Sunday, February 28, 2021

For Sale: Coach Handbag


Coach Tribeca Op Art Sateen Tote 14133
Colour: Silver/White
Price: RM1450
Price to let go: RM400 postage included
bought at Coach boutique, KLCC

Features:
Op Art Sateen fabric with patent leather trim
Horse & Carriage logo plaque
Button branding
Interior zip pocket
Cellphone/multifunction pockets
Ring to clip an accessory or keyfob
Fabric lining
Zip-top closure
Outside back pocket
strap with chain detail
9” drop
14 1/2 (L) x 10 1/4 (H) x 4 3/4 (W)







Material beg ini fabrik, jadi ada beberapa kekotoran pada luaran beg itu. Kalau nak cantik semula beg ini perlu dihantar untuk cucian. Tiada koyak bahagian luar ataupun dalam dan zip pun masih elok. Ada dust bag. Suka beg ini sebab besar ruangnya, boleh letak banyak barang. Sekarang ini ai dah tak pakai sangat beg yang bersaiz besar sebab itu nak jual sahaja. Daripada simpan, elok lah bagi kat tuan baru :) Gambar di bawah ini adalah rupa bentuk beg ini jika disandang pada bahu.


*photo credit to Google.

Kalau berkenan email me okay nurhayatiyusof@gmail.com

Wednesday, February 24, 2021

Projek Seni: Jaket Buku Nota Tahun 5


Pada hari Jumaat yang lepas rasanya semua sudah maklum yang sekolah akan dibuka. Ai antara salah satu ibubapa yang gembira dengan pengumuman ini. Rasa macam pengumuman raya pula hahaha... Sebenarnya apa sahaja keputusan kerajaan untuk membuka atau menutup sekolah, akan mendapat pelbagai reaksi dan respon dari semua ibubapa. Ada yang ibubapa setuju dan ada juga ibubapa yang tidak setuju dengan apa sahaja keputusan yang dibuat. Kita tidak akan dapat memenuhi semua kehendak manusia. Bagi ai senang sahaja, kalau rasa kita setuju kita hantarlah anak ke sekolah. Manakala bagi yang tidak setuju, biarlah anak itu duduk di rumah. Buatlah surat pengecualian, tetapi kalau anak kita tertinggal subjek yang diajar jangan salahkan guru pula ya. Itu hanyalah pendapat ai. Tak setuju sila salurkan kepada pihak berkaitan. Okay panjang pula menaipnya.

Entry ini nak cerita perihal projek seni anak. Apa lagi nak update, nak cerita pasal pergi berjalan atau holiday tak ada. Maka cerita hal anak-anak sahaja lah. Projek kali ini kena buat mengenai Jaket Buku Nota bagi tahun 5. Tugasan ini telah diberikan oleh cikgu pada hari Isnin minggu lepas. Untuk minggu itu cikgu seni Aliah minta anak-anak murid siapkan kapal layar sahaja kerana projek ini berlangsung selama 2 minggu. Kiranya Isnin baru-baru ini murid perlu sambung tugasan sampai siap jaket buku nota itu.



Masa Google Meet hari Isnin baru ini, semua murid kena tunjukkan pada guru hasil kapal layar yang sudah siap. Gambar bawah ini merupakan hasil kerja seni Aliah. Agak comot sedikit tapi jadilah kan. Itu pun dia siap dah lewat malam :(



Bahan-bahan memang semua dah ada kat rumah. Nanti ai nak pergi Mr.DIY untuk top-up stok bahan-bahan seni dalam rumah ini. Banyak bahan dah mula susut dan kebanyakkan bahan seni selalunya ai beli kat kedai Mr.DIY. Kadang-kadang ada juga beli di kedai stationary kalau ternampak apa-apa yang menarik. Gambar di bawah ini sambungan untuk menyiapkan jaket buku nota sepenuhnya.



Muka puas hati dia sudah siapkan projek seni terbaru.



Kalau ikutkan pada Buku Teks, untuk part terakhir kena buat menggunakan pita velkro. Disebabkan pita velkro memang tiada kat rumah ini, ai beri cadangan dekat Aliah untuk menggunakan tali untuk disangkutkan pada butang. Kita guna pakai bahan apa yang ada sahaja di rumah ini. Nak beli semata pita velkro itu sahaja macam tak berbaloi pula kan. Aliah menurut sahaja, dia apa Mummy cadangkan semuanya okay. Kalau sesuatu benda tu cepat siap dia memang laju. Takkan nak tangguhkan kerja semata sebab satu bahan tak cukupkan.



Oh ya cikgu seninya pun dah beri grade hasil kerjanya. Seronok Aliah dia dapat A, tak silap ai markah 90% berapa entah. Hanya satu yang buat ai geram masa buat projek ini, cikgu dah bagi tugasan awal dalam masa seminggu untuk siapkan kapal layar. Hari Isnin nak hantar, hari Ahad baru Aliah nak buat. Masa tu dah malam dekat pukul 10 lebih, patut masa ni dah masuk tidur. Penat ai bebel hari-hari suruh buat, tetap juga tangguh sampai ke sudah huhuhuh.. kecil besar kecil besar je tengok dia. Sama la dengan hari Isnin baru ni, dia baru terhegeh-hegeh nak siapkan projek Sains. Nanti kita buat entry lain pula. Sakit jantung dan jiwa dibuatnya. Itu yang bila Menteri KPM umum sekolah buka tu ai rasa happy sangat hahaha..

Monday, February 22, 2021

Washing Machine Baru


Sebenarnya mesin basuh lama tu tak ada lah rosak. Tapi niat nak membeli mesin basuh baru tu dah lama ada. Lupa pula nak ambil gambar mesin basuh lama simpan sebagai kenangan. Lama dah kami pakai mesin basuh tu sejak dari kami pindah rumah ini lagi. Kiranya hampir 15 tahun dah berjasa, brand Toshiba. Akhirnya pada 31hb Januari mesin basuh baru sampai. Ai tak tahu masa bila enZaf beli, tahu-tahu je dia cakap esok akan ada orang datang nak hantar washing machine. Kali ini enZaf pilih brand Electrolux dan ianya front load. Toshiba dulu top load.



Kapasitinya sama sahaja dengan yang lama. Tak boleh nak beli besar lagi sebab ruang nak sidai dalam rumah ini terhad. Kalau basuh banyak-banyak tiada tempat pula nak sangkut baju. Masa washing machine ini sampai, berlaku keadaan huru hara sekejap hahaha.. Tak muat pula nak bawa washing machine ni ke tempat laundry. Tak lepas kat pintu. Panjang cerita nak tulis, malas nak taip kita abaikan part tu :p Setelah hampir 30 minit, akhirnya enZaf berjaya mendapatkan jalan penyelesaian. My Hero gitulah hehehe..



Sedia maklum ruang laundry ini sangat kecil, ai tak ada idea macamana nak susun barang kat sini. Tapi kalau ada idea sekali pun kena la ada duit juga kan hahaha.. Kalau ada duit, apa pun boleh jadi. Dust cover tu ai baru beli. Mentang-mentang mesin basuh baru bukan main jaga elok :p Beli warna gelap sebab kawasan rumah ini boleh tahan juga banyak habuk. Seminggu sekali tu wajib la lap-lap segala habuk yang melekat. Gambar bawah ini keluasan tempat ai nak basuh dan sidai baju. Kadang-kadang tu berpeluh juga masa menyidai sebab tak ada angin hahaha..



Saja ai ambil gambar ruang ini, nanti nak belek apa lagi nak dibuat untuk cantik dan elokkan kawasan laundry ai. Apa yang ai fikir sekarang ini nak touch-up dinding. Kotor dah tengok keadaannya itu, sebelum ini ada tengok kat Kaison ada jual foam wall sticker.


*pic credit to Shopee.com.my

Di Mr.DIY pun ai pernah nampak juga. Macam menarik kalau lekat kat dinding tu kan. Nanti nak usulkan pada enZaf. Harap-harap dia bagi green light la :) Gambar bawah, sudut lain kat kawasan ini. Atas tu penuh dengan barang-barang enZaf. Sebelum ini lagi la, ada akuarium dan ekzos kereta dia yang tak pakai. Agak lama juga ai nak suruh dia buang. Sekarang ni tinggal sikit-sikit je barang dan ada aircond. Lama dah aircond tu tersadai kat situ, kata dia plan nak pasang lagi aircond kat ruang makan. Tapi itulah tak tahu la bila tu kan, bertahun juga dah aircond tu tak bergerak dari tempat tu. Entah elok lagi le tak, nanti nak pasang dah rosak rupanya hahahaha..



Dalam rumah ni tak ada bilik stor jadi longgok lah segala apa semua kat kawasan ini. Papan kayu yang lekat kat tepi tu sebenarnya kami buat masa mula-mula masuk rumah. Awal-awal kahwin dulu kami ada bela kucing 3 ekor sebelum ada Zahra. Kawasan ini lah kami tempatkan cage dorang. Jadi tutup papan tu takut nanti terjun pula, sebab ruang antara palang grill kat situ tak berapa kecil. Boleh tembus, nanti tak pasal terjun tiruk pula. Dan lagi satu nak elak dari anak-anak bulus ni nampak kawanan mereka kat bawah kalau ada hahaha.. Okay, mulai sekarang mari fikir macamana nak bagi tempat ini kemas, tersusun dan cantik.

Thursday, February 18, 2021

Free Products from Drypers


Rupa-rupanya dah dua tahun lebih ai tak redeem points kat Drypers Point Shop. Itu pun teringat sebab minggu lepas ai mengemas laci meja komputer. Sebelum tu ai ada gunting code dalam plastik Drypers itu yang laju terus buka Drypers website. Setiap kali beli diapers Qaireen ai akan gunting kod dalam plastik diapers itu sebelum buang. Memang dah jadi habit sejak tahun 2015 lagi. Tak berapa ingat Drypers perkenalkan kaedah point ini bila, yang pasti masa tu Ariq baby lagi. Masa Zahra dan Aliah tak ada point ni. Jadi bila dah alang-alang mengemas ai terus bawa keluar semua code yang digunting.



Banyak juga rupanya. Berpinar juga lah mata nak taip masukkan kod tu hahaha.. Nasib baik Qaireen tak kacau, kalau tak memang tangguh lagi la nak redeem bagai :p



Selesai semua total points dalam 16 ribu lebih. Banyak tu. Macam-macam boleh redeem. Tapi untuk redeem ini ada jumlah maksimum barang. Hanya 3 barang sahaja yang boleh dibenarkan dalam setiap satu kali redeem. Kalau nak lebih kena la redeem hari lain atau pun lagi sekali. Ai malas nak buat banyak kali, hanya redeem sekali itu saja lah. Yang penting kod-kod semua dah masuk dalam website. Dalam website itu dah dimaklumkan tentang penhantaran mungkin sedikit delay sebab PKP ni kan, jadi ai fahamlah. Akan ada kelewatan tapi tak sangka pula seminggu dah sampai. Bagi ai kira cepatlah tu. Barang yang dapat ini pun free, kalau lambat pun buat apa kita nak complaint lebih. Dah dapat ini pun kira bersyukur sangatkan.



Masa dapat tu barang tu, ai hairan tak ada pula membeli barang. Memang tak ingat langsung pasal Drypers ini. Siap tengok consignment note, siapa sender, nama lain bukan nama Drypers lagi lah bertambah hairan. Berat pula tu hahaha.. bila buka baru la teringat yang ai ada redeem barang Drypers. Yang buat berat tu baby bath dan shampoo itu la :) THANK YOU DRYPERS!!!



Eh gambar kat atas ini tak ada kena mengena hihihi.. enZaf balik dari kerja tengok penuh plastik kat tangan dia. Shopping sakan dalam Family Mart hahaha... Ada makanan lain yang tak ada dalam gambar ini sebab dah makan iaitu Oden dan Onigiri. Thank you enZaf selalu bawa balik makanan untuk isteri dan anak-anaknya. Semoga melimpah ruah rezeki dia. Entry ini dah macam appreciation untuk Drypers dan enZaf gitu :)

Wednesday, February 17, 2021

Berbasikal Sewaktu PKP


Pada suatu petang, si suami mengajak si isteri bersiar-siar dengan berbasikal. Cewah macam apa je menggunakan ayat "si" bagaikan :p Cerita ni dah lepas, masa awal bulan ni iaitu 6hb Februari. Kira-kira ada la dekat 2 minggu punya cerita hehehe.. enZaf tiba-tiba ajak ai bawa basikal, riadah petang. Sebelum ini pun ada je kami berbasikal cuma pusing keliling rumah saja dalam kompaun aje. Kami berbasikal bersama-sama dengan anak-anak. Walaupun bawa basikal pusing rumah ni je pun, kami semua gembira. Dapat lah bakar dalam 300 kalori. Kali ini enZaf ajak ai berbasikal luar dari kawasan rumah. Hanya bertiga sahaja, yang lain duduk di rumah. Tak boleh nak bawa keluar ramai-ramai. Itu pun kami keluar dengan tidak memakai helmet huhuhu.. mujur tak kena tahan dengan Polis. Sempat tu ambil gambar masa tengah kayuh. Tak nampak pula Qaireen kat belakang Daddynya.



Ingatkan dekat-dekat je dia ajak kita ride. Jauh juga rupanya. Kena tipu hidup-hidup hahaha... Terasa ketat peha lama sangat kayuh. Nak pula ada satu jalan tu dia bawa kita naik bukit, eh bukan satu, 2-3 kali juga naik bukit. Menggigil lutut kaki semua :)





Walaupun berpeluh naik turun bukit, ai rasa seronok sangat. Keluar segala hormon negatif dan stres yang ada dalam badan ni. Lama sangat terperap pun tak elok dan juga menjaga tahap kewarasan diriku hahaha.. duduk dengan anak-anak yang tengah membesar sangat mencabar. Dalam satu jam lebih juga la pusing-pusing. Puas sungguh. On the way nak balik hujan rintik-rintik. Mujur sempat sampai rumah. Itu pun kami berhenti sekejap kat tasik Taman Eco Rimba Kota Damansara. Alang-alang berehat enZaf ajak bergambar.



Orang yang paling seronok dan rileks tentulah Qaireen. Dia pun seronok dapat keluar jalan-jalan. Sambil tu Daddy dia pasang lagu, siap menyanyi. Bukan main seronoknya hidupkan. Mummy dia dah mengah-mengah macam minta nyawa kepenatan hahaha...



Sekarang ini bukan main semangat enZaf beli barang-barang basikal. Baru ni dia beli helmet, botol air, loceng hahaha.. macam-macam Oh ya, seluar dan baju ai pun dia beli okay. Baju ai tu bukan macam orang basikal pakai, kalau dia beli macam tu confirm ai tak pakai. Eh basikal kami ni bukan la jenis yang mahal beribu-ribu. Kami beli setakat boleh kayuh dan santai-santai saja. Tidaklah serius sama macam orang lain nak berbasikal berpuluh ratus kilometer tu. Yang penting dapat keluarkan peluh pun dah okay sangat.

Kalau ikutkan hati ai ni, ai lebih suka joging sahaja kat rumah. Bukan apa, kalau kat rumah tak perlu pakai tudung. Rasa rimas dan tak selesa bila bersukan pakai tudung ni, kepala rasa panas berkuap. Tetapi ai ni memenuhi hasrat suami yang ajak bersukan di luar, kita ikutkan aje lah. Nanti kalau kita tak layan buatnya dia ajak orang lain, kita juga yang susah kemudian hari. Selagi mampu nak layan, kita layankan aje. Sekarang ni bila nak ajak berbasikal lagi. Macam lama dah tak pusing-pusing sebab 2 minggu ni enZaf busy sangat dengan kerja, balik pun malam.

Monday, February 15, 2021

Projek Seni: Poster dan Montaj Tahun 5


Projek Seni Aliah minggu lepas. Kali ini cikgu Seni minta anak murid buat satu Poster dan Montaj. Seperti biasa setiap kali projek, hanya merujuk kepada Buku Teks. Bahan-bahan yang diperlukan semua sudah ada. Tinggal rajin tak rajin je nak buatkan. Itu pun punyalah banyak kali ai pesan kat Aliah suruh buat. Dia menangguh sampai lah keluar reminder kat emel MOE dia, projek ni due esoknya huhu.. Kelam kabut lah baru nak buat. Ai tengok jam pun dah dekat pukul 11 malam. Part nak cari abjad tu dia makan masa nak mencari, habis segala buku dia bawa keluar dan gunting. Dekat pukul 11:40 malam baru nak mula mewarna, ya Allah bertabahlah diriku.



Ariq meneman Aliah. Dia tak nak masuk tidur selagi lampu tak tutup. Geram betul ai kalau anak-anak ni tidur lambat. Tapi itulah sendiri yang lambat buat homework, kenalah siapkan juga.



Siap juga poster dia ni. Tajuk poster ini Selamatkan Ikan Bayan (Parrot Fish). Nama Ikan Bayan tu memang tak pernah dengar, bila Google baru tahu rupa dan warnanya hahaha.. memang cantik warna-warni, sebab itu la namanya Parrot kan. Macam burung kakak tua warnanya :)



Antara haiwan yang nak pupus rupanya. Harap-harap ada lah organisasi yang pelihara haiwan begini. Masa dah submit lukisan dia ni, cikgu seni tambah satu projek poster lagi. Kalini berkenaan alam flora pula. Projek kali ke dua ini pun sama buat last minutes juga huhuhu.. Kena submit sebelum hari Isnin.



Yang dia buat kali ke dua ini ai memang tak tengok. Dia kata dah tahu nak buat apa. Jadi memang serahkan dia sepenuhnya. Laju je dia buat dan terus submit kat GC. Pagi tadi dia ada GM subjek Pendidikan Seni, cikgu dah bagi projek baru, Jaket Buku Nota pula. Tiap-tiap minggu ada saja projek, pitam Mummy weh.. rasanya macam banyak kerja sikit projek baru ini, itu pun sebab ai dengar cikgu dia cakap hahaha. Nanti ai nak Aliah senaraikan bahan yang diperlukan, kot la bahan tak ada, kena lah keluar membeli. Oh ya, akhirnya Ariq pun dah mula projek seni dia. Nanti upload untuk entry seterusnya.

Saturday, February 13, 2021

Majlis Persandingan Nani dan Fahmi


Punyalah lama nak habiskan cerita perkahwinan adikku seorang ini. Entry kali ini entry yang terakhir kerana ia merupakan majlis kemuncak dalam keluarga kami hehehe... Impian Nani nak buat majlis persandingan pun dah tercapai, setelah melalui kekangan dan halangan di musim Covid ini. Jemputan yang dibuat hanya 300 orang. Itu pun kami jemput yang berdekatan sahaja. Keluarga yang jauh terutamanya di Johor, kami sekadar maklum sahaja berkenaan majlis yang dibuat. Ada yang jemput pun tak dapat hadirkan diri kerana bimbang akan pandemik ini, kami pun faham dan tak salahkan mereka :) Tapi kebanyakkan jemputan kami ini adalah kawan-kawan Nani dan Fahmi. Yang muda-muda saja, orang tua dan kanak-kanak kecil tidak digalakkan. Majlis ini dibuat di D Tunjong Banquet. Dekat sahaja dewannya dengan rumah kami, di Kota Damansara juga.





Kami buat majlis pada waktu malam. Cuaca hari itu hujan renyai-renyai. Selepas solat Maghrib terus ke dewan. Pengantin, Abah, Mak dan adik beradik lain sudah ada di dewan. Mereka bersiap dan solat Maghrib di sana. Di dewan ada bilik persalinan, bilik solat dan tandas jadi mudah untuk sebarang urusan. Gambar di bawah ini adalah ruang menunggu bagi tetamu yang hadir. Sekiranya meja makan penuh, tetamu boleh menunggu sementara di ruang ini.



Penyambut tetamu kami adalah lelaki hahaha... enZaf dan seorang lagi tu Kimi, boyfriend Yusreena. Tak lama lagi giliran dorang pula berkahwin. Ikutkan tahun ini nak bertunang. Tak tahu la jadi ke tak, kita tunggu je la announcement dari adik bongsuku ini nanti.



Tak berapa banyak sangat gambar ai ambil, mana yang sempat je. Itu pun ada gambar yang tak berapa elok, gelap la blur la hahaha... hentam saja lah. Aliah, Ariq, Aira dan Akid jadi flower girl and page boy. Masa rehearsal tak ada tabur bunga, nasib baik hari majlis tu dorang semua faham dan okay. Mujur ada Mak Su yang tolong guidekan anak-anak ;)



Oh ya, video di bawah ini bukti Qaireen buat macam rumah sendiri. Berlari ke sana sini dalam dewan. Masa tengah pengantin mula nak masuk dewan tu dia berlari, sabar je lah. Terkejar-kejar Mak Lang pergi kat dia dan dukung hahaha..



Cantik dan handsome pasangan pengantin ini. Majlis kami santai-santai sahaja, tiada formal mana. Tetamu datang ambil tempat dan makanan secara buffet.





Nak ambil gambar anak-anak tapi ramai pula orang semua ke depan nak bergambar juga. Kacau je cameraman tu kan hihihi.. Masa ambil gambar ni ai tengah dukung Qaireen. Tak boleh nak lepaskan dia sebabnya dia sibuk nak berlari ke sana sini. Masa pengantin tengah lalu mana boleh berlari kang mahunya dia pergi kat pengantin, kacau pula haha..



Ambil gambar pengantin kat meja santapan. Baru selesai makan dah waktu ini, ai pun baru lepas bagi ucapan wakil Abah untuk tetamu. Lama tak berucap, mengigil tangan pegang handphone nak baca teks hahaha.. nasib baik suara tak menggeletar.



Lepas makan pengantin potong kek pula. Dari jauh je ai ambil gambar. Kek pun tak berapa nak nampak :p



Kebanyakkan saudara mara yang datang adalah sebelah Abah sebabnya semuanya duduk di KL dan Selangor. Saudara Mak hanya beberapa orang sahaja sebab kebanyakkan duduk di Johor. Gambar di bawah ini, cousin Mak tudung bunga-bunga yang dapat datang. Yang tengah tu cousin ai Ayu sebelah mak.



Gambar di bawah ini tak ada kena mengena dengan majlis, bawa balik fresh flower dari dulang hantaran Nani. Lama juga bertahan dalam seminggu gitu kat atas meja makan.



Gambar-gambar kat bawah ini pula semua dari Official Photographer. Tak semua gambar dimasukkan sebab banyak sangat hahaha.. Dan tiada caption hanya gambar semata.























Alhamdulillah, majlis persandingan Nani dan Fahmi berjalan dengan lancar. Rasa seronok sangat dapat berjumpa dengan saudara mara, jiran dan kenalan. Terima kasih pada yang sudi datang memeriahkan majlis. Pada hari ke-10 selepas majlis selesai, ai bertanyakan khabar masing-masing tentang kesihatan mereka. Risau sekiranya ada tanda-tanda tidak sihat seperti demam, selesema dan sewaktu dengannya. Alhamdulillah semuanya sihat termasuk juga dengan saudara mara. Tahniah sekali lagi buat pasangan pengantin adikku Nani dan suaminya Fahmi. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah. Kepada Fahmi selamat datang dalam keluarga kami. Cepat-cepat bagi anak saudara okay hahaha...

Friday, February 12, 2021

Hari Pertama PdPR


Rasanya dah minggu ke-4 anak-anak belajar secara online. Kadang-kadang ai rasa masa itu pantas sangat, ada masa pula rasa lama je hari tu nak habis. Mungkin sebab otak dah tepu, duduk lama sangat dalam rumah hahaha... Masa hari pertama anak-anak berPdPR, ai ada ambil gambar dorang sebagai kenangan. Hari pertama gitukan semua nak ambil gambar :p tapi baru sekarang nak masukkan dalam blog. Bagi akak Zahra, kelasnya bermula pada pukul 7.30 pagi.



Semangat dia nak jumpa cikgu dan kawan-kawan barunya. Eh, kawan dia tu baru tak baru sangatlah. Kebanyakkannya sama dari sekolah rendah. Kira macam reunion dorang pun iya juga :) Bila cikgu buat Google Meet (GM), cikgunya gabungkan 2 kelas sekali masa pengajaran. Dalam 2-2 kelas tu pun memang ramai kawan sekolah rendahnya. Bagi Aliah, kelasnya bermula seawal 8 pagi.



Aliah ni satu je ai susah nak kejutkan dia bangun. Walaupun dia tidur awal, tetap susah nak bangun. Dah kunci jam pun sama juga. Lagi satu Aliah ini kalau bangun pagi, mesti bersin, hidung berair dan mata bengkak. Sama la dengan Mummy dia juga hahaha.. cuma Mummy dia tak bengkak mata. Akak Zahra dan Aliah ada hari waktu jadual GM meraka sama. Bila sama, masing-masing online serentak. Kalau Daddy dia ada kat rumah boleh la guna laptopnya, kalau tiada salah seorang akan guna dalam bilik, pakai komputer dekstop.



Ariq sekolah sesi petang, jadi PdPRnya berjalan pada waktu petang. Masa hari pertama tu, mata dia bengkak sebelah masa bangun tidur. Tak tahu kena gigit dengan binatang apa. Dah tak pasal-pasal sesi berkenalan hari pertama dengan matanya yang bengkak merah itu hehehe.. Ariq Oh Ariq!



Kalau ai tengok pada jadual kelas anak-anak ini, paling banyak 6 subjek dalam satu hari. Paling sedikit 4 subjek itu pun hari Jumaat dan hanya kelas Ariq, Aliah dan akak Zahra 5 subjek hari Jumaat. Satu hari maksimum 3 kali Google Meet. Lebih kurang sama dengan tahun lepas. Serius bagi ai banyak sebabnya duduk rumah. Kalau pembelajaran bersemuka kat sekolah mungkin tiada masalah.

Masa minggu pertama dan ke dua ai boleh ikut lagi segala latihan cikgu beri. Lepas tu ai dah tak terikut kerananya setiap hari ada sahaja nota dan latihan yang perlu dibuat. Terutamanya akak Zahra yang sudah Tingkatan 1 ni. Ai tengok pun dah pening, berderet masuk dalam Whatsapp dan Telegram. Dia sorang sahaja bertimbun rasanya. Nota dan latihan setiap hari kot. Tengok muka dia pun ai rasa macam stress dah.

Aliah pula lebih kurang banyak juga latihannya. Tapi satu je ai suka dengan dia, dia jenis tak suka bertangguh. Cikgu bagi kerja terus dia siapkan masa itu juga. Setakat ini ai memang lepas tangan, serahkan kepada dia seratus peratus. Tanya dia semuanya okay sahaja :) Kalau ai nak tengok dia pun bila ada projek PSV (Pendidikan Seni) dan RBT (Reka Bentuk Teknologi). Bercakap pasal seni, dia ada satu lagi kena buat iaitu poster montaj sebelum Isnin ni nak hantar. Untuk subjek RBT pula dia baru habis belajar menjahit, jahitan jelujur dan jahitan kia kalau tak silap. Pandai dah buat dan lepas ni boleh la dia jahitkan sendiri seluarnya terkoyak :p



Manakala untuk Ariq, kelas PSVnya belum ada buat sebarang projek lagi. Minggu lepas dia ada GM kelas seni tapi cikgunya suruh buat terus masa kelas online tu berkenaan jenis garisan. Setakat ini subjek PJPK (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) yang banyak video kena buat. Dan segala assignment yang diberikan oleh cikgunya telah siap hantar. Ada satu video itu dia perlu buat dengan Daddy mengenai imbangan. Ada yang kena hantar video dan ada juga yang kena hantar gambar. Gambar di bawah ini dia buat salah satu imbangan badan.



Oh ya la, Ariq ada kena buat satu video subjek PMZ (Pendidikan Muzik). Esok siang tengok bila Mummy rajin haha.. Ariq ni ai memang kena monitor sepenuhnya, nak suruh dia buat sendiri memang berjanggut la :p Haish.. macam-macam tapi seronok juga buat PJPK ini, sekurang-kurangnya anak-anak ni rileks sikit dari mengadap subjek teras sajakan. Begitulah keadaan anak-anak bila hari persekolahan. Sibuk dengan PdPR masing-masing. Hari-hari tengok jadual esok ada kelas apa. Baru bulan Februari kita, bertabahlah untuk bulan-bulan yang seterusnya. Ai tak nampak lagi masa depan yang cerah untuk anak-anak ini kembali ke sekolah dengan kes yang masih tinggi terutamanya untuk negeri Selangor ini. Harapanku satu je, harap KPM kaji semula pembelajaran anak-anak di rumah supaya lebih efektif. Mungkin boleh kurangkan bilangan subjek dalam sehari. Tengok anak-anak ai sendiri sekarang ini pun macam dah kurang fokus dan tak berapa semangat, ialah belajar di rumah ini banyak sangat gangguan luar. Boring pun ia juga tiada sosial atau pun interaksi bersama kawan dan guru secara bersemuka. Uish panjang pula entry kali ini haha..