Wednesday, May 31, 2017

Smiggle


Kalau masuk kedai Smiggle ni
ya ampun... mmg lama dalam tu.
Kenapa la comel2 brg semuanya.
Tangan ni geram je nak amik.
Jangan katakan budak je suka,
mak budak ni lagi hover okay.



Nasib baik la takde brand ni lagi,
masa ai is sekolah.
Kalau tak bengkok Abah nak membelikan hehehe

Zara pun dah aim ape dia nak.



Ai lagi la..
macam2 nak beli.

Tapi Zaf dah pesan,
tengok je takde membeli :(



Ai aim nak beli beg ni tuk Zara,
tp kalau beli dia sorang je takpe,
kang Aliah pun mintak nak jua.



Seyes la kedai ni berhantu :p

Tuesday, May 30, 2017

IKEA Computer Table for Sale


Nak let go meja komputer.
Ikea JONAS Desk with pull-out panel.
Condition tip top
takde pecah retak or rosak.
Self collect kat umah.
Meja ni nanti bukak supaya senang nak bawak.
SOLD





Description:
Table top/ Top panel:
Particleboard, Fiberboard, recycled paper filling,
Birch veneer, Paper, Birch veneer, Clear acrylic lacquer

Side panels/ Leg:
Particleboard, Fiberboard, recycled paper filling,
Birch veneer, Birch veneer, Clear acrylic lacquer
Rail: Particleboard, Birch veneer, Birch veneer,
Clear acrylic lacquer
Runners: Steel, Galvanized

Care: Wipe clean using a damp cloth
and a mild cleaner.
Wipe dry with a clean cloth.

Good to know:
The pull-out panel can be attached
to the right-hand or left-hand side of the desk.

pic bawah from Ikea website.



Monday, May 29, 2017

Sebelum Ramadhan


Sebelum puasa sempat lagi,
kami gi karoks.
Zaf ajak pegi nyanyi kat Redbox The Curve.
Anak2 ponteng hari Jumaat
haha mentang2 exam dah habis.



Sebelum tu singgah Nyonya Colors,
minum petang kejap.
Pastu terus masuk Redbox.



Balik umah sblom isya'
Zaf nak tarawikh.
Dalam Curve dah ada org jual
baju kuih raya semua.
Banyak jugak yang baju cantik2 tengok,
tp cuci mata je.
Mood nak beli tu tak de lagi.




Friday, May 26, 2017

Salam Jumaat & Salam Ramadhan


Yeayyyy merdeka dah..
anak2 dah habis exam semalam hehehe
Moga mereka dapat result yg cemerlang.
Cuma satu je ai terkilan..
hari Rabu tu terlepas pandang.
Ingatkan ada paper Matematik je,
rupa2nya ada paper Pendidikan Islam.
Dah la ai tak buat revision PI
ngan Aliah awal.
Mati2 ingat paper PI hari Khamis,
tu yg konon nak wat revision rabu malam.

Tau tau amik dorang dari sekolah,
Zara bgtau Mummy ada paper PI.
Dia cakap dia bole buat,
tp Aliah plak cakap dia xbole buat
huarghhhhh rasa bersalah sangat.
Disebabkan kecuaian ai,
maka ai redha je la ngan result PI dia nanti.

Takpe la menda dah jadi,
nanti final kita wat dengan lebih gigih
chayok!!!!

Cerita lama baru nak update.
Bawak Zahra Aliah breakfast kat Harum Kuini.
Aliah nak makan kuih2 je.



Zahra plak nak makan nasi lemak.
Nasi dan sambal,
ayam ke telur ke dia tak makan huhuhu



Ai makan lontong goreng.
Susah nak jumpa orang masak ni.
Dah ada laju2 la kita amik.



Kuih koci.
Sedap kuihnya.
Yang lain pun sedap jua.



Petangnya pulak,
Zaf ajak minum kat luar
sambil dia buat keje.

Kami lepak kat Secret Recipe.
Lama tak makan situ.



Ariq nak makan burger katanya.



Habis makan harusla amik kek.



Sementara menunggu orang tu setelkan keje.
Kita makan je la.



Harini konpem ramai balik kampungkan.
InsyaAllah esok kita puasa.
Ramai la yg nak bersahur dan berbuka
dgn ahli keluarga lain.
Plak tu anak2 pun dah cuti sekolah 2 minggu.
Bestnya la puasa ngan anak2 time cuti.
Tahun ni Zaf dah plan
bawak semua gi tarawikh..
Sukanya.. anak2 dah besar.
Tp sayang satu je,
ai blom bole puasa lagi.
Bendera Jepun tengah berkibar :p
Miss la 3-4 hari Ramadhan huhuhu

Semoga puasa kita tahun ni
dipermudahkan dan diberkati oleh Allah S.W.T
dan Salam Jumaat.

Thursday, May 25, 2017

Brunch at The Picnic Table


Jadi jugak brunch ngan kawan2.
Pagi tu kecoh dlm whatsapp
nak makan kat mana.

Pagi tu jugak ada report card day
kat school Ariq.
Sementara masing2 decide nak jumpa mana,
sempat la ai setelkan dulu hal Ariq ni.
Alhamdulillah komen teacher dia
semuanya work in progress..
awal lagi nak expect semua dah terror tu
takde la kan..
janji dia on track dan
follow ape teacher suruh buat dah cukup baik.



Lepas dari school terus jumpa kawan2.
Plan jumpa kat Harum Kuini,
tp kedainya tutup.
Terus Anis ajak gi makan kat
The Picnic Table.
Dekat je ngan kedai memula decide tu.

Pinjam gambar Anis.



Cantik elok je dalam kedainya.
Suka sbb cosy.



Warna pun warna lembut,
tenang rasa hehe



Adraa ngan "Apen"
Usung ke mana sahaja :)



Brunch pada harijadi dia.
Sweet 37 haha
Umur bukanla rahsia bagiku :p



Flatlay dari Anis
menggunakan handphoneku.
Masuk tangan Ariq di situ.
Thank you Anis..



4-4 order big breakfast.
Memula nak order lain
tapi tak bole nak pikir,
kelaparan sudah hehehe.

Ariq amik gambar.
Habis semua orang nampak
"ketebalan" masing2
nak nak 2 orang kat depan tu :p



Yang ni dapat sorok ketebalan,
ai is suka...



Lepas makan Nowwa belanja makan eskrem.



Thank you Wa,
besar jugak eskremnya,
Ariq tak habis pass kat Mummy.
Mummy pun tak habis.
Nak kata sedap sgt tu idak la..
biasa2 je.



Comel je ada tempat
bole lepak2 duduk..
nak baring pun bole ada bantal.
Tido ape ntah lagi haha



Sebelum balik mintak org kedai amikkan gambar.
Nani cakap nak cover kaki..
katanya dia pakai selipar je.
Konon tak nampak la kan dok belakang meja,
tp nampak jua akhirnya :p



Tetap tak cukup 5,
Elin tak sedap badan..
Ingatkan lepas makan nak jejalan lagi
ngan Nowwa & Nani,
tp enZaf dah tunggu kat umah.
Katanya cukup2 la ngan kawan tu huhu
Jeles sbb 2 orang tu pegi pantai.
Layan sepoi2 angin laut
dan makan seafood huargghhhhh
Nak ketammmmmmm

Takpe pas raya kami plan nak
jejalan ke Melaka plak..
yeayyy tak sabar :)

Wednesday, May 24, 2017

Dinner with Bff


Lama giler tak jumpa bff.
Nak nak Nowwa.
Lama betul dia menyepikan diri.
Kalau dia muncul pun (dalam whatsapp)
kejap2 je.. bukan macam dia.
Baru2 ni je dia muncul kembali
dan baru nampak keriuhan dia bila chatting.
Alhamdulillah dah kembali ke pangkal jalan hehehe

Ai is tau Nowwa baca blog ni. :p
Welcome back my friend.
Ape pun yg kita hadapi
itu lumrah kehidupan..
Putaran roda gitu...
Semoga dirimu dan kita semua,
tabah dalam mengharungi perjalanan hidup.
Cewahhhh nak bermadah bagai :)

Berbalik pada cerita.
Sebenarnya plan makan2 ni pun tak dirancang,
masa berwhatsapp bagai
ajak makan esok.. sekali semua kata okay.
Kami dinner ni hari Jumaat malam.

Elin teringin nak makan tomyam katanya.
Kami pun ikutkan aje la,
memandangkan mak buyung yg nak.
Kang meleleh plak air liur baby dia..
payah nanti.

Dia ajak makan kat Restoran Bulan,
dekat Subang 2.
First time ai ke sini.



Masa datang tu ai bawak skali kek 2 ketul.
Beli kat Secret Recipe
lepas amik Zara Aliah kat sekolah.
Kebetulan esoknya birthday Anis.
Tu yg gi beli skali ngan satu slice,
tuk Elin yg birthdaynya bulan 4 yg lepas.



Tak boleh letak nama Elin kat lagi satu kek,
sbb kek tu tinggi sikit
ngam2 ngan penutup kotak.
Kalau tulis jugak nanti tulisan tu kena
kat kotak dah tak cantik plak.

Ni makanan yg diorder.
Main order je semua,
tau tau penuh satu meja.
Jenuh nak habiskan.
Dah tu tanya Anis & Nowwa,
semua kata order order... :p



Sebelum makan kita celebrate dulu
birthday & belated girl.
Girl sangatkan...
Ai buh candle,
tak kira nak berdua tu tiup lilin.
Baru nyanyi sikit,
laju2 je dorang tu tiup..
hampeh betul.

Happy Birthday Anis!!
Happy Belated Elin!!



Pastu anak2 sambung tiup lilin,
si Aliah ngan Ariq.
Kemain siap nyanyi..
macam birthday dorang plak haha

Seronok betul dapat jumpa kawan2,
makan borak gelak ketawa semua ada.
Tapi sayang tak cukup corum,
Nani tak dapat join..
dia tetiba sakit kepala huhuhu

Dah la susah nak jumpa cukup 5 :(
Tak de rezeki malam tu.



Itu pun kami plan,
esok nak brunch sesama.
Esok pagi baru confirm balik jadi ke tak.

Borak punya borak,
jam dah pukul 12 pagi.
Itu pun sblmnya dah cakap nak balik,
nak balik.. tp tak gerak2 jugak.
Seronok betul berborak.

Zaf siap whatsapp mintak tapau.
Kalau takde tapau tu rasanya
mau lambat lagi balik.
Aliah plak dah tido atas kusi.
Zara dah ngantuk2 sikit,
Ariq je yg cergas lagi.

Sampai rumah semua terus masuk tido,
ai meneman enZaf makan.
Kul 1 pagi makan..
praktis sahur gamaknya hahaha

Tuesday, May 23, 2017

Ariq's First Sport Day


Ahad lepas 14hb,
Genius Aulad buat Sports Day.
First time tuk Ariq masuk sukan.

Kebetulan jua hari tu
adalah Hari Ibu,
Aliah sendiri yg offer nak
pegangkan henbag ai.
Katanya today is Mothers Day..
Kalau gitu nak,
hari2 Mummy nak Mothers Day :p



Tahun ni sukan buat kat
Sports Planet Kota Damansara.
Dekat sangat, senang nak pegi.
Orang yg tak sabar nak gi sukan.



Agak awal jua kami sampai,
teacher2 pun masih menyiapkan prop
ngan susun barang.
Sambil tu ai tolong
susunkan medal atas meja :)



Ada 4 Team sukan ni,
Ariq Team Ironman.



Zara time ni,
dia tak berapa sihat,
batuk2... tp masa keluar td,
tetiba badan dia panas.
Zaf dah bagi ubat, dia
berehat je baring kat kerusi.



Bersiap tuk perarakan.



Ada Ironman... buruknya la lukisan tu hahaha
Doraemon, Spongebob & Hulk.



Marching, pusing 2kali.



Lepas tu wat senamrobik.



Ada 4 game sukan ni.
Tak ingat apa nama2nya.
Yang tau Ariq masuk 2 acara.
Satu acara amik sudu dalam tepung
menggunakan mulut.



Supporter Ariq hehe



Ke dua game dia main,
pass belon air kat kawan.
Seronok la budak sbb dapat main air.



Habis acara anak2.
Semestinya la ada acara tuk ibubapa.
Dan ofkos la ai join hehehe
Kena jalan atas bata.
Giler patah pinggang okay,
lutut jgn kata la..menggeletar :p

Dapat no.3 hehehe
Jadi la.



Sesi amik medal.
Team Ironman no 4
Last sekali hahaha
Last pun dapat medal jugakkan.
Untungla...



Budak bukan kisah pun
menang ke kalah,
semua dapat medal dah happy.



Alhamdulillah Zara nampak sihat sket,
lepas Daddy dia bagi ubat,
dia baring rehat
dan badan pun berpeluh2.
Lepas tu la dia segar.



Sebelum balik bergambar ngan
Teacher Salwa & Teacher Yana.



Dengan Teacher Ain.



Dan ngan Headmaster,
Mr. Daddy hehehe



Habis je terus balik rumah
dan berehat..