Thursday, August 30, 2018

Duit Raya 2018


Seminggu sebelum raya haji,
ai baru suruh anak2 kira duit raya.
Punya la lama baru nak kirakan.
Kalau tak raya haji ni,
agaknya raya tahun depan baru kira kot huhu

Kalini bertambah la sket byknya
sebab ada Qaireen :)



Gigih la memasing bawak duit
keluar dari sampul.



Itu pun ai suruh dorang
check balik sampul2 tu semua.
Mana dah bawak keluar
koyakkan sampul tu terus.
Nasib baik check okay,
sbb ada lagi yg tertinggal.

Kira2 dapat la dalam seribu lebih.
Dan Mummy ada hutang RM100
sbb tak sempat nak bawak keluar duit
pakai duit dorang masa tu hahaha

Nanti duit2 ni semua masukkan dlm SSPN dorang.
Qaireen pun bole la bukak akaun baru.

Wednesday, August 29, 2018

Salam Aidiladha 2018


Persediaan raya haji tahun ni
ala kadar je.
Baju raya pakai apa yg ada
kecuali baju kurung ai.
Baju kurung ai beli dari adik ai sendiri.
Dia berniaga baju kurung cotton.
Murah je harganya dalam RM60 lebih.
Tak ingat plak exact price hehe

So sesapa yg berminat dengan
baju kurung cotton silalah
lawat instagram winkyaa :)

Sebelum ke rumah mak
wajibla kita bergambar dulu.

Gambar adik beradik.



Gambar enZaf dan ai.
Tetiba tgk awat serius benor
bergambarnya hehehe



Gambar sekeluarga.



Dan lagi kami sekeluarga hihi



Takde tema pun.
enZaf pakai baju melayu brown
terus ai pun amik tudung brown gak.

Warna pun takde la beza sgt dgn anak2kan.
Qaireen pun pakai je baju
cousin dia Aira.
Kami pusing2 je baju anak2 time baby.
Jimat dan tak membazir :)

Friday, August 17, 2018

Dua Sabtu yang Lepas


Kami keluar lunch lepas Zohor.
enZaf ajak pergi Nasi Biryani Ismail.
Lama tak makan kat situ.
Zahra takde sbb dia pegi tuisyen.



Mata kanan Ariq ntah kenapa bengkak.
Rasa kena gigit serangga masa tidur.
Mata tu gatal, habis dia gosok2 sampai merah huhu



Risau gak takut dia sakit mata ke,
mujur petang sket tu surut dah
bengkak mata tu.

Yang Aliah ni jgn cakap,
pagi2 mata mmg bengkak selalu kalau bangun.
Dia mesti bersin bangun pagi,
ikut ai la ni ada sinus.



Yang baju hitam ni mmg mata bengkak selalu haha
muka penat tak cukup tido.
Balik dari Johor pukul bape pagi ntah.
Rasa pukul 2-3 pagi kot sampai.



Yang banyak tido sikenit Qaireen tu je :p

Lepas makan kami terus amik Zahra.
Dan terus pergi OU plak.
Motif utama ai ialah nak membeli
pakaian dalam tuk akak Zahra.



Pergi aeon je,
senang macam2 ada dan murah.
Tetiba kepala ni blur okay,
nak belikan dia yg mana.
Oiii tetiba besar dah anak daraku okay.

Sebelum ni pun ada berborak ngan dia
pasal akil baligh.
Tahun 4 dorang dah belajar topik tu.
So banyak la dia tanya pasal period.
Dan ai pun cuba la cerita sebanyak yg boleh.
Bila dah cakap pasal period,
mestila cerita mana darah tu datang,
macamana rupa bentuk, warna,
cerita macamana kalau darah tu keluar,
apa dia nak buat.
Pad, cara pakai, basuh.. eh banyak la.
Memang lama pun dok bercerita dgn dia.
Dia pun ada bgtau yg kawan kelas dia dah period.
Awalnya nak oi.. darjah 4 dah keluar.
Mummy dulu paling lambat antara semua kawan.
Form 3 hahaha

Serabut dah ai tgk rambut dia.
Suruh potong, tak maunya dia.



Nanti Mummy guna kuasa veto.
Sebelum masuk sekolah balik lepas raya haji ni,
dah potong rambut tu huhu.

Habis ke OU kami
lepak mamak jap ngan anak2.



enZaf pergi pasar malam kat seksyen 8,
cari makanan petang sikit tuk
bawa pegi umah Sg.Buloh.

Seronok dapat berita dari Abah.
InsyaAllah 2021 abah dan mak
dapat panggilan dari TH untuk menunaikan haji.
Ya Allah semoga mereka panjang umur
dan diberi kesihatan yang baik.

Tuesday, August 14, 2018

Musim Durian


Merata2 durian skarangkan.
Ai pun tak ketinggalan nak
pekena durian gak.

EnZaf bawak gi makan kat Kelana Jaya.
Dekat SS12 tu eh betul ke tempatnya
ehehe hentam je la.
Tp yg bi bukan kat dgn gerai tepi jalan.
Tapi dalam kedai.
Nama kedai durian ni Ronalds ke Donalds ke
hahaha lupa lagi.

Kami makan durian Musang King.



2 orang ni mmg hantu durian gak,
macam Mummy Daddy.
Cuma Zahra je sorang tak makan.



Minggu lepas enZaf ada bawak balik
durian Jantung.
First time makan.



Sangat suka.
Buahnya juicy, lembut, lemak, manis
semua cukup la.
Kena dgn tekak.

Dan pulak skang bukan durian sahaja,
manggis rambutan.
Semua tu dah makan sama jugak.
Manggis ai sorang je makan,
heaven okay takde rebut hahahaha

Dua minggu sebelum tu plak,
mak ada datang rumah bawak serawa durian.
Lupa nak amik gambar.
Ya Allah terima kasih mak,
mak selalu jugak hantar makanan tau.
mcm kita la kan.. kalau masak or makan
mesti teringat kat anak2.
Semoga mak diberi kesihatan yang baik selalu.


Friday, August 10, 2018

Rezeki


Rasa lama minggu ni
sebabnya enZaf kt Jakarta.
Main golf 4 hari kat sana.
Esok dia baru balik :)

Hari Jumaat hari Penghulu segala hari.
Jangan lupa baca surah al-Kahfi yer.

Entry harini dpt rezeki
orang balik dari umrah.

Ada telekung, sejadah,
kain pelekat dan minyak attar.



Alhamdulillah.
Barang2 ni dari pemberian
Mak Andak, Makteh & Sue.
Terima kasih atas ingatan dan
semoga murah rezeki hendaknya.

Thursday, August 9, 2018

Chewy Chocolate Cookies


Beli cookies kat sepupu ai.
Rajin betul la Fatin ni tau.
Walaupun keje opis,
tp gigih buat side income
buat biskut kek bagai semua.
Katanya minat.
Betul kalau dah minat buat la apa kan.

Kalini ai beli chewy chocolate cookies plak.



RM18 satu balang.

Sedap ala2 brownies
tp buat cookies.



Gi la Instagramnya
fat_baked

Murah dan sedap :)


Wednesday, August 8, 2018

Parents Teachers Day


Cerita bulan puasa yang lepas.
Huarghhh tak habis2 cerita tertunggak.
Byk betul throwback...
sbbnya tak konsisten update blog.
Ni pun sbb Qaireen tido,
laju2 buat entry ni.

Masa bulan puasa lepas,
sekolah Ariq ada wat perjumpaan
mengenai progress anak masing2.

Hari Sabtu dalam pukul 10 lebih kot ai sampai.
Dan bawak Qaireen je.
Ariq ofkos la ada hehe

Bergambar depan pintu sementara
menunggu giliran.



First time kelas warna merah,
sejak dari Zahra, Aliah dan Ariq
masa umur 5 tahun,
kelas yang sama warna orange :p

Masa ai dtg tu ramai dah balik.
Nasib baik ada sorang kawan dia
bff Ali Imran ada.
Seronok la ada kawan.



Satu ai suka kat kawan dia ni,
soft spoken sangat.
Cakap pun elok je..
jenis tak kasar2,
patutla Ariq suka kawan ngan dia.

Ni je yg sempat ai snap report
membaca Ariq.
Dia baru buku 4.



Memang lambat bagi ai.
haha Mummy hoverkan.
Mana taknya tahun ni dia byk
ponteng sekolah okay.
Sejak ada Qaireen... ai huru hara jap,
nak uruskan masa.. semua berterabur.
Bila ada Daddy dorang takde masalah,
mintak tolong hantarkan bagai.
Tp bila Daddy dorang outstation,
hancus semuanya huhuhu
Ni pun minggu ni enZaf takde,
ke Jakarta hari Sabtu baru balik.

Okay berbalik pada report Ariq :)
Hasil perbincangan ngan teacher dia,
Ariq ofkos la ketinggalan sket.
Dah memontengkan.
Teacher kena buat one-to-one ngan dia
especially part membaca.
2 suku kata dia takde masalah.
Lebih dari tu dia dah pening.

Surah pun ada byk tak bole baca habis.
Separuh2 je..
yg ni ai kena selalu bg dia baca selalu la cmtu.
Matematik okay..
Minus je kekadang terkonpius ngan plus.

Skang ni dah masuk bulan 8 kan.
Lagi 3 bulan je sekolah,
harap2 dia dah bole membaca, menulis dan mengeja
sebelum masuk Tahun 1 ni.
Go Ariq!! Go Ariq!!
haha tetiba Mummy jadi pompom girl plak :p



Tuesday, August 7, 2018

Street Food Festival


Sabtu lepas takde buat aktiviti apa sgt.
Lepas amik Zahra tuisyen,
kami terus pegi lunch kat Kayu Nasi Kandar.

Habis lunch terus ke Kelana Jaya plak,
enZaf nak tukar grip tuk kayu golfnya.
Ariq je ikut daddy dia masuk kedai,
kami tinggal dlm kereta
sbb Qaireen tido.



Lepas dia dah selesai ngan barang golf,
terus kami balik rumah
berehat dan solat Asar.
Lepas Maghrib enZaf ajak keluar.

Kami tak decide nak dinner kat mana.
enZaf kata jalan la ke mana2.
Nanti tgk apa yg menarik.
Masa lalu jalan ke airport Subang,
nampak la signboard Street Food ni.
Terus enZaf kata kita makan situ je la :)



Ada macam2 makanan tapi byk makanan Thai.



Bukan takat makanan je,
nak shopping barang pun ada.



Kami beli pulut mangga,
pulut durian.



Pulut ayam.



Maggi Tomyam & Bihun Sup.



Ada aiskrim gulung jugak enZaf beli.



Masa kami sampai tu tak berapa ramai sgt,
dlm pukul 9 tu baru tgk penuh ngan orang.
Nasib baik juga la sampai awal.
Kalau tak sesak dah.

Street Food Festival ni betul2 depan dengan
airport Subang.
Dekat dgn stesen terminal skypark
train ktm tu.



Tak sure la festival ni sampai bila,
tp kalau ikutkan facebook dorang ni,
sampai Ahad lepas la.

Monday, August 6, 2018

Hari Bertemu Pelanggan 2018


Habis je Syawal,
esoknya Sabtu 14hb July,
Sekolah Zahra Aliah ada buat sekolah ganti.
Menggantikan hari cuti masa PRU14 haritu.
Sekolah dorang terlibat dalam tempat mengundi.
Alang2 buat sekolah ganti
terus Guru Besar buat amik report card.

Gi amik report card dan
terus amik dorang bawak balik.
Seronok la ganti tapi tak belajar hihi
Tapi tak seronok tuk ai
sbb kena datang 2 kali
sesi pagi dan petang sbb dorang berdua
ni tak sama sesi huhu

Dah tau takde belajar,
ai pun takde la dtg awal mana.
Pukul 11 gitu baru sampai.
Elok jugak sbb dah tak ramai orang,
sampai2 je ada la lagi 2 org.

Sebelum tu harusla bergambar ngan akak Zahra.



Nasib baik la kelas dia kat bawah je.
Macam tahun lepas paling atas sekali,
bergoyang lutut naik tangga hahaha



Keputusan Zahra sedikit penurunan.
Cikgu kelas dia cakap Mrs. Kartini
dia kena tekankan kat penulisan.
Banyakkan membaca dan buat latihan.
Pastu cikgu dia ada bagitahu lagi,
dia ada perancangan tuk Zahra
pergi mana2 pertandingan melibatkan English
tuk peringkat yg lebih tinggi.
Sengih je Zahra masa cikgu tu cakap hehehe.
Cikgu cakap Zahra byk cakap haha



Selesai Zahra kami pegi lunch
sebelum hantar dia ke tuisyen plak.
Pastu balik rumah
rehat dan solat Zuhur dulu.

Dalam pukul 3 keluar amik Zahra
sblm masuk sekolah tuk amik
report card Aliah plak.

Turn Aliah ramai sket,
ada la dlm 5 org lagi nak menunggu.
Thank you Ariq amikkan gambar
mummy & Aliah :)



Aliah dan kawannya Arisha
sesama menunggu turn.



Result Aliah pun menurun,
tp dia turun lagi banyak dari kakak Zahra.
Banyak sgt kot.
Siap ada C lagi huhuhu
Sama dgn cikgu Zahra
bykkan baca dan buat latihan.
Dan cikgu ckp Aliah ni pendiam.
Jarang2 dgr suara dia.

Ai mintak cikgunya byk bg dia
pendedahan tuk bercakap lebih.
Tapikan dia ada masuk pertandingan bercerita.
Dapat plaq lagi dan menang no. 4 hihi

Tak sempat amik gambar Aliah sorang
cuaca nak hujan.
Laju2 ke kereta.

Balik rumah dan dan okay
dorang berdua buat latihan tanpa disuruh.
Selalunya sampai berbuih mummy
cakap buat exercise buat exercise.
Kan bagus kalau cikgu cakap hari2.
Cakap cikgu laju je dengar.



Kedudukan Zahra dan Aliah dalam darjah.
Dalam kelas sama je ngan darjah huhu

Zahra: 9/155
Aliah: 41/158

Memang kalini ai pun tak fokus sgt kat dorang.
Byk masa lebih kepada Qaireen.
Menempel je 24jam payah nak renggang.
Takde depan mata mula la menangis mcm apa.

Mulut je cakap ngan anak2 suruh belajar suruh belajar.
Lepas tu dah tak tgk,
mmg dorang pun main2 je la buat keje.
Tahun ni pun kira ai redha je la
apa jua keputusan anak2.
Nak paksa lebih2 pun tak elokkan,
janji dorang maintain kelas yg sama sudah.
Cuma Aliah tu la nak kena tgk lebih sikit,
kalau result dia sama mcm skang ni,
akan turun kelas la jawabnya.


Saturday, August 4, 2018

Last Day Raya


Okay last wat entry pasal raya.
Sampai nak masuk raya haji dah kan hehe
Harap ni last la sbb ternampak ada lagi
gambar raya dalam phone
tak dimasukkan lagi dalam blog :p

Yang ni hari terakhir Syawal.
Faizal & Sue buat open house.
Untuk ABT, MySyakirin dan keluarga rapat.

Gambar dengan founder MySyakirin.
Org pendek ni mmg tak sesuai
bergambar berdiri ngan orang tinggi.



Ha kena duduk baru elok hihi
Kiri sekali kawan yg lama dah tak jumpa.
Last masa Aliah kecik kot huhu
Datin Lina yg sangat baik dan humble.



Ni gambar ngan semua staff ABT.



Gambar2 ni semua dari phone Sue,
ai tak pegang phone time tu,
sibuk melayan anak2.
Gambar makanan pun takde huhuhu

Tq Sue & Faizal jemput beraya.

Friday, August 3, 2018

Accident Time Pregnant


Accidentnya dah lama
tapi nak buat kenangan
sebelum delete gambar dalam phone. :)

Accident ni masa pregnant 4 bulan.
Hari Jumaat masa tu ai
nak hantar Zahra Aliah ke sekolah.

Kena langgar bontot kereta.
Sebenarnya kereta dalam keadaan berhenti pun.
Memang lama dah berhenti sbb
trafik lite merah.
Tetiba je kena hentam.
Yang langgar tu lelaki.
Dia sendiri admit memang salah dia sendiri.
Nak tekan brek tertekan minyak.
Nasib baik masa tu ai tarik handbreak.
Jadi kereta takde la tetiba meluncur
ke depan tetiba..
kang langgar kereta depan tak pasal2.
Walaupun langgar tu sikit je,
tapi terasa la kot impaknya.
Senak perut ai tetiba.
Nasib baik baby dalam perut takde apa2.
Anak2 pun terkejut kejap je.
Nasib baik dorang semua duduk diam.

Yang langgar ni kereta baru.
Kesian dia dapat kereta baru
accident plak.
Terangkat sikit bonet depan dia.
Bumper semua okay.



Kereta ai plak habis bumper belakang lari.
Kiri kanan terkeluar dari clipnya.



Kat bghn ni bumper pecah dan beberapa
lekuk ke dalam.
Tak nampak sangat sbb gambar terang.
Yang pasti bonet mmg tak bole bukak.
Samgkut kena hentam.
Syukur lampu tak pecah.



Time kena ni ai blur.
Dah la enZaf outstation.
Terus call dia tanya.
Nasib dia kata pass phone tu kat mamat tu,
diskus la dorang berdua esok jumpa kat workshop.

Mamat ni chinese orangnya.
Sangat baik okay.
Ntah bape kali cakap sorry ngan ai.
Risau takut apa2 jadi kat baby & anak2.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusanku.
Glamour la kejap kat tepi jalan
semua orang dok pandang.
Setel semua terus sambung hantar Zahra Aliah ke sekolah.
Sblm tu tanya gak dorang nak ke sekolah ke tak,
takut terkejutkan.
Dorang berdua kata okay nak pegi sekolah.

Lepas 2-3 bulan camtu rasanya
pregnantkan Qaireen 7 bulan kot.
Kena accident lagi.
Sama gak kena langgar bontot,
tp kali ni kereta enZaf plak.
Hujung minggu kami baru balik dari Paradigmn Mall.

Waktu hujan renyai2.
Jalan pun licin.
Terlanggar betul2 nak masuk simpang.
Kebetulan mata ai mmg tengok side mirror,
memang nampak kereta tu laju meluncur
tak sempat ai nak cakap ngan enZaf,
bang kena langgar.
Tapi kali ni langgar dia tak kuat.
Cam cium je.

Lega takde ape.
enZaf tengok kat bumper dia calar sikit je.
Dia pun malas nak buat report.
Yang langgar dia ni perempuan ada bawak
anak kecil dia.
Sian takut trauma plak.



Kereta dia pun takde apa,
so dua2 decide tak perlu nak report.
Setel sendiri.

Hihi begitulah kisah accident waktu pregnant.
Alhamdulillah baby kuat dalam perut.
Tetiba teringat masa pregnantkan Aliah.
Pun sama pernah accident.
Tapi yg tu agak teruk jugak.
Kereta langsung tak bole bergerak.
Kebetulan tak pakai seatbelt sbb perut dah besar.
Masa kena langgar tu tercampak ai ke depan,
jatuh terduduk kat bawah.
Itu pun sama kes orang langgar belakang
time benti kat trafik lite jugak.
Dia tengok phone masa memandu,
memang sendiri mengaku salah dia huhu