Tuesday, December 24, 2019

Happy Birthday Mak!


12hb 12 birthday mak
yang ke-61 tahun.
Masa tu hari Khamis,
kami buat celebrate kecil2an je kat rumah mak.
Adik2 beli kek.

Masa tengah dorang sibuk2 kat meja makan,
dah nampak kek tuk mak.
Skali tengok kat tulisan tu ada nama kita juga,
hahaha adoila adik2 ku ini.



Birthday dah basi bulan 11.
Kata dorang celebrate sama ngan mak,
sbb tak sempat makan2 masa birthday ai.
Tak sangka adik2 ingat kat kaklongnya,
terharu dan terima kasih atas ingatan.

Harusla bergambar ngan org yang diraikan.
Mak tersayang.



HAPPY BIRTHDAY MAK!!
Semoga diberi kesihatan yg baik dan diberkati
oleh Allah S.W.T
Sayang mak sangat2...

Best adik2 semua ada.
Cuti sekolah ni Angah balik cuti lama.
Anak2 pun seronok,
cousin dorang ada.
Memang cuti tido sana dorang.



Sebelum anak2 nak makan kek,
suh Aliah amikkan gambar Mummy ngan kek.
Tp tak bole gambar sorang,
sikecik tu nak menyelit sama.




Monday, December 16, 2019

Malaysia National Ice Skating Stadium


First time kami ke Empire City Damansara.
Itu pun bukan jalan2 dalam mall,
tp kami terus ke tempat ice skating.
Ada jemputan birthday dari kawan enZaf.



Anak2 dah tak sabar,
laju je jalan masuk dalam.
Anak2 ni tak tau sebenarnya nak ke sini,
dorang ingat nak tgk wayang
sbb bawak sweater jacket bagai haha
Bila nampak org skate terkejut muka masing2.

Baru lepas ambil kasut.
Tak sangka Ariq ada size,
kaki dia tu dah la cinonet aje.



Eksaited pakai kasut ski ngan glove.
Dah pesan siap2 bawak glove
beli kat Daiso murah RM5 je sepasang.



Yang lagi sorang ni bad mood.
Tak nak letak langsung,
nak berdukung aje.
Semua tak kena huhuhu



Patah pinggang Mummy nak oi.
Dengan Daddy dia pun taknak huhuhu

Sementara menunggu kawan2 lain sampai,
harusla Mummy amik gambar dorang lg.



Bila semua dah ada..
Ada briefing sket sblm masuk dlm nak skate.
Coach ajar teknik nak bangun, nak bergerak,
pusing dan kalau jatuh nak buat apa.



Dah setel terus dorang masuk ke dalam,
itupun belajar kat tepi hujung stadium dulu.
Bagi biasakan diri dgn ice, warm-up gitu.



Bagi Zahra & Aliah ai konfiden
dorang mmg boleh main sbb
dorag berdua dah biasa main roller blade.
Jadi takde masalah sgt bila first time
main ice skating ni.

Bukan bagi Ariq,
dia jarang main roller blade.
Kalau main pun kat dalam rumah je.
Tp tak sangka masa dia main ice skating tu,
dia bole balanced diri dia dan
pandai main mcm dah biasa.
Jatuh sekali je pastu ok dah.
Bravo abang Ariq!!!

Lama juga dorang praktis,
akak Zahra kata ada 3 jenis level
coach suruh dorang buat.
Apa level tu ai pun tak ingat haha

Break sekejap tuk makan.
Anak2 ni kalau tak dipaksa berhenti
mmg takkan keluarnya.
Tak ingat dah nak makan.



Anak2 makan mcDonalds.
Semua dapat Happy Meals.



Akak Zahra duduk sebelah birthday girl.
Semua anak2 makan terabur.
Kena ikut nama atas meja hehe



Dah selesai makan,
masa tuk nyanyi dan tiup kek.



HAPPY BIRTHDAY FATEEN!!
Semoga jadi anak yg solehah dunia akhirat.

Lepas tu semua berterabur nak berskating lagi.
Tak sabar2 dah masing2.
Kalini dorang dah boleh pergi
kat area open.
Jadi jauh lah langkah dorang
nak berskating sana sini.



Berkabus lantai tu,
sejuk ya amat.

Kami bertiga tunggu kat luar
tgk dorang main.



Ada byk juga video amik.
Tp seperti biasa la tak lepas huhu

Mana yg ada je.









Thank you Sue & Faizal jemput.
Kalau tak sebab uols buat kat sini,
tak sampai kami.

Yang paling gembira tentulah anak2.
Kemain suka dorang.
Siap ajak Daddy lagi nak ke sini haha
Tunggu Daddy wat kira2 dulu ye nak.
Bulan 12 ni byk pakai duit
tuk perbelanjaan sekolah anak2.
InsyaAllah ada rezeki kita jejak
lagi ke sini.


Wednesday, December 4, 2019

Jalan-jalan Sabtu


23hb 11 enZaf bgtahu harini ai tak payah masak.
Keluar satu hari jejalan
kira sambung makan2 sempena birthday.
Eh tak payah masak tu mmg selalu haha

Hari Sabtu tu pagi2 lagi anak2 dah bangun,
sebabnya Daddy dorang ajak breakfast.
Tak pergi jauh pun.
Makan kat Medan Selera Mutiara Damansara.



enZaf suka makan nasi goreng kat situ.
Kedainya ai tak ingat plak nama apa,
tp hujung sekali blah kanan.



Sebelah kedai tu ada makanan pantai timur,
kalau nak makan nasi kerabu,
nasi dagang.. pun ada.
Ramai jua orang makan kat kedai tu.

Anak2 dorang suka makan nasi lemak.



Ariq pagi tu nak makan ikan keli,
tp makan dgn nasi lemak hehehe
macam2 la anak bujang ni oi.



enZaf ambilkan ai nasi goreng,
selalunya breakfast ai makan nasi ngan
telur mata je dah ok,
haritu dia tambah ikan sardin.



Ikan sardinnya ai tak berapa suka.
Tak kena dgn tekak.

Lepas breakfast kami ke Gardens.
Lama tak jejalan kat sana.
Pusing2 sampai ke Mid Valley.

Wefie sikit sementara tunggu
enZaf dalam kedai Tumi.
Ntah apa dia nak membeli malas ai nak masuk.



Pastu kami masuk ToysRUs.
Anak2 dah plan nak beli mainan,
hasil dari duit simpanan mereka.



Tp tak jadi beli satu pun.
Memasing nak tgk kat tempat lain plak.
Lepas tu keluar dari Mid Valley,
nak pergi lunch kat tempat lain.
Ramai sangat orang enZaf rimas.

Elok keluar dari Gardens tu,
enZaf dapat msg dari kawannya,
invite tuk birthday party esok.
Ya ampun, baru je masuk ToysRUs
kalau dpt msg awal boleh terus beli present.
Esok je la gi beli sblm gi party tu.

Fikir punya fikir nak makan ape,
terus kami ke Citta Mall.
Makan kat Chili's.
Sana aman tak ramai orang.



Tiap kali birthday mmg itu la tempat kami makan haha
Nasib baik ai jenis tak kisah,
ikut je la nak makan apa.
Dah orang bayarkan.



Thank you enZaf bawak ai n anak2 berjalan.



Malam tapau makan je kat rumah,
penat dah kaki nak berjalan.

Jarang ai mintak present
tiap kali birthday.
Tp kalau nak iphone baru boleh tak :p



Tuesday, December 3, 2019

Last Umur 30-an


22hb November yang lepas
genaplah umurku yang ke-39 tahun.
Fuhhhh tahun depan dah masuk angka lain,
peerghhhh macam tak percaya.
Ape pun alhamdulillah,
diriku masih bersama dengan
anak2 yg dikasihi dan suami tercinta di sisi.
Syukur alhamdulillah dengan izin Allah.

Hari 22hb tu jatuh hari Jumaat.
Petang tu enZaf ajak keluar
lepas Maghrib.
Rupanya nak makan cekelat,
dia yg teringin sebenarnya haha
Takpe la janji dia bawak kita kan,
tak kisah la nak makan apa pun.

Pergi kat uptown damansara,
masuk Molten Chocolate Cafe.
First time kot ai makan sini.



Kedainya lebih kurang sama macam
DipnDip..
menu semua lebih kurang aje.

Sebelum tunggu makanannya sampai,
harusla ai ambil gambar kesayangan.



Paling gembira.
Peminat cokelat tegar.



Qaireen buat tak reti je
Mummy dia panggil suh pandang camera huhu



Sebenarnya masa ni Qaireen baru baik
dari demam,muntah dan cirit birit,
itu pun tak berapa ada mood sangat.
Semua menda tak kena.

Ambil peluang ambil gambar ngan anak2.
Nak gambar sesorang malu hahaha
Serious jarang ada gambar sorang,
mesti ada sesapa menyelit. :p



Antara yg diorder.
Strawberry Molten Sticks.



Brownies Crepe.



Waffle Stick.



Kemain laju anak2 makan.
Sugar rush malam tu haha
Lepas je makan,
dorang tanya Daddy makan ni je ke.
Ye la takkan malam makan cokelat je kan.
Tentu la makan lagi lepas tu.
Macam2 la dorang ni kan.

Terima kasih enZaf,
bawak makan2.
Katanya asyik makan kek je,
kita makan cokelat plak.
Last 3 series tuk setahun.
Semoga diri ini menjadi lebih baik
tuk hari yg mendatang.

Thursday, November 28, 2019

Salai Master @ Damansara


First time lunch kat Salai Master.
Sape lagi yg nak bawa kita,
tentulah enZaf.
Dia baru tahu tempat ni dari kawannya Boy.
Kawan dia la ajak makan sini,
punya la dekat ngan opis dia,
tak tahu kewujudan kedai makan ni.



Ai tak sempat nak tengok lauk2 kat situ,
terus duduk kat meja makan
sebab Qaireen tidur.

Tau2 je lauk dah ada depan mata hehe
Makan je la apa yg enZaf hidang.



Mangkuk kanan tu daging masak lemak cili api.
Tp tak nampak plak dagingnya :p



Akak Zahra tetiba sakit perut huhu



Masa makan ni Aliah Ariq takde,
dorang kat sekolah.
Oh ni gambar baling kebelakang.
Almaklumlah asik je lambat nak update huhu

Kat sini ada macam2 makanan gak,
pilih la apa yg rasa nak makan.



Menarik pilihan yg ada kat sini.
Next time datang boleh try yg lain plak.



Kedainya sampai malam,
rasanya malam pasti lagi meriah.
Siap ada persembahan band lagi.
Kedai ni kat Kayu Ara.
Waze aje kalau nak ke sana.

Saturday, November 23, 2019

Pertandingan Yamaha Keyboard Music Time Peringkat Negeri Selangor 2019


4hb November yg lepas
akak Zahra dan kawan2 sekolahnya ada masuk
pertandingan keyboard antara sekolah anjuran Yamaha.
Ikutkan plan asal pertandingan tu
bulan 10 lepas Deepavali dan
buat kat sekolah area bukit jelutong.
Tp postponed awal bulan 11
dan buat kat tempat Yamaha sendiri
di Kelana Jaya.
Menarik jua sbb tak pernah masuk dlm ni.
Selalu nampak je kat tepi jalan
bila lalu ldp :)

Sebelum kami ke Yamaha ni,
sempat la breakfast dulu kat Mutiara.
Giliran sekolah dorang start kul 11.
Lepas makan terus ke sana.
Dan sampai2 terus ai cari Zahra
dan apa lagi,
ambil gambar la hehe



Group dorang 5 lelaki
dan 5 perempuan.



Thank you enZaf sudi
meluangkan masa bawa ai
tgk anak2 dan support dorang.
Sanggup postponed kan meetingnya.
Tq Tq Tq.



Seperti biasa la budak ni
tak reti dok diam.



Alhamdulillah sbb Qaireen behave sgt haritu,
dia tak meragam dan bising.
Umpan dia makan dan tgk didie setel haha

Masa menunggu nak start tu,
sempat la ai ambil gambar sket
sekolah2 lain.

Tp yang ni murid Tahap 1.
Dorang start awal dlm pukul 8 pagi.
Cantik bajunya.



Masa ai sampai tu pun
nampak ramai murid2 Tahap 1 nak balik,
ya ampun comel gila baju2 dorang,
ada butterfly la
ada bee la mcm tgk konsert pra sekolah gitu.
Serious comel tp sayang tak ambil gambar.

Yang bawah ni cantik juga pakaiannya,
macam penari zapin.
Tak tau sekolah mana,
curi2 snap gitu hehe



Yang sekolah ni plak
pakai pakaian ikut kaum.
Macam nak raya pun ada.
Lawa2 tengok.



Ada hujung tu nampak sket pakaian koboi.
Dorang tgh tunggu turn nak perform.

Tp paling ramai pakaian warna merah.
Merah tu warna buat kita semangat gitu.



Nak start dah.
Giliran pertama okay.
Ada 4 orang juri profesional.



Muka lega dah selesai perform.
Harusla gembira.



Anak2 ni semua ai kenal dari Tahun 1 lagi.
Dan dorang pun dah kenal ai mak sapa haha
Oh kecuali Damia & Aqil,
dorang masuk lambat sket Tahun 2.

Bergambar ngan guru mereka sblm balik.
Cikgu Faizura dan Cikgu Atiq.



Bergambar ngan Daddy.
Ariq tu tak tau la kenapa muka mcm tu.
Selalunya kalau gitu sbb dah lapar :p



Harusla ada gambar ngan Mummy plak.



Sekolah dorang ni first time join
pertandingan keyboard ni.
Pertandingan ni terbuka tuk semua
sekolah negeri Selangor.
2 hari nak habiskan ke semua sekolah yg bertanding.
Tak sure ada berapa sekolah yg join
tp puluh2 gak la.
Itu pun tak semua masuk,
Selangor je dah beratus sekolah kot.

Masa masuk ni guru dan anak2 pun
takde la letak high expectation
sbb first time kot.
Lebih kepada nak kutip pengalaman.
Tp tak sangka plak,
bila hari ke-3 tu,
cikgu Faizura bgtahu kami semua
yg mereka dapat Bronze.

Ya Allah tak sangka sangat,
mmg rezeki anak2 sungguh.
Tahniah atas usaha mereka dan
bimbingan cikgu2.
Tak sia2 praktis hari2 dari sebelum
exam akhir tahun pastu stop jap
sambung balik lepas habis exam hehe
Good job & well done anak2 dan cikgu.

Oh mana sekolah yang menang dpt Gold,
dorang akan bertanding lagi
dgn semua Gold dari negeri2 lain
peringkat Kebangsaan plak.
Perghhh yg ni lagi power la.

p/s: ohhhh video nanti upload.