Thursday, February 27, 2020

Jambatan Angkat Kuala Terengganu


Dah alang2 sampai ke Kuala Terengganu,
harusla ai ajak enZaf ke Jambatan Angkat
atau bahasa inggeris Drawbridge.

Masa ni dekat pukul 3 petang tak silap.
Cuaca ya ampun,
tak boleh bawa bincang.
Panas ya amat, awan pun takde.
Dekat dengan laut plak tu..
lagi la merelit panasnya.



Kalau ikutkan hati mmg
taknak keluar dari kereta.
Tp dah jauh datang,
takkan tengok je kan.
Kenala keluar semata nak bergambar.



Mata tak boleh nak buka besar2.
Anak2 plak dah bising panas,
terutamanya Aliah.
Diva mmg gitu... tak boleh
panas lansung huhu



Kat atas jambatan yang ada kaca2 tingkap
tu kita boleh naik,
tengok pemandangan dari atas,
tp kami tak pergi pun.
Tak sure naik tu free atau berbayar.



Masa ai nak ambil gambar dorang,
tetiba ada pakcik ni offer
nak snapkan gambar kami sekeluarga.
Dia siap kata kami ni org jauh
elok la bergambar semua ada.
Eh tau plak dia kitaorg ni pelancong hehehe
Terima kasih pakcik.
Jasa baikmu kami kenang :)

Lepas bergambar sekeluarga
terus kami menuju ke kereta.
Sempat la bergambar lagi anak
dara sulongku ini.



Ambil lagi gambar kesayangan.



Masa duk dalam kereta,
ai belek balik gambar2 yg diambil.
Masa tu mulut mengomel,
kata tak bape cantik sangat angle
bergambar dgn jambatan ni.

Ai siap tengok kat ig,
gambar2 orang ambil gambar jambatan ni,
view mana yg elok.
Belek punya belek jumpa 2-3 gambar
ai berkenan tempat orang shoot nampak jambatan.

Pujuk la enZaf ajak bergambar lagi sekali.
Ikutkan dia dah malas.
Katanya dah okay gambar2 tu,
tp seperti biasa ai is degil.
Terpaksa la enZaf turutkan.

Bukan apa..jauh datang ni.
Nak dtg lagi ke sini tak tau lagi bila.
hehehe baik alasan tu kan.

Ni la view yang ai berkenan
hasil dari tengok kat ig orang.



Cantikkan..
puji diri sendiri hahaha



Takde orang plak nak suh ambilkan gambar.
Wefie pun jadi la.



Terima kasih enZaf dan anak2,
sudi layan Mummy dorang ni.
Gigih bergambar walaupun panas ya amat.

Oh waktu malam, jambatan ni ada lampu warna-warni,
cantik tp ai tak ambil gambar.
Tengok dari jauh je.


Tuesday, February 25, 2020

Ke Kuala Terengganu


Bila enZaf cakap
ada kerja kat Terengganu.
Laju je ai nak ikut.
Oh ni cerita cuti sekolah tahun lepas hehe
Throwback teruk.

enZaf cakap pegi satu malam je,
tp ai tak kira nak ikut juga.
Bila lagi nak ikut
time anak2 ni cuti.
Penat pun penat la hihihi
Nasib baik dia kata ok :)

Breakfast kat Genting Sempah,
time ni pukul 8.30 pagi.



Anak2 bab jalan ok je,
kalau ngantuk tido dlm kereta.
Ape ada hal kan.
Cuma Ariq je la tanya dah sampai ke blom
dekat 100 kali.
hahaha bertuah sungguh la anak ni.



Sepanjang perjalanan kami ke KT
alhamdulillah cuaca sangat baik.
Panas dan takde hujan langsung.
2 ke 3 minggu sebelumnya enZaf
ada ke KT katanya hujan dalam perjalanan.
Hujung tahun musim tengkujuhkan.
Tp perjalanan kami haritu mmg cuaca elok sgt.



Kami sampai town dalam pukul 12 lebih,
terus cari makan tengahari.
Try makan kat Singgang Budu.



Masakan lauk campur orang pantai timur
semestinya la kan.
Tak ambil pun gambar makan.
Sebab dah lapar dan ramai orang hihi



Ariq plak taknak makan nasi,
dia nak makan pizza.
Nampak pizza sebelah restoran ni.
Kemain anak bujangku.

Tuk first time makan kat sini,
not bad juga la masakannya.
Macam2 pilihan ada.

Wednesday, February 19, 2020

Makanan Syrian


First time makan kat
restoran Syrian ni.
Mozer's kat Bukit Jelutong.




Cantik kedainya.
Sesuai buat celebration
cam birthday party ke gathering ke.



Nak ambil gambar deko tu,
Aliah plak posing
so masukkan la sekali.

Qaireen tgh tidur dlm kereta,
bangun2 moody dlm kedai.
Kacau time tidur dia.



Makan petang jadi order pun
light light aje.

Ni air teh apa nama tak tau.
Tp ada rasa mint.
Kira macam teh o mint la gitu.



Ayam shawarma buat wrap.
Sedap gilersss



Semua makan sbb sedap.
Qaireen pun join sama :)

Roti ni tak ingat nama apa.
Sedap jua.



Anak2 tak sah kalau tak
makan pasta.
Yang pasti licin pinggan.



Order kali ke-2 tp kali ni
lamb plak.



Ada jual kek kat kaunter,
Aliah nampak red velvet.
Memang feveret dia.



Just nice keknya,
sedap manis secukup rasa.

Masak kebab kat luar kedai.



Nak snap gambar luar kedai
sambil berjalan,
maka hasilnya blur la.



Ai is rekemen tempat ni
kalau terasa nak makan makanan Syrian,
sila la ke Mozer's kat Bukit Jelutong Shah Alam.
Iklan tak berbayar hihi

Friday, February 14, 2020

Projek Piala


Bila anak ko Ariq teringat
ada projek seni nak kena hantar esok.
Masa tu dah pukul 9 malam
lepas mengaji.
Maka gigih la Mummy bawa keluar
segala jenis bahan yg ada.

Mujur la sebelum ni ada beli
cawan kertas.
Hiasan yang ada tp tak semua pun pakai hehe

Kena buat Piala Saya Hebat.



Ai pun monitor la dia buat.
Tolong 50% la sebabnya
dah lewat dan lambat siap
kalau dia buat sorang2.



Rupanya ada dua warna tuk kertas kilat.
Tapi ada satu je warna gold,
nasib baik la kat tempat ai
simpan paper/ plastic bag bagai,
ada warna kilat2 dr gift gi wedding.
Jumpa la warna putih kilat.
Jadi la.. kalau ikutkan buku
warna kilat tu biru :)



Walaupun senget benget pialanya,
tampal kertas pun tak kemas,
tp Mummy tetap bangga nak oi.



Janji ada hasil air tangan kamu tu.
Siap dalam pukul 11.30 malam.
Kemas2 terus masuk tidur.

Monday, February 10, 2020

Breakfast dan Cendol Dengan BFF


27hb Januari yg lepas,
makan2 dengan kawan2.
Pembukaan tirai 2020 bersama bff gitu.
Akhirnya dapat juga jumpa
setelah sekian lama ada yg kejap kata free
kejap kata tak free plak.
Tapi itu pun tetap tak cukup corum.

Masa gi breakfast ni Nani tetiba
tak dapat plak nak join huhu
Walau macamana pun yg lain
tetap teruskan jumpa.
Breakfast kat Kerisik pukul 9.30 pagi.
Ai is lambat sampai sebabnya
time nak keluar tu,
Qaireen plak poo poo.
Kelam kabut cuci.. berpeluh2 haha

Antara menu yg diorder.
Mee bandung, nasi impit dengan kuah kacang,
kuih muih...



Lontong dan laksa johor.



Akak Zahra makan nasi lemak,
tak ambil gambar plak.

Kedai ni baru buka kat Seksyen 4.
Nampak kedai baru laju je
kan ai nak mencuba.

Sedap2 okay makanan2nya.
Boleh tahan dengan harga pun berbaloi.
Makan dalam aircond lagi.



Sampai tengahari kami kat situ.
Makan borak gelak sampai keluar air mata.

Sebelum balik sempat la
snap lagi kat luar.



Nak juga bergambar kat signboard atas tu.



Baru2 ni ai makan ngan enZaf.
Ada ambil cheese cake.
Sedappp...
ada gak kek lain yg nampak menarik,
pasni boleh datang lagi.

Lepas 4 hari ai dating ngan Nani plak.
Masa breakfast kat Kerisik
dia tak dpt dtg.

Kali ni kami lepak petang,
kat Rizky Cendol.



Cendol Durian D24.



Ariq takde sbb time ni
dia sekolah.
Kami lepak sampai dekat pukul 6,
terus ai gi ambil dia.
Senang tak payah nak keluar masuk
rumah banyak kali.

Thank you la kat abam keje Rizky ni,
ambilkan gambar kami.



Next round kena gather semua2
bagi cukup.

Saturday, February 8, 2020

Wedding of Khairi & Liyana


Hujung minggu pertama bulan Januari,
hari perkahwinan sepupuku Khairi.
Kira pembukaan perkahwinan tahun 2020 :)

Nikahnya tahun lepas bulan 12.
Cuti sekolah masa tu tp ai
tak dapat datang sbb
gi Terengganu kalau tak silap.
Ke balik Johor gi tunang sepupu enZaf.
Lupa dah huhu.
Kiranya time nikah dan reception
blah pengantin perempuan
ai tak dapat pergi.

Majlisnya buat kat
Bora Ombak Marina Putrajaya.
First time ke sini.
Cantik juga dewannya.

Byk menu kat majlis tu.
Selain dari nasi minyak,
ada nasi putih gak lauk kampung,
ada nasi beriani dengan kambing.
Tp tak ambil gambar.

Yang ai ambil gambar ni
makanan ai dok repeat byk kali haha

Tau foo fah, tauhu bakar.



Tauhu begedil dan apam balik.



Ohoi semua sedap2 okay.
Sampai nasi ai makan sikit je,
lebih kepada makan2 kunyah begini.
Tak berhenti2 plak tu haha

Makan tak ingat sampai gambar beramai2
pun ai tak join ok.
Tapi sempat la ai bergambar
ngan pengantin sblm nak balik.

Bergambar ngan pengantin bersama
adik ai Hana sekeluarga.
Dorang terus balik Ipoh lepas tu.



Cantik pelamin.

Tahniah sepupuku Dr. Khairi dan isterinya.
Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah!

Lepas wedding sempat
kami singgah IOI mall.

Tak makan kat MyKori pun,
sbb Aliah nampak unicorn,
tu yg mintak bergambar.



Masa ni tengah lepak menunggu
enZaf dan Ariq beli kasut.
Kasut dia dah kecik.
Malas nak ikut dorang
berjalan ngan pakai baju kurung.
Penat haha



Lagi pun ramainya manusia.
Rimas dan sakit kepala.
Lepas je Ariq beli kasut terus
ai ajak enZaf balik.


Friday, February 7, 2020

Gotong-royong kat Sekolah


Awal bulan satu yg lepas,
sekolah anak2 buat gotong-royong.
Semangat masuk sekolah tuk tahun 2020,
kena la bagi cantik dan bersih gitu.

Hari yg sama gak,
ada majlis permuafakatan ibubapa
dan guru untuk Tahun 6.
Guru besar maklumkan takwim program
tuk anak2 yg bakal menghadapi UPSR.
Fuh neves ai.. first time
anak nak ambil peperiksaan besar ni.
Macam kita plak yg nak amik exam hihi



Selesai majlis tu,
baru la kami join ibu bapa dan murid2 tahun lain
bergotong-royong kat sekolah.

Ai tengah mencari anak2...



Rupanya2 dorang bertiga tgh sibuk
mengecat pasu bunga.



Sempat la snap gambar akak Zahra.
Aliah pun ada terselit kat situ.
Ariq ntah mana pergi.



Habis seluar baju kena cat.
Mujur la boleh hilang.
Kalau tak mmg masuk ke dalam tong sampah
la jawabnya.

Lepas mengecat dorang pergi tanam pokok bunga,
buang rumput2 tepi jalan dan macam2 la lagi.
Ai tengok je :p

Qaireen dah menggaru tangan
kena gigit nyamuk.
Kesian dia.



Masa anak2 membersih kawasan sekolah tu,
ai lari kejap pergi ke Giant,
nak pos barang.
Dorang pun seronok je,
dah ada kawan2...
masing2 hilang ntah ke mana.
Nak balik janji jumpa kat depan pintu sekolah
pukul 12 tengahari.

Oh harini akak Zahra balik lambat
cikgu ajak dia hias kelas.
Ai pun ada bagi dia barang2 hiasan sikit
tuk bagi kat cikgu dia.
Pandai2 la letak kat mana hihi


Thursday, February 6, 2020

Hari Koko


Setiap Rabu adalah hari koko
sekolah anak2.
Rasanya semua sekolah sama kotkan
hari Rabu juga.
Ke ada lain hehehe

Tahun ni tahun baru tuk Aliah
ada Koko Unit Beruniform dan kelab.
Tahun lepas koko dia sukan dan permainan sahaja.

Masa apply kan dia tuk register koko.
Oooo sekolah sekarang hebatkan,
register online aje.
Kemain zaman teknologi canggih ni,
memudahkan kita juga tuk parents buat itu ini.

Aliah pilih Tunas Puteri.
Taknak sama dgn kakak dia.



Lencana kiri kanan dia
baru jahit malamnya tu.
Mummy dia baru terhegeh nak buat huhu
Nanti nak beli lencana bunga dia,
dah tau dah group ape.
Ai pun terpaksa study balik
bunga2 dalam tunas puteri ni hahaha

Akak Zahra plak bajunya kecik,
tp ai malas nak membeli baru.
Tahun ni je pun tinggal nak pakai.
Pasni nak bagi pada sapa yg nak.
Boleh tahan juga harga uniform ni kan.
Fikir kesian pada yg kurang kemampuan tu
nak plak anak yg ramai.
Moga mencurah la rezeki buat mereka.

Setiap hari Rabu juga anak2 balik lambat.
Kebetulan plak enZaf dia tak masuk opis.
Ada urusan kerja kat bank.
Ape lagi ai pun laju2 la follow.
Sebabnya urusan bank dia tu kat The Curve haha

Lepas dah setel keje,
kami makan kat Italiannies.



Pizza tu kids meal,
free aje tuk anak.



Dah makan ape lagi,
jalan2 la ukur shopping mall :p
Balik sebelum anak2 habis koko.