Monday, November 30, 2009

DUKETHON

Ini adalah hari membakar lemak tepu pada hari minggu.
Alhamdulillah cuaca elok je.. matahari tak kuar pun.

Muka blur, pagi2 dah kejutkan dia. Takde mood time ni.
Start je Fun Walk, kitaorg kena dukung. Zahra taknak jalan.
Patah pinggang nak jalan 5km dukung dia huhuhu

Menunggu kat garisan mula sblom berlepas.. yo yo je kan :p


Sementara makpak berlari, anak2 bole la tinggal main kat sini.


Daddy ngan muka kegembiraan, habis gak jalan yang tak bape Fun sebab kena dukung Zahra hehe
Jalan saje pun penat ooo, basah gak la ketiak semua haha


Tanda kami habis kegarisan penamat.. dapat sijil terus.
Nak tunjuk kat bos, bukti ai datang dan support company hehehe


Pas je dah penat lelah berjalan :)
Terus ke gerai2 yg ada. Byk giler gerainye..


Memang elok la sangat kan.. pas dah bakar lemak degil yg ada ni.
Elok je ada gerai tuk menambahkan lemak lagi.
Ha, tgk la gerai menda.. Pizza


Big Apple lagi..
Ada la lemak dah bakar 10 kalori, pastu tambah balik 100 kalori hahaha


Hampeh betulkan.. takde maknanye pas senam makan menda2 menggemukkan ni.. hihi
Masa ni ada gak pameran kereta nasional berhias.. Esok je la citer.

Sunday, November 29, 2009

Hadiah yeyy


Dapat hadiah dari kawan, hadiah kat bawah ini datang dari Nadia. Terkejut sungguh dan terkedu tak terkata bila hadiah itu ialah Tie Rack Scarf. Terima kasih ya Nadia. Dia sekarang tengah sibuk dengan wedding preparation tu :) Rasanya tak lama dah agaknya dalam sebulan saja lagi. Mesti sibuk ya amat hihi.. Jangan stress ya nanti sakit pula.



Bunga dan teddy bear yang comel ini pula dari pemberian Zati. A cute mummy of 2 lil princessnya. Rasanya kita macam sama saiz hehe.. Bunga dan teddy bear ni berebut dengan Zahra.. aduhai dengan anak pun nak berebutkan haha...



Sebenarnya ke dua-dua gift ini dah sampai lama tapi baru sekarang nak buat entry. Walaupun kita tak pernah bersua muka, berkawan hanya di alam maya, diriku berasa syukur kerana dikelilingi dengan orang yang baik hati. Semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke Jannah. Thank you Nadia!! Thank you Zati!! Semoga mencurah-curah rezeki buat korang berdua.

Tuesday, November 24, 2009

Baby in Romper Contest




Masuk ni gara2x baca entry Suziey yang masukkan aQeel (comel itu) dlm romper contest.
Ai antara mummy yang terhegeh2 baru nak masuk contest2 camni.
Mummy yg lain dah berpuluh2x join tak heran pun kan. hihi kecoh tul ai ni kan :p

Okay la Mummy Aslinda, i masuk gerabak yang ke-4 la ek. hihihi

t&c

1. buat 1 n3 dengan tajuk 'baby in romper contest'
[hanya tajuk ini yang diterima]
checked

2. upload gambar baby anda yang beromper ittew
[overall tak masuk senarai tau!]
checked

3. baby harus la berusia 24 bulan ke bawah
[sila nyatakan tarikh lahir. yang oberdos umur tu.. mintak mahap yo...]
20 bulan, checked

4. bermula dari harini hingga 24 nov
[sempena birthday adeeb lewww]
Happy Birthday Adeeb!! checked

5. nak jadi follower boleh.. tak nak pun takper
[tiada unsur paksaan]
checked

6. pastikan ada link me & kodai me sekali
[hak ni ada unsur-unsur paksarela hoccay~!!! ]
Aslinda (Tuan Tanah): http://aslindaa.blogspot.com/
Tuan Kedai:
http://3ascollections.blogspot.com/
checked


7. juga di bloglist anda [wajip]
checked

8. tiada item 6 & 7 dikira disqualified [nasib kome la yer...]

9. no votes, no slogan [korang senang, saya pun tak poning kehkehkeh!!!]

10. dah siap, tinggalkan jejak di ruangan komen n3 ini sahaja
[senang saya nak jengah nanti]
checked

11. last but not list, tepek banner di sidebar bersama-sama link yer..
checked

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Muka cebik nak nangis sebabnya Mummy dia tak nak layan.
Sibuk nak amik gambar dia je kan heheh

Qasrina Zahra
d.o.b: 17/03/2008

p/s: sape yg blom join, cepat2x join skang.. harini tutup.
Click sini tuk terjah blog penganjur

Monday, November 23, 2009

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST: TOP 13

Alhamdulillah.
Teruja ni, Zahra tersenarai dlm TOP 13 dari 150 peserta.
Dah la 1st time join contest2 baby camni kan.
Tak sangka tau, sebabnya kesemua baby yg masuk comel2x.

pic amik dari blog Eliza


Terima kasih pada juri2 dan pihak penganjur.
Kalau ai jadi juri, mau bijik mata pusing 360darjah nak pilih.

Kalau nak tgk baby2 lain yg tersenarai dlm top 13 ni.
Leh jenguk kat blog Eliza ni yer. Click
sini.

Ingat nak wat entry pasal bday, esok je la.
Excited sangat ngan shortlisted ni hihi takku sangka ;)




**Selingan iklan jap**

Ohyer nak bgtau, ai ada drypers yang tak dipakai.
Time ni beli masa mamy poko tak jual kat kedai, so main amik je.
Pastu Zahra lak tak sesuai ngan drypers ni. Takkan nak buang sayang ooo..
Yang ada ni size NEWBORN ngan LARGE.
Kot sesapa nak, email ek. Ai pos.. pasal bayaran tak yah risau, FOC aje.
Dari simpan berabuk baik bagi kat korang yg nak.
Both taken. Thanksss!!


Sunday, November 22, 2009

Happy Me & Cutelildiary!

Alhamdulillah
Harini masukla umur ai yang ke-29.
Sudah tua nampaknya.. ye la tahun ni last umur 20an haha
tahun depan masuk 30 weh, cam tak caya je..

pic googled


Dan tak lupa juga, harini merupakan 1st Anniversary CUTELILDIARY.BLOGSPOT.COM
Tak sangka dalam masa setahun ni, macam2 pengalaman ai dapat.
Antaranya dapat jumpe kawan2 lama dan tak lupa jugak dapat kawan2 baru.
Ada suka duka dlm cabaran berblog ni. Bukan semua orang suka kita kan.
Oh yer, tak sangka gak cutelildiary ni dah ada 200 orang kawan.
Thanks yer kawan2, sudi baca blog ni, walaupun takde ape yg menarik dan tertarik.


pic googled

Terima kasih pada kawan2 yg wish melalui komen, email, phone dan Facebook.
Mudah-mudahan doa kalian, ai bertambah murah rezeki dan dipanjangkan umur.
Tambah anak jua ;)
Doakan ai ye!!

Friday, November 20, 2009

Fun Walk

Demi memberi sokongan pada one of our Chairmain company event.
Ai telah menjoinkan diri (paksa rela) dlm Dukethon yang akan diadakan pada Ahad ni.

Ada 2 jenis larian samada Marathon atau 1 Malaysia Fun Walk.
Harus la amik Fun Walk kan haha, lari tak larat la, pancit dah.

Kena register kul 7.30pagi, harap2 ai bangun la pagi la ahad tu.
Kalau tak bangun, lari dalam mimpi je la kan.. :p




p/s: Ahad ni adalah birthdayku.. hihi

Wednesday, November 18, 2009

Jenis-jenis Kanser khusus Pada Wanita


PENGURANGAN risiko kanser boleh dilakukan dengan mengubah gaya dan tatacara kehidupan. Perhatian perlu diberi pada keadaan badan, perasaan tahap kesihatan diri dan juga bentuk serta rupa struktur badan. Ujian saringan juga perlu ditekankan bagi mengesan kanser dengan lebih awal.

Sel-sel normal yang membina tisu badan mengalami tumbesaran, membahagi serta penggantian secara teratur dan tenteram. Kadangkala sel-sel tua yang sepatutnya digantikan, masih meneruskan tumbesarannya. Pertumbuhan ini mungkin tidak teratur dan bercelaru, akhirnya mereka menjadi luar kawalan dan seterusnya bertukar pada ketumbuhan yang ganas (malignan) ataupun yang tidak ganas (benign).

Ketumbuhan yang tidak ganas (benign) tidak merebak ke bahagian lain dan lazimnya tidak membimbangkan. Pembedahan terpaksa dilakukan jika saiz ketumbuhan terlalu besar dan memberi tekanan kepada organ-organ berhampirannya. Ketumbuhan yang ganas pula (malignan), akan menakluk, merosakkan dan merebak pada organ-organ berhampiran dan juga organ yang jauh serta boleh menyebabkan ketumbuhan baru di tempat lain.

Faktor keturunan (kehadiran gen-gen tertentu) juga boleh menyebabkan ketumbuhan berlaku selain pendedahan kepada sinar-sinar tertentu, bahan kimia, virus dan bermacam jenis faktor persekitaran lain. Jenis-jenis kanser bergantung pada bahagian anatomi badan yang terlibat seperti paru-paru, payudara, kulit, ovari, rahim, pangkal rahim, faraj, vulva, usus besar dan rektum. Semua penyakit boleh dicegah atau dirawat sekiranya pengesanan dapat dilakukan pada peringkat awal. Lazimnya terdapat tanda-tanda awal yang harus diamati dan diperhatikan. Juga sebagai satu bentuk pencegahan, golongan wanita dinasihatkan supaya menjalani penyaringan secara berkala untuk mengenal pasti kanser di peringkat awal.

Petanda awal

Di antara petanda-petanda awal kanser pada bahagian badan berkenaan adalah perubahan pada tabiat kebiasaan pundi kencing dan juga usus besar. Selain itu, luka-luka yang tidak sembuh, pendarahan ataupun discaj yang tidak pernah dialami, penebalan ataupun tongkol-tongkol pada payudara ataupun bahagian kulit yang lain serta perubahan pada tahi lalat atau mana-mana tompok kulit juga mungkin menjadi petanda awal kanser tertentu. Pesakit juga perlu peka untuk ujian masalah kesusahan menelan serta keabnormalan pencernaan makanan atau minuman selain batuk yang tidak hilang dan juga perubahan pada suara. Perlu diingat bahawa ini bukanlah petanda mutlak kanser tetapi hanya kehadiran gejala berkenaan sepatutnya dirujuk kepada doktor. Kesakitan biasanya bukan tanda-tanda awal kanser. Walau bagaimanapun, jangan ditunggu sehingga kesakitan menjelma, barulah rujukan mahu dibuat kerana ketika itu mungkin sudah terlambat.

Kanser paru-paru
Majoriti pesakit mendapat kanser paru-paru dari aktiviti merokok. Wanita yang merokok mempunyai risiko 12 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok. Walaupun jika anda bukan perokok, tapi menyedut asap rokok secara pasif juga dapat menambahkan risiko kanser paru-paru. Lazimnya tanda-tanda kanser paru-paru hanya jelas kelihatan apabila penyakit tersebut sudah pun di peringkat yang teruk.
Pesakit pada kebiasaannya mengalami batuk yang tidak sembuh-sembuh, kahak bercampur darah, sakit dada, berbunyi apabila menghembus nafas (wheezing), stamina pernafasan yang cetek serta keserakan suara. Selain itu, penghidap kanser jenis ini juga mengalami episod berulang-ulang penyakit pneumonia dan juga bronkitis, kurang selera makan serta jatuh berat badan dan selalu mendapat demam. Untuk mengelak kanser paru-paru, jangan mulakan merokok serta jauhkan diri dari asap rokok. Untuk mereka yang sudah pun mula merokok, carilah pertolongan supaya dapat membuang tabiat tersebut.

Kanser payudara
Kanser ini adalah antara penyebab kematian utama di kalangan wanita. Kebarangkalian untuk seorang wanita mendapat kanser ini pula adalah satu dalam lapan (1:8). Di antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser jenis ini termasuk peningkatan umur, sejarah keluarga dengan kanser payudara (terutamanya di sebelah ibu atau saudara perempuan) serta pembawa gen genetik abnormal BCRA1 dan BCRA2.
Selain itu, penggunaan hormon gantian tanpa pengawasan doktor, pendedahan kepada radiasi serta sejarah menghidap kanser payudara juga meningkat risiko anda. Penyusuan badan, pengurangan berat badan serta bersenam dapat mengurangkan risiko kanser ini. Seperti juga mana-mana kanser lain, pengesanan awal dapat mencegah dan mungkin menyembuhkan dengan rawatan awal. Di antara perubahan awal yang perlu diperhatikan termasuk pembengkakan, tonjolan, kekerasan, penebalan dan juga pengecutan kulit pada payudara. Kerengsaan pada kulit payudara serta puting yang tenggelam ke dalam, bersisik, berdarah, mengalami discaj, sakit serta tidak selesa perlu disiasat untuk kemungkinan kanser. Anda dinasihatkan supaya menjalani ujian mammografi sekurang-kurangnya setahun sekali terutamanya sekiranya sudah menjangkau umur 50 tahun. Selain itu, anda juga harus proaktif dalam memeriksa payudara sendiri kerana diri sendiri lebih tahu perubahan awal badan.

Kanser usus dan rektum (kanser kolorektal)
Kanser kolorektal ini perlahan tumbesarannya dan pada kebiasaannya bermula dengan polip di usus sebelum menjadi kanser. Anda dikategorikan sebagai berisiko sekiranya mempunyai waris terdekat (ibu, ayah, adik-beradik) dengan polip atau kanser kolorektal semasa berumur kurang dari 60 tahun, mempunyai penyakit yang melibatkan usus atau diri sendiri mempunyai polip di usus. Lazimnya kanser kolorektal tidak mempunyai apa-apa petanda peringkat awal, tetapi selalunya didiagnosis pada peringkat lewat.
Antara petanda kanser jenis ini adalah perubahan dari kebiasaan tabiat usus, pendarahan dari rektum, darah di dalam najis ataupun najis berwarna hitam, najis menjadi panjang dan bergaris pusat kecil serta ketidakselesaan abdomen (kembung, kejang dan sering kentut atau sedawa). Selain itu, selera makan juga menurun, rasa lemah serta letih tanpa sebab juga mungkin menjadi petanda kanser kolorektal yang akan memerlukan pemeriksaan lanjutan. Bagi mereka yang telah melangkau umur 50 tahun, anda boleh menjalani ujian saringan seperti ujian darah di dalam najis setahun sekali, ujian sigmoidoskopi fleksibel setiap 5 tahun, ujian barium enema berkontras setiap 5 tahun serta ujian kolonoskopi setiap 10 tahun. Walau bagaimanapun, ini bergantung pada faktor berlakunya kanser kolorektal setempat. Sekiranya statistik kejadian kanser kolorektal di tempat anda tinggi, makan anda juga berisiko dan lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga.

Kanser kulit
Walaupun sebagai orang asia kulit kita lebih berpigmen, anda juga berkemungkinan boleh terkena kanser kulit. Jenis-jenis kanser kulit termasuk jenis sel basal (kulit nampak seperti lilin, pucat warnanya, mungkin timbul seperti mutiara dan kadangkala tompok bersisik), jenis sel skuamos (kehadirannya juga menyerupai sel basal) atau jenis melanoma (seperti tahi lalat, hanya membesar dengan perimeter tidak sekata, bertambah hitam dan senang berdarah).
Terdapat beberapa tanda pada kulit yang boleh diperhatikan seperti perubahan pada saiz tahi lalat, bersisik, berdarah dan juga seakan melecur. Selain itu, perhatikan juga perubahan pada warna dan juga kehadiran tompok-tompok pada kulit, kegatalan, kesakitan dan juga ketidakselesaan pada biji-biji ataupun tahi lalat serta kudis yang tidak sembuh. Pastikan yang anda juga memeriksa pada semua tempat sama ada yang terdedah atau terlindung daripada cahaya matahari.

Kanser ovari
Risiko untuk mendapat kanser telur adalah kecil, tetapi kebarangkaliannya meningkat dengan peningkatan usia terutamanya selepas melangkau usia 60 tahun. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser jenis ini termasuklah kemandulan, makanan kaya dengan lemak, sejarah kanser usus dan payudara, endometriosis serta pembawa gen abnormal BRCA1 dan BRCA2.
Mereka yang kurang risikonya termasuklah mereka yang mengambil pil perancang keluarga, pernah melahirkan anak walaupun sekali dan mereka yang pernah menyusu badan. Kanser ovari, bila dikesan, mungkin sudah pun terlambat. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjutan seperti ultrasound memandangkan tidak ada ujian saringan khas untuk kanser ini. Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami ketidakselesaan di kawasan pinggul, kembung, sendawa, bergas, kesukaran pencernaan yang tidak dapat dijelaskan, pendarahan abnormal melalui faraj serta pembengkakan abdomen.

Kanser rahim
Risiko kanser rahim meningkat selepas umur 55 tahun, terutamanya mereka di dalam julat di antara 60 hingga 75 tahun dan jarang berlaku di kalangan mereka di bawah 40 tahun. Mereka yang menggunakan pil perancang keluarga juga mempunyai risiko yang rendah. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser rahim termasuklah penggunaan hormon gantian estrogen sahaja (tanpa progesteron), tidak pernah melahirkan anak, putus haid selepas umur 52 tahun, lebih berat badan, darah tinggi, kencing manis serta penyakit lain seperti masalah tiroid dan hempedu. Penggunaan ubat Tamoxifen, Hiperplasia lapisan dalaman rahim, penyakit keturunan seperti kanser usus juga meningkat risiko kanser rahim.
Anda juga berisiko sekiranya mempunyai haid tidak teratur dan kerap kali tidak datang haid. Tanda-tanda amaran kanser rahim termasuklah pendarahan selepas menopaus, discaj atau lelehan di antara tempoh haid dan haid yang berpanjangan dengan kehadiran darah yang banyak. Biasanya doktor tidak menjalankan saringan untuk kanser rahim, tetapi sekiranya disyaki, anda mungkin dikehendaki menjalani ujian-ujian seperti:
“Biopsi endometrial – pensampelan tisu dari dalaman rahim untuk kajian.
“Pemeriksaan ultrasound – terutamanya ultrasound melalui faraj, mengukur ketebalan dinding endometrium.
“Penkuretan dan dilatasi – pangkal rahim di buka, dan dalam rahim disedut ataupun dicalit untuk kajian lanjutan.
“Histeroskopi – penggunaan peralatan optik untuk melihat secara langsung dengan pembesaran imej dan persekitaran di dalam rahim.

Kanser pangkal rahim (serviks)
Ujian saringan PAP dapat mengesan keabnormalan pangkal rahim pada peringkat awal. Ujian lanjutan seperti kolposkopi mungkin dijalankan untuk kepastian. Contoh tisu pangkal rahim diambil untuk kepastian jika ianya kanser rahim. Puan berisiko tinggi untuk kanser pangkal rahim sekiranya mempunyai infeksi virus HIV (Human Immunodeficeincy Virus), virus HPV (Human Papilloma Virus), sistem imuniti badan yang lemah atau terdedah pada ubat diethylstilbesterol (DES) semasa anda di dalam kandungan (ubat ini tidak lagi digunakan sekarang). Peringkat awal kanser ini lazimnya tidak menunjukkan sebarang petanda tetapi sekiranya mengalami mengalami masalah berikut, segeralah berjumpa dengan doktor.
“Discaj atau lelehan abnormal melalui faraj
“Pendarahan abnormal melalui faraj
“Pendarahan selepas hubungan kelamin
Sekarang terdapat imunisasi terhadap kanser pangkal rahim yang disebabkan oleh HPV dan ianya dinasihatkan diberikan pada anak-anak perempuan yang berumur antara sembilan hingga 26 tahun. Vaksin ini diberikan dalam tiga dos. Walaupun divaksinasi, ujian saringan PAP masih perlu dilakukan kerana terdapat beberapa jenis lagi virus HPV yang tidak dapat dilindungi melalui vaksinasi.

Kanser faraj dan vulva
Kebanyakan kanser jenis ini berlaku pada mereka berusia melebihi 60 tahun. Sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut di sekitar alat kelamin, dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor dengan segera.
“Kudis, pembengkakan yang tidak hilang-hilang
“Kegatalan
“Pendarahan yang abnormal
“Perubahan pada kulit-kulit di sekitar, seperti perubahan pada tahi lalat
Perokok dan mereka yang dijangkiti virus HPV berisiko tinggi. Biopsi tisu pada luka-luka yang timbul mungkin perlu diambil untuk ujian saringan lanjutan. Secara umumnya, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko kanser terhadap diri anda seperti:
- Tidak merokok atau berhenti merokok
- Kurangkan pengambilan makanan dengan lemak tepu atau lemak trans
- Banyakkan makanan berserat tinggi
- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari
- Sekiranya anda berkulit cerah atau kurang pigmen kulit, hadkan pendedahan pada cahaya matahari
- Tumpuan dan perhatian pada sebarang perubahan pada badan anda
- Jangan amalkan tatacara serta gaya hidup seksual secara bebas
- Amalkan ujian tertentu yang patut dilakukan pada umur serta julat tahun tertentu
- Kurangkan pengambilan minuman beralkohol.

Artikel ini kredit kepada Prof. Madya Dr. Shah Reza (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM))

Tuesday, November 17, 2009

Game kat Facebook

Sejak mula berkecimpung dlm dunia FB ni..
Baru minggu ni start nak main game.

Masih tak reti lagi main Farm Ville.. orang lain dah berpuluh2 level,
ai ni baru takat Level 2 je hahahah



Paling suka Fish Ville ni.
Walaupun tak dapat bela ikan betul, dulu bela sblom ada Zahra.
Dapat bela secara maya pun jadi la kan.




So kalau blog ni bersawang, paham2 je la.
Ai skang gigih tuk menjadi penternak moden yang berjaya hahaha
Semoga berjaya tuk diri sendiri
chayo' chayo'

Monday, November 16, 2009

CONTEST: Cutest Baby In Blue Contest


Buat julung2 kalinye ai masuk baby contest..
Tepukan gemuruh diberikan hahahaha

Sbb ape nak masuk contest ni, sbbnya kena cari kaler biru la yang pastikan. :p
Sebenar-benarnya Zahra tak byk bajunye ada kaler biru.
Ada 2 je, 1 sblom setahun dan 1 selepas setahun.
Jadi senang sket nak pilih gambar mana, logik ke tak nak masuk contest camtu.. haha

Contest ni dianjurkan oleh elizakru.blogspot.com (minat KRU mungkin!)
sempena 5th Anniversarynya.
Bermula dari 24/10/09 - 17/11/09.

TERMA & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Terbuka kepada kesemua blogger yang menjadi follower saya secara langsung & tak langsung

2. Dengan Sukahati dan rela hati menjadi FOLLOWER saya di Blog ini..
checked

3. Linkkan -elizakru.blogspot.com di blog anda
checked

4. Sila Add kan Banner Contest di side bar blog memasing...banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini
checked

5. Sila buat special entry utk contest ini dan upload 1 keping gambar anak uols in blue..tak kisah la pakai baju biru ke, kasut biru ke, as long ada biru
checked

6. Sila link kan url blog anda di comment saya ini bagi memudahkan saya melihat pernyertaan anda. checked

7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional berdasarkan kecomelan baby dan kualiti gambar serta gambar yg menarik perhatian juri

8. Had umur baby uols :- newborn ~ 5 tahun
checked

9. Oleh sebab ini kali yg ke 5 punye anniversary, so akan ada 5 pemenang ..hadiahnya? tungguuuuu.........

p/s: Jangan lupa tulis nama dan umur baby uols ye!
checked

.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.






Ai pertaruhkan gambar Zahra sebelum setahun.




Gambar ni masa ni Zahra umur 5 bulan
Ketul2 yang mahal tu.. duta tak rasmi michelin ;)

Nama: Qasrina Zahra
Umur sekarang: 1 tahun 7 bulan

Friday, November 13, 2009

Zahra dan sebutan

Perkataan yang dia bole/pandai sebut.
(ape yg ai ingat la)

Mummy - Mami
Daddy - Dadi
Zahra -
Ara
Car - Car
Ball -
Ball
Wow - Wow
Bye - Bye
Hello - Elo
1,2,3 - Wan tii
Tree - Tii
Bus - Bash
Nose - Noh
Teeth - Tiiit
Hair - A
What's that - Wa dat
Bird -
bird/ chip chip (kekadang wat bunyi)
Dog - woof woof (buat bunyi)
Cat -
nyiau (buat bunyi)
Tiger - grroooo (buat bunyi)
Duck - wek wek(buat bunyi)
Barney - Mami (erkkk aku ni debam cam barney ke huhu)

* tuk binatang, kebanyakkan dia bukan nak sebut, buat bunyi lak ;)

Wednesday, November 11, 2009

Acer Aspire TimeLine

.light.as.your.time.can.be.
ASPIRE TIMELINE
- Ultra Thin & Light
- More than 8 hours of battery life
- Acer Comfy Touch Technology
- Acer PowerSmart


Membantu kawan yg keje kat acer bgtau dorang ada wat special price tuk
Model Acer Aspire Timeline 4810T dari harga RM2,399-RM2,999.
Pada sape yang berminat nak beli roger pada ai yer.








click pada pic ni tuk spec each model

Tuesday, November 10, 2009

Wehhhhh Korangggggg

Pada peminat fanatik Nur Kasih.
Jangan lupe weh tengok malam ni.
Dah tukar masa siaran 7:25pm start harini sampai jumaat.

Jangan lupa tau!!!

pic googled

My Top 5 Treat List

Ini adalah treat listku untuk ujung tahun..
eh patutnye kena la mula awal tahun kan.. macam azam tahun baru hehehe

Berikut adalah senarai yang diimpikan.

Tempat ke-5


Tempat ke-4


Tempat ke-3


Tempat ke-2


Tempat Pertama


Semestilah sebuah notebook DELL INSPIRON 13.
Notebook Dell Inspiron 13 ni mempunyai ciri-ciri yang diidamkan.
Paling utama ada favourite color iaitu Cherry Red.

Kenapa ai patut dapat notebook baru??!

Cover tak secantik dan berkilat Dell Inspiron 13. Dull color.

Tiada built-in camera

Power button kecik dan susah nak tekan

Casing senang kotor dan luntur kaler huhu

Key button dah tercabut (no.2):p

Sunday, November 8, 2009

Cutelildiary Giveaway!!



Memandangkan bulan ni adalah bulan istimewa bg ai. Sebab ape?!
Sebabnya bulan ni adalah birthday month & 1st blog anniversary =)

Maka dgn itu, ai ingin berkongsi kegembiraan ni pada korang semua.
Nak share pada sesapa yg suka, berkenan dan berminat nak shopping kat GAP Boutique.
Tak kira la women, men, kids or baby..asal nama GAP je, ada discount tuk korang.
Lagi pun korang semua kaki shopping, betul kan!! mengaku skang, cepat hehe
Sebanyak 10% discount diberikan pada korang.
Discount nya tak la byk mana cam warehouse sale tapi kurang2nya ada la kurang dari takde kan hehe
Okay, sape yang nak, sila tinggalkan email korang kat comment,
nanti ai akan beri Pin No. tuk GAP members.

Oh yer, ini menjawab soalan dari Mommy Rifqy,
discount ni takde duedate.. bila2 masa saje leh pakai.
Dan banyak kali leh guna, kiranya tiap kali korang beli kat GAP pakaila discount ni yer.
Offer ni bukan tuk bulan November ni saje. =)
Sampai bila2.. hanya tak leh guna bila ai dah tak jadi member GAP je hihi


Giveaway ni dapat sumber inspirasi dari ibuEymanns.. maceh yer!

Thursday, November 5, 2009

Kawan biar berjuta-juta..

Updated**
Pada kawan2 sekalian yg sudah add ai, tapi ai tak accept lagi.
Bukan taknak.. tapi ada yg tak kenal..pastu tak bgtau datang dari mana..huhuh
Kenal2kan la diri tu ek.. maceh.. (poyo je aku neh)


Kesian betul, ai ni ketinggalan zaman..
Orang lain semua dah bukak twitter ngan facebook.

Ai baru je register twitter tadi, yg fb 2 minggu lepas tapi tak explore habis lagi.
Takat add gambar sket and add friend request je hahaha




Kawan2 blogku silalah add daku ni pada twitter or facebook korang yer.
email: nurhayatiyusof@gmail.com

Tapi sblom tu kenalkan la diri tu sape.. at least takde la ai ni main accept je kan.
Sekian, terima kasih

Wednesday, November 4, 2009

Anda darah ape?

Fuyoo melalui darah pun leh tau perwatakan seseorang
Tapi ingat, jangan percaya 100%. Ianya sekadar hiburan.
Mana yang baik kita amik contoh, yg buruk kita perbaiki ek.
Jom layannnn

Sebelom tu, korang tgk dulu darah pasangan uols yer.

SI DIA BERDARAH “A”
Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’, ini bererti dia tergolong dlm lingkungan individu yg serius dan berusaha untuk membina kesempurnaan diri. Umumnya, golongan ini amat baik terhadap kaum wanita. Setelah mendirikan rumah tangga,dia akan menyayangi isterinya sepenuh hati..Bak kata org tu, segala2nya dicurahkan kpd isterinya. Bahkan setiap kali kluar rumah, dia selalu ingat kpd anak dan isterinya di rumah. Berbahagialah kamu krn dia akan berusaha menjadi pasangan hidup kamu yg baik dan sangat bertanggungjawab. Mereka yg tergolong dlm kolompok ini merupakan individu yg ‘gentleman’. Namun kamu harus sedar pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu. Mereka juga berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yg sempurna. Si dia mungkin naik angina sekiranya bila pulang ke rumah dan melihat keadaan yg tidak terurus. Lantas dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi ibu yg baik. Dia cenderung bertindak selaku ketua di rumah. Berkemungkinan juga, sekiranya dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan,dia akan melampiaskan kemarahannya itu pada pasangannya sendiri. Wow!! Bahaya juga tu

SI DIA BERDARAH “B”
‘Big Boy' mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn individu yg terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’. Dia hanya melakukan perkara yg dia mahu saja. Kadangkala sbg pasangannya kamu pula menjadi bingung.Contohnya, ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan,tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama teman2 hingga larut malam. Berhati2 sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu. Biasanya individu yg tergolong dlm kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya sendiri berbanding keluarga. Apa yg diinginkannya ialah menikmati kehidupan. Tanggungjawab kpd keluarga memang kurg. W/bagaimana pun si dia tidak akan menyusahkan kamu. Kamu perlu ingat,pasangan jenis ini lebih gemar menyendiri dan tidak gemar di perhatikan. Sekiranya korang di kurniakan cahaya mata, berkemungkinan si dia juga boleh timbul rasa iri hati biarpun terhadap anak sendiri.

SI DIA BERDARAH “O”
Sekiranya calon suami kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’, kamu perlu persiapkan diri kamu dari segi mental. Berkemungkinan besar si dia boleh berubah hati setelah mendirikan rumah tangga nanti. Ketika sedang hangat di lamun cinta si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yg romantis dan sering melindungi kamu. Namun setelah mendirikan rumah tangga, biasanya individu ini hanya berbicara dgn kamu berkenaan hal yg penting sahaja. Tapi kamu jangan menuduhnya tidak mencintai kamu kerana sememangnya si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dlm satu masa. Jangan bimbang,dia tetap mampu menjadi suami dan bapa yg baik. Jadi kamu masih boleh bergantung hidup pada si dia. Selain itu golongan ini juga terdiri dari individu yg sentiasa bekerja keras. Berhati2 dalam komunikasi korang. Jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di harap pasti si dia terus merubah sikapnya kpd seorg yg pemalas!!

SI DIA BERDARAH “AB”
Beruntung kamu. Individu ini adalah seorg yg prihatin. Ketika kamu sedang sakit, si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu sama ada telefon atau sms. Namun dia juga mempunyai waktu dan tempat utk dirinya sendiri tanpa ingin gangguan sesiapapun termasuklah kamu. Dia tidak suka org lain mengganggu waktu dan hak peribadinya. Sebagai pasangan, kamu pasti berasa tidak selesa dgn situasi ini. Setelah mendirikan rumah tangga, kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya. Sesungguhnya, dia seorg yg suka cakap banyak tapi tidak suka bercerita tentang rahsia peribadi dan fikirannya sendiri

.
.
.
.
.

Dah tau pasangan korang darah ape.
Check plak darah sendiri ;)

ANDA BERDARAH “A”
Mereka yg tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yg baik. Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara,dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik. Kamu rela bangun pagi utk memasak dan menguruskan rumah tangga.Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yg sempurna. Kadangkala, ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa utk kesenangan peribadi. Baik kamu ubah sikap sebegini

ANDA BERDARAH “B”
Kamu seorg yg trendy dan suka bersosial. Kamu masih belum bersedia utk menjadi isteri dan ibu. Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari. Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman2 dan bijak membawa diri. Dalam pada itu kamu berusaha memperbaiki diri utk menjadi seorg ibu dan isteri yg baik. Kadangkala, kamu agak egois, namun krn kamu sangat mempersona,teman dan suami tidak sampai hati untuk memarahi kamu. Satu perkara lagi, kamu adalah individu yg boros. Awas!!!

ANDA BERDARAH “O”

Wanita berdarah “O’ memiliki sifat keibuan. Setelah mendirikan rumah tangga kamu bertindak selaku ibu kepada suami kamu. Sekiranya suami pulang lewat malam, kamu tidak marah dan ini akan membuatkan suami kamu menganggap diri kamu sebagai ibunya. Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah. Setelah di kurniakan cahaya matakamu menumpukan sepenuh perhatian dan kasih saying terhadap anak kamu. Awas, nanti suami kamu kesepian. Setelah bergelar ibu,kamu terus mengabaikan penampilan kamu. Ingat!itu akan mengurangi keseksian kamu sebagai wanita. Kamu tidak mahu kehilangan suami bukan…?

ANDA BERDARAH “AB”
Kamu wanita cerdas. Mampu menjaga suami dengan baik. Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional. Waktu yg ada kamu pergunakannya utk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti2 baru. Kamu tidak suka menjadi ibu2. Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi. Ini menjadikan suami kamu takut sekiranya tidak mampu memenuhi tuntutan kesempurnaan peribadi kamu. Sifat “cool”adalah milik kamu. Biasanya wanita seperti kamu ditakuti lelaki.





sape sama darah ngan ai..angkat kaki =)

Tuesday, November 3, 2009

Mana satu yang betul??!!

Update**
Thanks yer cikgu2 semua..
Kat opis ni ada orang wat ai konpius..
Dia dok tanya tulen ke tulin.. dah bgtau tulen, taknak caya lak.
Sabar je la haku ni.
Orang veteran kan.. mungkin dia ingat
Oleh = Olih
Ape ape saja la ;)




Tulen


atau

Tulin

Monday, November 2, 2009

Zahra dan Doll Strollernya

Beli dah doll stroller Zahra.
Kebetulan masa ni jalan2 kat Tropicana City Mall sementara tunggu Zahra cucuk,
tgk ada Toys"R"Us masuk la, ada jual doll stroller.
Disney Brand RM34.99 je.
Sblom ni ada tgk kat ThinkToys, The Curve, mak ai mahal la RM179.00.
Design pun sama je ngan disney nya.
Maka dgn itu beli yg murah aje hihi

Ni la doll stroller Zahra, doll tu tak yah beli.
Member bagi masa 1st Bday Zahra.



Yang bawah ni 2 video Zahra jalan terkedek2 ngan strollernye.
Smalam jalan2 kat The Gardens.





Pada Linahilmin, sorry beb tak dapat kita nak mengedate kat Toys"R"Us.
Kita set lain hari ek. =)

p/s: smlam rajin mengemas wardrobe, ada sket baju nak diletgo.. sila terjah ye.
cutelilwardrobe[dot]blogspot[dot]com