Friday, December 29, 2017

Makan Petang kat Hadramawt


Cerita 1hb Disember 2017 :)
Jalan petang kat The Curve.
Pastu Zaf ajak makan petang
kat Hadramawt.

Tak ingat apa nama makanan ni.
Ai tak reti sangat
makanan Arab.
Order je la ape2 ai makan.



Bapak besar roti ni,
tapi habis tu budak berdua makan.



Yang ni plak merajuk taknak makan.



Sebelum masuk restoran ni,
kat tgh Curve tu ada jual makanan.
Ai ada beli cupcake tuk anak2.
Konon nak makan kat rumah,
tapi takdenya.
Nak makan time tu gak.



Bila Mummy kata okay bole makan,
terus hilang monyok
anak bujang tu huhuhu

Ada jugak ai beli yg lain,
durian crepe & chocolate moist cake.



Durian crepe tu kureng sket.
Isi duriannya sikit sgt,
crepe tu tebal..
tak berapa nak kena dgn tekak ni
tp kek cokelat tu sedap.

Fighting Fish


Zaf ajak gi tengok ikan,
lagipun mmg lama dah kami
tak masuk kedai ikan.

Memula nak cuci mata je,
skali terbeli hehehe



Tak beli banyak,
sekor je pun,
Fighting fish.



Lawa sangat, geram.
Ai namakan Princess JDT.
Warna johor sangatkan.



Lupa nak snap gambar fighting fish
yang lain dalam kedai tu.
Ada banyak cantik2.
Memang rambang mata nak pilih.
Harga paling mahal RM50 okay.
Yang ai beli ni RM30.
Ada je yang murah macam RM15.
Beza harga tu bergantung pada
warna dan kembang ekor sirip semua.
Lagi besar kekembangannya lagi mahal la.
Cuma sayang tak bole letak byk2
dalam satu akuarium.
Dah nama fighting fish,
kang bergaduh habis semua mati.

Tp bole campur ngan ikan yg tropika yg lain,
asal bukan sama spesis, okay je.

Thursday, December 28, 2017

Hal Sekolah Anak2 dan SSPN


Minggu lepas ai & Zaf
setelkan hal anak2.
Pagi pergi sekolah Zahra & Aliah,
beli buku tulis.

Lepas tu kami pegi Giant.
Bukak akaun SSPN tuk anak2.
Aliah untung sbb tahun ni
anak yg Tahun 1/2017
buka akaun dapat RM50.



Nak tau details pasal SSPN
bole la pegi website kat PTPTN [link].
Setel dari situ, kami lunch.
Lepas lunch & Zuhur,
pergi sekolah Ariq plak.
Bayar yuran.

Lepas tu terus enZaf ajak
ke Ikano tuk minum petang.



Konon feeling dating berdua la ngan dia,
tp jangan perasan.
Tentera2 ada kat meja sebelah.
Dengan gembira gelak tawa bising bagai
macam rumah sendiri. :)



Pakaian dan kasut sekolah pun dah selesai.
Zahra beli baju je sbb dah kecik,
kain bole pakai lagi.
Aliah plak hanya beli kasut sekolah.



Beli kat Uni1One je [link]
Sbb dekat dgn rumah hehe

Lega dah hal anak dah selesai.
Rasa beban tu hilang terus hehehe
Terima kasih enZaf,
sbb memenuhi keperluan anak2.
Semoga murah rezeki hendaknya.


Wednesday, December 27, 2017

Happy 40th Birthday En Zaf!


Mana lagi kalau makan2 birthday ni, Chilis'.
Tempat feveret anak2..
Ai dah muak tp layankan aje la.



Order pun tak banyak mana.



Happy Birthday yang!
Dah masuk 4 series...
Semoga dipanjangkan usia,
dimurahkan rezeki
dan diberkati oleh Allah S.W.T.



Ni kad anak2 buat tuk Daddy dia.
Kertas warna dah habis,
pakai kertas putih je.

Dari kiri: Zahra, Aliah, Ariq.



Ai belikan Zaf Superdry tees.
Sbb kat baju tu ada
nombor feveret dia hehehe

Konsert Terunggul Afgan & Ungu


Konsert ni masa birthday Zaf,
6hb 10 yg lepas.
Tak silap hari Jumaat dan dia
ada kat Johor.
Lewat petang dapat call dari dia,
katanya standby lepas Maghrib keluar.
Mintak tolong hantarkan anak2 kat rumah mak.
Tanya kenapa dia cakap nak gi tengok konsert.

Rupa2nya dia nak bawak gi tengok
Konsert Terunggul Afgan & Ungu.
Bukan peminat Afgan tapi lebih
kepada Ungu.
Lama giler okay tak tengok konsert,
last tgk konsert ungu masa pregnantkan Zara,
tak ingat nama tempat tapi kat KL.
Masa tu blom lagi berblog,
kalau ada konpem dah update dalam ni hehehe

Tanya dia dah beli tiket ke..
katanya blom.
Gamble je tengok kat kaunter,
kalau ada lagi ada la katanya.
Dan inila tiketnya.
Amik yg standing,
nak duduk dekat ngan stage mahal sgt.
Yang duduk tempat lain jauh sket dr stage,
Zaf kata tak best plak.



Nasib baik konsert tu
Ungu yg nyanyi dulu..
Jadi bestla layan.



Habis Ungu baru Afgan.



Time Afgan ai tak larat nak diri dah,
ajak Zaf ke belakang.
Kebetulan ada kerusi,
duduk la kejap situ.

Muka kami yg comot berlekit
selekeh giler time tu haha



Dengar 2-3 lagu Afgan pastu terus kami balik.
Perut lapar sebenar.
Makan sebelum amik anak2.

Happy Birthday enZaf
yang ke-40 sudah :)




Friday, December 15, 2017

CIMB Classic - Day 2


Kemain lagi tgk sampai 2 hari.
Ikutkan tournament ni 3 hari,
nasib la enZaf cakap
tak payah pergi last day tu
hahaha

Pagi2 sblm start
tgk player warm-up.
Ai is tak kenal nama2 golfer ni,
muka tu pernah la tgk kt tv.



Zaf la dia rajin cerita bgtau sape
country mana..menang bape kali
mcm2 la..
tp ai is dgr sekali lalu je,
mmg tak ingat dah lepas tu.
Yang penting kita buat2 interested
walau pun tak berapa minat sgtkan hihihi

Tgk sekejap golfer2 ni pukul,
lepas tu kami gi breakfast.
Belakang tempat warm-up tu
ada cafe.



Pas makan jalan2 kejap masuk kedai,
sempat la enZaf beli baju golfnya selai.
Pastu baru pergi cari tempat teduh.



Cuaca bole tahan panas,
tak macam semalamnya hujan.
Zahra muka mengantuk,
Aliah muka tak amik port,
Ariq plak cakap panas..
Ape pun masing2 layan je
tak byk karenah mana.



Budak2 ni sibuk nak pegi kids zone.
Tapi Daddy dorang tak bagi,
semalamnya dah puas main kat situ.
Kalini Daddy nak tgk golf katanya.
Tu yg muka macam ape semua tu :p

Bergambar sebelum balik.
Ai is pakai baju semalam,
tukar tudung je hihi
Pemalas nak salin baju lain.



Dari situ kami terus ke Mid Valley.
Lama tak ke sana.
Jalan2 lagi dalam mall,
pastu berhenti minum petang kat Nadeje.

Lupa nama kek ni,
yang pasti satu cokelat
satu lagi cam vanilla.
2-2 sedap.



Tuesday, December 12, 2017

CIMB Classic 2017


Zaf ajak gi tgk golf.
Dapat tiket free mmg la laju,
cuba bayar hahaha

Ariq suka la dapat naik bas lagi.



Tak susah suruh anak2 bergambar.
Masing2 dgn gaya tersendiri.



Dari tempat bus stop nak ke
main entrance tu agak jauh berjalan.
Letih okay nak menapak.
Nasib cuaca pun tak berapa panas.



Masuk dlm ada byk booth.
Ofkos la jual barang2 golf.
Ada juga aktiviti tuk org besar,
tp Zaf tak layan.
Cam putting semua bagai.



Aliah amik gambar Mummy tak ready lagi.
Pun bole la...



Cuaca haritu tak berapa cerah,
hujan saja..
Ada time tu hujan lebat sgt.



Nasib baik ada fun zone ni,
jadi kami lepak sini.



Dalamnya ada aktiviti untuk anak2.
Bole la dorang bersuka ria dalam tu,
takde la bosan je..



Lepas main game tu ada hadiah dorang dpt.
Bole pilih ada macam2
kebanyakkan semua candy.



Pastu sambung mewarna.



Habis la semua menda dorang main.
Sampai taknak balik.



Kami pun lepak sampai tghari je,
sbb haritu hari Jumaat,
Zaf pun nak gi solat Jumaat.
Player pun tak bole nak main
sbb masih hujan.



Zaf cakap esok kita datang lagi..
layan kan aje la..

Friday, December 8, 2017

Teringin


Suami isteri punya teringin :)
Ai nak makan sushi.
Zaf bawak pegi Sushi Zanmai.
Makan yg raw tak boleh,
kita makan la yg masak2 je.



Zaf plak dia nak makan satay.
Dari hari raya haji dok
kata nak makan satay kat Klang.
Kemain jauh peginya.
Gara2 makan masa open house
kawan dia Eddy...
order satay kat sana.

2 kali okay pegi,
kedai tutup.
Tue la main redah je,
tak call dulu bukak ke idak.
Tak sangka plak weekend Ahad ke Sabtu
lupa kedainya tutup.



Nama kedai Sate Famili.



Wednesday, November 29, 2017

Ke Rumah Sewa


Cerita 17 Oktober.
Ntah bila nak habis cerita lama
pun tak tau la huhuhu

Ikut Zaf gi Johor.
Kejap je 2 hari.
First time nak gi umah sewa kt Johor.
Umah ni bukan Zaf sorang je duduk,
kawan2 opis dia yg lain jugak.
Bila ada keje duduk la situ.
Setelah setahun lebih dok hotel,
baru sekarang mencari rumah.

Sebelum ke rumah,
kami lunch dulu kat Selera Johor
Plaza Larkin.



Makanan kat situ sedap2
tp environment dia panas,
bahang kat dalam.
Kalau ada budak kecil mmg bole mengamuk dibuatnya.

Sampai rumah anak2 ni
dah berzikir nak mandi kolam.



Swimming pool tuk budak best,
ada slide.
Mmg itu la dituju..
naik 100 kali pun tak kisah.
Ai tak mandi lg,
cuaca dan air kat kolam tu sejuk sangat ok.



Lama sikit baru join mandi.
Swimming elok tuk pregnantkan.
Puas jua la dapat swimming 3-4 round.



Ni ke esokkan harinya.
Pegi Aeon Mall blah mana tak ingat hahaha
Nampak je terus masuk.



Mall baru rasanya,
sbb tgk cantik lagi.
Dan sgt besar.
Puas tawaf mall tu.



Anak2 ni nampak menda menarik je,
stop mintak amik gambar.
Kita layankan aje la kan.



Itu pun ada byk lagi gambar
tp tak masukkan...
nampak sangat Mummy kemalasan hahah



Yang ni plak kami makan ikan bakar
kat Serkam Melaka.



Mmg kalau ke Melaka makan kat sini,
tak pergi dah kat Umbai tu.
Zaf suka lagi kat sini.
Sbb sini dia suka makan ngan
nasi lemak dari nasi putih.
Sini pun tak byk sgt kedai dan tak ramai.
Tenang sikit.. dan
sedap lagi katanya. :)