Tuesday, December 24, 2019

Happy Birthday Mak!


Pada 12hb Disembar birthday mak yang ke-61 tahun. Masa tu hari Khamis, kami buat celebrate kecil-kecilan sahaja kat rumah mak. Adik-adik uruskan beli kek. Masa tengah dorang sibuk-sibuk kat meja makan, ai dah nampak kek tuk mak. Pergi dekat sekali tengok kat tulisan tu ada nama kita juga hahaha adoila adik-adikku ini.



Birthday ai dah basi bulan 11. Kata dorang sambut lagi sekali sama dengan mak, sebab tak sempat buat makan-makan masa birthday ai. Tak sangka adik-adik ingat kat kaklongnya, terharu dan terima kasih atas ingatan. Harusla bergambar dengan orang yang diraikan iaitu mak tersayang. Abah yang sentiasa diapit dengan bunga-bunga mewangi haha



HAPPY BIRTHDAY MAK!! Semoga diberi kesihatan yang baik dan diberkati oleh Allah S.W.T. Along sayang mak sangat-sangat.

Best adik-adik semua ada. Cuti sekolah ni Angah pun balik duduk rumah mak lama. Anak-anak lagi la seronok, cousin dorang ada. Memang cuti dorang tidur sana. Ai tak payah offer nak ke sana, sendiri dah bagitahu awal-awal nak tidur kat umah Mak Tok.



Sebelum anak-anak nak makan kek, ai minta Aliah ambilkan gambar Mummy ngan kek. Ingatkan nak bergambar sorang tapi tak dapat, si kecik tu nak menyelit sama juga. Boleh la nak.




Monday, December 16, 2019

Malaysia National Ice Skating Stadium


First time kami ke Empire City Damansara.
Itu pun bukan jalan2 dalam mall,
tp kami terus ke tempat ice skating.
Ada jemputan birthday dari kawan enZaf.



Anak2 dah tak sabar,
laju je jalan masuk dalam.
Anak2 ni tak tau sebenarnya nak ke sini,
dorang ingat nak tgk wayang
sbb bawak sweater jacket bagai haha
Bila nampak org skate terkejut muka masing2.

Baru lepas ambil kasut.
Tak sangka Ariq ada size,
kaki dia tu dah la cinonet aje.



Eksaited pakai kasut ski ngan glove.
Dah pesan siap2 bawak glove
beli kat Daiso murah RM5 je sepasang.



Yang lagi sorang ni bad mood.
Tak nak letak langsung,
nak berdukung aje.
Semua tak kena huhuhu



Patah pinggang Mummy nak oi.
Dengan Daddy dia pun taknak huhuhu

Sementara menunggu kawan2 lain sampai,
harusla Mummy amik gambar dorang lg.



Bila semua dah ada..
Ada briefing sket sblm masuk dlm nak skate.
Coach ajar teknik nak bangun, nak bergerak,
pusing dan kalau jatuh nak buat apa.



Dah setel terus dorang masuk ke dalam,
itupun belajar kat tepi hujung stadium dulu.
Bagi biasakan diri dgn ice, warm-up gitu.



Bagi Zahra & Aliah ai konfiden
dorang mmg boleh main sbb
dorag berdua dah biasa main roller blade.
Jadi takde masalah sgt bila first time
main ice skating ni.

Bukan bagi Ariq,
dia jarang main roller blade.
Kalau main pun kat dalam rumah je.
Tp tak sangka masa dia main ice skating tu,
dia bole balanced diri dia dan
pandai main mcm dah biasa.
Jatuh sekali je pastu ok dah.
Bravo abang Ariq!!!

Lama juga dorang praktis,
akak Zahra kata ada 3 jenis level
coach suruh dorang buat.
Apa level tu ai pun tak ingat haha

Break sekejap tuk makan.
Anak2 ni kalau tak dipaksa berhenti
mmg takkan keluarnya.
Tak ingat dah nak makan.



Anak2 makan mcDonalds.
Semua dapat Happy Meals.



Akak Zahra duduk sebelah birthday girl.
Semua anak2 makan terabur.
Kena ikut nama atas meja hehe



Dah selesai makan,
masa tuk nyanyi dan tiup kek.



HAPPY BIRTHDAY FATEEN!!
Semoga jadi anak yg solehah dunia akhirat.

Lepas tu semua berterabur nak berskating lagi.
Tak sabar2 dah masing2.
Kalini dorang dah boleh pergi
kat area open.
Jadi jauh lah langkah dorang
nak berskating sana sini.



Berkabus lantai tu,
sejuk ya amat.

Kami bertiga tunggu kat luar
tgk dorang main.



Ada byk juga video amik.
Tp seperti biasa la tak lepas huhu

Mana yg ada je.









Thank you Sue & Faizal jemput.
Kalau tak sebab uols buat kat sini,
tak sampai kami.

Yang paling gembira tentulah anak2.
Kemain suka dorang.
Siap ajak Daddy lagi nak ke sini haha
Tunggu Daddy wat kira2 dulu ye nak.
Bulan 12 ni byk pakai duit
tuk perbelanjaan sekolah anak2.
InsyaAllah ada rezeki kita jejak
lagi ke sini.


Wednesday, December 4, 2019

Jalan-jalan Sabtu


Pada 23hb 11 enZaf beritahu yang hari ini ai tak perlu masak. Kita keluar satu hari jalan-jalan. Kiranya sambung makan-makan sempena birthday ai. Yeayyy tapi tak masak tu memang selalu je haha Hari Sabtu tu pagi-pagi lagi anak-anak dah bangun, mandi dan bersiap sebabnya Daddy ajak breakfast. Kami pergi makan kat Medan Selera Mutiara Damansara.



enZaf suka makan nasi goreng kat situ. Nama kedainya ai tak ingat pula apa, tapi hujung sekali bahagian kanan kalau kita mengadap depan medan selera itu.



Sebelah kedai tu ada makanan pantai timur, kalau nak makan nasi kerabu atau nasi dagang, boleh la order kat situ. Tengok orang ramai makan nasi dagang. Mesti sedap. Lain kali kalau datang situ boleh cuba.

Anak-anak ni makan pagi memang suka makan nasi lemak.



Ariq berbeza sikit sebab makan nasi lemak dengan ikan keli goreng hehehe Tak nak sambal, tak nak telur. Macam-macam la anak bujang ni oi. Tak kisah la janji makan ye nak.



enZaf ambilkan ai nasi goreng, selalunya breakfast ai makan nasi goreng dengan telur mata je pun dah okay, hari tu special sikit dia tambah ikan sardin.



Tapi ikan sardinnya ai tak berapa suka. Rasa macam pelik sikit. Tak kena dengan tekak. Apa pun terima kasih enZaf. Tak sedap pun ai telan juga tanda kita menghargai gitu.. cewahhh... Lepas breakfast kami ke Gardens Mall. Lama tak pergi sana. Kalau dah ke Gardens tentu la berjalan sampai ke Mid Valley. Penat okay tawaf 2 mall. Dah la besar MV tu.

Wefie sikit sementara tunggu enZaf dalam kedai Tumi. Entah apa dia nak membeli kali ini, malas ai nak masuk dalam lama-lama.



Lepas itu kami masuk ToysRUs. Anak-anak dah plan nak beli mainan hasil dari duit simpanan mereka.



Pusing punya pusing dalam kedai tu satu apa pun tak membeli. Punya la lama kami dalam tu, sabar je la. Masing-masing nak tengok mainan kat tempat lain pula. enZaf ajak lunch kat tempat lain luar dari mall. Ramai sangat orang enZaf dah rimas. Elok keluar dari Gardens tu, enZaf dapat message dari kawannya, dapat invitation untuk birthday party esok hari. Ya ampun, baru je masuk ToysRUs kalau dpt message awal boleh terus beli present. Nampak gaya esok la pergi beli hadiah sebelum ke birthday party tu.

Masa dalam kereta fikir punya fikir nak makan ape, terus kami ke Citta Mall. Makan kat Chili's. Sana aman tak ramai orang.



Tiap kali birthday memang itu la tempat kami makan haha Nasib baik ai jenis tak kisah, ikut je la nak makan apa pun. Dah orang bayarkan. Buat apa nak cerewet atau demand bagai. Dapat makan tu kira bersyukur sangat.



Thank you enZaf bawak ai n anak-anak berjalan satu hari.



Malam kami bungkus makan dekat rumah, penat dah kaki nak berjalan. Badan pun dah letih. Jarang ai mintak present tiap kali birthday. Tapi kalau nak iPhone baru boleh tak :p Tak minta yang latest. Upgrade sikit yang ada sekarang ni pun dah okay hehe..



Tuesday, December 3, 2019

Last Umur 30-an


Tarikh 22hb November yang lepas genaplah umurku yang ke-39 tahun. Fuhhhh tahun depan dah masuk angka lain, peerghhhh macam tak percaya pun ada. Ape pun Alhamdulillah, diriku masih bersama dengan anak-anak yg dikasihi dan suami tercinta di sisi. Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah.

Hari 22hb tu jatuh hari Jumaat. Petang tu enZaf ajak keluar lepas Maghrib. Rupanya dia nak bawa makan coklat, dia yang teringin sebenarnya haha Takpe la janji dia bawa kita kan, tak kisah la nak makan apa pun. Pergi kat Uptown Damansara, masuk Molten Chocolate Cafe. First time kot ai makan sini.



Kedainya lebih kurang sama macam DipnDip. Menu semua pun lebih kurang saja. Anak-anak dah eksaited nak makan. Hantu coklat semuanya kecuali akak Zahra. Dia makan tapi sikit-sikit saja. Sebelum tunggu makanannya sampai, harusla ai ambil gambar kesayangan.



Orang yang paling gembira. Peminat coklat tegar.



Qaireen buat tak reti je Mummy dia panggil suruh pandang camera huhu Ikut mood dia la. Selalunya tak pandang lebih dari pandang :(



Sebenarnya masa ni Qaireen baru baik dari demam, muntah dan cirit birit. Itu yang tak berapa ada mood sangat. Semua menda tak kena. Dia kalau tak sihat lagi kuat la menempel dengan ai. Susah nak buat kerja lain, tak boleh berenggang. Buat kerja rumah pun lama nak siap. Kena ambil masa banyak sebab berhenti banyak kali.

Ambil peluang ambil gambar ngan anak-anak pula. Nak bergambar sorang malu hahaha Serious ai jarang ada gambar sorang, mesti ada sesiapa akan menyelit sama. Malu dah sebab diri tak berapa nak kurus. Ada orang lain tu boleh la tutup lebihan lemak yang ada :p



Antara yg diorder. Strawberry Molten Sticks. Ini pilihan Aliah.



Brownies Crepe pilihan enZaf.



Waffle Stick pilihan Ariq.



Pilihan ai, makan semua yang ada atas meja :p Kemain laju anak-anak makan. Sugar rush semuanya malam tu haha Lepas je makan, dorang tanya Daddy makan ni je ke. Ye la takkan malam makan coklat je kan. Daddy sempat mengusik, memang makan malam kita coklat saja. Terus semua berubah muka monyok hahaha Bila Daddy beritahu tentu la makan lagi, baru la muka sorang-sorang tu happy dan lega haha. Kami semua badan je kecik tapi perut besar. Kuat makan okay.

Terima kasih enZaf, bawak makan-makan. Katanya asyik makan kek saja, kali ini kita makan coklat plak. Okay tahun ni, tahun terakhir umur 3 series. Semoga diri ini menjadi insan yang lebih baik untuk hari-hari yang mendatang.