Saturday, December 5, 2009

Makeup Car

Kesinambungan citer dari Dukethon.
Masa tu ada pameran kereta nasional.
Time tu ada kete yang pamer audio system canggih2x.
Kete yg tuk masuk litar.. macam2 la.

Tapi yg paling menarik hatiku adalah kete yg dimakeupkan menda2 comel.
Yang pastinya Hello Kitty!!
Byk gak la kete bikin Hello Kitty ni..

Kete pertama.


Kete ke-2.. lagi byk patung2 hello kitty dia letak.
Siap letak barang2 bagai depan kete tu.


Tgk la kat dlm kete dia.. atas dashboard tu.. leh plak letak mainan bagai.
Geram je si kenit tu.. dia nak masuk dlm. Tapi mana bole kan..
kang habis dia cabut semua. Naya je nanti.


Kete ke-3 ni paling cantik skali. Mana taknye.. tgk la trophies depan tu.


Ada yg buat Pooh.

Yang ni plak ownernya suka kaler orange dan tiger.
Zahra takut kat rimau tu hehehe


Comel2 kan kete2 ni.
Ntah bape puluh ratus ribu habis buat menda2 camni.
Berbaloi ke idak tak tau la kan.. ;)
Kalau dah minat. Ape pun bole jadi.
Yang pasti kitaorg sangat seronok dan teruja tgk kete2 comel ni.

Thursday, December 3, 2009

2littlefishes

Ini la birthday pwesent dari suami tercinta hehehe
Fishy comel.

Tak sangka akhirnya dapat gak bela balik fishy2x ni..
dulu sblom ada Zahra mmg ada aquarium, kuarnye Zahra stop.
Aquarium tu skang ada kat bilik store jadi tempat simpan barang2 haha.

Kali ni en.suami bagi bela aquarium kecik je, sbb senang nak maintain katanye.
Tak kisah la kan besar ke kecik ke..janji ada..yeyyy
Maceh yang!!


Zahra ni yg over excited tau.
Memula tu perak dia.. iye la tak pernah tgk ikan.
Tgk je ikan2 tu berenang.. orang panggil pun buat dek je.
Yang best tu, dia bole amik toy dia letak kat aquarium nih


Cakap ape ntah ngan rabbit tu, bgtau fishy agaknye kan.
Potpet potpet dia time ni.


Agaknye dia tgk kat aquarium ni cam kosong je kan..
si Zahra ni letak la rabbit ngan bee bagi meriah.
Suka deco betul. Esok dah besar jadi ID kot kan.

Tuesday, December 1, 2009

Neslac ePhoto Wishes

Harini tetiba rasa tertarik tgk iklan Nuffnang pasal Neslac ePhoto.
Terus menerus click ;)


Ni main page, click start button.


Step 1, pilih gambar anak yg korang suka.


Pastu pilih kad kat Step 2. Cam ai amik kad yg last sekali Love You Mum! =)


Dah pilih kad nanti, prompt instruction tuk create card. Click close.


Appear la gambar anak yg korang pilih tu. Gambar tu kita leh adjust kekiri kekanan atas bawah.
Pastu leh kecik besar, rotate bagai.. ha ikut suka.
Kalau tak suka gambar tu pun leh tukar gambar lain.


Nak cantikkan lagi kad tu click la kat Elements tu.
Kat situ ada gambar2 yg leh tambah masuk kat dlm kad.
Elements situ bergantung design card kita pilih.


Dah masukkan semua bagai. Bila dah puas hati, click la kat save button.


Bila dah save, kita diberi 2 options tuk submit ePhoto Wishes ni.
Samaada connect ngan FB contact list ataupun secara manual (key-in satu2x)


Masukkan nama family/kawan yg korang nak hantar.
Cam tadi ai masukkan nama kawan2 blogger. Saje try n error.
Korang dapat tak??!!
Kang terkejut berok lak, nape tetiba ada muka Zahra hantar kad Love You Mum! hihihi


Pas submit, leh lagi korang hantar kad lain kalau nak.



Ape lagi cuba try test skang ek.
Menarik dan tertarik.
Tuk ke website Neslac ePhoto Wishes, click sini

p/s: dah macam cikgu lak ajar. tak pernah dlm blog wat camni.. first time. hihihihi

Monday, November 30, 2009

DUKETHON

Ini adalah hari membakar lemak tepu pada hari minggu.
Alhamdulillah cuaca elok je.. matahari tak kuar pun.

Muka blur, pagi2 dah kejutkan dia. Takde mood time ni.
Start je Fun Walk, kitaorg kena dukung. Zahra taknak jalan.
Patah pinggang nak jalan 5km dukung dia huhuhu

Menunggu kat garisan mula sblom berlepas.. yo yo je kan :p


Sementara makpak berlari, anak2 bole la tinggal main kat sini.


Daddy ngan muka kegembiraan, habis gak jalan yang tak bape Fun sebab kena dukung Zahra hehe
Jalan saje pun penat ooo, basah gak la ketiak semua haha


Tanda kami habis kegarisan penamat.. dapat sijil terus.
Nak tunjuk kat bos, bukti ai datang dan support company hehehe


Pas je dah penat lelah berjalan :)
Terus ke gerai2 yg ada. Byk giler gerainye..


Memang elok la sangat kan.. pas dah bakar lemak degil yg ada ni.
Elok je ada gerai tuk menambahkan lemak lagi.
Ha, tgk la gerai menda.. Pizza


Big Apple lagi..
Ada la lemak dah bakar 10 kalori, pastu tambah balik 100 kalori hahaha


Hampeh betulkan.. takde maknanye pas senam makan menda2 menggemukkan ni.. hihi
Masa ni ada gak pameran kereta nasional berhias.. Esok je la citer.

Sunday, November 29, 2009

Hadiah yeyy

Hadiah ni datang dari Nadia.
Sungguh terkejut dan terkedu, dapat TR.
Thanks yer Nadia. Nadia skang ni sibuk wat wedding preparation.
Tak lama dah, sebulan je lagi. Mesti sibuk giler kan.
Jangan stress2x yer.. nanti sakit lak


Bunga dan bear yg comel ni plak dari
Zati.
Cute mummy of 2 lil princess.
Flower ngan bear ni berebut ngan Zahra.. ngan anak pun leh rebutkan haha


2-2 gift ni dah sampai lama, baru skang nak wat entry.
Thank you Nadia. Thank you Zati.
Semoga rezeki korang bertambah-tambah hendaknya.
Amin.

Tuesday, November 24, 2009

Baby in Romper Contest




Masuk ni gara2x baca entry Suziey yang masukkan aQeel (comel itu) dlm romper contest.
Ai antara mummy yang terhegeh2 baru nak masuk contest2 camni.
Mummy yg lain dah berpuluh2x join tak heran pun kan. hihi kecoh tul ai ni kan :p

Okay la Mummy Aslinda, i masuk gerabak yang ke-4 la ek. hihihi

t&c

1. buat 1 n3 dengan tajuk 'baby in romper contest'
[hanya tajuk ini yang diterima]
checked

2. upload gambar baby anda yang beromper ittew
[overall tak masuk senarai tau!]
checked

3. baby harus la berusia 24 bulan ke bawah
[sila nyatakan tarikh lahir. yang oberdos umur tu.. mintak mahap yo...]
20 bulan, checked

4. bermula dari harini hingga 24 nov
[sempena birthday adeeb lewww]
Happy Birthday Adeeb!! checked

5. nak jadi follower boleh.. tak nak pun takper
[tiada unsur paksaan]
checked

6. pastikan ada link me & kodai me sekali
[hak ni ada unsur-unsur paksarela hoccay~!!! ]
Aslinda (Tuan Tanah): http://aslindaa.blogspot.com/
Tuan Kedai:
http://3ascollections.blogspot.com/
checked


7. juga di bloglist anda [wajip]
checked

8. tiada item 6 & 7 dikira disqualified [nasib kome la yer...]

9. no votes, no slogan [korang senang, saya pun tak poning kehkehkeh!!!]

10. dah siap, tinggalkan jejak di ruangan komen n3 ini sahaja
[senang saya nak jengah nanti]
checked

11. last but not list, tepek banner di sidebar bersama-sama link yer..
checked

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Muka cebik nak nangis sebabnya Mummy dia tak nak layan.
Sibuk nak amik gambar dia je kan heheh

Qasrina Zahra
d.o.b: 17/03/2008


p/s: sape yg blom join, cepat2x join skang.. harini tutup.
Click sini tuk terjah blog penganjur

Monday, November 23, 2009

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST: TOP 13

Alhamdulillah.
Teruja ni, Zahra tersenarai dlm TOP 13 dari 150 peserta.
Dah la 1st time join contest2 baby camni kan.
Tak sangka tau, sebabnya kesemua baby yg masuk comel2x.

pic amik dari blog Eliza


Terima kasih pada juri2 dan pihak penganjur.
Kalau ai jadi juri, mau bijik mata pusing 360darjah nak pilih.

Kalau nak tgk baby2 lain yg tersenarai dlm top 13 ni.
Leh jenguk kat blog Eliza ni yer. Click
sini.

Ingat nak wat entry pasal bday, esok je la.
Excited sangat ngan shortlisted ni hihi takku sangka ;)




**Selingan iklan jap**

Ohyer nak bgtau, ai ada drypers yang tak dipakai.
Time ni beli masa mamy poko tak jual kat kedai, so main amik je.
Pastu Zahra lak tak sesuai ngan drypers ni. Takkan nak buang sayang ooo..
Yang ada ni size NEWBORN ngan LARGE.
Kot sesapa nak, email ek. Ai pos.. pasal bayaran tak yah risau, FOC aje.
Dari simpan berabuk baik bagi kat korang yg nak.
Both taken. Thanksss!!


Sunday, November 22, 2009

Happy Me & Cutelildiary!

Alhamdulillah
Harini masukla umur ai yang ke-29.
Sudah tua nampaknya.. ye la tahun ni last umur 20an haha
tahun depan masuk 30 weh, cam tak caya je..

pic googled


Dan tak lupa juga, harini merupakan 1st Anniversary CUTELILDIARY.BLOGSPOT.COM
Tak sangka dalam masa setahun ni, macam2 pengalaman ai dapat.
Antaranya dapat jumpe kawan2 lama dan tak lupa jugak dapat kawan2 baru.
Ada suka duka dlm cabaran berblog ni. Bukan semua orang suka kita kan.
Oh yer, tak sangka gak cutelildiary ni dah ada 200 orang kawan.
Thanks yer kawan2, sudi baca blog ni, walaupun takde ape yg menarik dan tertarik.


pic googled

Terima kasih pada kawan2 yg wish melalui komen, email, phone dan Facebook.
Mudah-mudahan doa kalian, ai bertambah murah rezeki dan dipanjangkan umur.
Tambah anak jua ;)
Doakan ai ye!!

Friday, November 20, 2009

Fun Walk

Demi memberi sokongan pada one of our Chairmain company event.
Ai telah menjoinkan diri (paksa rela) dlm Dukethon yang akan diadakan pada Ahad ni.

Ada 2 jenis larian samada Marathon atau 1 Malaysia Fun Walk.
Harus la amik Fun Walk kan haha, lari tak larat la, pancit dah.

Kena register kul 7.30pagi, harap2 ai bangun la pagi la ahad tu.
Kalau tak bangun, lari dalam mimpi je la kan.. :p




p/s: Ahad ni adalah birthdayku.. hihi

Wednesday, November 18, 2009

Jenis-jenis Kanser khusus Pada Wanita

PENGURANGAN risiko kanser boleh dilakukan dengan mengubah gaya dan tatacara kehidupan.
Perhatian perlu diberi pada keadaan badan, perasaan tahap kesihatan diri dan juga bentuk serta rupa struktur badan. Ujian saringan juga perlu ditekankan bagi mengesan kanser dengan lebih awal.

Sel-sel normal yang membina tisu badan mengalami tumbesaran, membahagi serta penggantian secara teratur dan tenteram. Kadangkala sel-sel tua yang sepatutnya digantikan, masih meneruskan tumbesarannya. Pertumbuhan ini mungkin tidak teratur dan bercelaru, akhirnya mereka menjadi luar kawalan dan seterusnya bertukar pada ketumbuhan yang ganas (malignan) ataupun yang tidak ganas (benign).

Ketumbuhan yang tidak ganas (benign) tidak merebak ke bahagian lain dan lazimnya tidak membimbangkan. Pembedahan terpaksa dilakukan jika saiz ketumbuhan terlalu besar dan memberi tekanan kepada organ-organ berhampirannya.

Ketumbuhan yang ganas pula (malignan), akan menakluk, merosakkan dan merebak pada organ-organ berhampiran dan juga organ yang jauh serta boleh menyebabkan ketumbuhan baru di tempat lain.

Faktor keturunan (kehadiran gen-gen tertentu) juga boleh menyebabkan ketumbuhan berlaku selain pendedahan kepada sinar-sinar tertentu, bahan kimia, virus dan bermacam jenis faktor persekitaran lain.

Jenis-jenis kanser bergantung pada bahagian anatomi badan yang terlibat seperti paru-paru, payudara, kulit, ovari, rahim, pangkal rahim, faraj, vulva, usus besar dan rektum.

Semua penyakit boleh dicegah atau dirawat sekiranya pengesanan dapat dilakukan pada peringkat awal.

Lazimnya terdapat tanda-tanda awal yang harus diamati dan diperhatikan. Juga sebagai satu bentuk pencegahan, golongan wanita dinasihatkan supaya menjalani penyaringan secara berkala untuk mengenal pasti kanser di peringkat awal.

Petanda awal

Di antara petanda-petanda awal kanser pada bahagian badan berkenaan adalah perubahan pada tabiat kebiasaan pundi kencing dan juga usus besar.

Selain itu, luka-luka yang tidak sembuh, pendarahan ataupun discaj yang tidak pernah dialami, penebalan ataupun tongkol-tongkol pada payudara ataupun bahagian kulit yang lain serta perubahan pada tahi lalat atau mana-mana tompok kulit juga mungkin menjadi petanda awal kanser tertentu.

Pesakit juga perlu peka untuk ujian masalah kesusahan menelan serta keabnormalan pencernaan makanan atau minuman selain batuk yang tidak hilang dan juga perubahan pada suara.

Perlu diingat bahawa ini bukanlah petanda mutlak kanser tetapi hanya kehadiran gejala berkenaan sepatutnya dirujuk kepada doktor.

Kesakitan biasanya bukan tanda-tanda awal kanser. Walau bagaimanapun, jangan ditunggu sehingga kesakitan menjelma, barulah rujukan mahu dibuat kerana ketika itu mungkin sudah terlambat.

Kanser paru-paru

Majoriti pesakit mendapat kanser paru-paru dari aktiviti merokok. Wanita yang merokok mempunyai risiko 12 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.

Walaupun jika anda bukan perokok, tapi menyedut asap rokok secara pasif juga dapat menambahkan risiko kanser paru-paru.

Lazimnya tanda-tanda kanser paru-paru hanya jelas kelihatan apabila penyakit tersebut sudah pun di peringkat yang teruk.

Pesakit pada kebiasaannya mengalami batuk yang tidak sembuh-sembuh, kahak bercampur darah, sakit dada, berbunyi apabila menghembus nafas (wheezing), stamina pernafasan yang cetek serta keserakan suara.

Selain itu, penghidap kanser jenis ini juga mengalami episod berulang-ulang penyakit pneumonia dan juga bronkitis, kurang selera makan serta jatuh berat badan dan selalu mendapat demam.

Untuk mengelak kanser paru-paru, jangan mulakan merokok serta jauhkan diri dari asap rokok. Untuk mereka yang sudah pun mula merokok, carilah pertolongan supaya dapat membuang tabiat tersebut.

Kanser payudara

Kanser ini adalah antara penyebab kematian utama di kalangan wanita. Kebarangkalian untuk seorang wanita mendapat kanser ini pula adalah satu dalam lapan (1:8). Di antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser jenis ini termasuk peningkatan umur, sejarah keluarga dengan kanser payudara (terutamanya di sebelah ibu atau saudara perempuan) serta pembawa gen genetik abnormal BCRA1 dan BCRA2.

Selain itu, penggunaan hormon gantian tanpa pengawasan doktor, pendedahan kepada radiasi serta sejarah menghidap kanser payudara juga meningkat risiko anda.

Penyusuan badan, pengurangan berat badan serta bersenam dapat mengurangkan risiko kanser ini.

Seperti juga mana-mana kanser lain, pengesanan awal dapat mencegah dan mungkin menyembuhkan dengan rawatan awal.

Di antara perubahan awal yang perlu diperhatikan termasuk pembengkakan, tonjolan, kekerasan, penebalan dan juga pengecutan kulit pada payudara.

Kerengsaan pada kulit payudara serta puting yang tenggelam ke dalam, bersisik, berdarah, mengalami discaj, sakit serta tidak selesa perlu disiasat untuk kemungkinan kanser.

Anda dinasihatkan supaya menjalani ujian mammografi sekurang-kurangnya setahun sekali terutamanya sekiranya sudah menjangkau umur 50 tahun. Selain itu, anda juga harus proaktif dalam memeriksa payudara sendiri kerana diri sendiri lebih tahu perubahan awal badan.

Kanser usus dan rektum (kanser kolorektal)

Kanser kolorektal ini perlahan tumbesarannya dan pada kebiasaannya bermula dengan polip di usus sebelum menjadi kanser. Anda dikategorikan sebagai berisiko sekiranya mempunyai waris terdekat (ibu, ayah, adik-beradik) dengan polip atau kanser kolorektal semasa berumur kurang dari 60 tahun, mempunyai penyakit yang melibatkan usus atau diri sendiri mempunyai polip di usus.

Lazimnya kanser kolorektal tidak mempunyai apa-apa petanda peringkat awal, tetapi selalunya didiagnosis pada peringkat lewat.

Antara petanda kanser jenis ini adalah perubahan dari kebiasaan tabiat usus, pendarahan dari rektum, darah di dalam najis ataupun najis berwarna hitam, najis menjadi panjang dan bergaris pusat kecil serta ketidakselesaan abdomen (kembung, kejang dan sering kentut atau sedawa).

Selain itu, selera makan juga menurun, rasa lemah serta letih tanpa sebab juga mungkin menjadi petanda kanser kolorektal yang akan memerlukan pemeriksaan lanjutan.

Bagi mereka yang telah melangkau umur 50 tahun, anda boleh menjalani ujian saringan seperti ujian darah di dalam najis setahun sekali, ujian sigmoidoskopi fleksibel setiap 5 tahun, ujian barium enema berkontras setiap 5 tahun serta ujian kolonoskopi setiap 10 tahun.

Walau bagaimanapun, ini bergantung pada faktor berlakunya kanser kolorektal setempat. Sekiranya statistik kejadian kanser kolorektal di tempat anda tinggi, makan anda juga berisiko dan lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga.

Kanser kulit

Walaupun sebagai orang asia kulit kita lebih berpigmen, anda juga berkemungkinan boleh terkena kanser kulit.
Jenis-jenis kanser kulit termasuk jenis sel basal (kulit nampak seperti lilin, pucat warnanya, mungkin timbul seperti mutiara dan kadangkala tompok bersisik), jenis sel skuamos (kehadirannya juga menyerupai sel basal) atau jenis melanoma (seperti tahi lalat, hanya membesar dengan perimeter tidak sekata, bertambah hitam dan senang berdarah).

Terdapat beberapa tanda pada kulit yang boleh diperhatikan seperti perubahan pada saiz tahi lalat, bersisik, berdarah dan juga seakan melecur.

Selain itu, perhatikan juga perubahan pada warna dan juga kehadiran tompok-tompok pada kulit, kegatalan, kesakitan dan juga ketidakselesaan pada biji-biji ataupun tahi lalat serta kudis yang tidak sembuh.

Pastikan yang anda juga memeriksa pada semua tempat sama ada yang terdedah atau terlindung daripada cahaya matahari.

Kanser ovari

Risiko untuk mendapat kanser telur adalah kecil, tetapi kebarangkaliannya meningkat dengan peningkatan usia terutamanya selepas melangkau usia 60 tahun. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser jenis ini termasuklah kemandulan, makanan kaya dengan lemak, sejarah kanser usus dan payudara, endometriosis serta pembawa gen abnormal BRCA1 dan BRCA2.

Mereka yang kurang risikonya termasuklah mereka yang mengambil pil perancang keluarga, pernah melahirkan anak walaupun sekali dan mereka yang pernah menyusu badan.

Kanser ovari, bila dikesan, mungkin sudah pun terlambat. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjutan seperti ultrasound memandangkan tidak ada ujian saringan khas untuk kanser ini.

Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami ketidakselesaan di kawasan pinggul, kembung, sendawa, bergas, kesukaran pencernaan yang tidak dapat dijelaskan, pendarahan abnormal melalui faraj serta pembengkakan abdomen.

Kanser rahim

Risiko kanser rahim meningkat selepas umur 55 tahun, terutamanya mereka di dalam julat di antara 60 hingga 75 tahun dan jarang berlaku di kalangan mereka di bawah 40 tahun.

Mereka yang menggunakan pil perancang keluarga juga mempunyai risiko yang rendah.

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser rahim termasuklah penggunaan hormon gantian estrogen sahaja (tanpa progesteron) , tidak pernah melahirkan anak, putus haid selepas umur 52 tahun, lebih berat badan, darah tinggi, kencing manis serta penyakit lain seperti masalah tiroid dan hempedu.

Penggunaan ubat Tamoxifen, Hiperplasia lapisan dalaman rahim, penyakit keturunan seperti kanser usus juga meningkat risiko kanser rahim.

Anda juga berisiko sekiranya mempunyai haid tidak teratur dan kerap kali tidak datang haid.

Tanda-tanda amaran kanser rahim termasuklah pendarahan selepas menopaus, discaj atau lelehan di antara tempoh haid dan haid yang berpanjangan dengan kehadiran darah yang banyak.

Biasanya doktor tidak menjalankan saringan untuk kanser rahim, tetapi sekiranya disyaki, anda mungkin dikehendaki menjalani ujian-ujian seperti:

“Biopsi endometrial – pensampelan tisu dari dalaman rahim untuk kajian.

“Pemeriksaan ultrasound – terutamanya ultrasound melalui faraj, mengukur ketebalan dinding endometrium.

“Penkuretan dan dilatasi – pangkal rahim di buka, dan dalam rahim disedut ataupun dicalit untuk kajian lanjutan.

“Histeroskopi – penggunaan peralatan optik untuk melihat secara langsung dengan pembesaran imej dan persekitaran di dalam rahim.

Kanser pangkal rahim (serviks)

Ujian saringan PAP dapat mengesan keabnormalan pangkal rahim pada peringkat awal. Ujian lanjutan seperti kolposkopi mungkin dijalankan untuk kepastian. Contoh tisu pangkal rahim diambil untuk kepastian jika ianya kanser rahim.

Puan berisiko tinggi untuk kanser pangkal rahim sekiranya mempunyai infeksi virus HIV (Human Immunodeficeincy Virus), virus HPV (Human Papilloma Virus), sistem imuniti badan yang lemah atau terdedah pada ubat diethylstilbesterol (DES) semasa anda di dalam kandungan (ubat ini tidak lagi digunakan sekarang).

Peringkat awal kanser ini lazimnya tidak menunjukkan sebarang petanda tetapi sekiranya mengalami mengalami masalah berikut, segeralah berjumpa dengan doktor.

“Discaj atau lelehan abnormal melalui faraj

“Pendarahan abnormal melalui faraj

“Pendarahan selepas hubungan kelamin

Sekarang terdapat imunisasi terhadap kanser pangkal rahim yang disebabkan oleh HPV dan ianya dinasihatkan diberikan pada anak-anak perempuan yang berumur antara sembilan hingga 26 tahun. Vaksin ini diberikan dalam tiga dos.

Walaupun divaksinasi, ujian saringan PAP masih perlu dilakukan kerana terdapat beberapa jenis lagi virus HPV yang tidak dapat dilindungi melalui vaksinasi.

Kanser faraj dan vulva

Kebanyakan kanser jenis ini berlaku pada mereka berusia melebihi 60 tahun. Sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut di sekitar alat kelamin, dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor dengan segera.

“Kudis, pembengkakan yang tidak hilang-hilang

“Kegatalan

“Pendarahan yang abnormal

“Perubahan pada kulit-kulit di sekitar, seperti perubahan pada tahi lalat

Perokok dan mereka yang dijangkiti virus HPV berisiko tinggi. Biopsi tisu pada luka-luka yang timbul mungkin perlu diambil untuk ujian saringan lanjutan.

Secara umumnya, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko kanser terhadap diri anda seperti:

- Tidak merokok atau berhenti merokok

- Kurangkan pengambilan makanan dengan lemak tepu atau lemak trans

- Banyakkan makanan berserat tinggi

- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari

- Sekiranya anda berkulit cerah atau kurang pigmen kulit, hadkan pendedahan pada cahaya matahari

- Tumpuan dan perhatian pada sebarang perubahan pada badan anda

- Jangan amalkan tatacara serta gaya hidup seksual secara bebas

- Amalkan ujian tertentu yang patut dilakukan pada umur serta julat tahun tertentu

- Kurangkan pengambilan minuman beralkohol.

Oleh Prof. Madya Dr. Shah Reza (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM))