Friday, July 3, 2020

Random Stories


Cerita minggu lepas. Pergi Mr.DIY kat Giant nak beli barang akak Zahra untuk projek Sainsnya. Dah alang-alang ke Giant terus ai masuk hypermarket beli makanan sikit. Tak beli banyak pun, bakul pun ai tak ambil. Nanti kalau ambil macam-macam nak disumbat dalam tu. Pegang je dengan tangan. Dah tak cukup tangan terus ke kaunter bayar :p First time kami masuk Giant telah sekian lama hihi



Order lagi meatball dengan kawanku Nani. Kalini try yang Cheezy Meatball pula. Sedap juga macam Swedish Meatball. Terbaik kawanku ini, semoga dimurahkan rezeki bisnes makan dia :)



Hari Sabtu kawan sekolah akak Zahra datang rumah, Sofea dan Hanani. Rindu setelah sekian lama tak jumpa. Selalu berborak dalam phone je. Kalini jumpa bukan main sampai tak ingat nak makan. Seronok sangat. Petang sikit ai masak bihun goreng lepas dorang main kat playground. Dah penat baru lapar masing-masing. Terima kasih buat parents mereka sudi hantar anak masing-masing ke rumah kami.



Pada hari Ahad lepas Isya', enZaf tiba-tiba bawa keluar canvas frame. Frame kosong tu sebenarnya dah lama beli dekat Spotlight. Tak silap dah 3 tahun kot beli. Ai yang sebenarnya beli frame tu, plan asalnya nak lekat gambar atas canvas. Punya la dari hari ke hari, eh dari tahun ke tahun hahaha Sampai kesudah :p. Konon membebel pasal enZaf selalu lambat gantung frame tapi diri sendiri pun sama je, terhegeh-hegeh juga hahaha. enZaf kata biarlah dia yang buat, lambat sangat tunggu ai :p Dia suruh ai bawa keluar gambar-gambar yang dah diprint. Gigih pilih gambar dan susun berserta dengan perkataan yang nak diletakkan sekali. Lepas dah susun enZaf suruh ai gam semua tu.



Hasil kreativiti enZaf. Thank you Yang! tunggu ai tak tau bila siapkan. Dalam kepala ai dah fikir nak buat macamana tapi enZaf dah bersuara dia nak buat, jadi ai biarkan la ikut idea dia. enZaf cakap nanti kita beli lagi canvas frame lekat gambar lain pula. Kalau tunggu ai buat mungkin 3-4 tahun lagi kot baru siap hehe :)



Wednesday, July 1, 2020

Seharian keluar


MasyaAllah masuk bulan 7 dah kita. Tup tup nanti dah habis tahun 2020, cepat betul masa berjalan sekarang ni. Kalau nak diikutkan pembelajaran anak, bulan ni akak Zahra ada percubaan UPSR. Disebabkan peperiksaan dah dibatalkan, secara tak langsung debaran tu pun terus hilang hehe. Kalau masih berjalan seperti biasa mungkin Mummy dia dah berpeluh nervouskan. Macam kita pula yang nak ambil exam. Ingatkan tahun ni merasa debaran anak nak exam besar. Belum diizinkan lagi nampaknya :)

Pada petang Selasa minggu lepas, enZaf ajak keluar bawa Ariq potong rambut. Alahai ikutkan hati ai, ai nak biarkan rambut Ariq panjang macam umur dia 3-4 tahun dulu. Tapi Daddy dia dah rimas tengok rambut anak bujang dia huhu apa lagi nak katakan, pasrah je la ai menurut perintah :p Kami pergi dekat Strand Mall, kat situ orang tak ramai. Masa sampai ada sorang customer tengah potong rambut, tunggu la kejap. Sementara tu ai sempat pergi pos barang dekat-dekat situ juga. Masa tengah tunggu orang tu siap potong, ada wife dan anaknya lebih kurang baya Qaireen kat luar kedai menunggu sama. Qaireen dengan muka tak malu pergi ke arah "kawan" tu sebab dia tengah main bubbles. Sibuk je orang tak ajak dia datangkan. Bila orang tu nak balik dah, boleh pula wife tu bagi mainan bubbles kat Qaireen. MasyaAllah baiknya hati. Ai siap tolak pemberian dia tapi dia tetap nak bagi. Semoga murah rezeki keluarga tu. Aliah la yang kena sambung layan Qaireen main bubbles pula :)



Sempat juga la wefie bersama anak dara sulong ni. Cepat dia besar, sikit lagi sama tinggi dengan Mummy. Banyak pakaian dah mula share dengan dia juga. Walaupun cepat besar kami masih kecil nak dibandingkan dengan orang lain hahaha Kamikan golongan petite :)



Sedihnya tengok rambut Ariq nak potong. Dia tu okay je kalau potong atau tak. Jenis tak kisah.



Lepas selesai semua potong rambut Ariq, enZaf ajak ke Ikea pula. Katanya nak tengok pasu pokok. Elok sangatla ajakan dia tu, dah alang-alang ke sana ai pun nak cari lesung batu hahaha. Haritu tengok kat website Ikea, berkenan pula kat lesung batu dia. Bukan main lesung batu nak cap Ikea. Tapi sedih lesung batu dah habis stok. SA Ikea tu cakap memang laju habis. Asal letak je licin. Apa ke hal semua orang nak beli lesung batu ni huhuhu



Barang ai nak beli tak dapat, barang enZaf cari pun tak ada juga. Ramai betul orang shopping sampai habis sana sini. Tapi ai ada la beli barang sikit-sikit. Merawat hati yang luka haha Poyo sangat.



Ingatkan nak makan kat foodcourt Ikea. Ya ampun ramainya orang. Beratur panjang nak masuk dalam. Terus kami tak jadi makan situ. Keluar Ikea pergi foodcourt IPC aje. Tak ramai orang langsung, senang sampai-sampai banyak meja kosong. Aliah nak makan Spaghetti Bolognese.



Dua orang ni makan nasi ayam.



enZaf makan mee, Qaireen pula makan nasi ayam sama macam abang Ariq.



Ai pula terasa nak makan bubur nasi. Lama tak makan, rindu pula :p



Sejak puasa ai dah tak joging sampai la sekarang. Berat badan pun dah naik lagi satu kg. Tak kelakar okay, patut la rasa berat je badan ni nak bergerak. Tengok penimbang pun seram dah sekarang. Malasnya nak start joging balik. Mood rajin tu tak sampai lagi huhuhu

Tuesday, June 30, 2020

Projek Sains: Pengawetan Makanan Tahun 6


Sejak anak-anak kena belajar melalui talian ni, rutin ai kat rumah banyak berubah. Masa ai banyak dihabiskan untuk monitor kerja sekolah anak-anak. Mula-mula tu agak huru hara juga ai nak dapatkan masa balancekan antara kerja rumah dan sekolah anak-anak. Serius agak stress juga, dengan Qaireen yang masih menyusu badan. Dah sah sah ai lebihkan perhatian pada Qaireen. Kalau menyusu bukannya jenis sekejap, lama menempel. Lama sikit baru ai dapat adapt itu pun kekadang ada juga terlepas pandang sana sini hehehe..

Kalau bab homework online or class online ai okay dah. Tapi bila cikgu ada bagi assignment terutamanya untuk buat video yang ini ai ada kekangan sikit. Bukan apa, kalau bahan-bahan yang nak buat tu ada kat rumah itu takde masalah. Masalah bila bahan tu perlu dibeli dan dicari kat luar. Tahu la dengan keadaan yang kita masih lagi dalam PKPP, walau pun dah boleh keluar. Nak keluar dengan heret semua anak-anak tu agak leceh sikit. Ada SOP yang perlu kita ikutkan. Apa pun Alhamdulillah setakat ni apa yang cikgu bagi tu semua akak Zahra dapat selesaikan. Tinggal lambat cepat je nak siap :) Ish.. banyak pula membebel. Sebenarnya entry ni nak buat kenangan yang akak Zahra kena buat projek berkenaan pengawetan makanan. Cikgu Sainsnya suruh murid-murid buat video. Ai suggest Zahra buat jeruk mangga :)

Bahan-bahan macam biasala ai kena sediakan. Yang selebihnya ai serahkan pada Zahra mengikut kreativiti dia. Mula-mula tu ai la yang kena rekod video dia, dalam tengah nak setting tu tetiba Qaireen nak menyusu. Nasib baik la masa tu enZaf ada kat rumah, ai suruh dia je tolong rekodkan video. Masa akak Zahra buat tu ai tak tengok pun, tahu tahu je dia hantar video melalui whatsapp untuk ai tengok.



Masa tengok tu agak frust sebabnya masa tengah dia buat jeruk tu boleh ada bekas air kat depan. Macamana cikgu tu nak nampak apa dia buat. Yang Daddy dia pun satu hal juga. Takkan la tak perasan, rekod asal boleh je. Apa lagi bising la ai. Buat kerja tak senonoh macam ni ai memang tak boleh terima. Buat penat je rekod bagaikan. Disebabkan masa buat ni pada waktu malam dan dah lewat, ai nak akak Zahra buat semula projek dia esok hari. Ni kira re-take kali ke-dua. Ceh dah macam pengarah pula kan :p Mujur juga la ada beli lebih buah mangga. Itu pun terpaksa campur sedikit dengan yang dia dah campur dengan cuka garam. Kena cuci balik, hentam aje la hehe. Lagi sekali ai kena siapkan bahan-bahan. Kalini memang ai sendiri yang rekod dan pastikan semuanya okay.



Video bawah ni akak Zahra yang edit. Gabungkan video-video pendek jadikan satu semua tu dia buat sendiri. Ai serahkan kat dia je. Bila dia dah siap editing terus tunjuk kat ai. Kalini ai tersenyum lebar. Puas hati tengok video tu. Walaupun tak 100% perfect, tapi dah memadai. Nak pula bila cikgu Sains dia dah bagi grade, nampak riak wajah muka Zahra tu seronok sangat. Tahniah kakak!!



Buat masa ni dah 2 video untuk projek Sains dia kena buat dan satu lagi untuk subjek English. Rasanya banyak lagi projek bakal menyusul. Bila tak pergi sekolah inilah cara cikgu nak buat penilaiankan murid-muridkan. Markah-markah semua tu akan dimasukkan dalam PBD.

Oh inilah rupa jeruk mangga akak Zahra. Dapat la ai merasa dia buat. Kalau tambah asam mesti lagi sedap.





Monday, June 29, 2020

Resepi: Buttermilk Chicken


Antara lauk kegemaran enZaf juga. Sekarang ni Aliah pun dah suka dengan lauk ayam buttermilk ni. Kat rumah ni hanya enZaf, ai dan Aliah je yang makan. Haritu enZaf beli ayam mentah ai asingkan siap-siap isi ayam yang takde tulang, potong kecil-kecil untuk simpan dalam freezer. Dapat la 2 kali masak. Satu bekas tu dalam 10 ketul. Kalau nak senang kerja, beli je ayam fillet kat kedai :)



Bahan-bahan

10 ketul isi ayam
4 biji bawang merah (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 tin susu cair
5 sb mentega
2 tangkai daun kari
5 tangkai cili api
1 cheddar cheese slice
1 biji telur
3 sb tepung gandum
1 sb serbuk kari
sedikit garam dan gula

Cara Menyediakan

Mula-mula perapkan ayam dahulu. Caranya celup kesemua ayam dengan telur dan sedikit garam. Masukkan tepung gandum dan serbuk kari, gaul sebati. Perapkan dalam 30 minit atau lebih. Selesai perap bolehla goreng ayam sehingga masak dan ketepikan.

Dalam kuali lain masukkan mentega sehingga cair. Kemudian masukkan pula bawang putih, daun kari dan cili api, tumis sampai naik bau. Masukkan bawang merah, ayam yang telah digoreng dan susu cair. Susu cair ni ai hanya masukkan setengah tin lebih sikit. Gaul dan biarkan sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan cheddar cheese, garam dan gula.




Kalau ai masak Buttermilk Chicken ni ai suka masukkan cheddar cheese slice. Buat lauk kita lagi berlemak tapi kalau tak masukkan pun tak apa. Boleh je takde cheese pun. Ai ni sebab memang dah ada cheese dalam fridge, itu yang masukkan. Lagi satu kalau suka banyak kuah hanya tambahkan lagi susu cair tu. Ada setengah orang nak kuah lebih masukkan air. Tapi ai pula tak pakai air, kalau masukkan air jadi kuah tu cair tak rasa lemak-lemak susu. Itu bagi ai la. Jadi kalau nak kuah banyak masukkan saja susu cair tu banyak-banyak. Lepas tu biarkan mendidih sekejap bagi sedikit pekat :)

Friday, June 26, 2020

Mencari Jubin


Buat pertama kali makan kat kedai sejak PKP. Itu pun kami makan tengahari awal dan tempat yang tak ramai orang. Seronoknya dapat makan kat luar hehehe Kami makan kat Mutiara Damansara saja. Haruslah bergambar untuk kenangan.



Lepas makan enZaf ajak pergi tengok tiles. Lantai bilik air kami yang pecah tu sampai ke sudah tak baiki lagi. Punya la lama bertangguh [link]. Satu faktor sebab tangguh lama ialah masa. enZaf tu jarang ada kat rumah. Bila nak panggil orang repair nak kena dia ada. Dia memang takkan biarkan orang lain masuk kalau takde dia. Tak kisah la nak servis aircond ke hantar tong gas sekali pun. Apa ntah lagi kalau nak baiki bilik air kan. Faktor lain juga adalah duit. enZaf plan dah alang-alang nak pasang tiles baru, dia nak full renovate terus bilik air tu. Tukar shower, sinki, jamban eh semua menda la dia nak buat baru. Nak buat semua tu dah tentulah perlukan duit yang banyak. Sejak bayaran rumah ditangguhkan masa PKP, secara tak langsung duit kumpul yang tak cukup tu dapat la cover dengan duit rumah. Itu pun dah kira satu hikmah jugakan, alhamdulillah. Lepas raya haritu kami pun dah mula survey nak buat bilik air yang macam mana. Kami terus ke Super Ceramic Tiles. Kilang ni dalam KD dekat je dengan rumah. Selalu nampak tepi jalan, kalini dapat masuk dalam.



Tempat nak cari jubin di tingkat 1. Naik naik je terus nampak banyaknya barang bilik air. Teruja betul bila tengok semua tu macam nak pindah rumah baru je hehe



Tiles pun macam-macam jenis dan saiz yang ada. Bila dah banyak sangat, ai mula la rambang mata. Susah juga kalau banyak sangatkan. Nak cari je dah makan masa. Sebab semua kita suka semua kita nak. Tinggal duit cukup ke tidak je :p



Ai berkenan dengan tiles yang bercorak-corak gini. Ini semua gara-gara PKP ai banyak tengok channel HGTV. Rancangan tv berkenaan house renovation. Bilik air orang Europe ni jenis letak tiles corak-corak.



Ha jenis nak buat macamni la. Ada corak-corak kat lantai. Kuat berangan betul la ai ni, enZaf approved ke tak pun ai tak tahu haha



Kalau enZaf nak tukar sinki. Ai nak sinki petak pula. Sebenarnya lagi cantik kalau ada kaunterkan. Tapi bilik air kami kecil je. Tak muat nak buat macam tu. Jadi kita buat la ikut kesesuaian sudah.



Hujung minggu ni enZaf ajak survey lagi kat tempat lain. Sebenarnya ai tak kisah pun kalau tak tukar semua, asalkan lantai bilik air dah baiki pun ai dah happy. Dia dah jumpa orang kontraktor nak buat bilik air ni. Orang tu cakap sekurang-kurangnya 2 minggu nak siapkan bilik air tu mengikutkan apa yang enZaf nak. Ai dah risau sebab dia dah start sibuk balik dengan kerja. Itu pun dah outstation ke sana sini. Ada ke masa untuk 2 minggu dia kat rumah tak ke manakan. Takpe lah kita doa semoga dipermudahkan semuanya :)

Thursday, June 25, 2020

Jauh Sampai ke Nilai 3


Ahad lepas enZaf ajak keluar. Dia kata nak cari pasu dan pokok hiasan. Berbunga-bunga la hati kita ni bila dengar suami ajak tu kan. Bukan sahaja berbunga sebab nak mencari pokok tapi berbunga juga sebab dapat keluar. Anak-anak pun laju bersiap bila Daddy ajak keluar. Lamanya kami tak berjalan sejak PKP ni, kalau keluar pun setakat duduk dalam kereta ambil angin atau pun balik rumah parents ai. Masa nak keluar, akak Zahra tak muat dah pakai kasutnya. Memanjang dah kaki dia duduk rumah ni hihi. Ukur kaki dia rupanya dah sama panjang dengan Mummynya. Terus bagi dia cuba pakai kasut Converse ai, muat dan elok sangat pula tu. Sebelum ni pun dia ada pakai baju ai juga. Nampak gayanya lepas ni dah boleh share la barang ai kat dia :)



Jauh kali ni kami berjalan. Sampai ke Nilai 3 enZaf bawa. Lama betul ai tak ke sini. Kali terakhir masa awal tahun 2006. Masa tu ai pergi ke sana nak cari dulang hantaran untuk bertunang. Pergh bukan main nak bertunang cari jauh-jauh. Padahal ada je dekat kat KL tapi gatal kaki pergi jauh kemain haha. Itu la last ke Nilai 3, lepas tu tak tahu dah nak buat apa ke sana.



Bila dah lama tak pergi, ai pun dah tak berapa ingat macam mana rupa Nilai 3 ni. Sampai-sampai sana dekat situ banyak kedai jual karpet dan kain langsir. Kedai barang perkahwinan pun ada juga tapi tak berapa banyak sangat. Bila tak banyak, pasu dan pokok-pokok hiasan pun tak banyak choice. Konon nak beli pokok terus tak jadi nak beli.



Kami masuk salah satu kedai karpet. Ai berkenan betul dengan corak karpet Turki. Jenis bunga-bunga tu kan. Tapi kalau nak beli tak kena pula dengan konsep rumah. Karpet tu macam sesuai kalau ada perabot jati. enZaf memang tak suka karpet jenis corak macam tu, katanya macam mak-mak hahaha.. dah tu ai memang mak dah kan :p



Masa berjalan kat Nilai ai dapat call dari Mak Lang. Jemput datang beraya kat rumahnya. Lepas kami selesai kat Nilai 3 terus menuju ke Pantai Hillpark. Tak sangka sempat jumpa Mak Ngah dan Pak Ngah. Dorang dah lama sampai nak balik dah pun. Gambar ni ambil dari Facebook Mak Ngah. Ish..ish tembamnya muka ai. Nampak sembab pun ada. Sebelum dorang balik sempat Pak Ngah hulur duit raya untuk anak-anak. Terima kasih Pak Ngah!



Setengah jam lepas tu, mak dan abah pun sampai rumah Mak Lang beraya juga. Tak ambil pun gambar dengan dorang masa kat rumah Mak Lang. Lama kami melepak dari petang sampai pukul 8 malam. Terima kasih Mak Lang jamu makan-makan dan terima kasih Mira bagi duit raya untuk anak-anak. Dari rumah Mak Lang terus kami balik rumah. Semua dah kepenatan. Terima kasih sekali lagi buat Mak Lang bagi face mask extenders untuk ai dan anak-anak. Pandai betul Mak Lang mengait, cantik pula tu dan paling penting mengait dengan penuh kasih sayang :)



Jauh berjalan sampai ke Nilai 3 takkan la takde membelikan. Cita-cita ai yang teringin nak ada karpet kat meja makan tercapai haha.. bukan main cita-cita tu :p Lama dah teringin tapi sebab tengok anak-anakku makan jenis "dagu bocor" itu yang buat hasrat terbatal. Nak nak si Ariq tu, kalau makan takde terabur atau tumpah memang tak sah hehe



Sekarangkan tengah hangat dengan karpet velvet ni. Kat IG ramai yang menjual. Harga tengok pun boleh tahan mahal juga. Beli kat nilai ni murah je. Harga pun tak sampai RM100 pun. Rambang juga mata tengok corak-corak karpet ni. Tapi untuk karpet meja makan ai sendiri yang pilih. Cantikkan.. haha puji diri sendiri :p

Oh ye, gambar kat bawah ada beli lagi satu karpet panjang ni juga. Pada mulanya enZaf nak letak kat hallway. Bila letak kat situ nampak tak berapa cantik pula. Ai saja la suggest letak kat dapur. Dia cakap okay. Bila ai pindahkan karpet tu kat dapur memang lagi sesuai kat situ. Kat hallway tu enZaf nak cari lain kemudian.





Wednesday, June 24, 2020

Happy Fathers Day 2020


Alang-alang sambut birthday Ariq, kami terus sambut Father's Day sekali. Masa enZaf beli kek Ariq, dia call tanya nak beli kek tak untuk Abah. Katanya kat Komugi tu ada kek dah siap-siap tulis Happy Father's Day. Ai kata terpulang la. Kalau nak beli okay aje. enZaf pun setuju terus beli.



Tak tahu maksud tulisan Jepun bawah misai tu. Bila google abjad pertama tu memang bermaksud ayah. Yang abjad ke dua dan ke tiga tu ai tak dapat jumpa apa maksudnya. Mungkin Happy Father's Day la kot kan dalam tulisan Jepun. Kesempatan ini ai nak ucapkan Happy Father's Day buat semua terutamanya kepada ke tiga-tiga lelaki yang bergelar ayah dalam gambar bawah ini. Semoga mereka menjadi kebanggaan keluarga terutamanya anak-anak :) Harusla ambil gambar abahku tersayang bersama dengan menantunya. Nasib baik bukan hantu :p Suamiku tercinta dan adik iparku Omar yang dikasihi. InsyaAllah tahun depan tambah lagi menantu dia.



Patut tahun ni dapat menantu lagi, tapi disebabkan Covid-19 ni, majlis ditangguhkan sampai tahun depan. Kemungkinan besar tahun depan dapat dua menantu sekali gus. InsyaAllah :) Malam tu tunang Nani, Fahmi pun ada juga. Memandangkan dia belum lagi bergelar suami apentah lagi ayah jadi elok sangat la dia jadi photographer hari tu hehehe. Thank you Fahmi ambilkan gambar ni.



Seronok complete semua ada. Walaupun kejap je Hana balik tapi dah cukup bermakna buat kami semua. Semoga kita semua dapat berkumpul lagi macamni. Selamat hari ayah juga buat bapak mertuaku. Keluarga sana memang tak sambut hari-hari macam ni. Mula-mula enZaf masuk keluarga ni pun dia tak biasa sambut macam ni tapi bila dah lama baru dia paham dan sampai dia yang eksaited beli makanan hehe :)

Tuesday, June 23, 2020

Happy 8th Birthday Ariq Firman!


Pada 20hb baru ni, birthday Ariq yang ke-8 tahun jatuh pada hari Sabtu. Awal pagi lagi ai, enZaf dan kakak-kakaknya wish dia birthday. Bukan main suka lagi hehehe Siang tu kami tak ke mana pun sebab enZaf puasa 6. Last day dia puasa 6, lambat habis sebab sibuk dengan kerja dan outstation pun iya juga. Mujur sempat juga dia habiskan. Lepas Maghrib baru kami gerak ke rumah Sg. Buloh. Sambut birthday Ariq dengan Mak Tok dan Tok Abah. Oh sebelum tu, lepas solat Asar Daddy dia pergi OU nak beli kek dan belon.

Gigih orang tu kopek durian. enZaf baru balik outstation dari Ipoh semalamnya. Sempat dia singgah membeli buah durian. Durian kampung aje.



Birthday boy request nak kek red velvet. Tapi tak kesampaian, kek dia nak tu tak de. Mula-mula Daddy dia pergi cari kat Bisou, semua jenis kek habis. Pergh ramai betul orang beli kek. Pergi kat Komugi pun takde red velvet. Akhirnya enZaf beli kek rainbow kat Komugi tu je. Dia dah malas nak cari tempat lain. Kesian orang puasa ke sana sini cari barang. Thank you enZaf!



Rambutnya dah panjang, ai tak bagi potong. Biarkan je la. Kalau nak masuk sekolah nanti baru potong pendek :)



Sambut birthday kali ini seronok sebab cousin dorang pun ada juga. Adik ai Hana dapat balik sekejap. Jadila dapat jumpa melepaskan rindu.



Semestinya la ada gambar satu keluarga. Senang ada photographer, kalau tak kena letak atas meja pakai timer je :p



Selamat hari jadi anakku Ariq Firman! Semoga menjadi anak yang bijak pandai serta soleh dunia dan akhirat.



Video Ariq yang malu-malu bila semua nyanyikan lagu birthday untuk dia.




Oh dia ada minta hadiah. Ai cakap dia dah dapat hadiah awal lagi. Daddy dia beli handphone semata untuk dia buat kerja sekolah. Tapi dia tak puas hati. Tetap nak juga hadiahkan. Siap bisik kat Daddy dia nak hadiah haha.. ingat ai tak nampak la kan. Siap dengar lagi dia nak apa, takut la tu Mummy kata No :) Mummy is garang hehehe

Thursday, June 18, 2020

Barang-barang Dapur


Masa musim PKP kita memang tak keluar rumah. Duduk rumah je, masa tu la mula rajin belek barang kat rumah. Terutamanya kat dapur bagi ai la. Hari-hari masakkan. Kejap-kejap ke dapur. Boleh katakan setiap masa memang ai banyak masa kat dapur berbanding kat tempat lain haha. Bila dah banyak habis masa kat dapur, mula lah ai ni gatal tangan buka Ig yang jual barang-barang rumah. Nak buka Shopee ai tak install. Tak nak install sebab tahu tangan ni confirm akan gatal nak beli itu ini. Untuk langkah berhati-hati baiklah jangan install Shopee, Lazada atau sewaktu dengannya haha Tapi enZaf ada apps tu semua. Jadinya kerja ai hanya forward je barang apa yang ai berkenan kat dia. Jimat tak pakai duit ai kan :p Tapi bila ai forward tu tak expect pun untuk dia beli terus masa tu juga. Cakap dengan dia ai tak urgent nak pakai dan bila dia free dan ada duit lebih tolong la belikan.. hehe pandai-pandai la membodekkan. Antara barang-barang yang dibeli.



Tong sampah yang sangkut kat kabinet ni memang sesuai untuk ai. Kaunter dapur tempat nak potong bawang, sayur bagai ni kecil dan sempit. Selalunya ai letak gitu je plastik nak buang sisa atas kaunter tu. Semua tu makan space, bila dah ada tong sampah sangkut kat kabinet ni tak la kacau ruangkan. Nak buang sisa kat atas chopping board pun senang, tolak je ke tong sampah. Dia bagi stiker kat tong sampah tapi tulisan cina. Takde la nak lekat hehe



Bekas letak sabun basuh pinggan ni pun efisien tuk ai. Sebelum ni guna pakai semula bekas axion tu. Kadang-kadang termasuk sisa basuhan dalam tu dan tak cantik. Dah ada bekas sabun ni nampak la senonoh rupanya. Dan bekas ni boleh adjust banyak mana sabun tu kita nak guna. Span tu dia bagi sekali dengan bekas :)



Tempat letak senduk, sudip dan sebagainya. Sebelum ni kalau ai masak, sediakan siap-siap piring nak letak sudip sebelah periuk. Sekarang tak perlu lagi. Elok sikit rupa dari letak piringkan. Ada banyak warna, ingatkan enZaf order warna grey rupanya dia ambil warna hijau. Boleh la janji ada dari takde kan.



Yang ni oil pot. Baru semalam sampai. Sebelum ni pakai mangkuk tutup dengan piring je kalau ada lebihan minyak hahaha. Kalini baru la cantik ada bekas. Siap dengan tapis sekali senang. Besar oil pot ni, ingatkan kecil je. Barang-barang ni takde la sampai serentak semuanya. Dia order kat siapa atau bila ai tak tanya. Yang pasti order semua ni dari negara China, lambat sikit la nak sampai. Orang dorang ni kreatifkan cipta barang. Apa pun terima kasih enZaf, nanti ai forward lagi apa yang berkenan ye :p






Wednesday, June 17, 2020

Rongak Musim PKP


Lama gigi Ariq tak goyang. Kali terakhir tahun lepas bulan 8. Itu pun gigi dia yang pertama cabut [link]. Rupanya gigi yang lain tu nak cabut masa PKP hehe Masa PKPB satu gigi dia bahagian atas cabut. Dah nak dekat raya masa tu. Kiranya gigi raya la haha Ai tak snap pula masa gigi dia cabut tu. Masuk PKPP ai cabut lagi satu gigi atas sebelah dia pula. Masa gigi atas yang pertama tu cabut, sebelah gigi tu pun dah goyang juga. Tapi tak longgar sangat so ai biarkan je la.



Dua bawah pun dah cabut lagi. Berturut-turut pula goyang dia. Terus teringat masa ai kecik pun sama. Satu gigi goyang, habis berjangkit kat gigi-gigi lain pun turut goyang haha



Seksa okay nak cabutkan gigi dia. Bukan sebab gigi tu susah tanggal, tapi Ariq tu yang tak nak buka mulut bagi ai tengok dan rasa gigi dia yang longgar tu. Ai masih menggunakan trick lama, ai cakap nak tengok je gigi tu. Padahal memang dah niat siap-siap ai nak cabut terus. Dia punya takut sampai tak nak buka mulut. Jenuh ai jolok bagi buka mulut tu huhuhu Total keseluruhan 4 gigi dia dah cabut sepanjang PKP ni. Semua gigi dia yang cabut tu tak ada lagi gigi baru tumbuh. Maka lama la gigi tu rongak lopong saja hehe Oh lega gigi dia yang first time cabut tu dah ganjak ke depan. Sebelum ni gigi dia kat belakang masa gigi goyang tu belum cabut lagi. Tapi ada senget sikit. Kalau tak cantik susunan gigi dia memang pakai braces la jawabnya.

Setakat ni belum lagi ada yang dapat tewaskan ai dalam jangka hayat gigi susu ni. Anak-anak semuanya gigi dah goyang bila umur 6-7 tahun. Ai gigi goyang masa umur 12 tahun. Itu pun gatal goyangkan gigi sebab tengok adik ai Hana cabut gigi. Lama betul gigi susu ai bertahan.

Tuesday, June 16, 2020

Resepi: Serawa Durian Cepat dan Sedap


Tengah musim duriankan. Dekat Facebook dalam Group KD tu hari-hari post jual durian. Macam-macam jenis ada. Ai yang pencinta durian ni memang geram je tengok orang post durian haha Tak sangka pula semalam petang enZaf bawa balik durian. Kalini dia bawa balik durian kampung. Katanya ada orang jual durian kampung perak. Itu yang dia laju beli. Kami ni kalau nak makan durian kampung mesti yang Perak. Negeri lain tu tak berapa sedap sangat. Banyak juga la dia beli. Ai pun terus laju buat serawa durian. Elok sangatlah buat untuk berbuka puasa terus. enZaf puasa 6 tak habis lagi. Tinggal sehari lagi dia. Oh serawa durian ai punya ni rasanya paling senang kot nak membuat. Dan yang penting sedap dan cepat dimasak. Ai tak suka duduk dapur lama-lama hehe



Bahan-bahan

10 ulas durian
1 kotak santan (saiz kecil 200ml)
1 1/2 cawan air
1 gula melaka saiz kecil
5 sudu gula pasir
2 daun pandan (disimpul)
sedikit garam

Cara Menyediakan

Masukkan air, gula melaka dan gula pasir dalam periuk. Kacau dan biar sehingga larut dengan menggunakan api sederhana. Kemudian masukkan daun pandan dan durian. Kacau dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan pula santan dan sedikit garam. Biarkan sehingga mendidih lagi. Tutup api dan hidang.



Senangkan buat serawa durian ni. Sedap pula tu.. bertambah-tambah enZaf dan anak-anak makan. Oh dalam rumah ni hanya sorang je yang tak makan durian, akak Zahra. Masa ai masak serawa ni dia pening kepala. Kesian dia tak boleh tahan dengan bau durian semerbak dalam satu rumah ni. Dah alang-alang buat serawa tu, terus ai buat pulut. Kalau makan serawa ni ai suka dengan pulut.



Berbeza pula dengan enZaf, dia kalau makan serawa lebih suka cicah dengan roti. Dengan roti pun dah sedap jugakan. Lagi satu serawa durian ni sesuai juga makan dengan roti jala. Semalam Aliah dah tanya, Mummy tak buat roti jala ke haha.. Nanti kalau buat serawa durian lagi Mummy buat roti jala pula ye nak. Sekarang ni habiskan pulut tu dulu :)

Sunday, June 14, 2020

BFF Berniaga


Sejak mula PKP dua orang sahabat baikku mula berniaga iaitu Elin dan Nani. Seronok tengok orang pandai berniaga ni. Kita pula jenis tak pandai nak jual menjual. Hanya tahu membeli hehehe. Tapi kalau semua nak berniaga siapa pula yang nak membelikan. Penjual dan pembeli saling bergantungan. Apa pun orang yang kat luar tu jangan la kecam atau sindir pada orang yang tak berniaga tu terutamanya orang macam ai surirumah. Bukan apa, ada jenis manusia yang perli kata daripada duduk rumah saja baik buat bisnes. Cari duit poket sendiri dan macam-macam lagi cakap. Ai paham niat dorang tu nak kita berdikari tapi perkataan yang nak disampaikan itu pun biar la beradab. Bukan dengan cara sinis atau sindiran. Siapa yang taknak ada duitkan. Aduhai melalut banyak pula. Sebenarnya nak beritahu sahabat baikku ini. Sorang berniaga makanan dan sorang lagi berniaga bunga. 2 minggu lepas ai ada order makanan dari Nani. Sejak PKP lama tak jumpa kawanku ini. Ni kira asbab juga la dapat berjumpa selain dari menyokong bisnesnya. Adraa malu-malu pula bila Mummy nak ambil gambar dia ye.



Order terus 5 kotak Sweedish Meatball. Sedap sangat, eh bukan sebab kawan ye. Tapi ni memang betul sedap. Harganya berbaloi dengan apa yang kita dapat. Dalam tu ada 5 layer in 1 box, ha gitchu hehehe Kalau nak boleh la order kat phone number ni ya 0172962557



Kawanku lagi sorang Elin. Dia memang penjual bunga sebelum ni. Selalunya dia berniaga pada musim konvokesyen. Mana saja universiti/ kolej atau mana-mana institusi pendidikan buat Majlis Konvokesyen di situlah kawanku Elin ni ada. Merata dia mencari rezeki menjual bunga. Kagum dengan semangat dia. Tapi semenjak virus Covid-19 ni melanda, semua konvokesyen institusi pendidikan ditangguhkan. Secara tak langsung menjejaskan perniagaannya. Tapi Elin tak patah semangat, dia meneruskan bisnes bunga dia ni buat delivery pula. Surprise delivery gitu.




Jadi pada kawan-kawan yang berminat yang ingin buat kejutan pada orang tersayang, boleh la cuba menggunakan perkhidmatan sahabatku ini. Nombor telefonnya ada tertera di bawah sekali. Tapi mood rajin ni ai taip la lagi sekali nombor telefonnya hehe 01111247253  Harga dan tempat nak dihantar boleh bincang dengan lebih details dengannya.






Rasullullah s.a.w bersabda "9/10 dari punca rezeki adalah dari perniagaan". InsyaAllah ai doakan bukan sahaja untuk sahabatku ini tapi untuk semua kawan-kawan blog yang baca ni juga semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa maju jaya dalam perniagaan yang diceburi. Perniagaan merupakan satu ibadah dan sunnah rasul s.a.w. Jangan putus asa dan terus berusaha.