Friday, November 29, 2013

Birthday High Tea


High tea sbb order iced lemon tea hihi.
Kami makan kat Chili's One Utama.
Lama tak makan kat sini.
Dorang ni mmg suka gi sini,
sbb ada kaler2 bole menulis & mewarna.



Sementara tunggu makanan sampai,
birthday girl bergambar ngan anak sulong.
Ceh girl la sangat
padahal dah 33 uolss huhuhu



Daddy suh say "scream"
Sbb anak2 suka benor tgk citer
Monsters University.
Tapi yg scream lebih cam Daddy dia je haha



Ariq mmg xde perasaan,
org suh pandang camera wat taktau je :p

Makanan pun dah sampai.
Feveret anak.



Feveret ai.



Feveret semua orang.



Cuti sekolah ni Zara byk hari dah tido umah MakTok.
Kelmarin dah ambil dia bawak balik.
Sian kat Aliah takde geng.
Aliah plak taknak tido sana.


Thursday, November 28, 2013

Facebookku





*semua pic dr google.com

Ai suka facebook.
Macam2 ragam perangai org dlm tu kan.
Yang suka selfie,
yang suka motivate
suka bebel
suka kondem hahaha
Masing2 ada citarasa sendiri.
Dan semua tu menceriakan timeline ai.

Bagi ai plak lebih suka upload gambar
dr wat status.
Selain gambar anak2 (diri sendiri :p)
buh gambar makanan terutama dessert
dan gambar ngan kawan2 gak.
Paling penting ni gambar ngan kawan2,
sbb itu adalah salah satu cara ai
menghargai kawan yg ada.
Keluar lepak makan minum ngan kawan2 mmg best :)

Suka sbb kat fb bole create album,
jadi ai wat kenangan dan memori kat situ.
Kalau instagram xbolekan
jenuh la nak scroll gambar kalau byk.
Sbb tu jarang nak guna.
Tapi kalau nak cerita lebih buat entry dlm blog :)
Sayang blog ni.
5 tahun dah bersama suka duka perjalanan hidupku.

Wednesday, November 27, 2013

Oh My Ganu!


Malam ni weh.
Siap wat reminder lagi kat Astro haha.
Ai mmg tgk Oh My English!
so bila kuar versi Ganu ni,
mmg xsabar nak tgk gak.


*pic googled.

Oh My Ganu yang berlatar belakang sebuah kampung di Pantai Timur menyaksikan adegan mencuit hati pelajar 3 Merah bersama guru kesayangan mereka Mr. Middleton (Zain Saidin) yang mencari Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) di kampung halaman.


Mr. Middleton mendapat halangan untuk mencuri semula hati Cikgu Ayu yang digilai oleh seorang jutawan kampung (Zizan Razak) dan seorang rakan rapatnya lakonan Izzue Islam.

Tuesday, November 26, 2013

Aiskrim & Kek


Hari Jumaat petang gi umah Mak.
Adik ai Hana kat Ipoh balik.
Lama tak jumpa anak buah sorang ni Aira.
Ubat rindu kat dia.
Makin comel dan peramah.
Aira nak berkawan tp
si Ariq ni plak malu2 haha



Aira peace pun satu jari.

Bibik baru kat umah Mak Tok.
Rajin sgt menyapu.



Meriah semua cucu2 Pak Usop ada.
Anak lakiku biasa la keras malu xhabis2.



Tengah melepak kat depan umah,
moto eskrem lalu,
ape lagi ai panggil la.
Zara & Aliah terus campak penyapu
berlari kat motor haha



Lama xmakan roti eskrem.
Memang sedap.
Belikan tuk adik2 ai
dengan MakTok pun join skali ;)



Malam tu adik ai belikan KFC.



Dan paling terharu beli kek jugak.
Hahaha terharu okeh.
Hot mummy sangat.
Memang hot sbb garang :p



Selalu birthday2 kat umak mak ni,
tuk cucu2 dia je.
Jarang bebenor tuk anak sendiri :p
Bila dah beli kek bagai
terasa cam umur 13 plak eh hahaha

Seronok sgt,
simple tdan meriah.
Nak plak bila semua ada berkumpul.
Yang xde masa ni Zaf je.



Alhamdulillah, ai dah 33 tahun. :)

Monday, November 25, 2013

Cuba Perbaiki Sikap


Dalam diriku byk sifat2 yg kurang elok.
Lebih tepat sifat negatif.
Sifat utama adalah cepat marah.
Iye sejak ada anak2 ni cepat sgt marahnya.
Ayat mcm anak plak penyebabnya,
tp xde anak pun marah gak.
Garang kot sbb anak sulongkan. :p
Kekadang lepaskan marah tu kat Zaf huhu.
Skang bila nak marah cepat2 lari tempat lain cth dlm bilik,
tarik nafas tenangkan fikiran :)
Ada jugak bila dah marah sgt,
nak lepaskannya dgn menangis uhuhu

Kedua membebel,
patutla org ckp mak2 ni suka membebel.
Eh tapi mak ai xmcm tu.
Anak2 bila dah besar dah panjang akal.
Jadi skang belajar byk diam.
Takut bila membebel mengeluarlan kata2 kurang sedap.
Ai kalau membebel nanti kelaut ntah ape2 ckp huhu
Maka bercakap bila dan yang perlu sahaja.

Suka buat kerja byk dlm satu masa.
Bagus sebenarnya, tp xbagus tuk ai.
Sbb bila ai buat mcm2 ai akan penat
dan bila penat mula moody.
Kalau moody ha tak payah citer,
semua org sekeliling ai kena tempias xpasal2 ;)

Dulu ai ni agak laser gak la orgnya.
Ckp main lepas je.
Skang Alhamdulillah, dpt kurang.
Rasanya dah dpt dibendung kot.
Jarang sgt me"laser" dah.
Bukan ape bila difikirkan balik,
ckp lepas ni lebih byk buruknya dari baik.
Keadaan lagi bertambah tegang.
Jadi baik ckp elok2.
Ayat yg sedap didengar.
Ni pendapat ai la.
Tak semua org sama.
Kekadang tu terlepas gak perangai xelok ni,
xbole kontrol 100% tp tetap mencuba sebaik yg boleh.
Yang penting kita cubakan.

Sentiasa beringat bahawa "Lidah adalah senjata yg paling tajam".

Sunday, November 24, 2013

Dia Suamiku



*pic googled

Sinopsis pendek :
Megisahkan ketabahan seorang wanita iaitu Aisyah (Nabila Huda)
yang terpaksa menghadapi kecurangan suaminya Myrza (Fauzi Nawawi)
yang telah jatuh cinta dengan sepupunya sendiri iaitu Hana (Yana Samsudin) seorang model.
Apakah kesudahan hidup Aisyah dalam menghadapi dugaan seperti ini?


Gila tabah okey jadi Aisyah ni.
Kalau ai rasanya dah jadi tsunami kot.
Suka Nabila berlakon sbb
dia pandai bawa watak.

Si Yana ni pun pandai.
Menyampah kat Hana sbb dia plak over
mcm wife Myrza plak.
Padahal kekasih gelap je huhu

Fauzi Nawawi kalau part jahat,
memang kena la ngan muka dia tu hahaha
Dapat wife baik gatal lagi ngan pompuan lain huhu

Drama ni tayang dr Isnin hingga Khamis, jam 5 petang.
Kat Astro Prima or Astro Mustika HD.
Skang dah episod 14 tak silap,
total episod semuanya 28.

Friday, November 22, 2013

Little Ihtifal & Readers Theatre 2013


Sabtu lepas 16hb ada persembahan
akhir tahun sekolah Zara.
Combine skali dgn GA Kota Damansara
dan GA Bandar Permaisuri, Cheras.
Buat kat Dewan Sivik, MBPJ.
Ai bawak 2 org adik, patutnya MakTok n TokAbah dia ikut
tp dorang ada hal so MakSu n MakTeh yg ikut.

Zara dgn Mak Su.



Berbaris ngan kawan2 tuk pegi blakang stage.



Kami masuk2 je dah penuh dewan.
depan konpem berebut orang dah duduk.
Tinggal blakang2 je.



Ariq yg ntah bape puluh kali
dok main bukak tutup itinerary.



Dapat goodies bag tuk Zara masa register.
Puzzle, notepad, car sticker, wash cloth.



Macam biasa start majlis,
baca doa dari salah sorang student GA.
Bertuahla anak sapa tu.
Pastu speech dari Principal GA KD.
Habis tu penyerahan sijil
tuk student 6thn.
Comel je dorang amik cert :)

Dah selesai semua,
start la persembahan anak2.
Ada 10 persembahan semuanya.

Ni yg sempat di snap.
Cantik warna jubah dorang.
Pink + grey,
satu set ngan tudung tuk perempuan,
kopiah untuk lelaki.



Ada erobik.



Dikir barat.
Comel giler okeh.



Letih nak tunggu Zara perform.
Turn dia second last okeh.
Ariq dah meragam macam ape.
Tau la budak2 bukan leh duk lama.
Anak kecik org lain pun sama.
Dalam dewan tu riuh rendah hahaha

Ai dah ke depan ke belakang,
keluar masuk dewan cukup.
Akhirnya Zara keluar.



Dia jadi butterfly :)



Anak ai yg agak keras kat situ.
Tapi mak bangga okeh haha poyos.



Habis je terus kami cari makan.
Lapar sangat.
Gi OU makan kat CRS.



Keseluruhan persembahan tu menarik.
Walaupun tak smooth mana,
tapi okey la.
Takat rehearsel skali je kat dewan ni.
Nak expect perfect camnekan.
Lagi pun nak handle budak2 ni bukannya senang.
Kita yg jaga anak 2-3 org ni pun pening byk,
ape ntah lagi puluh2 budak. ;)
Ai gi tgk kat blakang stage
huru hara cikgu
dgn budak2 yg bising, ada wat hal sendiri,
pastu siap ada bergadoh lagi.
Macam2 perangai ada..
Bebudak ni bukannya cakap skali terus dgr,
kena ulang ulang ulang
penat tgk cikgu terjerit sana sini hahaha.

Thursday, November 21, 2013

Shopping & Pre- Birthday Dinner


Smalam berjalan ke One Utama.
Kami bertiga je (Aliah & Ariq).
Zara dok umah Mak Tok.
Cuti sekolah ni dia tido sana.
Seminggu je.. :)

Lepak jap kat Baby Room.
Lepas susukan Ariq.



Suruh Aliah join akak dia tido umah MakTok.
Taknak plak dia.
Siang bole la tinggal tp
malam nak tido mencari Mummy.
Kalau dapat tinggal sanakan best.
Bole la Mummy relax sket kat umah hahaha



Menambah koleksi necklace tuk anak dara.
Skang minat pakai rantai plak dorang.



Beli kat Pumpkin Patch.
Semua ni untuk Zara.
Aliah baju dah banyak,
turun temurun dari akak dia je.
Masih elok lagi, jadi tak yah beli :p



Balik sblm Maghrib.
Pastu nak keluar balik.
Dinner ngan Nani kat Secret Recipe.
Plan yg xdirancang.
Tetiba je siang tadi ajak terus on :)



Aliah nak kek,
tapi makan sket aje.
Order kids meal tuk dia n Ariq pun xmakan.
Sudahnya ke perut Mummy dorang :((



Nani belanja makan.
Katanya pre-birthday dinner gitu.
Awal 2 hari hihihi
Thanks Nani,
moga melimpah ruah rezeki ko.

Sempat pow Mummy beli menan
kat depan SR ni.
Nasib murah sbb tu belikan jugak.
Selain mengelakkan Aliah tu mengamuk huhu



Kepenatan satu hari keluar.
Balik2 umah salin baju,
dorang main toys kejap.
Pastu terus tido.

Wednesday, November 20, 2013

Cupcake at +Wondermilk, Citta Mall


Semalam ke Citta Mall.
Makan kat Wondermilk.



Masuk2 kedai je,
terus dorang ni gi main toys.



Rajin masak yer,
esok dah besar jgn malas plak :p



Memenuhi permintaan Zara yg nak cupcake katanya.



Amik Red Velvet, Chocolate Marshmallow
& Cookies & Cream Cupcake.

Ai takkan nak makan cupcake je kan.
Harusla order sandwich.
Pesto Chicken Surprise.
Baru perut gembira haha



Suka design Wondermilk ni.



Tq Zara amikkan pic mummy.



Balik tidak dgn tangan kosong.
Aliah nak cookies.
Dan cupcakes tu tuk kawan.



Sbb umah dia dekat,
bole la beli dan hantar.
Kalau jauh tak kuasakan haha
Dapat bagi kat Anna 2 je,
sbb lagi 2 anak2 gatai nak huhu.

Ni cookies Aliah pilih.
Ai tau dia nak m&m tu,
bukannya biskut hehe

Monday, November 18, 2013

Episod 40 Jodoh Itu Milik Kita


Habis dah cerita JIMK.
Ai adalah peminat setia,
terpacak depan tv kul 10 malam
hari Isnin - Rabu mengadap channel Mustika 134 :)
En Zaf pun tau time tu adalah
time tak leh kacau wife dia :p



Geram ngan Syafiq ni,
tak paham2 bahasa dan jahat.
Tapi hebat sbb pandai berlakon.


*pics semua googled.

Endingnya seperti sudah tau,
Syafiq keluar negara bawa diri
dan konfemla Aariz & Dahlia bahagia.
Last scene, Dahlia sakit nak bersalin.
Tue je. :)

Semua tak menjadi


Semalam adalah hari tak menjadi sedunia.
Aktiviti ai dan aktiviti Zaf.
Smalam ada birthday party kawan kat Puchong.
Silap ai jugak la sbb lambat mintak alamat.
Ofkos la tuan umah tu super duper bz.
Pernah pegi umahnya sblom ni tapi lupa.
Whatsapp kawan2 yg kenal
mintak no phone,
ada yg xtau dan ada yg xreply haha
Sudahnya kami pegi Setia City Mall makan.

Ke sana sbb petang tu Zaf ada bola padang area situ.
Lunch kat Kenny Rogers kul 4 petang,
tp Zaf cam biasa la kalau ada bola
makan sket je alas perut.

Dah habis makan gi beli jajan sket.
Pastu terus ke padang bola.
Mamat tu tak sempat nak main
sbb ujan lebat hahaha
Sian dia dpt main hujan je kan. :p

Pas Maghrib terus ajak makan.
Lapar katanya.
Dah siang td makan sket je
pastu tak main bola plak haha.
Tetiba enpon dia wat perangai.
Siang tu dah perasan skrin cm ada masalah.
Pas main bola tu konpem
skrin gelap.
Dah satu hal nak mencari phone ganti.
Dah la kul 5pagi dia nak ke airport,
gi Jakarta main golf.
Bagi pinjam phone ai taknak.

Muka stress enZaf ;)



Bye yang..
Moga semuanya selamat pergi dan balik yer.