Tuesday, February 28, 2017

Dari Warung Kita ke Ikea


Lama kami tak makan di Warung Kita, Sg. Buloh. Entah kenapa tiba-tiba enZaf ajak makan kat situ pula. Orang dah ajak makan, kita pun on saja lah :)



Makanan wajib makan setiap kali ke Warung Kita ini, Nasi Manggey & Coconut Shake. Seronok tengok semua kusyuk mengadap makanan masing-masing. Sekarang ini bila semua dah besar, kena order makan sorang satu. Konsep "sharing is caring" dah tak boleh guna pakai lagi hihihi.. Tandanya anak-anak dah besar gitu.



Selepas makan kami singgah ke Ikea. Ai terkejut pada mulanya bila enZaf ajak ke Ikea. Bukan apa selalunya kami ke Ikea pada waktu hari biasa, weekend ini memang tak nak pergi. Almaklumlah ramai sangat orang. Dia kata tak ada plan nak buat apa, itu yang ajak ke Ikea. Nak beli barang untuk toilet katanya. Toilet ke dua kami tu jarang pakai, dah semuanya mandi dalam toilet master bedroom. Kali ini enZaf nak anak-anak pakai bilik air kat luar pula memandangkan semua dah besar.



Anak-anak ini kalau dalam Ikea laju je ambil kertas dan pensil. Dorang bertiga ini semangat nak tulis segala nama dan nombor pada tag barang. Nak nak si Ariq tu, dia paling gigih berhenti dan catit semua atas kertas. Orang baru sekolah ini, kemaruk nak menulis hehe.. teruskan usahamu anak. :)



Sementara menunggu enZaf beratur nak membayar, ai bawa anak-anak pergi beli aiskrim. Rasanya semua orang kalau ke Ikea ni mesti beli aiskrimkan. Dah la murah, sedap pula tu. Dan bila semua dah dapat aiskrim kena tunggu mereka pula habiskan. Daddy dorang memang takkan bagi bawa aiskrim masuk dalam kereta.



Sekarang ini aksesori bilik mandi dah beli. Lama dah terperap dalam bag dan sampai sekarang tak buat apa lagi hahaha.. Beli memang laju, nak menunggu siap tu bertabah la menanti. Ye ye je la Daddy korang tu nak suruh mandi luar bagai. Kita tunggu saja lah bila mood rajin dia tu datang. Kadang-kadang Mummy perlu membebel setiap hari barulah orang tu bergerak :p

p/s: Kejap je dah habis bulan Februari.

Monday, February 27, 2017

Birthday Abah


Kami keluar dinner dengan family ai. Adik ai Nani yang suggest makan kat sini. Nama kedai Let's Shell Out di Puncak Alam. Agak jauh juga nak ke sana.



Nani tengok kat Instagram ramai orang cakap sedap dan murah. Jadi tak salah la kita mencuba juga. Lagi pun ini merupakan pertama kali ai bershell out hihi.. kat KD tu ada je Shell Out tapi tak pernah cuba. enZaf dia kurang sikit nak makan macam ini. Kami keluar makan ini sempena meraikan birthday Abah. Kalau nak diikutkan esok 11hb 2 baru birthday Abah tapi kami makan awal sehari sebabnya Nani dah nak balik Terengganu tengah malam tu juga. Hujung sekali sebelah kiri, bff Nani join sama. Automatik jadi anak angkat keluarga ini, anak-anak pun panggil dia CheSu.



Seperti biasa, sebelum makan haruslah bergambar beramai-ramai dahulu. Minta staf situ ambilkan, terima kasih ya. Lepas itu ai pun ambil gambar hero-hero kesayangan. Ariq sibuk nak main kereta dekat dengan lauk-lauk tu huhu



Sebelah ai ni dah tak sabar nak makan prawn. Dia memang suka makan seafood. Sebelum makan tu dia tanya kenapa tak ada plate haha...



Dalam pada semua orang tengah menikmati seafood, ada seorang minah ni minta nak makan pasta pula. Habis makan pasta dia sambung makan nasi. Sabar je lah.



Orang dah start makan ai sibuk lagi nak ambil gambar. enZaf tak toleh kiri kanan lagi dah, petang tu dia main bola padang. Memang tengah lapar sangat katanya hehehe..



Ai ambil gambar lagi kejadian selepas makan, habis licin... bagus tiada yang membazir.



Akhir sekali haruslah ai bergambar dengan orang yang kita raikan, birthday boy :p Kesayanganku dunia dan akhirat.



Happy 63th Birthday Abah!! Semoga Abah sentiasa diberi kesihatan yang baik. Dan terima kasih juga kepada tukang bayar kat gambar bawah ini. Semoga murah rezeki selalu supaya kita pun dapat tumpang rezeki jua hihi..



Sedap-sedap semua masakan di Let's Shell Out ini. Berbaloi dengan harganya. Ai tak berapa ingat exact price. Tapi ada 2 set hidangan kecil dan besar. Yang kami makan ini ambil set besar. Tak silap harganya dalam RM88, dapatla dalam 4-5 orang makan. Alhamdulillah sedap dan puas hati.

Friday, February 24, 2017

Stalkers Cafe by Fattah Amin


Ke sini lagi buat kali ke-2.
Pegi atas permintaan Nani,
sblm ni pegi ngan Tee B [link],
dia tak dapat join.
Kalini Tee B plak tak dpt join
sbb dia jumpa lg sorang gak
kawan sekolah Jaja.
Plan jugak nak jumpa dorang,
tp tak dpt sbb dorang jumpa jauh sgt.

Kami keluar ni pun hari Jumaat,
plak tu dah lewat petang.
Hari Jumaat adalah hari jem sedunia,
kang rushing plak nak amik anak2
kat sekolah nanti.

Anak bujang ni sampai tertido,
menunggu Adraa bangun dan bersiap haha



Sejak Fattah amik alih kedai ni,
famous sudah.
Dulu ai pandang kedai ni
bagai angin lalu je :p



Peneman Mummy tuk tahun 2017.
InsyaAllah tahun depan ada akak Zara plak.
Baju matching ngan sofa Ariq oi!



Bff sampai Jannah,
insyaAllah.....



Susah betul nak berwefie ngan Adraa,
nak amik gambar je toleh tempat lain la,
gi sana gi sini,
nasib dapat seketul yg cantik
siap senyum bagai :)



Pastu dia ngendeng nak handphone ai.
Kemain okay amik gambar
amik video.
Tau tau penuh muka dia dlm album hahaha



Nani makan sandwich.



Ai makan waffle.



Lama tak jumpa Nani..
sbb dia sakit kaki..bengkak terpeleot.
Ada budak berlari tak sengaja
tertolak dia..dah tu tgh dukung Adraa.
Nasib baik princess tu takde ape.

Thursday, February 23, 2017

Pie Face & Willy Satay


Zaf ajak gi Kajang,
sebabnya dah lama diriku mencari satay perut.
Kemain jauh pegi sampai ke kajangkan.

Sblm sampai Kajang,
sempat la singgah kat Pie Face ni.
Zaf nak bg ai cuba,
katanya sedap.



Sementara tunggu dia beli,
wefie la haha.
Iklan gigi :p
Ariq tak join.



Sampai Kajang lepas Maghrib,
Kawan Zaf rekemen makan satay kat sini.
Katanya sedap.
Willy Satay.



Beratur panjang okay.
Tp kan sampai2 terus nampak notis
bgtau satay daging je yg ada.
Yang lain semua habis...
huarghh sedihnya perut takde.
Cepat betul habisnya.
Tempat bakar sataynya pun byk betul.



Not bad satay dagingnya mmg sedap.
Kuah kacang pun sedap jua.

Willy Satay ni dalam Ramal Food Junction.
Dalam tu food court,
ada macam2 lagi pilihan makanan yg ada.
Memang menarik.
Tp nak dtg lagi ke Kajang tu mak ai,
bercintanya la.. jauh sgt.

Oh berbalik cerita Pie Face,
ni la rupa pie
dalam kotaknya.



EnZaf cakap ni size kecik.
Ada yg besar,
tp beli kecik sbb senang nak makan.

Pastu ada 10 jenis pilihan inti pie yg ada.



Budak2 suka Chicken Mushroom Pie,
ai dah try Chunky Steak Pie,
Spicy Chicken Pie dan
Creamy Mushroom Pie..
semua sedap...
Nanti leh cuba yg lain plak.
Ni websitenya kalau nak tgk [link]
or search je Pie Face Malaysia kat facebook,
nak tau lokasinya kat mana.

Wednesday, February 22, 2017

Kuih Keria Antarabangsa


Kami bertolak pagi dari Johor.
Zaf cakap nak sampai kl awal.
Takut jem katanya.

Mak & abah plak balik lambat sket,
sbb dorang nak jumpa sedara lagi
kat Kg Melayu Majidee.

Masa masuk highway
ada la cakap ngan Zaf,
jom masuk Melaka...
nak beli kuih keria.
Memula tu dia malas,
tp pujuk pujuk akhirnya
berjaya gak la masuk melaka tu.

Sampai dalam kul 11 pagi.
Kami terus la pegi kat kedai tu,
tp tak bukak lagi.
Katanya kul 12.30 baru jual.
Itu pun Zaf cakap dah ada sorang dua tunggu.
Kami plak gi kedai makan sebelah..
takde la sebelah2 betul...
jauh sket la nak berjalan.
Makan nasi lemak :)

Dekat nak kul 12.30 kami gi balik kedai kuih keria tu.
Mak ai dah ramai beratur.
Zaf tu ikutkan dia nak balik je.
Tp dah alang2 sampai tunggu lagi,
penat je kalau tak belikan.
Dia malas sbb dia yg kena beratur hahaha
Tq enZaf!!

Gambar ni pun dah separuh bergerak..
kalau tak lagi belakang sblm ni.



Nasib baikla cuaca elok,
kalau hujan bertempiaran la buatnya.
Yang buat lama beratur tu,
nak menunggu keria tu masak.



Ape yg ai nampak sekali hantar 3-4 dulang.
Tengah ada laju la beratur tu,
bila habis dah kena menunggu..
itu yang buat org sampai sejam dua.

Ini la kuih keria yg org viralkan dlm fb.



Dekat sejam enZaf beratur.
Sampai2 tak bole beli byk.
Sorang dapat sebungkus je.
Dalam tu ada 15ketul tak silap..
xingat la plak.
RM9 satu bag.



Kalau nak beli banyak,
beraturla semua anak pinak.
Itu hanya buat bila cuti sekolah dan ramai org.
Kalau hari biasa,
nak beli bape byk pun bole.

Harusla amik gambar wat kenangan hahaha
Kuih Keria Antarabangsa Hjh Rahmah :)



Sedap padat,
isi penuh dan juicy.
Pakai gula melaka tu lain dr kuih keria biasa.

Sampai kl dlm pukul 2lebih
nak dekat pukul 3.
Alhamdulillah sepanjang highway
takde jem dan eksiden.
Kami terus ke ofis Zaf kejap,
ada dokumen nak kena sign
pastu ke Texas Chicken..
isi perut.



Ingatkan lepas makan terus balik rumah,
tp Zaf bawak balik umah mak dia.
Kami lepak sampai petang,
pastu keluar dinner awal ngan mak bapak skali.

Malam baru kami sampai rumah.
Ceh ingatkan gerak awal dr Johor,
leh lepak kat umah awal.
Sama je sampai umah malam gak hahaha

Sampai2 terus laju ai bukak
bag keluarkan laundry.
Terus masuk dlm washing machine.
Baju yg bersih lg takpe
biarkan je dlm bag.
Baju kotor ai mmg tak bole biarkan lama2.
Selalu balik dr mana2 holiday pun,
terus sumbat dlm washing machine.


Tuesday, February 21, 2017

Last Day Dinner at Johor


Malam ke-3 kami makan kat R&R Bistro,
dekat je ngan homestay kami.
Still kat Bandar Baru Uda.



Dalam kedainya cantik.



Ada jual jersey gak.
Luaskan Kuasamu :)



Ada jugak playroom tuk kanak2.
Tp tak masuk la.
Ariq sempat posing atas vespa.



Dalam bistro ni,
macam2 hidangan disediakan.
Ada masakan indon, arab, western & local.
Pilih la ikut tekak masing2 :)



Dan ai pilih western.



Zara makan carbonara,
Ariq makan semua yg ai suap.
Budak sebelah ni plak
makan spaghetti bolognese.



Menariknya tempat ni,
ianya bukan sekadar kedai makan sahaja.
Macam2 kemudahan ada dalam tu,
ada motel, 3 buah dewan..yg bole pakai tuk ape2 function.
Ada kedai gunting rambut, tempat cuci kereta.
Eh macam2 la..sila la tgk kat FB pagenya.
Search je R&R Bistro.


Monday, February 20, 2017

Ke Pulai dan Larkin


Esoknya kami plan nak melawat sedara mara.
Paling penting kami nak jumpa ngan MakTok.
Yesss nenekku,
lama giler okay tak jumpa ngan dia.
Lately ni pun dia tak berapa sihat,
sakit lutut dan kaki,
susah nak berjalan dah.
Orang tua gitu la kan.

Sblm tu kami singgah Plaza Angsana,
Mak nak cari brg sket
tuk MakTok.

Pastu kami lunch terus kat
Hj. Wahid Mee Rebus.



Sedap.. simple je,
takde daging or lauk lain.
Tp kuahnya superb.



Bab makan harusla semua bergembira :p



Anak2 makan nasi ayam,
mee rebus tak pandai makan lagi.



Dari Plaza Angsana kami terus ke Pulai,
rumah adik mak Aunty Norin.
MakTok duduk dgn dia.

Lama kami lepak kat sana,
sampai lewat petang.
Ikutkan nak duduk lama lagi,
tp masa tak mengizinkan.
Ada lagi umah sedara nak dilawat.

Sebelum balik haruslah
bergambar dgn MakTok.
Wat kenangan.
Nak jumpa lagi tak tau bila huhuhu



Gambar ramai2.



Cuaca masa ni hujan on off.
Tetiba je hujan lebat pastu benti.
Hujan balik semula.
Cuaca mmg sedap la,
tak panas sgt.

Dari Pulai terus kami ke Larkin plak.
Sempat dorang ni posingkan kt Flat Larkin.



3 beradik tu teruja
tgk byk ayam kat sini.
Habis semua ayam dikejarnya.
Tercirit2 ayam tu bertempiaran,
nasib baik bukan angsakan.
Kalau tak korang yg kena kejar haha



Bergambar ngan keluarga Pak Anjang.



Ada jodoh kita jumpa lagi :)