Berpagi-pagian di padang Havea Arena RRI untuk menyokong team Aliah dalam Selangor Fiesta Touch 2025 🏉.
First game dah selesai, sementara menunggu game yang seterusnya, lepak sekejap di gerai makan untuk isi perut. Kelaparan dah menunggu dorang ni. Selang setiap game adalah dalam satu jam lebih huhuhu... Begitulah kalau ikut anak-anak ini setiap kali tournament. Menunggu tu yang meletihkan, main tu sekejap je hahaha 😅
Masa minum ni sekali dengan Pang tapi tak ada ambil gambar. Borak-borak dengan dia, berkongsi perihal anak-anak. Lepas tu kami ke gerai jualan baju. Ai beli jersey untuk anak-anak sebagai kenangan. Mujur ada saiz lagi, laku keras jualan mereka walaupun belum habis satu hari dah susut banyak stoknya.
Kepanasan ya amat ☀️, semua berteduh bawah khemah. Yang best, photographer pun bawa khemah juga. Rezeki kami lah parents dapat tumpang berteduh sama. Alang-alang tu, ajak Pang bergambar. Tournament ni dua hari tapi Pang tak ada esok, anaknya ada sukan sekolah pula. Clash pula dengan aktiviti sekolah, tak dapat nak join hari ke dua di ragbi ni sebab anaknya ada masuk acara larian. Maka dengan itu, automatik tak ada geng borak ai hahaha..
Sebelum balik sempatlah ajak semua bergambar atas stage. Belum tahu lagi menang ke tak tapi kita ambil aura hahaha.. Nanti waktu hari penutup mesti ramai orang dan takut tak berkesempatan nak bergambar di situ. Nak gambar yang elok kena tunggu photographer bagi link.
Singgah makan di Ketiga. Isi perut dulu sebelum balik rumah.
Tapi tak habis di situ, makan lagi malamnya dan kali ini order saja di Zus hahahah... enZaf tak ada dia pergi main bola pula.
Gambar-gambar di bawah adalah hari ke dua tournament. Tak banyak gambar pun diambil.
Rezeki dapat masuk Final. Adalah siarang langsung dari Youtube. Screenshot satu buat kenangan hehehe..
Tahniah Aliah dan teammate. Dapat tempat ke-Dua dalam kategori Cup 🎉🏆🥈. Wajiblah ambil gambar dengan dia kan. Gambar ai dan Aliah dari phone enZaf. Waktu tu dah gelap, mujur kamera phonenya nampak terang 😍.
Kali ini pergi sekolah Aliah dan Ariq pula untuk report card. Pada awalnya ai pergi sekolah seorang saja. Bila sampai tu, terus pergi ke Dewan Imtiyaz sebab Tingkatan 1 perjumpaan gurunya di dewan. Manakala untuk Aliah hanya di dalam kelasnya. Agak panjang juga nak menunggu giliran dan jangkaan sesi setiap parents lebih kurang dalam 15 minit. Dalam setengah jam lebih enZaf pun sampai bersama dengan Qaireen. Memandangkan lambat lagi giliran berjumpa cikgu, enZaf suruh ai pergi jumpa dengan cikgu Aliah dulu. enZaf standby di kelas Ariq sahaja. Bila sampai kelas Aliah, parents tak ramai dah. Tetapi giliran menunggu pula lama. Mungkin disebabkan tahun ini anak-anak di Tingkatan 3 jadi ramai parents bertanyakan aliran untuk tahun hadapan. Sebabnya ai pun berfikiran begitu juga, hendaklah tahu berkenaan aliran yang ditawarkan di sekolah. Ketika sesi berjumpa cikgu, cikgu ada menerangkan secara ringkas dan maklumkan pihak sekolah akan membuat sesi taklimat berkenaan aliran ini dalam masa yang terdekat 👍.
Aliah masih berbelah bagi untuk aliran yang bakal diambil untuk tahun hadapan. Dia sendiri kurang pasti apa yang dia nak belajar huhuhu... Nanti ai kena sitdown dengan dia apa yang dia minat. Ariq pun tak tahu nak apa, tapi dia kata tak apa dia lambat lagi 😅.
Keputusan ke dua-dua anak ini bersederhana sahaja. Baik sangat pun tidak, teruk sangat pun tidak. Kena polish lagi tapi itu lah cabaran sungguh nak mendidik anak zaman sekarang ini ya. Nak halang handphone 100% pun tak boleh. Sekolah menengah ini, mereka sudah ada Whatsapp group antara murid dan cikgu. Berbeza dengan sekolah rendah, semuanya dengan parents. Homework, assignment semuanya cikgu bermesej dengan anak murid. Hanya boleh pantau masa sajalah dengan mereka dengan limit masa untuk tengok handphone 📱😬. Masa kat sekolah, terserempak dengan ex-jiran Miza. Lama betul tak jumpa dia sejak berpindah ke tempat lain. Dah alang-alang jumpa tu, ajaklah bergambar.
Thank you Aliah ambilkan gambar Mummy dan aunty Miza. On the way nak ke kelas Aliah itu yang terjumpa dengan Miza kat dewan. Dia dah selesai berjumpa dengan cikgu. Anaknya Damia Tingkatan 4. Sempatlah berbual sekejap mengenai SBP/MRSM sebab anak ke duanya Tahun 6 minat nak masuk asrama. Begitulah kan bila kita berjumpa ini, cerita perihal anak 🤭. Lepas solat Jumaat hantar Aliah ke sekolah semula. Dia ikut Perkhemahan Perdana Unit Beruniform. 3 hari 2 malam dia Kem Photon Valley, Hulu Langat. Ariq tak dapat join sebab dia ada Mobile Legends tournament sekolahnya.
Gambar di bawah ini masa menunggu kereta dibasuh. Sajalah buat kenangan satu, bukan selalu ai teman enZaf bawah pokok. Selalunya bila dia nak basuh kereta ai lepak minum kat kedai hahaha..
Coach Rugby Aliah ada maklumkan dalam Whatsapp group, dia nak hantar satu team untuk tackle. Pada mulanya ai ingat coach nak bawa tackle teamnya, rupa-rupanya player yang main touch pun boleh cuba main tackle ini. Ai beritahu Aliah nak cuba tak, dia macam takut nak main tapi pada akhirnya dia kata boleh lah nak mencuba. Daddy dia pula agak terkejut bila tahu Aliah nak main tackle. Dia cepat risau kalau apa-apa melibatkan hal anak ini, berbeza dengan ai sebab ai suka anak-anak ini mencuba benda baru. Game ini kategori friendly yang dianjurkan oleh Bukit Jelutong Rugby CLub (BJRC) dan mereka ada buat untuk kategori U15 Contact 🏈. Selain itu kategori Touch.
Sementara game bermula, anak-anak semua warm-up dan bapa-bapa setup khemah 💪🏕️.
Dua keping gambar di bawah ini, ai ambil dari photographer yang anak-anak ini uruskan. Cantik gambar dia ambil, boleh tengok Instagramnya di lensa.fizie. Ada gambar lain tapi ai letak dua saja lah 😆.
Hampir pukul 1 habis. Dorang main sebanyak lima games, empat menang dan satu seri. Permulaan dan pendedahan yang baik buat anak-anak. Harap-harap semuanya enjoy, itu pun ada beberapa orang injured, moga cepat sembuh hendaknya.
Aliah pun seronok, katanya best cuma kalau nak main tackle ni, fitness kena tiptop. Penat nak jatuhkan orang tu, kena pakai tenaga banyak hehe.. Gambar ai dengan Aliah ini pakai handphone enZaf, itu yang cantik warna gambar tu. Beza betul warna gambarku hahaha...
Alang-alang dah berada di Shah Alam, enZaf ajak lunch makan ikan Patin di Temerloh Kitchen Signature.
Laju-laju kami makan sebab dalam pukul 3 petang, Ariq pula ada bola. Liga Madani di Havea Arena ⚽. Kali ini ai tengok dari dalam kereta saja, nak keluar dah tak larat. Muka pun dah panas dek sunburn. Parking spot pula tak menarik, tempat ini saja kosong. Mengadap la tiang gol yang dorang letak tepi padang ini huhuhu...
Sabtu lepas Aliah dan Ariq pergi kursus Kepimpinan anjuran sekolahnya di Segi University. Melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas SPBT, PRS, PSS Pengawas Koperasi, Majlis Ketua Tingkatan dan Skuad Badar. Aliah wajib pergi sebab Pengawas Sekolah manakala Ariq dapat keizinan cikgunya untuk pergi sebagai Pengawas Koperasi walaupun dia baru dalam tempoh percubaan. Kalau tak salah ai, Tingkatan 1 hanya tiga orang saja yang mengikuti kursus ini. Bertuah lah untuk Ariq sebab dapat pengalaman 👍. Hantar mereka berdua pagi, hanya drop-off saja di lobi. Dah besar tak perlu lah hantar sampai ke dewan hehehe.. Ini kali ke dua ai masuk dalam Segi University, sebelum ini hantar akak Zahra untuk persedian UPSR. Sekali tahunnya UPSR dimansuhkan 🤭
Nak ambil gambar anak-anak, tapi masing-masing laju pula keluar dari kereta. Ariq nampak sipi saja hahaha..
Lepas hantar dorang ke Segi, kami terus keluar breakfast. Sempatlah juga berjalan ke The Curve. Tapi tak ambil gambar apa pun. Lewat petang baru pergi semula ke Segi untuk ambil Aliah dan Ariq. Sementara menunggu mereka berdua, ajak enZaf dan Qaireen selfie dalam kereta.
Oh! dah ada balik Pandora setelah sekian lama.. yeyyyy.. terima kasih enZaf.
Macam-macam ada dalam goodies bag. SEGI pun bagi booklet, dalam tu ada senarai program yang ditawarkan serta kemudahan yang disediakan. Senarai program itu ada disertakan sekali jumlah yuran. Tak mampu nak telan air liur terutamanya dalam medical degree hahaha.. memang kena ada duit kepok-kepok nak masuk sini. Kalau pakai loan, jenuh nak bayar.
Tiga gambar di bawah ini ai ambil dari Telegram sekolahnya. Ada lagi banyak gambar lain tapi masukkan ini je lah. Punyalah banyak gambar dan video, tak larat nak scroll dan belek satu-satu hahaha.. Comel bebenor anak bujangku sorang tu 😆. Keliling semua abang dan kakak.