Sunday, June 24, 2018

Bila Ariq Jadi Photographer


Gambar tahun lepas haha
November 2017.
Bila datang kerajinan Ariq nak amik gambar
dan perangai kegilaan yg lain datang.

Simpan dalam blog buat kenangan.

Zahra kalau makan spaghetti mmg comot.
Kat dia je dekat 5-6 keping tisu pakai
hehehehe sabar je la.



Time ni gigi Aliah lopong.
Hilang 2 depan sekaligus hehe



Daddy pun sakai melayan.
Sama naik la ngan Aliah tu.



Kakak2nya.



Mummy je tak bape nak sakai :p
Menunggu pizza lama benor,
kelaparan ya amat.



Dah habis Ariq amik gambar semua orang,
turn dia plak nak bergambar.
Suh Mummy amikkan dia n Daddy.
Aliah ada nyorok belakang Daddy tu.



Pastu wefie,
dia sendiri snap.



Ngan Mummy plak.



Kakak Zahra je takde.
Malas layan hahaha

Saturday, June 23, 2018

For Sale: Smiggle Pencil Case


Lupa nak wat entry.
Ramai yg bertanya pasal Smiggle ni.
Sibuk beraya tak teringat.
huhuhu sorry.

Ni gambar pencil case seperti
yang dijanjikan.
Baru lagi, tak bukak pun plastiknya.
Nak let go RM50.

Sesiapa yang berkenan email yer
Tq!








Tuesday, June 19, 2018

Smiggle Tahun Lepas


Cerita tahun lepas lagi haha
Hujung tahun tp blom
cuti sekolah lagi kalau tak silap.

enZaf ajak keluar makan,
katanya pakai baju umah je
sbb nak makan kat mamak.
Sekali dlm kereta dia tetiba kata
jom la pegi Curve.
Suka tau tukar plan tetiba,
banyak kali plak tu.
Time pakai tak berapa senonoh la
ajak masuk shopping mall.
Time tak semenggah tu la
terjumpa kawan sana sini..
huhuhu mesti org tgk apesal la
selekeh benor pegi mall :(

Tak ingat makan ape kat Curve,
yg pasti ada masuk Smiggle.
enZaf nak tunaikan janji dia
kat Aliah beli hadiah
sempena result exam tahun lepas
yg banyak peningkatan.



Ada orang tu pun nak jugak.
Punya la pujuk Daddy nak botol air.



Muka happy la tu dapat beli.



Rupa2nya semua orang dapat.
Termasukla ai hahahaha
Casing phone tu ai punya.
Nampak tak Mummy pun over.
Dah org offer, kita pun amikla kan.



Zahra punya purse tu,
tp sedih purse tu dah hilang.
Baru2 ni jugakla.
Ntah mana dia letak,
tak ingat.
Confirm la yg jumpa tu suka.

Ni pun masa minggu lepas,
ada beli lagi brg Smiggle.
Bag sekolah plak.
Kemain anak2 skang byk dah koleksi.
enZaf pun melayan manjakan anak2.

Oh ada pencil box baru tak pakai,
sama macam dlm gambar kat atas
yg warna biru tu.
Tp yang ni warna pink.
Ingat nak bg kat Zahra tp dia taknak.
Harga asal RM80 lebih,
tp nak letgo RM50.
Sape nak roger ok.

Thursday, June 14, 2018

Ramadhan Di Penghujung


InsyaAllah esok kita
bakal menyambut Syawal.
MasyaAllah cepat betul masa.
Kejap je rasa puasa.
Sedih nak tinggalkan Ramadhan.
Kalini ai tak sempat nak khatam Al-Quran.
Seyes tak menang tangan ada Qaireen ni.
Dan puasa kalini jugak,
enZaf uruskan dari sahur sampai
juadah berbuka 100% okay.
Masak nasi, goreng ayam semua dan campur
ngan beli kat bazaar.
Terima kasih Yang!
Terharu sangat.

4 hari sblm raya anak2
dah main bunga api & poppop.
Gambar ni masa 3 org je main,
cousin dorang Aira & Akid blom balik lagi.



Smlm dorang dah main ngan cousin,
tak amik pun gambar dorang.
Daddy dorang pun main gak.
Main mercun.. :)

Semalam jugak Tok Abah ajar cucu2
buat ketupat hehehe
Walaupun takde sorang pun pandai,
tp dah bg pendedahan,
tuk turunkan kat generasi baru.

Akak Zahra bole la buat sikit,
lepas step ke-2 dia tak lepas.
Jari tu kena betul2 pegang daun.
Kalau terlepas susah la.
Takpe nanti belajar lagi hihi

Oh.. lupa hari ape,
budak2 ni tolong maksu buat kuih raya.
Buat cornflakes coklat kesukaan semua.
Yang lain kuih tunjuk je haha



Malam ni last berbuka.
Seperti biasa malam raya
kami akan berada di Sg.Buloh.
Menikmati juadah raya...
yeyy suka :)

Kepada kawan2 semua
di kesempatan ini nak wish
Selamat Hari Raya Aidilfitri
dari kami sekeluarga.
Maaf Zahir dan Batin.
Yang akan pulang ke kampung,
semoga selamat sampai.


Wednesday, June 13, 2018

Tudung Bawal Budak


Suka tak terkata dpt
tudung raya tuk anak2.
Cantik sgt siap ngan nama bagai.



Actually ni last minutes order ngan kawan.
Kawan ai ni mmg berniaga tudung,
Farah namanya tp bukanla buat tuk budak.

Gara2 dia whatsapp ai pasal shawl
yg ai beli kat Dressy Donna tu,
itu yg buat ai teringat
tudung anak2 ni.

Dia kata dia hanya ada bawal bidang 45.
Ai request buatkan tuk anak2,
potong bidang tu jadi 35.
Farah pun cakap okay.

Ai plan mmg nak bg Zahra pakai tudung
bawal tuk raya ni.
Dan plan lagi tudung tu kosong je.
Skali Farah ckp nak letak nama tak.
Dah alang2 tu ai fikir buat la skali.
Dan buat juga tuk Aliah.
Buatnya dia tetiba nak jugak,
tak ke naya nanti merajuk plak.

Ini la hasilnya,
sgt cantik in real.
Nama pun tudung bawal manik tabur,
mmg byk manik2 tu bila tudung tu dibuka.



Kat luar ada je tudung bawal budak
yang instant ngan bow bagai.
Tp ai kurang berkenan pakai tuk raya.
Pastu tudung tu labuh plak tuk
anak2 yg petite ni.
Ada beli tudung instant tu
bagi dorang pakai time mengaji :)

Farah siap bagi extra manik.



Tq tq tq tq Farah.
Sangat puas hati.
Nanti nak order lagi warna lain.
Pasni byk la koleksi tudung anak2.
Bawal tudung sepanjang zaman,
tak lapuk gitu.

Oh ada yang bertanya harga tudung ni
RM25 sehelai tak termasuk pos ok.

Ni pun semalam kawan2 ckp,
kenapa lambat ai bgtau pasal
tudung budak ni.
Masalahnya baru dapat smlm.
Terima kasih Pos Laju
sampai sblm raya :)

Monday, June 11, 2018

Happy 12th Wedding Anniversary!


2hb lepas hari ulangtahun
perkahwinan kami yang ke-12.
Takde celebrate ape,
memandangkan bulan puasa.

Tak ingat la 2hb tu buat ape.
Oooo hari Sabtu,
kami balik berbuka umah mak ai.

Balik dr Sg.Buloh
singgah jap umah mak mertua.
amik carrot cake :)
Kira ni kek anniversary la terus :p



Kakak enZaf order,
student kakak dia yg buat.
Sedap sangat.
Anak2 yg makan banyak..
nak nak si Aliah tu hehe

Gambar berdua lama takde,
skang ni kalau nak berdua,
ada orang ke-3 dah.
Iaitu Qaireen hehehe

Happy Anni to us!
Tiada apa yg ingin ai minta selain
dari kami berdua sihat, kekal
dan bahagia hingga hujung nyawa.

Senandung Syawal @ The Curve


Seriously bulan puasa tahun ni,
tak byk pegi shopping mall.
Kalau pergi pun tak amik
gambar kat tempat2 deko raya.
Mungkin ai kepenatan agaknya hehe
alasan tak kukuh sgt :p

Ni pun bergambar sebelum pergi
buka puasa company Zaf.
Kami singgah kat Curve jap,
jalan2 cuci mata.

Anak2 ni nampak train,
laju je berlari nak masuk dlm.
Dorang yg bersemangat suh amikkan gambar.



Jadi layankan aje.
Kalau tak suruh tadi,
ai dah cari kerusi nak duduk :)



Sementara ai ambil gambar anak2.
enZaf & Qaireen duduk kat kerusi dgn aman.
Tak boleh jadi,
kacau dorang berdua hehe



Hashtag Daddy anak 4.



Gambar keluarga.
Mata ai tu ya ampun,
bawah mata dah gelap sgt.



Mata ngantuk tu,
nak tido.
Qaireen skang dah ok tido malam,
cumanya dia nak menempel.
Ai yg xbole tido,
sakit badan pinggang bagai.
Bertabahla sampai dia setahun dua ni.

Eh sambung lagi bergambar.
3 orang ni dah ape kemaruk nak
suruh amikkan gambar.
Sblm ni masa kecik
Mummy yang beria nak suh bergambarkan.
Ha skang amik anak plak yg suruh hehe



Posing ape nak oi silang kaki gitu.
Tangan lipat ape ntah huhu



Seriously menguji ketahanan fizikal
dan emosi dah anak 4 ni.
Ini pun mujurla 3 org ni
dah besar.. bole uruskan sendiri.
Byk dah menyenangkan jugak.
Tp faktor umur la kotkan,
badan ni takde la sekuat sblmnya.
enZaf ckp alah baru 38 tahun ni.
Oi 38 pun rasa tau beza.
Nak terhuru hara sana sini ngan baby.
Berpeluh memanjang.

Takde istilah surirumah goyang kaki,
bila ada anak2 kecil dan sedang
membesar ni.
Lainla ada maid sorang satu jaga anak,
buat keje rumah kan.
Ape pun diriku tetap bersyukur
dapat membesar dan mendidik anak2 depan mata.
Tak kisah yg berkerjaya atau tak,
yg penting dahulukan keluarga
naknak anak2 ni,
dorang membesar sekejap je.

Semoga diriku diberi kekuatan
untuk melaksanakan tanggungjawab
sbg seorang anak, isteri dan ibu.
Chayok hihi



Sunday, June 10, 2018

Buka Puasa Opis


Tahun ni buka puasa ngan company Zaf
sama tempat buka puasa
dengan kawan2 ai.
2 kali makan kat Muhibbah hehe



Elok jugak makan mcmni,
dari buffet.
Memandangkan jenis tak makan byk,
buffet tu mmg rugi.
Eh ai makan byk tp takde la
nak makan semua menda sekali hadapkan.
Memang tak berbaloi sgt la buffet ni.

Kami sampai ngam2 nak berbuka.
Tak sempat nak amik gambar makanan :p
Lagipun Qaireen nak menyusu,
jd tangan terhad nak multitask hehe

Jadinya bergambar lepas makan
dan sebelum balik :)

Gambar ngan Sue,
anak bujang dia je tak masuk.
Dah besar tinggi malu gitu.



Kalini tak sempat nak berborak
ngan Sue lama2.
Dua2 tak menang tangan ngan baby.
Nak lepak lama lagi la susah.



Keluarga kecil kami.
Ni tak cukup corum.
Ada yg outstation,
ada yg ada hal xdpt nak dielakkan.
Dan ada jua tak dtg sbb berpantang :)



Pertambahan 3 bayi perempuan dlm keluarga.
Syukur Alhamdulillah,
semoga bertambah lagi tuk tahun akan datang.

Oh tahun ni first time kot,
tak bagi duit raya time iftar.
Bankin je kat akaun masing2.
Tp macam takde feel plak.
Kalau bagi angpau tu
rasa la mcm duit raya sangatkan hehe

InsyaAllah lg 4 hari
kita nak sambut Syawal.
Ni nak sahur pun tak bole
fikir nak makan ape.
Sbb dah tak lalu nak makan nasi dah.
Anak2 takde masalah,
sahur dorang makan cereal or roti.
Jarang mintak nasi.

Kejap je kan nak raya.
Moga diriku pun masih dpt
tahan berpuasa penuh.

Tuesday, June 5, 2018

Iftar with Bffs


Alhamdulillah tradisi buka puasa
bersama kawan baik untuk tahun ini berjaya
walaupun ada sikit salah paham,
bab sape yg nak booking tempat bagai haha

Thank you Nani booking &
order menu terus.

Ni la ordernya
hasil dari permintaan Nowwa.



Kemain amik hidangan besar semuanya.
Terpaksa makan banyak,
padahal mmg makan banyak pun :p

Ini pun kami sampai dulu,
yg lain lepas azan baru sampai.
Sangkut jem.



Sampai2 ape lagi,
tak toleh kiri kanan dah.
Kelaparan hehe



Elin je tak dapat join,
ada urusan tak dpt dielakkan.
Memang susah nak dpt kelima2 semuanya.

Habis makan
mintak Zahra amikkan gambar.



Amik lagi kalini,
dia panjat kerusi.
Ya ampun mejaaaaa..
sepahnya la hai.



Amik lagi kalini takde anak,
nak nak Qaireen hehehe



Nak balik amik lagi.
Tak puas bergambar.
Selagi boleh gitu.



InsyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi
masa raya plak.
Sayang korang ketat2.


Sale: Omar Ali Baju Melayu Budak


Baju melayu dari Omar Ali nak di"letgo"
Size semuanya 03.
RM35 sepasang.

Measurements (cm)
Baju
Lengan: 21.5
Labuh: 35
Lebar: 33.5

Seluar
Pinggang: 16 (bergetah)
Panjang: 44


Kalau berminat email yer

Warna hijau gelap.
Sold



Warna merah terang.



Ni warna hijau muda,
dlmm gambar ni mcm tak berapa muda :p



Ni warna yg betul.




Saturday, June 2, 2018

Golden Cornflakes & Crunchy Nuts Sedap


Bulan puasa ni cousin ai
ada buat kuih raya.
Muda lagi baru lepas grad UTM.
Anak paksu blah abah, Fatin namanya.
Rajin muda2 buat keje sampingan.
Balik dari opis sambung buat kuih plak.

Dah ada tu,
alang2 beli nak merasa.
Dia buat Golden Cornflakes
& Crunchy Nuts.

Siap hantarkan kat rumah.
Opisnya kat Bandar Utama,
dekat katanya boleh hantarkan.

Masa dia sampai,
tak tgk pun kuih tu,
masuk2 je kami borak2.
Ajak dia buka kat rumah,
dia dah janji nak berbuka ngan kawannya.

Dah lepas buka baru ai
tengok kuih2 tu.
Tak sangka dia bagi shawl.
Alahai terharu...
moga murah rezeki dan melimpah ruah Fatin ye.



Golden Cornflakes ni sedap.
Secukup rasa serba serbi.
enZaf pun suka.



Crunchy Nuts ni pun...
terbaik la!!
Penuh kekacang atas tu..



Fatin ni bukan je rajin buat kuih,
dia ada juga jual menda2 lain gak.
Bole visit IGnya, search
sparklebyus.com