Thursday, August 29, 2019

Mandi Sungai kat FRIM


Aktiviti adhoc.
Tetiba enZaf ajak mandi sungai.
Bukan waktu pagi pun kami pergi.
Masa enZaf ajak tu akak Zahra gi tuisyen,
lepas ambil dia terus kami pergi kat FRIM.
Itu tempat yang paling dekat
kalau nak mandi sungai.

Dalam pukul 3 lebih la sampai gitu.
Masuk FRIM bayar RM6
tak silap kira untuk 2 dewasa.
Ai pun dah ingat2 lupa.
Sejenis cerita baling kebelakang ni huhu

First time kot ai masuk FRIM hehe
Punya la dah lama dok Selangor ni,
tempat dekat mmg payah kita nak pergikan.
Sampai2 kat sungai agak ramai juga orang,
ingatkan dah petang kurang dah.
Spot nak duduk dekat ngan sungai pun penuh.
Kami duduk je la mana2,
bentang tikar.

Wefie ngan si bongsu.
Yang lain semua dah terjun sungai.



Boleh plak ada jerawat tumbuh
bawah hidung tu,
walaupun kecil tp sakit ya amat.
Tersentuh menitis air mata huhu

Kami berdua tak mandi,
layan makan.
Singgah kedai sebelum masuk FRIM.



Pastu jenguk anak2 dara jap buat apa.



Dorang kata kat situ byk ikan.
Teruja tgk ikan tepi2 batu.

Ariq plak berendam kejap,
sbb nak makan katanya hahaha
Mamat tu memang,
pantang nampak makanan.



Oh kami tak naik atas sangat sungai ni,
ikutkan lagi atas lagi cantikkan.
Ada waterfall bagai.
Tp tak kuasa la ai nak memanjat,
ngan ada Qaireen lagi.
Cukup la bagi anak2 seronok
main2 air kat hujung2 je sudah.

Zahra Aliah lama juga berendam kat sungai,
lepas tu naik nak makan juga.



Apa lagi...
wefie la kami.



Mummy ngan anak2 je.



Masa tengah makan tu,
nampak satu keluarga macam bersiap2 nak balik.
Kami tunggu dorang pergi,
lepas tu pindah angkut barang
amik spot dorang sbb dekat ngan sungai.

Baru best view nampak dorang.



enZaf ambil Qaireen bagi kaki main air.
Lama gak dia keras kat situ,
kaki taknak kena air.
Berdiri pun taknak.
Geli kot pijak pasir.



Lama sikit baru la dia ok,
kemain lagi kaki tu goyang2
dan nak turun basah sama.

enZaf ajak ai join berendam,
tapi rasa malas.
Lebih gembira duduk makan
sambil tengok dorang :p



Video dorang main air.


Suka tengok anak2 seronok.
Sekali sekala lari dari rutin harian
memang bestkan.
Anak2 happy, Mummy pun happy.

Keluar dari FRIM sebelum Maghrib,
kami terus gi Uptown.




Sunday, August 25, 2019

Mengekor ke Mana Sahaja


Dua hari berturut dapat
mengekor enZaf gi keje hehehe
Menempel selagi bolehkan.
Saja tanya kot boleh ikut dia,
bila dia kata tak boleh kita
tak kisah pun,
tau sbb keje.
Tp bila dia kata boleh ikut,
kita juga yg untung :)

Haritu dia ada keje kat KL.
Lepas segala urusan keje dah settle,
terus kami ke Jalan TAR.
Dah alang2 dekat sana.
Ya ampun lama giler kot
ai tak jejak kaki kat sini.

Last pun tak ingat masa bila huhu



Dah lalu situ,
kami pun terus la
pekena nasi bariani kat Restoran Insaf.



Akak Zahra pun ada
dengan pakai baju sukan haha
Ambil kat sekolah terus ke KL.



Ni pun lama okay tak makan kat Insaf.
Kedainya tetap sama macam dulu2 gak,
tak berubah apa pun.
Abahku suka makan kat sini.



Esoknya ikut lagi enZaf
ada urusan kat bank.
Lepas setel singgah Coffee Bean
sebelah bank sambil tunggu
stafnya hantar barang.



Kalini ai & Qaireen je ikut,
akak Zahra ada koko.
Qaireen tengah tidur,
dan ai dapat menikmati kek tu dgn tenang.

Thursday, August 22, 2019

Let Go: Baby Bath Tub & Walker


*Updated

Both SOLD!


Nak let go barang baby.
Bath tub dan walker.
Condition 2-2 barang ni ok lagi,
yang penting masih elok
dan boleh digunapakai lagi.

Nak bagi je, takde bayaran.
Tp kena dtg kota damansara collect ye.
Sape nak bgtau k.
Thank you.

Tuesday, August 20, 2019

Sukan Sekolah 2019


Ada lagi cerita bulan 4 tertinggal.
Tak kisah la berapa lama pun cerita,
tetap nak masukkan dlm blog.
Kenangan semua tu kan.

Memandangkan cerita pun dah lama,
ai pun dah tak ingat sgt
hari kejadian ni.
Pasal sukan sekolah anak2.
Tahun ni hambar sbbnya
sekolah tak buat sukaneka tuk murid2.
Tak tau kenapa.
Kesian la kat Ariq,
dah la baru tahun pertama sekolah,
tup tup takde plak sukan.

Sukan yg lari2, lompat jauh
lompat tingi bagai ada,
tp tak best sbb tak bole ramai2 masuk.
Tak macam sukaneka,
menang ke kalah ke semua dapat hadiah.
huhu ape nak buat,
meriah ada sukaneka ni.
Dah itu keputusan pihak sekolah taknak buat.
Sedikit kecewa bagi ai.

Tahun ni tak silap tema
tuk tiap rumah makanan kot.
Tak dapat nak ambil gambar kat padang,
ai lepak tepi kantin je,
panas lit lit walaupun pagi.

Snap pun dari tepi je bila murid2
ni keluar dari padang haha

Ni pendidikan khas,
pakai ala barista Starbucks tu.



Rumah biru pakai ape ntah
macam cotton candy.



Rumah kuning tak sure,
tp kalau tgk pada maskot tu
macam pineapple.



Rumah merah jadi lobster.



Rumah hijau je tak tau pakai ape,
tak de plak gambar dorang.
Masa tengok rumah merah lalu,
nampak kawan Aliah, Aqilah.

Kebetulan mak dia pun lepak
sama tepi kantin.
Alang2 tu kami bergambar la.



Akak Zahra macam biasa la,
masuk pancaragam.
Main melodian sama mcm tahun lepas.
Dengar dia main pun dari jauh je.

Ni ambil gambar dia lepas habis persembahan.
Tak sempat nak ajak kawan2 dia
bergambar sama..
semua dah menghilang haha



Ikutkan tahun 1 ada buat persembahan,
tp tak wajib pun.
Sape nak join boleh masuk.
Tp persembahan dia lambat plak nak start.
Memandangkan anak2 pun
takde yg masuk apa2 acara,
so enZaf decide balik je la.
Malas nak tunggu lagi dah.

Sebelum tu sempat la
ambil gambar Zahra dengan kawan2 kelas dia.



Ariq sedih sbb tak join persembahan tu,
Daddy dia umpan beli beyblade.
Terus senyum lebar dia hehe



Dari sekolah kami terus ke Sg Penchala.
Breakfast kat kedai kawan enZaf
memandangkan masih pagi lagi.

Kawan dia takde tp
anak2 dia ada.
Kebetulan anak2 kawan tu pun
main beyblade gak.



Bagus dorang ajar Ariq main.
Dia tak pandai lagi macam
mana nak pasang dan tarik bagai.
Lama2 terer sudah.
Budak2 ni cepat tangkapkan.
Terus jadi kawan hehe

Monday, August 19, 2019

Kidzania Malaysia


Cerita sebelum bulan puasa.
Lebih tepat lagi masa bulan 4 :)
Baru sekarang nak update dlm blog.



Kebetulan adik ai Nani
dia dapat praktikal kat Kidzania.
Itu yang kami ke sana.
Dan adik ai lagi sorang Yusreena pun
tengah cuti semester,
alang2 bawak la dia sekali.
Senang boleh tengokkan anak2.

Untuk akak Zahra dan Aliah
dorang berdua dah pernah pergi
Kidzania ni masa trip dari sekolah.
Jadi dorang dah tau la nak buat ape.
Kebanyakkannya ai lepaskan aje dorang.
Ikut bila nak ambil gambar je.

Tp bukan bagi Ariq.
Dia first time jejak kaki dlm ni.
Sama la ngan ai n enZaf hahaha

Beratur nak ambil tiket.



Sikenit ni pun gembira sama.
Asal keluar rumah suka,
sama perangai ngan Mummy dia haha



Sementara menunggu dorang beratur,
sempat la ai, enZaf dan Zahra
ambil gambar gelang.
Kenangan gitu :p



Boleh keluar masuk byk kali,
asalkan jgn buka gelang tu.
Nak scan tuk keluar masuk.

Masa dlm Kidzania ni ai byk
ambil video.
Jadi gambar letak apa yg ada je la dlm ni.
Video update kemudian.

Masuk dlm ni cantik tempatnya,
pasti la ada aircond.
Tak ramai org rasa la sejuk,
bila ramai tu berpeluh jugak la.



Tak silap start pukul 10pagi,
tp kami masuk awal so jalan2 dlm tu dulu.
Sempat la ajak Nani bergambar
sblm dia start keje.



Harusla Mummy pun nak masuk sama.



Video Kidzania opening song & dance.





Kat dalam tiap kedai nak masuk,
tak semua boleh walk-in.
Ada beberapa yg kena ambil tiket dulu.
Macam Vitagen, Air Asia, dan ape lagi lupa.

Macam Aliah Ariq ni nak masuk McD.
Kena beratur dulu.
Lepas tu dorang akan bagi slot
pukul berapa masuk bagai semua.
Selalunya tempat ramai tumpuan la ada slot bagai ni.
Yang lainnya just beratur je.



Dalam Kidzania ni,
kena kerja untuk dapatkan duit
iaitu gaji.
Banyak buat kerja byk la
dapat duit.

Yang ni nak buat cokelat.



Selesai dapat cokelat dan tentula gaji :)



Pergi kat tempat Makteh dorang.
Jadi pam attendant.



Akak Zahra jaga tol.



Si kenit ni tidur,
Mummy gembira, bahagia dan tenang haha



Ni jadi designer kot,
lupa dah yg pasti tuk kereta.



Ariq paling suka nak masuk sini.
Lepas tu boleh dapat air vitagen.



Aliah join parade.



Group photo ngan maskot Kidzania.



Ariq nak cuci tingkap,
sebelum tu kena training dulu
camna cara nak cuci hehehe



Paling comel anak bujangku.



Masuk kedai letrik.



Nak jadi electrician gitu.



Aliah mmg cita2 nak jadi chef.
Bila dapat masuk tempat makan ni,
harusla gembira.



Pastu makan hasil dari masakannya.



Banyak lg tempat dorang ni masuk,
mcm Faber Castell..
2-3 kali ok pergi situ,
sbb nak pemadam la, pensel la ape la..
macam2 nak.
Ai tak larat nak ikut semua,
duduk rehat satu tempat dan tunggu je la,
dorang tu kejap2 dtg meja bgtau
nak pergi mana bagai.

Masa tengah tunggu Aliah,
tetiba Ariq muncul depan ai.
Rupanya nak hantar barang kat kedai makan tu.
hahaha jadi deliveryman plakkan.



Comel je jadi bomba.



Time ni nak habis waktu dah.
Maksu dorang kira duit masing2.
Duit ni boleh beli apa2 brg
dalam gift shop.



Tp dalam gift shop tu,
parents tak bole masuk.
Hanya budak2 ni je.
Konon spend duit gaji dorang
beli apa yg ada jual kat sana.
Bagi anak2 masuk dlm tengok kot ada berkenan.
Tp keluar ngan tangan kosong.
Katanya takde menarik.
Yg ada tak cukup plak duitnya hahaha

Duit ni boleh simpan
dan boleh guna pakai bila
datang ke sini lagi.
Dtg lagi tuk kumpul lagi byk duit.

Sampai tutup kidzania kami dlm tu.
Itu pun ada lagi tak sempat nak main semua.
Kalau pergi taman tema camni,
mmg tak boleh nak habiskan dalam seharikan.

Apepun anak2 seronok sangat,
itu yang penting.
Pastu tak reti penat2 hihi.
Yang penat mak pak je hahaha
Nasib baik la boleh lepak dlm ni,
indoor lagi.
Ape lagi keje ai makan aje la :p

Ada parents lounge tp ada Qaireen
baby tak boleh masuk.
Ada mak pak yg dtg hantar anak2 saje pun ramai.
InsyaAllah tak hilang,
puas main ambil bawa balik.
Main sambil belajar.

Kami tunggu adik ai Nani,
habis kerja pastu
terus dinner.
Makan kat Absolute Thai, IPC.



Tak benti2 cerita buat ape,
seronok nak dtg lagi.
InsyaAllah ada rezeki dtg lagi k.