Hari Pekerja yang lepas, Ariq dan kawan-kawan sekolahnya dah plan main futsal ⚽🥅. Mereka ambil 2 jam sewa padang futsal. Memandangkan tempat Ariq main itu ada badminton court, enZaf pun terus booking untuk kami main 🏸. Dah alang-alang ke sana, enZaf ajak bersukan sama hehehe... Pertama kali kami ke Central Park Dataran Sunway. Bila kami sampai situ rupa-rupanya ada pickle ball court juga. Tapi yang ini kami baru tahu ada bila dah sampai sana. Lain kali boleh datang situ main pickle ball pula.
Yang ini cerita hari lain, ai dan enZaf bawa akak Zahra ke UIA. Gara-gara nak tengok adik-adik hokinya untuk perlawanan antara SBP di Zon Tengah 🏑. Sampai je kat sana terserempak dengan Kak Azni dan Hanim atas jalan hahaha.. Disebabkan Kak Ani dah nak balik, laju-laju ai ajak selfie. Dia kena balik sebab ada hal walaupun tak habis lagi anaknya main hoki. Dan dah bertambah susah nak jumpa dengan dorang ni sejak akak Zahra habis sekolah.
Hantar akak Zahra saja, ai dan enZaf nak pergi makan sekejap. Lupa pula nama tempat ini tapi dekat depan Kolej Vokasional Gombak. Makan nasi lauk campur. Masa makan hujan turun dengan lebatnya.
Game hampir nak habis baru kami pergi ke UIA semula untuk ambil akak Zahra. Sebelum itu, sempatlah ai jumpa sekejap dengan anak-anak dan berborak dengan parents lain. Masa dorang nak bergambar, semuanya panggil ai ajak bergambar sama. Mula-mula tu tolak juga pelawaan mereka, tapi bila semua dah bersungguh pergi juga lah. Malu betul rasa sebab anak sendiri tak main pun, menyibuk saja bergambar. Nasib baik tak ada beza sangat warna 🩷. Walaupun sekejap seronok rasanya, dapatlah lepaskan rindu lepak di tepi padang hoki 🤣
Berpagi-pagian di padang Havea Arena RRI untuk menyokong team Aliah dalam Selangor Fiesta Touch 2025 🏉.
First game dah selesai, sementara menunggu game yang seterusnya, lepak sekejap di gerai makan untuk isi perut. Kelaparan dah menunggu dorang ni. Selang setiap game adalah dalam satu jam lebih huhuhu... Begitulah kalau ikut anak-anak ini setiap kali tournament. Menunggu tu yang meletihkan, main tu sekejap je hahaha 😅
Masa minum ni sekali dengan Pang tapi tak ada ambil gambar. Borak-borak dengan dia, berkongsi perihal anak-anak. Lepas tu kami ke gerai jualan baju. Ai beli jersey untuk anak-anak sebagai kenangan. Mujur ada saiz lagi, laku keras jualan mereka walaupun belum habis satu hari dah susut banyak stoknya.
Kepanasan ya amat ☀️, semua berteduh bawah khemah. Yang best, photographer pun bawa khemah juga. Rezeki kami lah parents dapat tumpang berteduh sama. Alang-alang tu, ajak Pang bergambar. Tournament ni dua hari tapi Pang tak ada esok, anaknya ada sukan sekolah pula. Clash pula dengan aktiviti sekolah, tak dapat nak join hari ke dua di ragbi ni sebab anaknya ada masuk acara larian. Maka dengan itu, automatik tak ada geng borak ai hahaha..
Sebelum balik sempatlah ajak semua bergambar atas stage. Belum tahu lagi menang ke tak tapi kita ambil aura hahaha.. Nanti waktu hari penutup mesti ramai orang dan takut tak berkesempatan nak bergambar di situ. Nak gambar yang elok kena tunggu photographer bagi link.
Singgah makan di Ketiga. Isi perut dulu sebelum balik rumah.
Tapi tak habis di situ, makan lagi malamnya dan kali ini order saja di Zus hahahah... enZaf tak ada dia pergi main bola pula.
Gambar-gambar di bawah adalah hari ke dua tournament. Tak banyak gambar pun diambil.
Rezeki dapat masuk Final. Adalah siarang langsung dari Youtube. Screenshot satu buat kenangan hehehe..
Tahniah Aliah dan teammate. Dapat tempat ke-Dua dalam kategori Cup 🎉🏆🥈. Wajiblah ambil gambar dengan dia kan. Gambar ai dan Aliah dari phone enZaf. Waktu tu dah gelap, mujur kamera phonenya nampak terang 😍.
Coach Rugby Aliah ada maklumkan dalam Whatsapp group, dia nak hantar satu team untuk tackle. Pada mulanya ai ingat coach nak bawa tackle teamnya, rupa-rupanya player yang main touch pun boleh cuba main tackle ini. Ai beritahu Aliah nak cuba tak, dia macam takut nak main tapi pada akhirnya dia kata boleh lah nak mencuba. Daddy dia pula agak terkejut bila tahu Aliah nak main tackle. Dia cepat risau kalau apa-apa melibatkan hal anak ini, berbeza dengan ai sebab ai suka anak-anak ini mencuba benda baru. Game ini kategori friendly yang dianjurkan oleh Bukit Jelutong Rugby CLub (BJRC) dan mereka ada buat untuk kategori U15 Contact 🏈. Selain itu kategori Touch.
Sementara game bermula, anak-anak semua warm-up dan bapa-bapa setup khemah 💪🏕️.
Dua keping gambar di bawah ini, ai ambil dari photographer yang anak-anak ini uruskan. Cantik gambar dia ambil, boleh tengok Instagramnya di lensa.fizie. Ada gambar lain tapi ai letak dua saja lah 😆.
Hampir pukul 1 habis. Dorang main sebanyak lima games, empat menang dan satu seri. Permulaan dan pendedahan yang baik buat anak-anak. Harap-harap semuanya enjoy, itu pun ada beberapa orang injured, moga cepat sembuh hendaknya.
Aliah pun seronok, katanya best cuma kalau nak main tackle ni, fitness kena tiptop. Penat nak jatuhkan orang tu, kena pakai tenaga banyak hehe.. Gambar ai dengan Aliah ini pakai handphone enZaf, itu yang cantik warna gambar tu. Beza betul warna gambarku hahaha...
Alang-alang dah berada di Shah Alam, enZaf ajak lunch makan ikan Patin di Temerloh Kitchen Signature.
Laju-laju kami makan sebab dalam pukul 3 petang, Ariq pula ada bola. Liga Madani di Havea Arena ⚽. Kali ini ai tengok dari dalam kereta saja, nak keluar dah tak larat. Muka pun dah panas dek sunburn. Parking spot pula tak menarik, tempat ini saja kosong. Mengadap la tiang gol yang dorang letak tepi padang ini huhuhu...
Lama enZaf tak bawa pergi driving range. enZaf sendiri pun dah kurang main golf sejak dia sibuk uruskan padang bola. Bila tiba-tiba dia ajak semua ikut dia driving range apa lagi kan. Laju la semua bersiap. Nak pula Ariq pun nak main, lama tak pegang kayu golf katanya hehehe.. Betapa lamanya tak pergi, rupa-rupanya tempat driving range ni dah buat dua tingkat. Hospital yang berada di sebelahnya pun dah siap sepenuhnya hehehe..
Tak sangka Qaireen pun nak cuba main golf. Apa yang ai perasan dia suka aktiviti yang melibatkan kayu atau peralatan di tangan. Dia pernah cakap dia nak main hoki dan archery. Ai dah beritahu Daddynya tapi belum ada respon lagi. Kalau Qaireen bersukan juga, kami tak cukup tangan nak handle semua. Kena pula aktiviti berlainan dan hujung minggu, yang ada sekarang ini pun dah full huhu... Kesian pula dekat dia. Tunggu dia besar sikit la kan.
Paling best kalau pergi sini adalah makanannya. Tak sangka rasa kesedapannya sama macam dulu. Duduk lama pun tak kisah sebab ai dapat kenyangkan perut.
Tengah makan, nampak bulan cantik terang. Cuba lah ambil gambar. Tak secanggih handphone Samsung boleh zoom jauh. Handphone ai ini je mampu hahaha.. jadilah kan.
Sehari sebelum, Ariq buatkan Bread Butter Pudding. Roti Gardenia nak expired, masih banyak lagi bakinya. Ariq ni memang rajin dan suka masak-masak gini. Aliah pun suka, kadang-kadang dua orang ni bergilir buat.
Pergi One Utama, jalan di bahagian old wings. Nampak kiosk Cinnabon. Terus beli bawa balik untuk anak-anak. Sejak Cinnabon yang lama tu tutup, lama dah tak makan.. Kalau tengok pada logonya lebih kurang sama saja. Tapi tekak ai rasa yang lama punya lagi sedap.