Birthday Qaireen tahun ini jatuh pada bulan puasa. Maka, kami celebrate waktu berbuka puasa. enZaf ajak berbuka di luar. Kami ke The Curve saja sebab dekat hihi.. Baru dua hari berpuasa dah berbuka di luar, seronok sebab kurang orang bila awal puasa ini kan. Tapi walaupun kurang orang, nak cari tempat makan penuh juga huhuhu.. Dalam banyak-banyak tempat, Secret Recipe ada meja kosong. Itu pun tinggal satu saja. Alhamdulillah rezeki kami. Sebelum menunggu waktu berbuka, kami berjalan di luar The Curve. Ada bazar Ramadhan di perkarangan luar The Curve bersebelahan dengan Lotus's, enZaf nak mencari kuih muih untuk berbuka. Ai ingat nak tengok gerai-gerai di situ tapi hujan turun dengan renyainya. Jadi menunggu sajalah di tepi sementara enZaf mencari makanan.
Ditengah-tengah hujan itu ternampak maskot Kuromi, ambil gambar Qaireen dengan Kuromi dari jauh sajalah ð
Alang-alang dah bergambar, ambil gambar Qaireen dengan akak Zahranya. Kami bertiga saja, yang lain ikut Daddy.
Kemudian sambung berjalan dalam mall. Ambil gambar birthday girl bersama Mummy dan Daddy.
Dah dekat nak berbuka baru kami masuk semula dalam Secret Recipe. Qaireen nak makan Mac & Cheese.
Kek tu Qaireen sendiri yang pilih ð°ð. Kami terlupa pula nak minta tuliskan 'Happy Birthday' atas plate tu. 'Selamat Berbuka' pun jadi lah hahaha..
Ditutupi dengan aiskrim pula ðĻ. Dapat dua aiskrim free, satu lagi akak Zahranya makan. Happy Birthday Qaireen!! Mummy sentiasa doakan Qaireen menjadi anak yang solehah dan bijak pandai di dunia dan di akhirat ðĪēðððð.
Sempat singgah Chagee. Tak ada orang lain selain Aliah kalau beli air di Chagee ni.
Agak lama menunggu dia. Ramai orang. Sementara menunggu tu sempatlah ambil gambar muka-muka yang pasrah menanti ð.
Sebelum berbuka tadi dah ambil gambar Qaireen dengan kakaknya, dan ini ambil gambar dengan abang Ariq pula. Dah nak sama saiz saja berdua ni hihihi.. comel anak bujangku.
Kami pergi Ikano pula, nak masuk Popular. Anak-anak nak membeli sedikit stationary ððð. Sedikit tu tak boleh percaya sangat, tahu tahu penuh tangan masing-masing ð. Ambil gambar Qaireen dengan Aliah pula. Yey! semua dah orang dah ambil gambar dengan Birthday Girl ððĨ°.
Oh ya! sempat buat satu video untuk TikTok. TikTok ai tu Aliah yang buat, kalau ada apa-apa video tu dia lah yang masukkan. Itu kerja dia ð
Tengah malam kami keluar lagi, pergi Uptown Kota Dame. enZaf ajak moreh. Bagi ai bukan moreh lagi, ni namanya sahur terus sebabnya dah dekat pukul satu pagi kami makan ni ð. Kalau ke Uptown Kota Dame ini, wajib order Takoyaki di sini. Anak-anak suka betul, enZaf beli dua puluh biji sekali hadap saja habis. Ai pun tak sempat nak rasa satu huhu...
Ai dan enZaf makan nasi dan lauk ikan masak tiga rasa. Ha! sahur kan ðĪĢ.
Hari Selasa, Qaireen dapat hadiah dari bestfriendnya balik dari sekolah. Terkejut ai sebab besar betul paperbagnya itu. Terima kasih Uzma!!!
Lepas selesai pergi JMU di Putrajaya, kami singgah Sunway Pyramid Mall pula. enZaf nak tengok boot bola katanya. Baru saja kami berjalan dalam mall tu, tiba-tiba Qaireen cakap lapar. Huish.. baru saja makan petang dia dah lapar. Ai cakap dengan dia sekejap lagi baru makan, rasanya nada suara ai tak keras tapi dia ingat ai marah dia huhuhu... patutlah sepanjang jalan tu dia senyap saja. Masa tu tak perasan lagi, dah masuk dalam butik Adidas baru tahu dia merajuk hehehe.. Gambar di bawah ini ai tak perasan lagi dia merajuk.
Nak keluar dari butik Adidas tu, dia bagi ai notebooknya. Aduhai anak, sedih pula bila Mummy baca. Terus menerus ai pujuk dia. Anak bongsu ini memang tak boleh ai naik suara sikit, mula lah sentap dan berair mata tu. Itu pun lama juga nak memujuk. Kuat menangisnya ððŦ
Untuk mengubati kesedihannya, Daddy dia belikan makanan kegemarannya iaitu sushi di Empire Sushi. Lepas beli makanan dia tu masih ada sedikit kesedihan lagi. Kami sambung jalan dalam mall dan ai ternampaklah butik Sanrio. Tak pernah nampak dalam mall lain, ini pertama kali nampak di Sunway Pyramid ni. Teruslah laju bawa Qaireen masuk dalam kedai itu. Nampak dah muka tu dari sedih jadi gembira hehehe.. Ai pun beritahu dia Qaireen ambil lah nak beli apa. Dia sampai pening tak tahu nak beli apa sebab banyak sangat Kuromi dia tu hahaha.. Kakak-kakak dia pun tumpang selit sama beli barang juga. Aliah tu dia suka Hello Kitty, akak Zahra dia biasa saja. Dalam pada biasa tu dia ada juga ambil satu keychain ð
Tengah nak membayar dikaunter, tiba-tiba mesin kadnya tak boleh pakai. Bayar dengan cash sahaja. Kebetulan ai bawa duit banyak sikit dari biasa, dan nasib juga Qaireen ambil tak banyak barang hahaha.. fuh! selamat ðĪĢ Alhamdulillah, mood Qaireen terus baik. Dapatlah Mummy sambung jalan dengan aman heheh. Begitulah kisah anak bongsu ini ðĪ.
Datang sekolah Qaireen untuk Hari Terbuka Dialog Prestasi Akademik 2025. Agak nervous juga sebenarnya, sebab ini merupakan kali pertama untuk lihat keputusan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) dia ðð. Dalam kepala otak ini, okay ke tidak. Adalah beberapa soalan yang ai nak tanya pada cikgu kelasnya. Macam tak biasa pula kan ðĪ, padahal dah ada tiga orang anak mengadap perkara ini hahaha.. mungkin anak bongsu agaknya kan.. perasaan itu lain ðŦĢ
Untuk Tahap 1, perjumpaan dengan cikgu kelas di adakan di dewan. Sebab perjumpaan ini dibuat pada satu sesi sahaja iaitu waktu pagi. Ai pun plan tidak sampai awal sangat, dalam pukul 9 setengah pagi baru masuk ke dalam sekolah. Sampai saja di dewan, terus ke barisan kelasnya. Alhamdulillah tidak berapa ramai, ada lagi dua parents menunggu giliran.
Sempatlah ajak Qaireen selfie sementara menunggu. Daddy sampai lambat sikit, dia tengah mencari parking.
Elok saja giliran kami, sampai enZaf. Terus mengadap cikgu kelasnya ð. Banyak juga soalan ai tanya kepada cikgu. Alhamdulillah Qaireen tiada buat masalah sepanjang sesi persekolahan. Cikgu beritahu dia pun senyap sedikit di dalam kelas. Eh! eh! kat rumah cikgu tak tahu dia paling bising sekali hahaha.. Oh ya! lagi satu cikgu kata speakingnya bagus. Samalah macam kakak-kakak dan abangnya juga. Anak-anak ini memang English lagi baik dari Bahasa Melayu. Cakap Bahasa Melayu pun bunyi pelat huhuhu... padahal Mummy dia makan sambal belacan dan tempoyak ðĪĢ. Banyak sangat tengok Youtube gitu lah kan.
Selesai saja di sekolah kami terus ke kedai makan. Perut dah lapar sangat. Dah sampai rumah barulah ai teringat tak ambil gambar dengan Qaireen di sekolah. Jadi paksalah enZaf ambilkan gambar kami berdua sebelum masuk rumah hehehe...
Beg ai bawa tu dari pemberian sahabat baikku ketika di UUM, Nur. Jauh datang beg itu tau, terbang dari Sarawak. Beg anyaman Sarawak. Cantik sangat beg ini, saiz dan warna tu memang kena sangat dengan ai. Pandai Nur pilih. Terima kasih ya Nur kerana masih mengingatkan diriku ini. Walaupun kita jauh di mata tapi dekat di hati. Tiba-tiba rasa sebak pula. Gambar di bawah adalah pemberian dari cikgu kelas Qaireen. Baik sangat cikgunya pun, ada ole-ole untuk anak muridnya ð️. InsyaAllah tahun depan masih cikgu kelas yang sama ðĨ°
Kesimpulannya, hasil keputusan PBD Qaireen amatlah membanggakan bagi diri ai. Adalah satu subjek seperti Bahasa Arab dia agak rendah sedikit tapi tak apa. Sekurang-kurangnya selama dia pergi sekolah ini dia faham apa yang diajar oleh cikgu. Sekolah dia tiada buat exam, hanya Tahap Dua sahaja. Ada sekolah lain Tahap Satu pun ada exam juga kan. Setiap sekolah tak sama cara pembelajaran dan pengajaran. Bergantung kepada Guru Besar. Walau macammana pun kita tak boleh biarkan anak leka sangat. Ada masa belajar dan ada masa bermainkan. Cabaran untuk besarkan Gen Alpha ini ððĪŠ
Ini merupakan lawatan luar pertama buat Qaireen di sekolah rendah ð. Masa awal-awal ai daftarkan dia untuk pergi trip ini, tak beritahu dia pun. Kalau beritahu awal nanti asyik saja bertanya atau pun buat countdown hehe.. dah nak dekat tarikhnya trip tu barulah beritahu dia.
Cikgu dah pesan kena sampai awal di sekolah. Bukan main ya anak dara ini segar bugar bangun pagi. Bila dah hantar Qaireen di sekolah, ai masih tunggu sampailah mereka naik bas. Masa nak naik bas, keluarkan lah handphone untuk rekod video. Punyalah lama ai pegang handphone tu, bila Qaireen dah naik bas baru sedar yang diri ini tak tekan pun button rekod tu huhuhu.. bila cerita kat enZaf dan anak-anak yang lain, dorang gelakkan ai. Kata mereka, mummy selalu macam tu. Tapi memang betul pun, selalu lupa nak tekan button bila rekod video. Banyak kali dah jadi. Sebabnya mata ai dah tak pandang handphone tu bila rekod ðĪ.
Ada dua bas terlibat dalam lawatan ini dan dipecahkan kepada tiga kumpulan. Senang untuk cikgu monitorkan. Tempat pertama anak-anak ini pergi adalah Kilang Coklat Beryl's ðŦ. Bestnya pergi tempat coklat ini, kami sendiri tak pernah ke sana lagi. Jauh pula nak ke Serdang. Tengok video yang cikgu share pun dah seronok. Mesti bau sedap dan cantik juga tempatnya. Nanti nak ajak enZaf ke sanalah hihihi.. Tapi satu tak best banyak tak ada muka Qaireen dalam video dan gambar. Entah mana lah budak tu tak reti duduk diam. Sama saja dengan anak-anak yang lain. Jenis yang susah nak nampak dalam gambar bila aktiviti sekolah huhu.. Bertabahlah ya.
Tempat ke dua mereka ke Jungle Gym. Semestinya tempat ini Qaireen paling suka. Bukan setakat main di dalam playground ð itu, dorang semua sampai mandi di kolam ðĶ. Seronok betul.
Dalam pukul 5 petang, semua parents menanti depan pagar sekolah dah. Ramai anak-anak terutamanya yang perempuan tak bertudung sebabnya dah basah masa mandi di kolam ðĪĢ ai pun tak bekalkan tudung spare, hanya seluar dan baju saja. Mujur budak lagikan hehehe.. Seronok ya dengar dia bercerita. Mana taknya berjalan dengan kawan-kawankan, mestilah seronok sangat. Terima kasih pada semua cikgu yang menjaga dan memastikan keselamatan anak-anak. Terbaik!!
Masa pergi lawatan ini, ai ada bagi duit poket untuk Qaireen. Pesan kat dia kalau nak beli apa-apa guna duit ini. Dia beli dua kotak coklat masa di Kilang Beryl's. Paling tak sangka dia beli coklat Tiramisu. Katanya coklat itu untuk Mummy. Dia tahu Mummy suka ðĨ°. Yang coklat Strawberry tu dia punya hehehe..
Bawa Qaireen dan abang Ariq beli uniform sekolah. Tiada tempat lain yang dituju kalau area rumah ini. Masih setia dengan kedai Uni1One di Dataran Sunway. Qaireen ni tengah tak ada mood sangat. Tak ingat pula dia merajuk sebab apa hehehe.. malas nak layan. Biarkan saja ðĪ.
Nanti nak potong rambut dia lah. Panjang sangat. Nak pula dia beritahu nak pakai tudung pergi sekolah kali ini. Elok lah berambut pendek. Tapi tak sangka pula dia nak pakai tudung sebenarnya. Sebelum ini masa kat Genius Aulad agak mencabar juga lah nak suruh dia pakai tudung. Banyak tak nak dari nak hehe.. Disebabkan itu, ai minta cuba tudung sarung kat kedai ini.
Tudung sarung sekarang ini dah ada getah pula di bawah dagu. Tak elok pula Qaireen pakai, walaupun itu saiz paling kecil. Nampak kedut-kedut getah tu panjang sangat. Rupa macam haiwan sesumpah pun ada hahahaha.. Jadi untuk tudung dia, ai order online saja Tudung Si Comel . Sama macam akak Zahra dia masa masuk Tahun 1. Tahun 1 ini memang suka pakaikan sarung. Senang sikit, dah besar baru pakaikan tudung dua lapis pula.
Selesai bahagian Qaireen, uruskan abang Ariq pula. Comel satu-satunya anak bujangku ini. Dah nak masuk Tingkatan 1. Mujurlah ada saiz untuk dia. Labuh sikit seluarnya tapi tak apalah. Dengan harapan dia cepatlah meninggi nanti ðĨđ. Rambut dia pun nanti kena potong sebelum naik sekolah. Berbuih dah Mummy ajak pergi potong rambut. Susah betul, apa entah yang dia suka sangat rambut panjang kembang tu ðĪĢ.
Ariq akan bersekolah sama dengan Aliah. Dia tak ada rezeki masuk asrama. Masa dia tahu tak dapat masuk asrama, tak ada pun riak muka bersedih. Gembira lagi ada sebabnya ramai kawan-kawan dia bersekolah sama dengan dia nanti hahaha.. mana-mana lah nak oi. Mummy dan Daddy pun okay saja dia bersekolah harian. Dia pun tak tahu apa hala tuju, masih berfikir-fikir nak jadi apa bila besar nanti. Sama lah dengan Aliah tu pun hehehe.. Alhamdulillah, selesai dah semua pakaian anak-anak. Kami tak beli banyak pun baju sekolah ini, sekarang dah boleh pakai baju pj ke sekolah. Kurang lah sikit perbelanjaan tu kan. Lewat petang sikit ai dan enZaf keluar untuk minum petang. Kiranya keluar dating ðĨ° sekejap.
Kami pergi Oh Apong. Pertama kali cuba Bihun Tomyamnya. Sedap! Yang lain tu dah pernah makan sebelum ini.
Dah alang-alang keluar tu, ai ajak enZaf beli barang sikit di Jaya Grocer sebelum balik rumah. Konon nak beli satu dua barang, macam-macam juga dicapai. Nasib baik nak cepat, nak sampai rumah sebelum masuk waktu Maghrib. Kalau tak banyak lagi barang masuk dalam troli tu hehehe..