Sunday, March 31, 2019

Dinosaurs Alive @ Paradigm Mall


Jalan2 dekat Paradigm Mall,
tetiba nampak Dinosaurs dari jauh.
Ofkosla anak dara sorang ni laju
jalan ke arah sana.
Siapa lagi kalau bukan Zahra :)



Suka dia jumpa kawan2 kan hehehe
Nama2 dino kat sini,
semua Zahra tahu.
Berbelit2 Mummy ko nak sebut nak oi,
ntah mcmana dia boleh hafal pun
ai kurang pasti.

Dah kat sini harusla ambil gambar dia kan.



Yang ni dinonya bergerak2.
Macam real.. ada sorang budak lelaki ni,
siap pegang belai cukup hehe



Aliah & Ariq pun tumpang bergambar sama,
dorang ni minat juga tp gitu2 je la.



T-rex ni bole duduk atasnya untuk bergambar,
tp ada syarat dgn resit pembelian
RM50 ke atas.
Kami takde membeli apa,
ambil gambar dari bawah je la.



Kat bahagian tengah ada dinosaur besar yg bergerak.
Suruh akak Zahra ambil gambar
tp dia taknak plak sbb tengok ramai org
beratur panjang.
Siap bergerak ke sana sini dgn bunyi lagi.
Tak pasti plak dalam tu ada orang
or pakai machine.
Tp mmg nampak real sangat.


Friday, March 29, 2019

For Sale: Zalia Tops


Nak jual baju2 Zalia ni,
Semua tip top lagi
RM25 sehelai sekali postage.
Berminat email ye nurhayatiyusof@gmail.com
TQ!

Size S









Size M




Thursday, March 28, 2019

Alhamdulillah


MasyaAllah Allahuakbar Alhamdulillah.
Harini dapat berita gembira dari mak & abah.
Yang mereka berdua dapat panggilan haji
untuk tahun ini.

Satu perasaan yang tak boleh digambarkan
dariku sebagai seorang anak.
Perasaan yang bercampur pelbagai emosi.
Dan semestinya satu kegembiraan buat emak & abah.
Menitik air mata ai bila dapat berita ini.

Sujud syukur ku kepada Allah
kerana memakbulkan doa emak & abah
yang ingin menunaikan haji.

Ya Allah semoga Kau pelihara
kesihatan ke dua orang tuaku.
Dan permudahkan lah segala urusan mereka
untuk menunaikan kewajipan rukun Islam ini.


*pic credit to mediaadil.com

Monday, March 18, 2019

Zahra's Turn 11


Semalam Ahad 17hb 3
birthday anak sulong Zahra yang ke-11 tahun.
Besar dah anak Mummy sorang ni.
Macam tak percaya hehe

Ni gambar hari Sabtu,
pergi beli hadiah dia awal sehari.



Beli Littlest Pet Shop (LPS)
jumpa plak haiwan feveret dia Fox.
Sebelum ni dia dah tengok,
tp dia tak pernah mintak suruh beli.
Dari air muka dia ai mmg tau dia nak
tp laju ckp kt dia beli masa birthday nanti.
Dan sblum2 ni juga kalau pergi mall,
masuk area toys mesti tgk LPS jap,
kebanyakkan pergi semua takde fox dia.
Hanya satu je nampak kat Metrojaya MV ni.
Itu yang Sabtu tu pergi la juga ke sana balik,
sbb dah tahu ada fox yg dia nak.

Beli awal sehari sbb Ahad
dia tuisyen dan petang enZaf ada bola.
Takut tak sempat nak membeli :)

Jadi masa hari jadi dia tu,
lepas tuisyen kami ke Ikano.
Celebrate makan kek gitu.
Nak makan kat Ikea cafe tp penuh.
Terus kami ke sebelahnya.
Second Cup.



Nampak menarik sbb ada byk kek dlm kedai tu.
Dan terus suruh akak Zahra pilih
kek mana dia berkenan.
Aliah & Ariq pun sibuk nak kek juga.

Tak ingat nama penuhnya,
tp yg pasti cokelat tu Nutella cake,
Rainbow cake & Carrot cake.



Sedap2 la kek kat kedai ni,
kena dgn tekakku yg tak terlalu manis.
Bole datang lagi ni,
nak try kek lain plak.


Birthday girl pilih rainbow cake.



Kedai ni takde candle plak,
dah enZaf gigih nak pergi beli candle.
Nasib baik kedai Balloons tu dekat je.

Sementara tunggu Daddy dorang beli,
ai pun ambil la gambar anak2.



EnZaf bukan beli candle je,
beli belon juga.
Katanya dia nampak ada dinosaur
tu yg laju beli.
Anak dara tu kan suka dino.



Nyanyi2 tiup makan2 sambil
lepak2 kejap menghabiskan masa
sampai enZaf nak pergi main bola.
Anak2 pun seronok main2 dgn belon
berlari sana sini macam buat rumah sendiri.



Oh yer ni video masa nyanyi dan tiup lilin.


Ambil lagi gambar birthday girl.
Suka dgn belon tu.



Ambil lagi gambar adik beradik.
Bila ai panggil Qaireen dan
kira 1,2,3 terus dia buat muka cmtu haha



Akak Zahra & Mummy.
Thank you Ariq snapkan gambar ni.



Akak Zahra & Daddy.



Dan gambar penutup
mestila Mummy & Daddy bersama anak sulong.



HAPPY BIRTHDAY QASRINA ZAHRA!
Semoga yang terbaik buatmu anakanda.
Oh ya dia cita2 nak jadi vet,
Mummy Daddy doakan impian dia tercapai.



Friday, March 15, 2019

DIY Chef Costume


Aliah ada bagitahu ai
hari Isnin baru ni yang dia
ada masuk presentation tuk
minggu panitia Bahasa Inggeris.
Cerita pasal pekerjaan.
Dan dia pilih chef.

Ikutkan kata dia minggu depan
dan cikgu pesan buat kostum sendiri or beli.
So ai okay je la sbb lambat lg.
Tup tup semalam balik dari sekolah,
Aliah bagitahu yang nak present tu esok,
maknanya hari ini Jumaat.
Ya ampun... dia salah dengar cikgu bgtau.

Balik sekolah dah malam,
nak beli mmg tak sempat la.
Bole je nak membeli tp nanti
mesti huru hara dgn Qaireen lagi.
enZaf plak takde,
dia outstation ke Penang.

Jadi gigih la ai memikir nak buat camne.
Lepas dia mandi bg makan,
dah selesai terus ajak dia buat sikit.
Sbbnya pukul 8.30mlm dia nak pergi mengaji plak.

Nasib baik kat dapur ada kotak biskut.
Kotak tu buat spatula.
Ai sketch dan guntingkan sbb nak cepat.
Aliah tampalkan 2 keping tu,
bg keras sket.



Ingatkan nak buat lubang guna pisau,
tp susah plak nak buat
kang tak pasal koyak.
Jadinya ai suruh Aliah lukis pakai marker pen je.



Time ni Qaireen tidur,
tu yang boleh tengokkan.
Ngam ngam siap spatula tu,
terus suruh anak2 get ready pergi mengaji.

Balik dari mengaji sambung lagi.
Kalini buat topi chef plak.
Guna kertas A4 je.
Ai googled youtube tgk cara buat,
semuanya macam payah dan leceh.
Last2 guna ikut suka hati je la.

Ukur kepala Aliah kena pakai 3 keping kertas.
Ai buat satu sample
yang lain Aliah ikut.
Ada yg senget benget.. tak kisah la nak,
janji dari air tangan dia haha



Dah siap gunting ai tolong tampal
dan sambungkan kertas tu
ikut lilitan kepalanya.



Tinggal baju je ai tak habis fikir.
Baju long sleeve putih takde plak
kat rumah ni.
Yang ada short sleeve..
tanya Aliah okay tak nak guna lengan pendek,
dia kata okay.
Takkan la nak beli baju semata nak buat ni kan.

Then ai fikir lebihan kotak yg
buat spatula dia tu,
buat butang.
Masa ni ai laju2 bg idea kat Aliah
camne nak buat butang.
Sebabnya Qaireen dah bising nak susu.

Tak sempat nak snap gambar
Aliah buat butang2 baju ni.
Masa ni Ariq pun tolong Aliah sama.

Qaireen dah susu
ai terus tengok Aliah.
Siap dah butang2 tu semua.
Terus ai susun dan tampal kat baju.
Pakai double sided tape je.

Ariq pun join ambil gambar.
Kredit kat dia tolong buatkan butang baju hehe



Suka Aliah akhirnya siap juga
chef costume tuk dia.



Ai suruh dia sarung baju tu
dgn baju kurung sbb nak lengan panjang.
Seluar putih takde la,
pakai je la track pants :)

Nasib baikla Aliah ni jenis tak cerewet.
Okay je dia.
Walaupun nampak simple tp Mummy bangga
sebabnya bole siapkan dalam masa yg singkat.
Bahan pun guna apa yg ada je.

Salam Jumaat kawan2.
Jangan lupa baca surah al-Kahfi.

Thursday, March 14, 2019

Dari Maxis ke Time


Ikut enZaf ke Ikano.
Nak terminate Maxis Home Fibre.
Asyik je slow internet kat rumah tu.
Setelah sekian lama
akhirnya enZaf tukar juga.



Kalini amik dari TIME.
Harga pun murah dari Maxis.



Ambil pakej 500Mb RM139.
Kalau tak laju juga
tak tau la nak kata apa.

Selingan,
akak Zahra selsema & batuk.
Qaireen selsema.



Ariq baru selsema dan batuk jua.
Aliah baru baik dari batuk.
Musim tak sihat sekarang ni.
Minggu depan akak Zahra ada exam.
Moga cepat sembuh anak2ku semua.

Sunday, March 10, 2019

Birthday Treat


Bulan lepas birthday Qaireen,
bulan ni March,
birthday akak Zahra plak.
Dia siap request nak kek dan
ajak kawan2 dia datang rumah.
Tp ai tak bg jawapan lg ok ke tak haha
Sebabnya birthday dia jatuh cuti sekolah tak silap.
And ofkos la kawan2 dia
pergi holiday or balik kg.
Tak janji ngan Zahra nak buat ke tak partynya.

Sebelum tu 1hb, ai dpt email dari OneCard.
Untuk collect birthday treat Zahra.
Ikutkan tahun2 sebelum ni,
ai tak pernah pun ambil.
Bukan taknak tp tak teringat.
Kebetulan semalam pergi OU.
Dah alang2 tu ambil terus la.

Dapat fail.. ada 3 dalam tu.
Bole la dia guna untuk kegunaan sekolah or tuisyen.



Dan alang2 jua
ai registerkan sekali Aliah, Ariq dan Qaireen.
Tak pernah buat sejak register tuk Zahra
masa dia 2 ke 3 tahun camtu hihi

Registernya OneCard Kids free je,
janji ada OneCard.
Dah register dapat free gift lg.
Lunch box dan botol air.



Dan bertambah jua la
member card tuk ai simpan.
Byk betul la pegang kad2 ni huhu

Oh keluar pergi OU tu ada pakai
twilly dari MySyakirin.
Thank you Sue bagi free.
Cantik elok je letak kat bag tu kan.



Dari OU terus balik rumah.
Lepas Asar nak keluar balik ke Giant plak.
Beli barang dapur dan
barang2 projek Sains dan seni Aliah.

Bila dah takde exam ni,
byk la plak projek kena buat.
Maka byk jua la kerja Mummy
dah tentu2 kena tengok dan tolong
dia buat juga huhu

Balik dari Giant tetiba akak Zahra
mengadu panas badan,
nak demam plak.
Pagi tu dia ada Road Run kat sekolah.
Cuaca panas dan letih la tu
terus demam.
Sampai rumah laju2 bagi dia ubat demam.
Moga cepat sembuh anakku.

Friday, March 8, 2019

Majlis Pertunangan Yana


Ahad lepas cousin ai, Yana bertunang.
Tarikh cantik haritu..3hb 3.
Mesti ramai pun kawin or tunang agaknya.

Ikutkan mcm malas nak pergi
sebabnya akak Zahra tuisyen.
Clash plak ngan time Yana tunang.
Tp fikir2 balik, pergi juga la.
Cuma sayang akak Zahra je takde.

Ikutkan majlis start pukul 11 pagi.
Tp kami sampai lambat sikit.
Hantar akak Zahra dulu kelasnya tenghari,
lepas tu terus ke umah MakTeh.
Sampai2 tetamu tengah makan,
mmg timing la sampai kami pun nak makan hehehe

Cantik pelamin Yana.



Hantaran dari rombongan lelaki.



Yang ni plak dari pihak perempuan.



Cantik sangat kek ni okay.
Lina (adik Yana) yang buat.
Kreatif sungguh.
Rugi tak dpt makan hehe
Boleh jengah ig dorang "lilincakes"



Masam muka yg kenit tu.
Baru bangun tidur.



Tak complete.. akak Zahra takde :(



Sblm kami sampai..
keluarga lain semua dah bergambar.
Tak dpt join gambar ramai2.

Jadinya gambar kami2 je la :)



Bersama cousins yg tinggal...
ada yg dah balik.



Tak sempat nak panggil PakTeh
bergambar sekali.
Melayan tetamu.

Tahniah Mak Teh Pak Teh.
Bakal dapat menantu lagi.



InsyaAllah bulan 9 nikah.
Tahniah Dr. Liyana!!!
Semoga ikatan ini berpanjangan hingga ke pelamin :)
#LiyanaAdib


Wednesday, March 6, 2019

For Sale: Poplook Blouse


Nak letgo baju ni.
Baru lagi with tag.

Avaline Blouse
Size: XS
Color: Pink/Purple
Price: RM70 sekali pos

Details
Fabric - jacquard, unlined
Sleeves - invisible zip at sleeve end
Concealed back zipper closure
The front hem is shorter than the back hem

Measurement
Bust: 43cm
Shoulder: 36cm







Ni gambar dari Poplook website.



Berminat email ye
nurhayatiyusof@gmail.com

Tuesday, March 5, 2019

My Dimsum Colors


Berhenti rehat dan makan sikit
dekat My Dimsum Colors, Paradigm Mall.
Nama macam Nyonya Colors je..
adik beradik ke hihihi



Bab singgah benti nak makan2,
anak2 ni okay je.
Walaupun mereka ni tak makan haha



Sebab yg nak makan ai dan enZaf je,
order Shumai chicken



dan egg yolk custard steam bun.



2-2 sedap.
Next time datang nak try
makanan lain plak.

Sebelum makan kt dimsum ni,
kami masuk Tesco...
beli barang dapur sikit.



Kalau lalu bahagian cokelat,
ada la cukai dari anak2.
Eh bukan anak2 je la,
mummy dorang pun ada juga selit sama :p