Friday, January 30, 2015

Gi Bercuti Esok


Dah 30hb harini.
Lusa dah bulan Februari.
Cepat betul masakan.

Takde gambar baru,
ni gambar tahun lepas hehe
Minum petang kat Nyonya Colors.



Laksanya so so je.
Susah nak dapat laksa sedap skang ni :(



Smlm Zaf balik dari Singapore.
Sampai2 terus dia bagi brg,
belikan ai perfume ok.



Suka baunya,
lembut je tak keras sgt.
Kebetulan perfume ai dah nak habis,
beli la kat sana.
Singapore murahkan.

Esok nak gi Bangkok.
Company Trip 4H 3M.
Tak tau apa yg menarik,
kot ada nak pesan apa2
roger k.


*pic googled.

Satu apa pun tak packing lagi.
Siang sibuk hal anak2.
Malam dah letih.

Zara Aliah tak sabar nak
naik aeroplane katanya.
Doakan perjalanan kami selamat
pergi dan balik yer.

Thursday, January 29, 2015

Ikat Rambut Dandan


Gara2 Frozen Zara Aliah
mintak ai watkan rambut cam Elsa katanya.
Lama dah mintak buat
tp masalahnya ai ni yg tak reti.

Disebabkan dah mintak byk kali,
gigih jugak la buat
dgn tangan keras ni.
Nak wat ke tepi tak pandai,
dan rambut dorang pun xpjg sangat.
Jadinya mana yg bole je la.

Rambut Aliah ni susah giler ok.
Susah sbb licin sgt.
Tgh buat mesti terlepas rambut tu,
Nak ikat melurut cepat.
Serabai sungguh hasilnya hahah



Rambut Zara okay sket,
takde lembut licin sgt.
Cuma tu la sbb mummynya xpandai buat,
xkemas langsung haha



Camne pun dorang dua
happy giler ngan rambut tu.
Bila suh mandi pun xnak
nanti rosak rambut :)

Wednesday, January 28, 2015

Burger Junkyard at Kota Damansara


First time makan sini.



Comel je menda alah apa ni,
no giliran tuk hantar makan.
Pakai soft toy.
Tikus plak tu haha.



Tapi pening,
sbb Aliah & Ariq berebut.
Dorang ingat kedai ni bagi huhu

Minum milkshake,
vanilla & salted caramel.
2-2 sedap.



Onion ring sedap dan rangup.
Mozarella cheese stick sedap
tp ai tak leh makan byk,
cepat muak.



dah nama kedai burger,
tentula makan burger.
Minggu lepas hari burger sedunia.
Makan burger je ai.



Sedap okey,
lagi sedap dr burgerbyte.
Dagingnya lebih lembut
dan tersangat juicy.
Memang meleleh.

Ariq ni mengaruk nak handphone.
Pastu dia wat perangai,
semua menda tak kena.
Masa balik otw ke kereta,
mengamuk mcm ape.
Rupa2nya dia nak tikus tu huhuhu



Habis makan
kami gi umah Taman Tun.
Lepak sana sampai petang.
Pastu balik umah
Zaf nak salin baju.
Malam ikut dia gi main bola kat MPSJ.



Tahun baru
jersey pun baru katanya.
Lupa plak Zaf ckp sape sponsor.



Ariq jumpa geng sebayanya.
Nama Zidane.
Daddy dia minat sgt Zidane,
sampai buh nama kat anak.
Comel rambut panjang kulit putih.



Ai tak tukarkan dia baju,
ha amik main bola kemain smart,
tp habis basah satu badan
berpeluh macam mandi haha



Habis bola,
kami ke uptown damansara.
Dinner aka supper.
Ni je gambar sempat amik,
pastu phone kat tgn Ariq huhuh



Tuesday, January 27, 2015

Dating ngan Yati


Lama tak dating ngan TB.
Kawan sekolah menengah,
namanya Yati gak.
Nak membezakan kami yg nama Yati
tu ada nickname TB (Yati besar) & TK (Yati Kecik).

Kami date kat Wondermilk, Citta Mall.



Citta Mall tak ramai orang,
dan Wondermilk ada tempat
anak2 ni nak main.
Senang mummy nak makan & borak2.
Masuk2 WM ni pun
terus nak main. :)



Ai is minum susu je,
TB minum kopi rusa.
Katanya sedap.
Ai tak minum kopi sgt so
takde rasa nak merasa :p



Konon beli smiley fries ni
nak bg dorang seronok nk makan.
Tp hampeh xnak makan,
wat main2 je huhu



Aliah mintak nak cupcake.
Tapi bertuah lagi,
makan topping je.
Tau la yg tu manis suka la kan.
Cakenya itu mummy yg makan.



Lunch ke2 ku.
Sbb sblom hantar Zara ke sekolah,
dah makan dah.



Masa hantar Zara
dapat whatsapp TB ajak makan.
So ai is pun okay je la haha
Ni kira late lunch kul 3pm ;)



Ini budak mintak cupcake lagi.
Kat ai tak dapat,
gi mintak kat TB.
Sabar je la anak aku ni.
Makan rv,
kalini makan sampai habis.
Amboi org belikan pandai makan habiskan.



Ni ironboy.
Nasib xmintak menda topeng tu
bawak balik umah.



Monday, January 26, 2015

BKAP 1M


First time terima BKAP 1M.
Bantuan Khas Awal Persekolahan 1M Tahun 2015.
Semua dah maklum bantuan RM100 diberikan pd
semua pelajar.
Tentula bila ckp bab duit,
senyum mak bapak hahaha

Hari Isnin lepas gi amik BKAP ni.
Lepas hantar Zara tu
kami bertiga duduk kat kantin.
Sementara nak menunggu pukul 1.50ptg
tuk amik bantuan.



Zara duduk betul2 depan meja cikgu.
Bagus sungguh,
tak macam mummy sejauh yg bole haha



Masa jumpa cikgunya borak2
pasal Zara ni.
Pastu cikgu dia plak tanya ai
okay tak kalau nak bagi dia
jadi ketua kelas.
Terkejut ai dgr hehehe
Kalau tanya ai tentulah okaykan.
Apa yg cikgu rasa baik tuk dia,
baik juga la tuk ai.
Dia ni dah la jenis pemalu,
elok sgt bagi,
biar dia konfiden sket.
Cikgunya cakap dia tgk Zara ni
bole diharap dan dipercayai.
Sila sila cikgu buat la ape yg patut.
Ofkos mummy sokong je.

Ikut cam mummy masa sekolah rendah,
pegang jawatan penolong ketua kelas
sampai darjah 6 okay.
Takde muka lain dah hahahaha

Pas setel semua,
cikgu dia kata bole
bawa anak balik.
Bertuah sungguh la kan.
Amik duit Zara bole balik.
Takde belajar.
Datang semata tuk amik duit rupanya.



Disebabkan tak sekolah,
maka kami terus ke OU.
Jalan2 makan2
dan sempat jua la paw mummy lego.
Eh tapi ni bukan pakai dr duit RM100 tu.
Duit tu harusla masuk dlm akaun banknya :)



Friday, January 23, 2015

Qalesya Aliah dah Preschool!


Yeyyy Aliah pun dah sekolah.
Masuk Genius Aulad jugak
sama mcm akak Zaranya.

Perasaan ai kalini
agak mendebarkan jugak.
Ntah kenapa ai tak konfiden kat dia
hahaha teruk betul mummy ni kan.

Walaupun Aliah ni jenis
active tak reti dok diam
ada je menda nak buat,
tp dia ni jenis cepat sgt sensitif.
Risau gak okay ke tak dia ni.
Sbb sebelum ni dia pernah ckp.
Akak Zara dia pun skool sama ngan dia.
Siap tanya sama kelas tak ngan kakak.
Sbb dia tak pernah tinggal sorang,
nak buat apa2 semua ada kakak dia.

Masa hari pertama dia kat GA.
Semua berkumpul kat hall.
Sblom ni time Zara,
terus hantar masuk kelas.

Macam biasa la
hari pertama semua parents datang.
Ada anak2 yg okay,
ada jugak anak2 yg nangis,
nak nak yg first time
dan kebanyakkan yg nangis tu
umur 4 tahun :)



Lega sangat tgk Aliah
dia langsung takde rasa takut ke apa.
Excited sepanjang masa,
muka tu senyum je.
Pandai jua bawak diri.
Sangkaan mummy meleset hehehhe

Tgk la yg paling kecik dan halus :p



Pas habis taklimat dr principal GA,
mintak parents beredar
tuk dorang teruskan program.
Kemain siap lambai2 mummy
masa nak tinggalkan dia.
Siap berpeace plak.



Minggu orientasi hanya 2 jam je.
Pukul 10.30pagi dah bole amik dia.
Masuk dlm kete
menda pertama skali cakap,
takde makan pun hahahaha



Aduhai anak sabar je la.
Dia mmg suka makan,
menda tu la yg cakap dulu.
Pastu baru cakap best,
ada new friend, teacher.
Sing a song bla bla bla.



Hari2 seterusnya,
tiap kali dia balik sekolah.
Menda pertama dia citer dulu
ialah makan.
Today eat koko crunch mummy,
Today eat nasi lemak,
Today eat karipap.
hahaha bila tanya belajar ape.
Dia ckp no belajar.
Main je hahahahah

5 thn memang teacher pun cakap,
pendekatan tuk dorang main sambil belajar.
So betul la tu jawapannya,
main :)

Thursday, January 22, 2015

Hari ke-2 Zara di Sekolah


Hari ke-2 dah start rutin hantar
Zara ke sekolah,
Aliah hari ke-3 baru masuk GA.

Harus la bergambar momen ini kan haha



Ai parking depan sekolah,
hantar dia tuk beratur.
Tak lama sgt la tunggu,
bgtau dia ai balik,
datang lagi waktu rehatnya.

Masa tgh bersiap2 nak keluar
tengok Zara kat sekolah,
Tok Abah call tanya pukul berapa waktu rehat,
Katanya dia nak ikut.

Kemainkan,
Tok Abah & Mak Tok nak tgk
cucu sulong dia kat sekolah hihi
Mak Su dia pun ikut sama gak.



Seronok Zara dorang datang.
Tp time ni dia berbelah bagi.
Nak gi kat kawan2 dia
or nak gi kat MakTok.



Bestfriend dia Sharifah.
Jumpa kawan terus lupa kat
Mak Tok Tok Abah.
Berlari ngan kawan2.
Seronok betul sekolahkan.



Cuaca panas terik,
masa amik dia kat sekolah
dgr dia batuk2 huhuhu

Esoknya pegi macam biasa
masih lagi tak baik batuk.
Hari ke-3 tu ai pun dah start
hantar amik je kat gate,
takde dah tgk dia walaupun waktu rehat.
Kira dah tinggalkan je la dia.

Masa amik dia balik,
masih batuk lagi.
Tanya dia makan ke tak.
Boleh dia kata tak makan
sbb nak main ngan kawan dia.
Confirm la tu main berlari
tengah2 panas tak ingat dunia.

Kat umah batuk sampai muntah2 :(
Gi klinik doktor bagi mc,
jadi hari Jumaat lepas
hari pertama dia cuti tak gi sekolah.

Wednesday, January 21, 2015

Episod Akhir Drama Zahira



*pic googled.

Sape tgk citer Zahira.
Angkat kening hihihi
Bestkan citer ni.

Nak plak yg berlakon tu
Heronya Adi Putra fuh fuh fuh
wah tetiba hahaha
Heroin plak Zara Zya
bertambah best 10x ganda.

Yang sebenarnya ai is dah tgk
episod akhir Zahira.
Rupanya kat online dah ada ok.
Kat tv skang ni tayang episod 14.
Akhir episod 15.

Episod akhir ni kelakar ok
nak nak part nak habis.
Seyes gelak2 tgk haha

Nah sape tak sabar nak tunggu
sila klik kat website ni.
Tengok jangan tak tengok :)

Link: www2.bukancincai.com

Qasrina Zahra Darjah 1!


Akhirnya sesi persekolahan 2015 dah bermula.
Alhamdulillah dah selesai minggu pertama sekolah.
Kejap betul masakan.
Ni dah hari ke-3 minggu ke-2.

Seperti yg dijangka,
wah confirm sungguh.
Alhamdulillah sekali lagi,
Zara pandai bawak dirinya.
Sebelum ni dah gi orientasi [link]
takde la rasa kekok sgt pun kan.

Hari pertama nak gi sekolah,
amik gambar dulu sementara tunggu lif.



Manja ngan Daddynya.



Bergambar lg sementara tunggu Daddy
amik kereta.
Ariq tu nak bag kakaknya.
Nak tarik sana sini la tu huhu



Sampai sekolah
bergambar lagi.
Yer hari Zara sedunia
harus gambar dia penuh.
Tu pun tak semua gambar masukkan kat blog :p



Berbaris mengikut kelas masing2.
Hari pertama meriah
semua parents datang hantar
and tgk anak2 kan.



Dah berhimpun
masuk kelas plak.
Time ni ai tak ikut pun Zara.
Masa orientasi dah tau kelasnya kat mana.
Jadi biarkan je la dia pegi ngan kawan2 dia.
Tgk parents lain pun sama,
tinggalkan aje anak2.
Ada la 2-3 org camtu ikut skali.

Jadi nak menunggu waktu rehat,
kami keluar lunch dulu.
Makan kat Kelana Jaya.

Zaf tu muka tak cukup tido,
baru balik dr Johor,
malam pegi balik sana.
Redha la ngan keje dia kan,
kurang2nya dia ada pd hari penting ok dah.



Ai punya kuey teow sup.
Sedap kongsi ngan Aliah Ariq.



Zaf makan kuey teow goreng.



Pas makan ikut Zaf gi Bukit Jalil,
amik barang ape ntah.
Ingatkan kejap,
lambat jugak urusan dia
sampai lewat nak tgk Zara masa rehat huhu

Ai masuk sekolah sorang je,
Zaf Ariq tunggu dlm kete.
Sampai2 je tgk Zara dah habis mkn
ngan kawan dia ngeeee
Kat sekolah ada kawan2 GA dia gak.
Sorang sama kelas,
sorang lagi kelas sebelah.
Dah ada geng takde la kisah sgtkan.

Memang bagi dia bekal.
Hari pertama wat nasi goreng.
Mudah2an ai ni rajin wat bekal tuk dia.
Sbb tak ajar pun dia nak beli ape.

Beratur dr kantin sebelum masuk kelas.



Abis dah tu
balik umah.
Keluar balik bila habis sekolah plak.
Sblom tu wefie ngan Aliah dulu :)



First time jua nak amik dia kat sekolah.
Jalan jadi sesak,
kiri kanan kete parking
nak tunggu anak masing2kan.
Siap jem lagi nak sampai kat depan sekolah.
Tuk darjah 1 mmg guru kelasnya,
ikut sama tunggu dlm sekolah.
Jadi kita tak risau sgt la kan.
Minggu pertama la kot,
pastu pandai2 la tunggu sendiri hehehe.
Tapi mmg dah pesan siap2 ngan dia,
duduk dlm sekolah,
tunggu mummy or daddy dtg amik.

Muka kepenatan,
masuk2 kereta terus cakap lapar haha.



Dia request nak Pizza Hut,
maka bawak la dia ke sana.
Wefie satu kali lagi.
Gambar selepas sekolah.
Mummy baru teringat tak amik gambar
ngan dia sblm dan masa ke sekolah hihi



Dinner awal,
pastu Daddynya gi Johor.
Esok ai sorang kena hantar amik dia plak.