Tuesday, August 30, 2016

Minggu lepas


Skang ni jalan2 kat mall,
sibuk nak main pokemon
kat phone enZaf.
Eeeiii geram plak tgk.
Sbbnya bila jalan asik mengadap phonekan.

Tp ai pilih utk berfikiran positif
iaitu ai dapat jejalan shopping.
Lantak la korang nak
tangkap menatang2 tu semua.
Cuma satu je,
jgn main masa tgh driving.
Mmg bebelan ai masa tu jugak berdas-das haha



Gigih nak baling bola tu
tangkap segala bagai.



Sementara tunggu Zara habis kelas.
Ai stop kat Gelato.
Terasa nak makan eskrem.



Budak berdua ni yg hover lebih.
Aliah tu lagi,
nak chocolate beria.
Last2 tak nak plak.

Zaf beli auntie anne's & cinnabon.
Dia gi amik Zara kat class.
Join ngan kami mkn kat sini.

Masa kat OU dah plan nak beli
gunting tu Zara.
Lupa plak.
Ada je menda hilang kat sekolah tu kan.
Selalunya yg hilang eraser, ruler or gam.
Gunting ni first time.
Next year Aliah plak skool.
Tunggu je la ape jadi :p

Monday, August 29, 2016

Kedai Makan Bawah Jambatan


Gambar lama baru nak masuk blog.
Lepas solat Jumaat,
Zaf ajak keluar ikut dia keje.
Satu best dok umah ni,
leh ikut dia gi mana2.
Itu pun kalau dia nak bawak la hahaha

Sblm tu ikut dia gi makan dulu,
katanya nak pegi kedai bawah jambatan
kat Sg Penchala.
Ada byk kedai makan kat situ,
kami makan kat Gertak Merah.



Rupa2nya ni kedai makan kawan dia.
Datang support gitu.
Ramai orang kat sini,
tak putus2 orang datang makan.

Kalau ikutkan ai taknak makan,
sbb dah mkn nasi kat umah.
Tp Zaf suh jugak makan.
Jadinya order la laksam.



Nampak simple je,
tp seyes sedap.
Zaf ckp orang dtg sini suka makan
nasi kerabu atau nasi dagang.
Tp perut dah full nak makan nasi.
Next time dtg, kita order tu plak.

Si kenit ni,
nak makan nasi lagi.
Tak kenyang2 ke ape dorang ni.



Sama la ngan Aliah.
Mula2 kata taknak makan.
Tau2 mintak nak makan plak.
Siap menambah huhuhu



Zaf ckp lauk2nya sedap2.
Patut la tak putus2 orang dtg makan.

Sempat ai snap gambar dia ngan kawan dia.
Tu la owner gertak merah ni.
Moga bisnesnya bertambah maju.



Tapau pulut mangga makan kat umah.
Yang ni beli kat stall opposite kedai makan.



Saturday, August 27, 2016

HaiRul Food Truck


Ada food truck baru
dekat dgn shoplot area rumah.

Semalam lepas Maghrib enZaf whatsapp
suh siap ajak gi makan.
Tak tau nak makan ape,
skali nampak food truck tu,
terus ajak makan situ la.

Blur plak amik gambar ni.
HaiRul Western Food & Cafe Kd.



Antara menu yg dijual,
ada lagi satu banner,
tp amik satu je :)



Harusla amik gambar dorang semua.



Order Aglio Olio Chicken.



Bolognese Chicken Grill.



Tengok kat bekas tu nampak sikit,
dah makan banyak rupanya.
Dan pasti sedap 2-2 tu.
Dah la murah, mmg berbaloi.

Memang bole repeat lagi makan situ.
Food truck ni satu jalan
dgn Restoran Subaidah.
Berdepan ngan kedai dobi,
tp tak ingat nama kedai dobi tu hihi

Wednesday, August 24, 2016

Breakfast ngan Kawan


Lama tak jumpa ngan Fid & Reez.
Sabtu baru ni gi breakfast ngan dorang.
Dekat mamak Subaidah je.

Janji nak jumpa kul 8 pagi.
Tapi ai sampai 8.30,
terlajak tido.
Bangun tutup alarm,
pastu sambung tido kejap,
jawapannya memang lambat la kan.

Tak bawak anak2 sbb dorang bertiga
masih nyenyak tido.
Malas nak kejut.



Takde anak2
dapat la borak ngan dorang lama sket.
Meja sebelah ntah berapa kali
tukar orang tp
kami tak balik2 lagi :)

Pukul 11.30 gitu baru balik.
Thank you Reez belanja breakfast.
Moga murah rezeki hendaknya.



On the way nak balik umah,
sangkut jem plak.

Rupa2nya ada aktiviti kat
hutan simpan KD ni.
Boleh dikatakan selalu gak la
ada wat aktiviti kat sini,
tp tak pernah pun pegi.



Lama tak nampak dorang main kayak.



Tengahari Zaf ajak keluar.
Kami ke Ikano.
Lunch and jalan2 cuci mata :)

Anak2 tu tengah teruja
tgk Daddy dorang main Pokemon Go pffttt



Dorang nak install kat phone masing2,
ai tak bagi.
Hahahaha padan muka.
Mummy is garang and strict.

Lepas makan Zaf gi potong rambut.
Pastu kami jejalan kat dalam The Curve.
Adik ai yg bongsu tu,
keje kat The Curve sementara tunggu sambung belajar.

Jadi singgah la tgk dia jap.
Budak2 ni suka la jumpa MakSu.
Habis pusing Curve,
masuk Ikea.

Lama tak masuk Ikea time weekend.
Macam biasa la ramai orang.



Tapi kat cashier tak panjang pun Q.
Ramai orang jejalan je kan.
Eh kat cafe ramai.
Orang datang nak makan :)

Amik gambar anak bujang ni.



Tahun depan nak sekolah dah dia.
Besar dah tp badan tak besar2 hehe

Tuesday, August 23, 2016

Duit Raya 2016


Baru nak kira duit raya okay.
Itu pun paksa diri amik kira.
Kalau tak mungkin sampai raya haji agaknya hahaha



Budak berdua ni la
paling sibuk skali.
Kakak Zara takde,
dia kat sekolah.



Angpau masing2 dah bercampur.
Jadinya ai kirakan semua,
pastu bahagi je la 3 orang ni.

Total duit raya tahun ni
leh dapat bag MK satu
yg ai nak beli... eh!? :p

Tengah2 mengira duit,
Zaf cakap biar dia je la amik Zara.
Ariq pun ikut skali.

Tau tau balik dia tunjuk kat ai.
Beli spiderman cake katanya.
Kemain sukakan :)



Bukan makan kek pun,
nak spidey tu je pfftt

Friday, August 19, 2016

Flower Girl Dresses


Minggu depan cousin ai, Azhar nak kahwin dan baru sekarang ai nak mencari dress untuk anak-anak. Zahra dan Aliah kena jadi flower girl untuk hari persandingan Azhar itu nanti. Sebelum ini ai ada juga tengok dress kat iSetan, Jusco dan Parkson. Oh dalam Lovely Lace pun ada juga tengok. Tapi tak membeli pun hanya survey gitu je. Harganya pun boleh tahan mahal juga. Fikir banyak kali juga nak beli tu. Habis dalam RM150 ke atas tu sudah pasti :) Dah beli nanti, nak pakai lagi pun belum tentu bila pulakan.

Bila dah nak dekat majlis ini, enZaf pun tanya nak beli baju anak-anak ni di mana. Ikutkan ai nak beli tu mana-mana tak ada masalah asalkan duit ada semua jalan hehehe.. Tapi ai prefer cari yang harga yang tidak terlampau mahal, sebabnya bukan nak pakai selalu pun. Tiba-tiba enZaf teringat dan suggest pergi ke kedai Flower Girl di OU. Fuyoo.. lakiku ni pula yang bagi idea, selalunya kalau bab-bab begini memang ai sorang je yang kena fikir hehehe... Bila dia dah cakap macam tu, ai pun jawab okay sajalah. Budak yang paling excited bila uncle Azhar dia nak kawin.



Kami pernah beli dress untuk Zahra kat kedai Flower Girl ni. Sekali tu je lah. Dah lama dah dalam 8 tahun yang lepas. Masih bertahan lagi kedai ni ;)



Baju di sini kebanyakkannya memang cantik-cantik. Selain dari plain ada juga dress yang bercorak. Dan ada pelbagai jenis material seperti satin, chiffon, cotton dan macam-macam lagi. Yang pasti harganya mampu milik. Cumanya ada sedikit kesukaran masa nak mencari baju untuk Zahra dan Aliah ni, kena dapatkan baju yang ada kedua-dua saiz untuk mereka. Ada yang berkenan tapi tiada saiz pula salah seorangnya. Akhirnya dapat juga lah satu dress yang sama untuk mereka berdua. Masa anak-anak tengah mencuba dress, enZaf cakap Ariq dia nak bagi pakaikan suit memandangkan kakak-kakak dia dah pakai dress.



Suit dalam kedai Flower Girl ini dijual secara complete set. Tak ada jual berasingan. Ikutkan Daddy dia nak beli blazer tu sahaja. Kalau beli complete bukan pakai selalu pun kan. Jadinya selesai membeli dresses untuk Zahra dan Aliah, kami mencari ke tempat lain pula. Masuk kedai Trudy & Teddy.



Dalam Trudy & Treddy ini ada jual blazer/jacket secara berasingan. Lagi cantik sebab ada macam-macam jenis. Dan enZaf beli sport jacket untuk Ariq. Casual sikit katanya dan boleh juga dipakai untuk berjalan santai ke mana-mana. Ai ikutkan saja asalkan Ariq nak pakai ai setuju. Beli dia tak nak pakai pun tak ada guna juga kan hehehe..

Wednesday, August 17, 2016

Creamore Coconut Shake


Jalan2 santai kat Shah Alam,
konon nak pegi Pesta Durian
kat ngan SACC Mall.
Dah sampai sana tgk cam tak menarik je.
Khemah tak banyak.
Yang nampak durian satu khemah,
selebihnya khemah buah-buahan tempatan.

Kurang pasti pesta yg
tak berapa nak pesta sangat hehehe
Jadinya enZaf cakap tak yah pegi la.
Tak nampak menarik pun.

Nak keluar dari SACC tu
nampak ada coconut shake.
Laju je enZaf benti tepi jalan,
suh ai pegi beli.

Antara minuman yg dijual.



Ai order 2 shakes yg feveret orang ramai.
Kemain ada papparazi rupanya.
Jarang laki nak amik gambar gini.
Dan diriku kembangnya la hai.
Bila nak kurus pun tak tau huhu



Kemain wefie tanpa mummy yer.



Oreo ngan Hershey's



Dua-dua sedap.
Anak2 mmg laju amik oreo tu la.
Zara yg tak minum pun leh minum.

Nak tau details pasal Creamore Coconut Shake,
click sini tuk website [link]
sini plak tuk facebook [link]

Tuesday, August 16, 2016

Rutin Kembali


Yeyyyy rutin bersama kawan kembali.
Macam la sblom ni xjumpa kawankan hehe
Cuma ni rutin lepak makan minum
waktu petang dah start balik.

Time ni la waktu sosial ku ada.
Selebihnya pepaham la
ngan anak2 24 jam.
Walaupun ngan kawan,
anak2 tetap ada join bersama.
Jadi la dari takde kan.
Atleast otak tu takde la
tepu sangat :p

Nasib baik ada kawan yg sudi
nak keluar ngan kita hihi

Slalunya kami tak plan sgt.
Whatsapp tanya free ke tak,
kalau jadi on.
Gitu je la.

Kalini tekak rasa nak makan menda manis.
Kalau nak dekat period gitu la,
mencari menda2 manis.



Tee B plak nak kafein,
ai nak manis.
So ke Starbucks je la.
Thanks Tee menemaniku :)



Suka Ariq dpt birthday present.
Punya la dah lama birthday dia.
Thanks Tee!! Moga murah rezeki selalu.



Tuk Aliah pun ada.
Muka masam mencuka,
sbb Mummy cakap satu lagi
bagi akak.
Dia nak dua-dua huhuhuhu



Nasib la si Zara tu jenis
beralah banyak dan tak kisah.
Nanti bila main sama2, share jugak.
Perangai masing2kan.
Tu yg buat paras darah naik turun
naik turun je hohoho

Dalam The Strand ni takde kedai menarik,
byk lagi shop lot tak bukak.
Sayang mall dah cantik
tp tak dapat sambutan sgt.

Sempat gak la masuk Daiso & DIY.
Takde ape pun nak beli.
Tapi kalau dah masuk tu,
ada je la rasa nak beli itu ini kan.
Ni pun ai dok tahan tak amik ape yg berkenan.
Beli brg anak2 je.



Monday, August 15, 2016

For Sale: Pants




Details ada kat sales blog.
Click [sini]

Tp ada yg blom masuk lagi.
Banyak gangguan plak kat umah ni.
InsyaAllah cuba settlekan secepat mungkin. ;)

Friday, August 12, 2016

Aktiviti Weekend Lepas


Hari Sabtu Kondo ada wat majlis hari raya.
Last day open house raya kalini,
walaupun Syawal dah habis hehe

Jemput Adun Kota Damansara
Y.B. Puan Halimaton Saadiah binti Bohan
kat majlis ni dan rasmi bilik gerakan kondo ni.
Oh yer pilih dekorasi raya tiap blok.
Blok ai tak menang huhuhu



Sampai agak lewat sket,
penuh dah dewan.
Jadinya kami lepak kat luar je la.
Depan dewan ada gerai makan.
So duduk situ.
Nasib baik ada kipas jd tak panas sgt.

Budak2 ni awal2 lagi dah nampak eskrem,
mmg itu la dimintaknya.



Aliah sampai makan 3 kali.
Balik umah terus serak suaranya.
Ha makan byk sgt.
Nasib baik tak demam.

Ni antara makanan yg diambil oleh enZaf,
kambing je dia tak amik.



Sebelum ke sini,
kami masih kenyang lagi.
Ni dtg pun sbb tunjuk muka kan.
Buat cukup syarat :)

Esoknya Ahad gi majlis perkahwinan,
anak kawan enZaf kat Taman Maluri.
Suka dewannya..cantik.
Deko pelamin pun lawa jua.
Sejuk mata.



Kawan2 keje enZaf.
Yang paling jauh dtg dari Sarawak,
blah kiri sekali.



Sedap sedap lauk nasi minyak,
pastu ada jua lauk kg.
Sambal belacan, ulam-ulaman.
Rasa cam nak menambah je.

Kemain lagi laki ai kan.
Sengih kemain...
Perasannya single tu.
ppffttt



Wefie satu kali dlm kereta :)
Sblm kami ke Sg Buloh.



Hantar anak2 ke umah maktok.
Sbb malamnya ai n Zaf nak dating.
Zara & Aliah mmg okay takde masalah,
risau kat Ariq je.
Sbb dia tu mana ada tinggal lama2.
Sblm ni tinggal melalak je,
selagi mummy daddy tak amik.
Manja betul la anak bujang ni.

Tapi kalini alhamdulillah.
Dapat dah tinggal lama.
Takde nangis.
Adik ai cakap tiap masa dia
tanya mana mummy daddy hihi

Kami gi tgk wayang.
Cerita Jason Bourne.



Kami berdua mmg minat citer jason Bourne tu.
Mmg follow dr awal.
So bila keluar citer ni,
harus la nak gi tgkkan.
Ingatkan citer ni mcm finale.
Rupanya2 mcm ada lagi je.
Sbb ending tergantung sket :)
Ape pun citernya best.

Dlm tgk wayang tu,
adik ai whatsapp
gambar anak2.
Kemain seronok dorang yer.



Maksu layan bawak gi jalan2
kat Taman Layang2.
Main bubbles bagai.
Pastu bawak gi makan McDonalds.
Orang tu baru dpt lesen kete
harusla xboleh dok diam.
Gatal kaki tu nak keluar :)
Macam kita jua la kan
awal2 dulu hihi

Patutla Ariq tu tak nangis haha
Best rupanya.
TQ Maksu layan anak2 jejalan.


Wednesday, August 10, 2016

Shopping sikit


Gi hantar Zara kat Eye Level class,
sementara tunggu dia
masuk MPH jap.
Belikan dia ruler panjang.
Tiap bulan mesti ada je
stationary dia hilang.

Sblm ni beli eraser pastu gam.
Macam2 la.
Kalau bukak kedai stationary ni,
memang habis bagi kat anak2 je la haha

Lepas tu terus gi Starbucks.
Nampak ada air baru.
Ape lagi laju la suh en Zaf order.



Ariq plak tgh memujuk daddy dia
nak chocolate cake.



Pilih mango.
Rasanya lebih kurang sama
cam mango tango kat Pizza Hut.



Ini budak merajuk ngan Daddy dia.
Masa kat MPH dia mintak coloring book,
tp Daddynya tak bagi.



Kul 9 amik Zara.
Lalu Typo, kot kot ada MakTeh dorang.
Tengok ada.
Dia mmg rajin wat part time kat situ.

Lama gak la kami dlm tu.
Ai mmg suka sgt Typo.
Best2 barangnya.
Harga pun "best".
Tp adik ai keje situ,
dpt la staff price kan hihihi

Kalau korang ada berkenan ape2,
roger2 ok.
insyaAllah ai leh tolong belikan.

Harusla keluar tanpa tangan kosong :p
Balik kalau takde paper bag/plastic bag
macam tak lengkap je rasakan haha



Tak beli ape sangat pun.
Beli sarung bantal je :)


*pic from cottonon.com