Sunday, July 28, 2019

Let's DimSum Halal, Kota Damansara


Kat KD ni banyak kedai makan.
Tinggal larat tak larat je nak pergi hehe
Pastu byk juga kedai yg buka tutup,
bila lama tak lalu area kedai tu
tau tau je dah takde,
kedai lain plak..
begitu la kehidupan berbisnes ni kan.

Kalini try makan kat Let's DimSum
dengan satu2nya kawanku TeeB yg
rajin nak melayan tekakku ini.
Puasa dan raya tak sempat jumpa dia.
Ni kira makan2 post-raya la haha



Oh, baru tahu ni kedai
Serina anak Chef Wan.
Cantik interior kedai ni.
Sangat selesa yg pasti.
Sebelum ni dia ada bukak kedai char kuey teow
tak silap kat KD gak,
tp tak sempat nak makan.
Tup tup dah tutup.
Tp dalam kedai dimsum ni
ada char kuey teow dia gak kalau nak.
Cuma masa ni ai takde la order tu,
tujuan utama nak makan dimsum hehe

Ada bubur nasi.
Senang hati sbb boleh bagi
Qaireen makan.
Lauknya ai mintak asing.



Dalam gambar nampak kecik,
tp pinggannya besar
begitu jua dgn portionnya.
Sedap nasi buburnya.. nasi tu tak tawar.

Zahra dia nak makan dumpling mee soup.
Sedap jua.



Sebelum ni dia kalau nak makan ni,
kat Restoran Mohd Chan.
Tp bila kt KD ni dah tutup,
jarang la makan.
Jadinya sekarang dah tau kat mana
kalau dia tetiba rasa teringin makan.

Yang ni antara dimsum yg kami order.
Ambil yang recommended.



Lupa plak nama apa.
Yang pasti ada salted egg bun,
siew mai.. lagi ape ntah haha

Untuk tekak ai.
Sedap2 dimsumnya..
pekena ngan kicap dan cili lagi lah.
Cili dia sedap.. kalau tak sedap,
potong la selera tu.

Ohoi kena repeat lagi ni nanti.
Bawak enZaf plak.
Dia suka dimsum jua.

Lama juga lepak ngan TeeB.
Dekat pukul 6 baru balik.
Sebelum tu harusla bergambar sblm balik.



Gambar ni akak Zahra snap.
Konon nak balik,
tp berborak lagi kat parking kete tu.
Ntah berapa kali cakap bye bye haha



Kalau jumpa TeeB ni
mesti ada je beli tuk anak2.
Tak pernah tangan kosong.



Thanks Tee.
Moga dirimu sentiasa dilimpahi rezeki yang luas.

Saturday, July 27, 2019

Anak-anak Demam


Cerita minggu lepas.
Dapat whatsapp dari guru kelas Ariq.
Dalam pukul 2 lebih,
bagitahu badannya panas,
dan Ariq kata dia tak larat.
Mintak tolong ai datang sekolah,
ambil Ariq bawa balik.

Terus ai siap laju2 dan
zass ke sekolah.
Ikutkan sebelum pergi sekolah tu,
ai dah perasan badannya panas.
Tp rupa dia mcm tak demam pun.
Siap main bola lagi tu sblm
nak pergi sekolah.
Tanya dia nak pergi sekolah ke tak?
Dia jawab nak pergi,
alih2 kat sekolah tak larat sudah hehehe

Masa pergi pejabat sekolah
tuk isi buku log kebenaran
ambil anak,
ramai juga parents ambil anak jua
sbb tak sihat sama.
Musim panas dengan cuaca tak menentu ni kan.
Habis semua jatuh sakit dan
berjangkit satu sama lain.

Masa dalam kereta
tanya Ariq nak makan apa.
Sbb dia tak sempat rehat kat sekolah.
Orang demam ni request nak McD.
Maka kita layankan la
sbb tu je la tekak dia yg lalu nak makan.

Sementara tunggu makanan sampai.
Harusla ambil muka
orang tak sihat ni.



Nasib McD boleh org hantarkan.
Tak payah susah2 nak angkat tray bagai :p
Ada anak kecik mmg elok la kan
ada servis macamni.

Dan sepanjang kat McD tu,
Qaireen tidur je.
Tenghari dia tak tidur,
masa dlm kereta menahan mata.



Aman Mummy dapat makan dengan tenang hehe

Bila makanan dah sampai,
berseri2 muka orang demam tu kan.
Baru bole senyum haha



Nasib baikla Ariq panas badannya satu hari je.
Esok tu elok dia okay dah.
Tapi berjangkit kat Aliah plak.
Dia plak dah start panas badan.
2 hari tak sihat.
Bila dia baik, jangkit kat Qaireen.
Qaireen demam dia on off.
Dari hari Ahad lepas
sampai la Khamis tu dia dah betul2 baik.

Eh bukan anak2 je demam,
hari Selasa lepas enZaf pun tak sihat.
Dia tak mula dari demam.
Tp rasa seram sejuk, bisa tulang.
Lepas tu baru rasa panas badan.
3 hari juga dia down.
Ni semalam dia kata masih rasa
tak sedap badan lagi.
Tp takde dah seram sejuk tu.

Nasib baik jugala anak2 tak sihat
tu tak serentak.
Kalau tidak mau rasa nak pitam.
Tp penat tak putus2 la.
Sorang-sorang sakitkan.
Tinggal mak kau tak hijau je haha
Okay esok nak pergi mengurut la,
rasa sakit2 badan.
Tegang urat sana sini sudah.

Wednesday, July 24, 2019

Ke Klang


Lama tak pergi Klang.
Kalau sesaja nak ke sana
memang tak la kan.
Pergi ni pun sbb ada jemputan
birthday anak kawan.

Tak sangka okay dpt jemputan
dari kawan opisku dulu Hendra.
Dekat 8 tahun lebih gak la tak jumpa
sejak diriku berhenti kerja kat USJ.
Hanya update dari FB je.

Masa dapat jemputan tu,
ai bgtau enZaf pasal birthday ni.
Kebetulan dia pun memang kenal Hendra,
sbb pernah jumpa bila company
ada buat event.
Family day, raya and main futsal sama.
Sbb tu ai berani nak tanya.
Ni kawan opis lelaki kan hehehe

Dan enZaf pun cakap dia okay je nak pergi.
So ai pun whatsapp ngan Hendra
bgtahu kami nak dtg dan mintak
hantar location :)

Cuaca masa perjalanan nak ke Klang,
hujan lebat dari rumah.
Ngam ngam sampai dekat ngan rumah dia,
elok plak cuaca cerah.

Jemputannya start tengahari sampai pukul 5
tp kami sampai pukul 3 sbb
menunggu akak Zahra habis tuisyen.
Nasib baik makanan ada lagi hahaha
Cuma kambing je dah habis :)

Sedap2 okay makanannya.
Nasi beriani, ayam masak merah, acar timun
daging hitam tak silap..
sedap2 bertambah2 anak2 makan
dengan maknya skali :p

Kuih muih pun sedap.
Ada eksrem cendol bagai
eh semua sedap la.

Lama okay duk situ,
dekat pukul 5 jugakla.
Sembang2 ngan Hendra yang telah
sekian lama tak jumpa.
Makcik Pakcik Bawang la kami hihi

Sebelum balik harusla bergambarkan.
Tak tahu la bila boleh jumpa lg.
Ntah ntah anak kawin kot jumpa lagi hihi



Thank you Hendra & wife sudi
jemput dan layan kami.
Happy Birthday buat Ainul Mardhiah,
semoga jadi anak yg solehah di dunia
dan di akhirat.

Lepas dari rumah Hendra,
kami ke GM Klang.
Dah alang2 dekat kat sana kan.
enZaf nak cari remote control car
si Ariq ni.
Habis setiap kedai toys masuk.

Saja ambil gambar Daddy & son.
Mereka sedondon biru haritu.



Masa tengah jalan2 tengok kedai,
tetiba Qaireen pergi satu tempat
dan stop kat situ,
sambil pegang satu kotak.
Tengok2 rupanya dia berhenti
sbb nampak mainan PJ Masks.



Qaireen ni sejenis tak kisah sgt pasal mainan ok.
Kalau pergi Hamleys or ToysRUs,
dia tengok mainan2 dan pegang,
tp kalau kita ajak pegi tempat
lain dia tak kisah.
Takde la nangis or apa sbb takdpt mainan.
Melainkan mainan tu adalah
katun or watak yg dia minat dan kenal.
Macam PJ Masks ni.

Jangan bagi nampak Didi & friends,
Upin Ipin, Omar dan Hana dan Doraemon.
Ni kalau dia dah pegang,
confirm tak lepaskan dan bila ambil
dia akan nangis.

Masa dia nampak PJ Masks ni,
dia memang taknak pergi tempat lain.
Daddy dia nak ambil kotak tu
tuk bayar pun dia marah taknak lepas.

Masa ni tak menyempat dah nak main,
sampai duduk kat lantai ok.
Dalam GM Klang ni takde kerusi.



Mummy dia pun selamba badak,
duduk kat lantai jugak.
Lantak la orang lalu tgk kami.



Daddy & Ariq pergi mencari toy dia,
ai malas nak ikut.
Penat berjalan hehe

Sunday, July 21, 2019

Beli Hadiah dengan Duit Raya


Tahun ni awal sikit anak2
kira duit raya.
Tahun lepas lagi berapa hari nak raya haji kot,
baru terhegeh nak mengira masing2 [link].

Dorang tengah asingkan
duit raya masing2.
Tiap sampul tu dah siap2 tulis nama
kononnya takut tak ingat
dan bercampur :p



Sebelum keluarkan duit,
harusla ambil gambar.



Masing2 keluarkan duit pastu kira.
Tiap sorang tak sama jumlahnya,
ada yg lebih sbb ada yg cikgu bagi,
ada kawan2 kelas bagi.

Walaupun tak sama jumlahnya,
Daddy dorang tetap akan samakan semua
bila nak masuk dlm akaun nanti.
Bagi adil semua gitu :)

Sblm nak masukkan duit dlm sspn,
memang menjadi rutin Daddy dia,
belikan barang2 yg dorang nak hasil
dari duit raya masing2 dengan
bajet yg ditetapkan.

Kalini ai tetapkan barang yg nak dibeli
tak lebih dari RM100.
Eh tahun sblm2 ni pun tak lebih seratus gak hehe

Aliah dari bulan puasa haritu,
dia pasang niat nak beli
satu buku kat Smiggle.
Sblm ni dah tgk harganya RM80 lebih.
Mahalnya la satu buku je pun.
Bila dah tahu harga,
enZaf saja bawak anak2 pusing2 dulu tgk barang lain.
Masa masuk MPH ada satu brg2 stationary
brand Inky ke apa...
lebih kurang mcm Smiggle gak,
tp harganya jauh beza.
Ofkosla murahkan.
So ai bgtahu Aliah,
dari dia beli kat Smiggle tu dpt 1 barang,
baik beli kat sini dpt byk barang haha

Dan ini la hasilnya.
Dia taknak toys kalini.



Pencil box, buku,
purse dan ruler.

Ariq plak memang dah target
nak remote control car.
Kebetulan plak minggu lepas
kami ada pergi Klang ada birthday party.

Lepas dari makan2 terus kami ke GM Klang.
Lama tak ke sana,
baru tahu ada building baru (wing baru)
dan GM Klang semakin besar sudah.

Pusing punya pusing dpt la
kereta yg berkenan di hati Ariq.



Oh Qaireen pun beli toys gak kat situ.
Nanti update dlm next entry
sekali ngan birthday party kawan.

Akak Zahra plak kemain permintaan dia.
Dia nak drone.
Jumaat baru ni pergi beli.
Lepas solat Jumaat enZaf ajak ke KL.
Tak ingat la jalan apa tp mcm nama
jalan tu Jalan Pasar.
Tempat enZaf beli ikan2 tuk akuarium dia.

Memandangkan tak pernah main drone,
dan ni la satu2nya pertama kali nak main.
Jadinya mintak org kedai tu
advice mana yg sesuai utk Zahra ni nak main.
Beginner la kiranyakan.



Itu pun enZaf bgtahu susah juga
nak control sbb tak biasa.
Kena selalu main.
Nanti dah expert boleh beli yg canggih sikit.

Gigih la Daddy dia melayan si Zahra
nak main drone ni hehe

Kesimpulannya, semua seronok
dengan barang pilihan masing2.

Thursday, July 18, 2019

First time ber"Kfry"


Cerita masa raya.
Meraikan selesai Puasa 6.
Dan first time makan kat K fry.

Itu pun tak planned sebenarnya.
Pergi OU baru nak tgk kedai apa,
lalu depan Kfry takde orang Q,
ape lagi laju2 la masuk dlm.

Pernah ajak enZaf makan situ sblm ni,
tp takpernah takde orang,
memanjang Q panjang.
enZaf tu bukan suka pergi tempat
kena beratur panjang camtu.

Agaknya rezeki nak berbuka
hari terakhir puasa 6 la tu kan.
Alhamdulillah dapat la merasa hihi



Dalam takde orang tu penuh juga kedai,
nasib baik ada meja kosong kat bahagian luar.

Nak ambil gambar
Qaireen tu tetiba buat perangai,
nganga mulut besar2..
dia memang tau :)



Mintak tolong staff situ ambilkan gambar.



Gigih dia snap byk kali,
sbb yg first tu nampak daun katanya haha



Disebabkan cerita dah lama,
ai pun dah lupa nama makanan.
Dah la jenis jarang makan makanan korea ni,
jd tak reti nak ingat nama bagai.

Tp yg ni bukan korea,
western pun ada jua..
fries ngan beef.. apa nama panggil tu
hehehe lupa
sedap jugak.



Memandangkan first time,
dorang rekemen makan ni,
ayam tu akan dibalut ngan cheese.



Ada amik video masak tu.



Mcmni la rupanya.



Tp serious ai tak bole makan byk,
ada cheese tu muak ok.
Dan tak bole buat byk2.
Rasa nak makan baru balut ngan cheese tu.

Macam ayam bawah ni,
kami balut 2 ketul dulu.



Kalau balut semua nanti
cheese tu dah keras dan sejuk,
tak sedap sgt makan.
Kalau rasa nak lagi
panggil je staff tu akan masakkan lg.
Dan ai prefer ayam tu takde cheese.
Sedap sket nak ratah.

Takde order nasi or mee.
Nanti datang lagi bole cuba menu lain plak.
Kalau takde org beratur la :p

Ni air Ariq mintak.
Kesudahannya Mummy dia kena perabiskan.



Order dessert,
ai nak manggo,
tp anak2 nak oreo ni plak.



Takkan nak order 2,
nanti sape plak nak habiskan.
Yang ni pun besar sebenarnya,
jenuh nak perabis.

Tp seyes sedap.
Next time dah cakap ngan enZaf
nak order manggo..
tak kira hehe




Tuesday, July 16, 2019

Report Card Anak-anak


2 Jumaat lepas gi sekolah anak2,
jumpa cikgu dan ambil report card.
Kami dtg sekolah lambat,
dalam pukul 11 pagi.
Daddy dia tak larat nak pegi awal
sbb balik keje lambat pukul 3 pagi sampai rumah.
Lagi pun elok dtg lambat kalau
awal2 ramai parents.
Memang kami sampai pun
tinggal berapa kerat je.
Sampai kawan2 akak Zahra perempuan
semua dah balik,
tinggal dia sorang hahaha
Yang lain kawan kelas lelaki :)

Itu pun kami terpaksa tunggu kejap,
guru kelas dia pergi kantin,
berehat dan minum.
Penat layan ibubapa hehehe

Sementara tunggu tu harusla ambil gambar.



Lupa bawak selipar Qaireen,
moody dia sebab tak bagi dia berjalan.
Last2 ai bg gak dia jalan,
lepas tu basuh la kaki dia yg kotor tu.

Dari camera enZaf.



Ikutkan dia tak dapat nak join sekolah ni,
kena pergi Melaka.
Tup tup dia tak jadi pergi,
ada org lain take over uruskan.
Alhamdulillah tak perlu ai huru hara
ngan anak2 ke sana sini heheheh

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Zahra.
Jatuh sikit.
Kedudukan dalam kelas: No.4
Kedudukan dalam darjah: No.9

Subjek lain semua okay,
yg turun tu Bahasa Melayu dia.
Nampak gaya ai kena tekankan lebih kat situ.
Paksa dia byk membaca BM,
kalau BI dia laju je..

Selesai hal Zahra,
terus kami pergi lunch.
Balik rumah dan Ariq Alia bersiap2 plak
nak ke sekolah
tp sblom tu Ariq dan daddynya pergi
solat Jumaat dulu.

Sampai2 sekolah,
kami terus ke kelas Ariq.
Ada la 5 parents dah tunggu.

Time ni ai tertinggal phone dlm kereta.
Maka gambar2 semua ni ihsan
dari camera enZaf :)



Nasib baik la tak lama sgt menunggu.
Dah selesai Ariq ke kelas Aliah.
Kelas dia tingkat atas sekali,
patah pinggang memanjat tangga.



Masa menunggu Aliah pun tak lama sangat,
masing2 parents paham dan maklum,
sebab ramai menunggu giliran.
Qaireen pun nasib baik la bole bawak diri,
dia berjalan dalam kelas ke sana sini.
Semua orang dok layan dia je haha

Salah satu hasil kerja seni Aliah.
Oh ada jua seni Ariq kat kelas dia,
tp lupa nak ambil gambar huhu



Harusla ambil gambar anak2 lagi.



Memandangkan tahap 1 dah takde exam,
report dorang dinilai berdasarkan Tahap Penguasaan (TP).
TP1 lemah sehingga TP6 memuaskan.
Setiap TP yg dapat tu adalah penilaian dari guru subjek masing2.
Agak subjektif kalau kita nak tau
bagaimana proses penilaian skor TP tu.
Tp takpela itu kerja guru2.

Hasil dari report guru kelas masing2.
Ariq kebanyakkan subjeknya dapat TP3.
Ni kategori minimum kalau tak silap.
Basic semua ada dan tahu.
Kena tingkatkan lagi usaha dia.
Paling lemah Matematik sbb tu je subjek
dia dapat TP2 huhuhu

Aliah plak kebanyakkannya TP5.
TP 4 ada 2 subjek tp ai tak ingat plak.
Nak ambil result dia ntah mana ai letak huhu
Kena kemas barang2 kat atas meja or beg nanti.

Alhamdulillah dan bersyukur apa aje
keputusan dorang sbb dah tau
semua dah berusaha sehabis baik.
Moga anak2 Mummy terus maju jaya hendaknya.

Selesai dah semuanya
enZaf ajak ke IPC.
Minum petang dan jalan2 cuci mata hehe



Monday, July 15, 2019

Ada Raya Lagi


Ingatkan masa raya opis enZaf
dah habis beraya [link],
rupanya ada lagi eheheh
Dapat whatsapp dari Suhaiza,
jemputan beraya kat rumahnya di Gombak.

Jemputan start 12tengahari,
tp kami sampai agak lewat sket,
menunggu akak Zahra habis tuisyen.


Nak update pasal citer ni,
tgk dlm phone ada gambar
yg pasti bukan ai yg ambil.



Bila tgk 2 gambar ni,
tau dah ni mesti Aliah yg ambil.
Qaireen tgh kusyuk tgk tv,
sbb tuan rumah pasang BabyTV.



Beraya di bulan Zulkaedah gitu.
Apa pun terima kasih Sue,
sentiasa jemput kami bila ada makan2.



Raya kali ni tak jumpa Niza.
Dia tak sihat batuk2..
orang baru balik dari Sabah bah.
Gi bercuti balik tak sihat hehe
Moga cepat sembuh sahabat.

Dari rumah Sue,
kami sempat singgah jalan
kat Melawati Mall.
First time ke sini.



Seronok tgk dorang jalan pegang tangan,
laju2 ai amik gambar.
Buat kenangan.




Sunday, July 14, 2019

Jumaat dan Sabtu


Cerita Jumaat dan Sabtu baru ni.
Hari Jumaat pagi adik ai Nani
whatsapp kata nak dtg rumah lepas
abah solat Jumaat.
Dorang ni mmg selalu dtg rumah,
maktok tokabah takde buat apa,
jalan2 sambil jumpa cucu2 dorang la :)

Saja whatsapp enZaf,
bgtau abah mak nak dtg.
Pagi tu dia main golf.
Dlm tengahari tu dia reply,
ajak mak abah skali lunch lepas solat Jumaat.

Dan kami semua terus ke Kayu.
Makan nasi kandar.
Nak nasi campur dah habis sbb dah pukul 3ptg.
Lupa plak nak ambil gambar ramai2 huhu

Lama juga lepak kat sana,
sampai pukul 5 petang,
abah nak ambil adik bongsu terus
kat tempat keje praktikal dia.
Dari Kayu ai ajak enZaf ke kedai baju sekolah.
Beli lencana Puteri Islam dia yg patah huhu
Alang2 tu beli baju kurung sekolah dia sekali.
Dah sendat.

Ingatkan lepas tu nak balik rumah,
tp sempat kami singgah Starbucks,
kebetulan ada buy 1 free 1,
laju la ke sana haha

Sementara tunggu air
harusla ambil gambar anak2.

Si Sulong



Si Bongsu



dan air Chocolate Chip &
Coffee Frapp.



Sabtu plak kami pergi Publika.
EnZaf nak makan nasi ayam.
Lama katanya tak makan.
Lupa ambil gambar lagi masa ni :p

Dah makan pusing2 jap dalam mall.
Masuk MPH beli buku Qaireen.
Aliah & unicorn berpisah tiada.



Kat tengah2 ada stall.
Ada satu tu anak2 dari jauh dah nampak.
Jual lollipop..
tak ambil gambar juga hehe

Dalam kereta baru ambil gambar gula tu.



Ada flavour original, lemon dan vanila.
Tanya anak2 sedap ke tak,
dorang ckp sedap :)
6 batang tu RM20.

Keluar Publika terus balikk umah mertua,
lama tak jumpa dorang.
Solat zuhur pastu ajak keluar minum petang.

Makan kat Nailis dgn mak bapak,
bawak skali anak kakak 2 org tu,
Aleesya & Danial.



Malam enZaf gi main bola.
Balik bola dia bawak balik KFC pukul 1 pagi.
Makan ngan kekenyangan pastu membuta,
dan jgn harap la nak diet ngan dia ni.

Haritu dari Isnin sampai Khamis dapat la
puasa dari air manis,
kira lama la tu dpt sbb dia
sibuk keje dan outstation.
Sbb tu Jumaat dia bawak pergi Starbucks haha
Mmg suka menghancurkan dietku.

Thursday, July 11, 2019

Kena Chicken Pox


Qaireen kena chicken pox.
Rasanya dia sorang je yg kena
dalam adik beradik.
Ariq Aliah kena demam campak je.
Takde kena yg berair lagi.

Tak tahu dapat dari mana huhu
Mula2 sebelum chicken pox tu byk,
ai perasan ada gelembung air kat
jari kanan dia.
Masa tu tak fikir lagi apa,
mungkin jadi mcm ai sensitif
ngan apa2 sabun ke apa.
Esoknya pagi perasan ada lagi naik
gelembung air kat dahi dia.
Badan dia pun rasa panas sikit,
macam dedar nak demam.

Ai tunggu sampai ke tengah hari,
tgk ada bintik2 kecil kat area belakang badan.
Tak sedap hati terus cakap ngan enZaf
bawak Qaireen ke klinik.
Memang dia demam sikit dan
doktor sahkan dia kena chicken pox.

Lepas tu makin banyak naik
bintik2 air kat badan dan muka.

Susah nak ambil gambar dia tengan bergerak ni.



Paling banyak naik kat belakang badan
dan kepala.



Sapu losyen calamine aje
kat chicken pox dia tu.
Doktor pun ada bagi ubat tahan gatal,
bila tengah naik dan nak kering tu,
Qaireen mesti nak garu2.

Lega juga la sbb demam Qaireen tak lama,
2 hari je pastu dia ok.
Gambar ni masa chicken pox dia dah start kering.



Sian anak Mummy,
comot betul rupa tu hahaha



Oh ada juga bagi dia minum air kelapa,
tapi dia tak suka.
Sudahnya ai yang minum hari-hari,
dia masih menyusu badan,
so salurkan melalui air susu la kan hehehe

Dalam hari ke-5 tak silap,
baru chicken pox tu turn ke kaki plak.
Orang cakap kalau dah sampai kaki,
tu tanda chicken pox nak habis.
Kat kaki dia tak naik banyak.
Bole la kira kat peha betis tu,
pastu tapak kaki satu je.

Qaireen dah baik laju2 ai ajak enZaf keluar haha
Tak pergi mana pun.
Lepak Starbucks aje.
Tepu otak okay 2 minggu kuarantin.
Si kenit ni pun gembira dapat
hirup udara luar :p



Baik dah dia tinggal parut je.



Dalam byk2 chicken pox dia,
tinggal satu je parut berlekuk
kat hidung.
Harap2 bila makin besar
hilang la lekuk tu.



Alhamdulillah,
proses nak sembuh tu agak mudah la jugak
sebabnya Qaireen masih kecil.
Nasib baik dia jenis tak kisah sapu ubat bagai,
redha je Mummy dia sapu semua.

Ni kira tips dari ai
jaga anak yg kena chicken pox.
- sentiasa sapu losyen calamine
- minum air kosong byk
- minum air kelapa hari2
- ai pun pantang makan, elak menda gatal dan goreng sbb menyusu
- kerap mandi
- pasang aircond, kalau panas berpeluh dan
pasti rimas tak selesa.

ye ai selalu mandikan Qaireen,
supaya dapat kurangkan gatal2 dia
sambil buang kulit chicken pox mana yg dah kering
Jangan kopek, bila kena air
kulit tu akan lembut dan
senang nak keluarkan.

Harap2 takde la berjangkit kat anak2 yg lain.