Friday, December 29, 2017

Makan Petang kat Hadramawt


Cerita 1hb Disember 2017 :)
Jalan petang kat The Curve.
Pastu Zaf ajak makan petang
kat Hadramawt.

Tak ingat apa nama makanan ni.
Ai tak reti sangat
makanan Arab.
Order je la ape2 ai makan.



Bapak besar roti ni,
tapi habis tu budak berdua makan.



Yang ni plak merajuk taknak makan.



Sebelum masuk restoran ni,
kat tgh Curve tu ada jual makanan.
Ai ada beli cupcake tuk anak2.
Konon nak makan kat rumah,
tapi takdenya.
Nak makan time tu gak.



Bila Mummy kata okay bole makan,
terus hilang monyok
anak bujang tu huhuhu

Ada jugak ai beli yg lain,
durian crepe & chocolate moist cake.



Durian crepe tu kureng sket.
Isi duriannya sikit sgt,
crepe tu tebal..
tak berapa nak kena dgn tekak ni
tp kek cokelat tu sedap.

Fighting Fish


enZaf bawa ai dan anak-anak pergi tengok ikan. Katanya lama kami tak pergi kedai ikan. Tiba-tiba rasa nak tengok pula. Anak-anak ni kalau bawa ke kedai ikan bukan main seronok, macam bawa pergi kedai mainan. Dorang semua memang suka tengok haiwan-haiwan.



Dalam kedai ini pun bukan sahaja menjual ikan, haiwan lain pun ada juga. Konon pergi sekadar untuk mencuci mata, tahu tahu terbeli pula hehehe... Tak beli banyak pun hanya seekor saja. Beli Fighting Fish dalam bahasa Melayunya Ikan Laga :)



Lawa sangat warnanya. Terang benderang. Ai namakan Princess JDT. Warna Johor sangatkan.



Lupa pula nak snap gambar fighting fish yang ada dalam kedai tu. Banyak yang cantik-cantik. Sampai rambang mata nak memilih. Harga pun boleh tahan mahal juga. Ada yang sampai RM50 seekor. Yang ai beli ni harganya dalam pertengahan iaitu RM30. Ada juga yang murah dalam RM15 seekor. Perbezaan harga setiap ikan itu bergantung pada warna dan kekembangan ekor dan sirip pada badan ikan. Lagi besar kembang ekor dan sirip lagi mahal la harga yang diletakkan. Cuma satu je kalau bela ikan laga ini kita tak boleh nak letak banyak-banyak dalam satu akuarium. Dah nama pun Fighting Fish, mana boleh sekalikan.. habis bergaduh sampai mati ;) Tetapi ikan ini boleh bercampur dengan ikan tropika yang lain. Asalkan bukan dalam kategori spesis yang sama.

Thursday, December 28, 2017

Hal Sekolah Anak2 dan SSPN


Minggu lepas ai & Zaf
setelkan hal anak2.
Pagi pergi sekolah Zahra & Aliah,
beli buku tulis.

Lepas tu kami pegi Giant.
Bukak akaun SSPN tuk anak2.
Aliah untung sbb tahun ni
anak yg Tahun 1/2017
buka akaun dapat RM50.



Nak tau details pasal SSPN
bole la pegi website kat PTPTN [link].
Setel dari situ, kami lunch.
Lepas lunch & Zuhur,
pergi sekolah Ariq plak.
Bayar yuran.

Lepas tu terus enZaf ajak
ke Ikano tuk minum petang.



Konon feeling dating berdua la ngan dia,
tp jangan perasan.
Tentera2 ada kat meja sebelah.
Dengan gembira gelak tawa bising bagai
macam rumah sendiri. :)



Pakaian dan kasut sekolah pun dah selesai.
Zahra beli baju je sbb dah kecik,
kain bole pakai lagi.
Aliah plak hanya beli kasut sekolah.



Beli kat Uni1One je [link]
Sbb dekat dgn rumah hehe

Lega dah hal anak dah selesai.
Rasa beban tu hilang terus hehehe
Terima kasih enZaf,
sbb memenuhi keperluan anak2.
Semoga murah rezeki hendaknya.


Wednesday, December 27, 2017

Happy 40th Birthday En Zaf!


Mana lagi kalau makan2 birthday ni, Chilis'.
Tempat feveret anak2..
Ai dah muak tp layankan aje la.



Order pun tak banyak mana.



Happy Birthday yang!
Dah masuk 4 series...
Semoga dipanjangkan usia,
dimurahkan rezeki
dan diberkati oleh Allah S.W.T.



Ni kad anak2 buat tuk Daddy dia.
Kertas warna dah habis,
pakai kertas putih je.

Dari kiri: Zahra, Aliah, Ariq.



Ai belikan Zaf Superdry tees.
Sbb kat baju tu ada
nombor feveret dia hehehe

Konsert Terunggul Afgan & Ungu


Konsert ni masa birthday Zaf,
6hb 10 yg lepas.
Tak silap hari Jumaat dan dia
ada kat Johor.
Lewat petang dapat call dari dia,
katanya standby lepas Maghrib keluar.
Mintak tolong hantarkan anak2 kat rumah mak.
Tanya kenapa dia cakap nak gi tengok konsert.

Rupa2nya dia nak bawak gi tengok
Konsert Terunggul Afgan & Ungu.
Bukan peminat Afgan tapi lebih
kepada Ungu.
Lama giler okay tak tengok konsert,
last tgk konsert ungu masa pregnantkan Zara,
tak ingat nama tempat tapi kat KL.
Masa tu blom lagi berblog,
kalau ada konpem dah update dalam ni hehehe

Tanya dia dah beli tiket ke..
katanya blom.
Gamble je tengok kat kaunter,
kalau ada lagi ada la katanya.
Dan inila tiketnya.
Amik yg standing,
nak duduk dekat ngan stage mahal sgt.
Yang duduk tempat lain jauh sket dr stage,
Zaf kata tak best plak.



Nasib baik konsert tu
Ungu yg nyanyi dulu..
Jadi bestla layan.



Habis Ungu baru Afgan.



Time Afgan ai tak larat nak diri dah,
ajak Zaf ke belakang.
Kebetulan ada kerusi,
duduk la kejap situ.

Muka kami yg comot berlekit
selekeh giler time tu haha



Dengar 2-3 lagu Afgan pastu terus kami balik.
Perut lapar sebenar.
Makan sebelum amik anak2.

Happy Birthday enZaf
yang ke-40 sudah :)




Friday, December 15, 2017

CIMB Classic - Day 2


Bukan main kami pergi tengok Golf sampai 2 hari. Diikutkan tournament ini berlangsung selama tiga hari mujur enZaf cakap tak perlu pergi hari terakhir itu haha.. Awal juga kami sampai, player pun belum mula main lagi. Tengok dorang warm-up dahulu. Kalau tanya ai nama golfer ni memang tak tahu la, tapi pernah lah tengok kat tv setiap kali enZaf buka chanel Golf.



enZaf ni rajin bercerita dengan ai siap beritahu siapa golfer tu, dari country mana dan berapa kali sudah menang. Ranking la hadiah la, macam-macam dia cerita tapi ai is dengar sekali lalu je. Jangan haraplah lepas tu ingat ke tak :p Yang penting kita isteri ni, bila suami bercerita tak kisah lah pasal apa pun, buat-buat interested tau. Walaupun kita tak berapa faham hihihi... kami tengok sekejap sahaja golfer ni, kemudian terus pergi breakfast. Kebetulan belakang tempat warm-up ni ada cafe. Terus laju ke sana.



Selesai makan terus kami berjalan masuk dalam kedai jualan barang-barang. enZaf beli sehelai baju golf. Lepas tu terus kami cari tempat berteduh. Cantik juga view dari tempat kami ini.



Cuaca boleh tahan panas, tak macam semalamnya hujan renyai-renyai. Saja ambil gambar anak-anak ini buat kenangan. Akak Zahra muka dah mengantuk, Aliah muka tak amik port, asalkan ada makanan untuk mengunyah dia okay. Ariq pula dari awal masuk cakap panas memanjang ahahahha... Daddy dia pekakkan telinga. Walau macamana sekali pun anak-anak ni tetap mengikut sahaja. Tak ada lah banyak karenah sangat pun.



Sebenarnya anak-anak ini nak pergi ke Kids Zone. Semalam dorang tak puas nak main agaknya, padahal lama juga kami dalam tu bagi anak-anak berseronok. Tapi Daddynya tak bagi sebab tujuan utama masuk dalam ni nak tengok golf. Bukannya bawa dorang main hahaha.. itu yang muka macam apa semua tu :p Sempat bergambar luar golf club sebelum balik. Ai pakai baju semalam hanya tukar tudung je hahaha... punya la pemalas nak salin baju lain. Pergi tempat macam tu tak ada siapa pun nak tengok :p



Dari TPC kami terus ke Mid Valley. Lama tak ke sana. Jalan-jalan dalam mall sekejap dan berhenti minum petang di Nadeje. Lupa nama kek ni, yang pasti satu kek cokelat dan satu lagi kek vanilla. Kedua-dua kek ini sedap sangat.



Tuesday, December 12, 2017

CIMB Classic 2017


Zaf ajak gi tgk golf.
Dapat tiket free mmg la laju,
cuba bayar hahaha

Ariq suka la dapat naik bas lagi.



Tak susah suruh anak2 bergambar.
Masing2 dgn gaya tersendiri.



Dari tempat bus stop nak ke
main entrance tu agak jauh berjalan.
Letih okay nak menapak.
Nasib cuaca pun tak berapa panas.



Masuk dlm ada byk booth.
Ofkos la jual barang2 golf.
Ada juga aktiviti tuk org besar,
tp Zaf tak layan.
Cam putting semua bagai.



Aliah amik gambar Mummy tak ready lagi.
Pun bole la...



Cuaca haritu tak berapa cerah,
hujan saja..
Ada time tu hujan lebat sgt.



Nasib baik ada fun zone ni,
jadi kami lepak sini.



Dalamnya ada aktiviti untuk anak2.
Bole la dorang bersuka ria dalam tu,
takde la bosan je..



Lepas main game tu ada hadiah dorang dpt.
Bole pilih ada macam2
kebanyakkan semua candy.



Pastu sambung mewarna.



Habis la semua menda dorang main.
Sampai taknak balik.



Kami pun lepak sampai tghari je,
sbb haritu hari Jumaat,
Zaf pun nak gi solat Jumaat.
Player pun tak bole nak main
sbb masih hujan.



Zaf cakap esok kita datang lagi..
layan kan aje la..

Friday, December 8, 2017

Teringin


Suami isteri punya teringin :)
Ai nak makan sushi.
Zaf bawak pegi Sushi Zanmai.
Makan yg raw tak boleh,
kita makan la yg masak2 je.



Zaf plak dia nak makan satay.
Dari hari raya haji dok
kata nak makan satay kat Klang.
Kemain jauh peginya.
Gara2 makan masa open house
kawan dia Eddy...
order satay kat sana.

2 kali okay pegi,
kedai tutup.
Tue la main redah je,
tak call dulu bukak ke idak.
Tak sangka plak weekend Ahad ke Sabtu
lupa kedainya tutup.



Nama kedai Sate Famili.