Friday, April 29, 2011

LIVE Coverage




* Update
Handsomenya Prince William.. kaler merah gitu.



tengah layan Royal Wedding kat Youtube.
Nampak Elthon John..
pastu David Beckham & Victoria :)
Suka tgk women guest..
macam2 design, color topi dorang..

Menghabiskan masa sblom nak balik hihi
Sape nak tgk leh click link ni
http://www.youtube.com/theroyalchannel?feature=ticker



Thursday, April 28, 2011

D for Durian

Semalam pas buka puasa,
kebetulan lak kami kat taman tun,
Zaf terus drive ke uptown damansara.
Nak gi makan durian katanya..
Yeayyy akhirnya hajat nak makan tercapai.
Ceh cam orang mengidam sangat kan hehe

Sampai sana macam2 jenis ai nak try.



Zaf kata kita makan sebijik je. :(
Dia pilih D24.



Katanya, next time baru makan raja kunyit,
udang merah, X0, D101.. blablabla
Tak kisah la nama ape pun,
janji sedap sudah hihi

Malam ape lagi pasang aircond la..





Wednesday, April 27, 2011

Burung Marah


Sape ada iPad kalau tak main game Angry Birds,
tak tau la nak kata ape.
Best tu...
Kami pun suka jua.. Zahra jgn kata la.
Skang ni tgh main Season Rio.. best2x




Sejak ada iPad ni, nintendo dia dah dilupakan huhu
Kesian dah berabuk sudah.




Semalam daddy belikan plush toy tuk dia.
Semua birds ada.. tapi kena pilih satu je
Kemain lagi suka.
Lokek weh tak nak bagi adik pinjam.
Menda barukan.. siap bawak tido skali hehe



Siap ada movie lagi nak dikongsikan.



Selain dari Angry Birds yang Zahra main,
dia suka main puzzle.
Canggih betul, puzzle pun ada digital.
Cooking pun dia suka.. reti main plak tu.

Mummy plak main crossword puzzle.
baca magazine.. byk ar lagi.

Tapi skang Zahra dah conquer iPad.
Mummy n daddy nak guna pun susah.
Nak kena beli lg satu..
Daddy, iPad2 pleaseee!! :)


Tuesday, April 26, 2011

Eskrem baru

Akak Zahra dah ada new favourite place tuk makan eskrem skang ni.
Lepas daddy ajak makan kat The Cream & Fudge Factory (KLCC)
Dia dah tak pandang dah Baskin Robin huhu



Suka la dia..
Hadap eskrem tu sampai tak toleh kiri kanan dah.
Suh amik gambar pun main2 je :(



Pastu daddy mengajar Aliah lak makan eskrem mahai ni.
Confirm pasni anak2 dah tak nak makan
eskrem singgit lagikan.




Monday, April 25, 2011

Nora Danish yang Jambu


hahaha tak bole blah betul..Jambu ni.
Nora Danish la sangat :p
yang best tu part kejar mengejar..
muahahahaha

Maharaja Lawak Minggu ke-4 - Jambu

Friday, April 22, 2011

Harijadi Bumi & Little Sis

Harini 22/04/2011 adalah Earth Day untuk diraikan.
Diriku terlupa lak nak pakai baju kaler ijo.
Smalam dah teringat dah..
Pagi ni agak kelam kabut, terlupa terus huhu
picture earth day kat google cantikkan..
ada air terjun, penguin, panda
(malas nak print screen)


pic googled

Harini jugak birthday adik bongsu ai yang ke-13
Happy birthday adikku sayang.
Pressie dia tak cari lagi.. tak tau nak bagi ape.
any suggestion dari uols.. :-)


pic cilok dari FB dia..
budak2 skang ni amik gambar semua nak ala2 comelkan..
sepesen je semua..muncung2 mulut la.
kecik2kan mata la.. haha kelakar betul.

Thursday, April 21, 2011

Lovely Lace Baby


Ahad lepas gi KLCC.
Cari dress Zahra n Aliah tuk kawin MakNgah dia.
Punya la seksa nak carikan baju dorang 2 ni.
Nak cari yg sepasang susah betul.
Kalau ada pun start dari setahun sampai 2 tahun bole la dapat sama.
Kurang or lebih dari tu tak de huhuhu

Lain la kalau nak tempah kan..mmg leh wat sepasang.
Tapi nak cari ready made je.
Pastu nak dress taknak la yg kainnya satin or net bagai.
Panas la tuk budak2.. dah la wat kat umah..
Kang berlari sana sini berpeluhkan. takut pakai kejap je.
Kena cari yg cotton.

Jadinya, jumpa la dress kat Lovely Lace Baby.
Tapi beli dress tuk akaknya Zara saje.
Aliah takde huhuhu

Suka dia dapat baju baru.
Siap nak bawak paperbag, kemain betui.




Beli skali headband, hair clips tuk bedua.
Pastu kalau lebih RM150 dapat free musical box.
Dah ada 2 dah musical box zara.. takde rebut ngan adik dia dah ;)



Suka masuk Lovely Lace..
wangi je..

Wednesday, April 20, 2011

Minum petang

Minum petang berdua-duan ngan en asben kat SR.
Tetiba nak nyanyi lagu Acha (berdua lebih baik)
muahahahaha
Anak2 tinggai kat umah tok abah hihi

Lasagna puan blog yg punya


Asben puan blog makan mee kari



Hari susu sedunia.
Hot milk & Milk shake


Kekadang bila takde anak2 rasa cam pelik je.
Sebab takde huru hara time nak makan hehe
Kalau tak bergilir2 nak makan.
Pada yang ada anak kecik mesti tau kan camne
huru hara tu.. ;)

Tuesday, April 19, 2011

Aliah: 7 Bulan

Aliah dah 7 bulan.
Lasak giler dah skang dia ni.
Suka memanjat kesana sini, pantang nampak ape menda leh panjat
laju je dia. Rasanya dah 2 kali jatuh sbb nak memanjat.
Merangkak jgn kata la.. habis dah satu umah dia sapu hihi



Aliah kalau main ngan akak dia kemain seronok lagi.
Mengekek sekuat hati dorang berdua ni.
Zara plak memang melayan adik dia.
Menjadi2 la kan :-)



Budak ni la yang tak bole bagi mummy berehat.
Asal nampak muka kita je, menangis nak mintak dukung.
Memang tak wat keje umah dibuatnya.
Nasib laki memahami hehe

Monday, April 18, 2011

Bunga Akar Fatimah


*Updated
Aduhai ramai sangat yg mintak akar ni.
Tak sampai hati nak bgtau kata dah takde huhuhu
Pada kawan2 yg tak dapat tu sorry sangat yer.


Ai dapat akar fatimah dari kawan.
Punya la banyak dia bagi.. macam nak wat jual je hihi
Jadi diriku ingin berkongsi kepada
kawan2 yang nak kan akar ni.
Dari bagi kat orang yg taktau nak wat ape,
baik bagi orang yg betul2 nak kan kan kan

Tuk pengetahuan korang,
akar ini tuk memudahkan kita bersalin kelak..
dengan izinNya yer..
Caranya hanya rendam je akar ni dan minum bila nak bersalin tu :)
Akar ni kalau dah pakai, jgn dibuang lak..
leh pakai lagi, jemur balik pastu..
Pastu kalau tak pakai leh la bagi pada adik beradik ke
kawan-kawan ke.. bole pas baton gitu :p

Ai ada la extra 4-5 ketul camtu.
Kalau nak roger yer.


Thursday, April 7, 2011

Fashion Blog

Tgh gigih mengupdate fashion blog anak2 ai.
Semua ni gara2 tgk Suri Cruise blog 2 tahun lepas.
Jadi ai pun perasan wat blog tuk Zara,
skang dah ada Aliah..
ada la tambah byk sket.
Verangan kekonon anak kita ni hollywood la muahahaha
poyo betul.

Leh katakan hari2 ai akan browse blog Suri Cruise ni.
Suka tgk baju, kasut, bag ape2 la.
Anak dara TomKat ni melaram.
Nak beli cam dia tu takde la.. mahai la.


Kalau ada yg nak tgk fashion blog anak2 ai..
bagi email ek..
mmg private dari dulu..
tapi tak semua yg ai leh bagi tgk.
Yang betul2 kenai je.
so pada sape yg ai tak bagi access to that blog sori yer.

Wednesday, April 6, 2011

Double Birthday Celebrations

Hari Ahad lepas ada birthday party
kat The Club, Damansara.
Invitation dari kawan blogger
Siti.
Birthday party tuk 2 orang anaknya.
Sofia dan Syafiq.

Suka tema party ni, Mickey & Minnie
Colorcode haruslah red, black & white

Tgk la akak Zahra, tayang perut dia..
bila suh pandang camera cam tu la perangai dia.
haishh



Itu la birthday girl dan boy yang diraikan.
Awal2 tu Sofia nangis plak.. pastu ok dah.
Syafiq je maintain cool hihi



Dah nak balik wajib jua bergambar.
Birthday boy & girl cam biasa..
sibuk jadinya bergambar ngan mummy dia je la.
Aliah selamat beradu..
Akak Zahra cam biasa, pose tak semegah tu huhu


Actually nampak ramai blogger2 kat party ni,
memandangkan diriku yang pemalu..
dan tidak bersosial.. amat segan nak bertegur.
tambah plak ngan rabun, itu sebenarnya muahahaha
Ampun yer blogger2 sekalian.

Thank yer Siti, jemput kami.
Sorry tak dapat stay sampai habis,
missed lucky draw gitu :)
Party yang sangat meriah..
Makanan sedap belaka..
Deco yang sangat cantik dan menarik..
Again, Happy 4th Bday Sofia & Happy 1st Bday Syafiq!!!

Tuesday, April 5, 2011

Disney On Ice: Worlds of Fantasy


Kali ke dua kami pergi Disney On Ice. Yang pertama tahun lepas [link]. Tahun ini buat di tempat yang sama juga di Stadium Putra, Bukit Jalil. Berbeza kali ini adalah ada favourite character Zahra iaitu Tinkerbell dan Little Mermaids. Kartun Disney ini memang sesuai bawa anak perempuan kan. Untuk anak lelaki ada juga seperti Lion King dan Cars.



Opening untuk Disney On Ice ini semestilah Mickey Mouse dan girlfriendnya Minnie Mouse. Comel sangat dengan kereta warna merahnya itu. Bila keluar saja Mickey dan Minnie, meriah dengan sorakan anak-anak. Budak mana yang tak suka Mickey Minnie kan, kita yang besar ni pun seronok dan senyum saja.



Selepas itu barulah kawan-kawan Mickey keluar. Hanya Goofy and Donald kecuali Daisy dan Pluto yang tiada :(



Karakter yang seterusnya dari cerita kartun Cars. Master si tow truck tu comel la.. walaupun dia tow truck buruk dengan dua gigi rabbitnya tu, memang comel hihihi... Kemudian keluar si kereta Porsche berwarna biru, Sally.



Barulah keluar Lightning McQueen, hero the Cars. Yang ini semestinya lah anak boys bersorak keseronokkan.



Selesai kartun Cars, keluar pula karakter The Little Mermaid. Tak ambil waktu Ariel awal-awal, waktu ini Ariel dah ada kaki hehe.. Masa dia ekor duyung tu ai kusyuk tengok :p Ada Flounder, Prince Eric, dan Sebastian. Pelik Flounder si ikan ada kaki hihi..



Dalam banyak-banyak scene dalam Disney On Ice ini, ai paling suka yang ada Ursula. Waktu ini dia nak ambil suara Ariel.



Seterusnya karakter dari kartun Lion King pula. Bahagian ini agak membosankan untuk ai, nak kata tak best tak juga. Mungkin ai tak berapa minat sangat kartun ini kot. Zaf dan Aliah boleh pula tidur waktu ini. Pada yang tahu dan tengok kartun Lion King, cerita mengenai Simba dari kecil sampai besar menjadi King.



Lepas Lion King ada break selama 20 minit. Masa ini dapat lah pergi ke tandas dan beli beberapa makanan untuk isi perut. Scene terakhir adalah kartun Fairies. Kartun yang dinantikan oleh Zahra. Favourite dia Tinker Bell. Gambar di bawah ini Tinker Bell dengan kawan-kawannya iaitu Rosetta (Garden Fairy), Silvermist (Water Fairy), Fawn (Animal Fairy) dan Iridessa (Light Fairy). Wah Mummy dia hafal nama-nama karakter semua itu hahaha... Oh! Vidia (Fast-flying Fairy) tak ada pula dalam gambar ini, Vidia ni pun Zahra suka sebabnya dia fairy yang garang hihihi..



Kawan-kawan Tinker Bell di Pixie Hollow



Props Tinker Bell ini paling comel sebab banyak bunga dengan Fairies menari beramai-ramai. Rasa diri ini seperti dalam dunia fantasi.



Penutup Disney On Ice ini semua karakter dari cerita kartun ini keluar. Menari dan menyanyi beramai-ramai. Overall puas hati dan berbaloi. Yang penting anak-anak gembira dan mak pun turut gembira juga hihi...



Gambar wajib sebelum balik.



Zahra tunjuk dapat Tinker Bell. Muka pun dah mengantuk , pukul 6.30 petang adalah waktu nap dia.



Monday, April 4, 2011

Blogger Norly


Weekend schedule kami sangat padat..
Kalah PM.. haha statement tak bole blah.
Eh, takde la padat mana pun.

Hari sabtu ada majlis cukur jambul dan aqiqah
anak kawan blogger Norly.
First time jumpa dia.
Ye la berkenalan pun kat alam maya.
Kami datang agak lewat.
Tak sempat nak tgk sesi cukur jambul Dayyan Zharif
Sedapnya nama baby boy nih ;)

Makanan semua sedap.. cuma haritu nampak cam ada pulut durian,
tp tak tau la betul ke tak.. tak sempat nak merasa.
kempunan tetiba haha macam orang mengidam plak.
Eh ai tak pregnant yer..tettttt

Hari tu ai pakai baju kaler purple..
kebetulan sama kaler tema dorang..
macam tau tau je ek hihi

Thanks yer Norly jemput kami sekeluarga datang.
Tak dapat bergambar ngan anak2 Norly,
Zahra & Zharif.
Bergambar ngan mamanya pun jadi la kan.
(abaikan perut muncitku itu)


Balik dari umah Norly,
kami gegas ke Bukit Jalil lak,
nak gi tgk Disney on Ice, later citer :)

Friday, April 1, 2011

Meletop

Diorang berdua ni kalau bergabung...
memang MELETOP..

Tongkang pecah umah dibuatnya.
Ada orang gaji pun leh lari tau.


Bila nampai ai seronok yer.
Muka sangat puas hati :)


Tak larat hari2 nak mengemas..
sampai satu tahap, biarkan je sepah2.. huhuhuhu