aidiladha tahun ini Pak Ngah & Mak Ngah serta Mak Lang pergi menunaikan ibadah haji. Yang lain semua beraya di tempat lain. Kami lepak kat rumah saja.