Wednesday, June 30, 2010

Malasnya

Berlonggok tudung tak basuh.
Dekat 20 helai.
Kena handwash tu yg malas tu.
Nampak gayanya tunggu sampai dah takde tudung nak pakai, baru basuh.



Korang basuh tudung camne?
Pakai bape kali baru basuh?
Ai plak ikut cuaca, kalau pakai tudung tu time panas dah berpeluh sakan,
terus campak dlm laundry bag.
Tapi kalau takat pakai jalan2 gi shopping complex, ataupun kejap2,
3-4 kali dah pakai baru basuh.

Tuesday, June 29, 2010

Eye Q-lympix

Masih citer kat OU lagi.
Lepas dah bergambar ngan Elmo kekononnya tu, kami terus
gie kat Gain Plus EyeQ Event.
"Greatest Mind Building"

Sampai kat sana kena register dulu tuk join the activites.

Step 1: Bowling by Numbers.
Menda alah ni yang Zara dok terjah dulu, sbb dia nampak ball.
Activiti ni mengajar anak kita mengenal basic number (1-4)
dan koordinasi fizikal.
Zara ni dapat bola terus je nak baling.. bukannya nak tgk dia dapat lane no brape.
sabar je la anak aku.

Step 2: Color Maker
Belajar mengenal warna.
Kaler2 mmg suka, tapi sbb ada orang tgk dia, cam malu2 plak. aduyai

Step 3: Music Matcher
Dengar pelbagai jenis instrumen musik
Yang ni Zara bagus pandai plak tu dia kenal bunyi2.

Step 4: Tumbling Tower
Yang ni Zara tak main. Sbbnya blok nak kena tarik ni lagi besar dari dia.
Dan dia cam tak suka.. rasanya sesuai tuk budak umur 4 tahun keatas.

Step 5: Memory Maze
Yang ni pun Zara tak suka. Dia takut nak masuk dalam.
makanya mummy dia pun terpaksa join masuk sama,
dan heret anak dara ni sampai keluar huhu


Step 6: EyeQ Research Centre
Paling Zara suka giler.. main puzzle.
Dia mmg antu puzzle. kat umah dah bape byk puzzle ada.
Blom masuk kat umah maktok dia lagi.


Setiap activities involved akan diberi stamp.
Kena collect 6 stamps ni baru entitled tuk amik gambar
dan medal.. wah medal gitu.
Tapi part ni Zara dah mengamok.. sbb dia dah penat.
Amik gambar pun macam ape dah muka.
Ape pun event ni mmg puas hati.
dari sini kita leh tau takat mana IQ anak kita kan.
Apepun mummy puas hati ngan IQ zara walaupun dlm 6 step tu 2 step je dia tak main.

Monday, June 28, 2010

Sesame Street: When Elmo Grows Up

Semalam kami ke OU.
Nak jumpe Elmo & Cookie Monster tuk bergambar.
Ingatkan nak beli ticket skali tuk performance dorang,
tapi sayang skali tgk date tu jatuh time bulan puasa.
Adoyai, pe jadah buat bulan puasa..
terus tak jadi nak beli ticket.


Zara cam biasa la, dia ni penakut ngan maskot.
Bila ajak bergambar taknak..sayang sungguh.



Pada kekawan yg nak tgk performance Elmo ni,
bole beli kat axcess ticketing outlets or online.
Date: 3rd - 5th September 2010
Venue: Stadium Bukit Jalil
Harga tiket dari RM65 - RM155

Friday, June 25, 2010

Janji Kekasih

Hari ni tak nak miss lagi tgk citer Janji Kekasih.
2 episod dah tertinggal, nasib kat tv3 website leh ulang tayang balik.
Citer cam Nur Kasih, ada selitkan unsur keislaman
I likee!!!

pic dari tv3.


Wednesday, June 23, 2010

Delicious

Sebelum ni ada teringin nak makan bread pudding.
Tapi nak bread pudding kat Eastin Hotelnya. Zaf tak layan huhuhu
Dia bawak pegi minum petang kat Delicious,One Utama je.

pic googled

Order air biasa je, tembikai laici ngan vanilla milk shake.


En Suami order brownies + icecream.
Sedap giler.. tgk la melt chocolatenya meriah, penuh atas plate.


Dan ini tuk ai, bread pudding.
Pudding tu ok lembut. Sizenya jgn kata la besar giler. Tak habis.
Tapi tak brape kick sangat la custardnya.
Dlm pale otak, masih lagi nak bread pudding Eastin Hotel huhuhu


Kawan2ku, ada sesapa tau mana nak makan bread pudding sedap giler.
Tak kira la kat kedai ke, korang sendiri buat ke. Nak jugakkk haha

Saturday, June 19, 2010

Shrek

Akhirnya 2 minggu lepas, kami berjaya bawak Zahra tgk wayang buat pertama kalinya.
Kami pilih seat sebelah ngan tangga, senang nak kuarkan kot dia nangis.
Alhamdulillah dia tak nangis pun.
Yang bestnye mulut dia tak henti2 cakap TAKOT TAKOT TAKOT masa dlm wayang.
Sebab malapkan, lampu tak terang, tapi citernya blom start lagi.
Berkepit je dia ngan mummy and daddy bertukar2. Kelakar betul.
Bila dah start citer Shrek tu baru nampak dia release sket.
Bila citer tu dah 30mins, nampak dah dia ok,
pastu taknak dudukk..nak berdiri plak. tau la budak mana reti dok diamkan.
Tak kisah la anakku, janji ko tak nangis.

Bila dah habis tgk movie, bawak Zahra bergambar kat Shrek tu.
Yang peliknya dia bole takut heheh mmg pelik
Ape dia takot ntah. Agaknye tak comelkan, besar dan ijau. haha


Actually feveret karakter Zahra dlm citer Shrek ni bukanlah Shrek.
Tapi Donkey. Seyes weh dia suka sangat kat Donkey ni.
Bila nampak donkey ni, dia jerit DONKEY!! pastu gelak2 hehehe


pic googled

Ape pun kami enjoy tgk cartoon movie ngan Zahra.
Kali ni plan nak bawak tgk Toy Story plak.

Friday, June 18, 2010

Float

Satu hari en suami bawak balik satu botol root beer dan eskrem.
Wowee sangat seronok.
Terus menerus si isteri buat float.


Beli flavour Vanilla dari Magnolia.
Memang eskrem A&W pakai.. sedap.
Si anak makan eskrem saje


Inilah hasilnya, walaupun tak secantik order kat A&W.
Scoop eskrem pun takde, makanye sumbat je la ngan sudu.
Tak kisah la kan, janji sedap dan sama rasa ngan A&W float.



Kami menikmati float ni sambil tgk FWC.. =)
Tetiba rasa haus plak..

Tuesday, June 15, 2010

FM ku...

Ini lah fridge magnetku yang tak seberapa itu.
Idak la banyak cam korang2 yang penuh satu fridge..
Nak kata gile kumpul takde la jugak.
Tapi kalau kita gi holiday mesti la bawak balik seketol dua kan.

Ada antara FMs ni yang ai beli dan ada yang bagi.
Tapi ai hanya beli FM mana tempat holiday yg kami pegi saje.
Tak pegi buat ape nak belikan. =)
Dan juga buah2 or sayur-sayuran... suka sangat.

Kebanyakkan FM dari overseas tu datang dari my hubby sebab dia byk outstation,
family, sedara mara, opismate dan kawan2 pun bagi jua.
Oh yer blogger pun ada kasik gak.
Orang memberi kita menerima aje. hehe maseh ye!


Monday, June 14, 2010

Jom Swimming

Pagi jumaat tetiba Zara ajak swim.
Ntah ape mabok dia, mimpi agaknye.
Malas tul nak layan, sbb ngantok hehe

Tapi disebabkan dia la satunye2 princess kat umah tu,
harus la layan gak dgn hati paksa rela huhu

Ni la muka budak yg mengamok cam ape ajak swim.
Skang ni bila ajak pose, mesti nak jelir lidah.
Sape ajar pun taktau.


Harus mummy nak enterframe sama.


Seronok mandi, takde orang.
Dah tu pepagi sape nak gi mandi kan.

Muka puas hati.. yeay!!
Zara masih lagi takut2 nak apungkan badan dia.
Bila dia nak apung gi tunduk, bape kali telan air dah. hehe
Takpe la nak, slow2 la yer.. lelama pandai leh jadi diver cam Aunty Mel =)


Thursday, June 10, 2010

Door Gift or Souvenir

Sape suka collect door gift and souvenir, angkat keyboard.
Korang leh geng ngan ai le.
Tuk gift2 camni ada 2 tingkat je ai susun..
sbb tingkat2 yg lain tu letak kristal.
Ai peminat kristal exspecially dari Bohemia.
tapi idak la yg besar2 nye.. comel2 je.. sbb tu je mampu beli.heheh

Ni le tempat ai letak segala bagai yg dapat dari wedding dan
family sedara mara kekawan gi travel.


Skang kan musim orang kawin.
Mesti kita dapat door gift dari pengantin kan.
Yang ceramic2 ni ai letak satu tingkat. Byk lagi kat blakang tak nampak lak ;)
Orang skang kawin mewah kan door gift. cantik2 gitu.


Yang bawah ni kebanyakkan dari mereka2 yg pegi holiday, travel sana sini.
Sangat terharukan bila dorang berjalan ingat nak beli something kat kita.
Tak kisah la murah ke mahal, tapi niat tu.. terharu mak!
Walaupun ai ni tak pergi overseas, tapi dorang bagi kira cam dah pegi gak la, bole.



Fridge magnet pun ada gak dapat..tapi takde la dlm ni kan
harusla tempek kat fridge..
yg tu next entry je la.

Tuesday, June 8, 2010

Musim buah

Alhamdulillah
Mungkin ni dinamakan rezeki ibu mengandung kot.
Tak sangka ramai plak baik hati bagi buah-buahan kat ai.
Dari opismate sampai la kekawan.

Hari2 makan buah dan buat juice. hihi



Tetiba rasa teringin nak makan buah mata kucing.
tapi blom musim lagikan huhuhu sadisnye.

Monday, June 7, 2010

Menggantung Award

Dah lama tertangguh nak gantung award2 yang kawan2 blogger bagi.
Kebanyakkan award ni ada tag soalan2 tapi tak buat.
Sebabnya kebanyakkan soalan2 ni semua yg berulang2 dan pernah buat.
Sorry yer.

Award ni dapat dari
Honeylanz.



Yang ni plak dapat dari MrsHaris dan Zaila.



Seterusnya dari Queen of 2 Heroes



Dan terakhir dari Mektie.




Thanks yer kawanku yg sudi bagi award..
pada sesapa yg baca blog ni.. blom ada award kat atas..
sila amik. gantung kat umah korang lak.. =)

Thursday, June 3, 2010

Tiada Jodoh

huhuhu nangis dulu.
nampak gayanye tiada rezeki ngan TR baru.
bulan 4 hari tu ada beli 2 helai kat online.
tapi sampai kesudah tak muncul-muncul...
first time jadi camni. sedihnyaaaaaa

wahai TR ku.. mana ko terbang ni.. sesat dah ke.
tetiba rasa serik nak beli online.. huhuhuhu
kawan2 blogger ku.. korang ada experience tak barang tak sampai..
saje la nak kongsi kesedihan bersama. huh tetiba je.

pic googled

Wednesday, June 2, 2010

Yey


Alhamdulillah, hari ini merupakan tahun ke-4 kami bersama sebagai suami isteri. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.


*gambar atas ini dari Google.

Sebenarnya hari ini ai ambil cuti. Tak buat plan apa pun lagi, hadiah pun tak beli juga :p Agak-agak baby dalam perut ini boleh dikirakan sebagai hadiah tak hehehe.. Semalam lepas balik dari kerja, ai kena migrain yang sangat teruk. Badan pun rasa tak larat, lemah sahaja. Dalam tak sihat tu, enZaf tanya kenapa ai tak pergi kerja. Dia memang tak nampak ai sakit ke apa sebenarnya huhu.. Dan lebih sedih dia memang tak ingat hari ini hari apa. Saja ai tak beritahu atau tanya dia, nak tengok dia ingat ke tidak.

*updated
Terima kasih tak terhingga kepada yang wish dan mendoakan kami. Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan kepada kalian semua. Aamiin.. Oh ya, suami ku memang tak ingat langsung hari anniversary ni. Bertabahla. Mujur masih sayang dia lagi hahaha..