Friday, March 31, 2017

Last Day in Penang


Sedihnya nak balik dah.
Seronok betul trip kalini,
sbb rest & relax.
Takde terkejar sana sini.

Pagi cam biasa breakfast dulu.



Lepas breakfast balik bilik.
Ai pun nak packing baju2.
Anak2 plak main Saidina ngan Daddy dorang.



Memang tiap kali trip,
kami akan bawak satu board game
or card game.
Tak Saidina..Uno.

Masa dorang main ni,
ai layan movie hahaha

Zara bergambar kat no bilik.
Katanya bila nak ke sini lagi.
Amboiii blom check-out
dah tanya bila nak dtg lagi hehe



Ai cakap Zara doa banyak2,
moga kita murah rezeki,
bole bercuti lagi :)

Nak balik kl ni hari Jumaat,
sblom keluar Penang,
singgah masjid negeri,
Zaf nak solat Jumaat dulu.

Sblm dia gi sembahyang tu,
sempat la belikan ai cendol
kat pakcik baju oren belang2 depan tu.
Sedap cendolnya..



Kami terus sambung perjalanan,
sempat singgah Ipoh jap.
Jumpa ngan anak buah.

Masa ni Aira sedih kami nak balik.
Akid plak mengaruk,
tak bape sihat selsema & batuk.



Alhamdulillah jalan tak bape jem,
tp byk gak la kereta.
Sampai2 umah terus ai sumbat baju kotor
dalam mesin basuh.

Fuh habis dah citer pasal Penang hihi
Punya la bercinta rasa nak wat entry.
Malas pun iyer :p

Thursday, March 30, 2017

Hard Rock Cafe


Malam akhir kat Penang kami
dinner kat HRC.
Kat dalam ni pukul 10 ke atas
baru start live band.
Tp kami tak tunggu pun,
lambat sangat.



Makan awal pastu nanti
bole berehat dalam bilik.
Anak2 pun penat satu hari siang,
mandi je :)

Ni masing2 kusyuk mewarna sementara
tunggu makanan sampai.



Kena posing dulu sblm makan.



Menu kami.
Tak byk pun order.
Tapi portion besar2.



Itu pun Zaf ingat nak order dessert,
tp bila makan ni tak bole masuk dah.

Family dinner.



Lepas makan singgah Rock Shop.
Nak beli fridge magnet.
Wajib beli fm kalau berjalan.



Tgh pilih fm tu,
Zaf cakap beli satu baju tuk ai..
Dia pilih kan.



Beli baju anak2 jua.
Tq enZaf!!!



Dorang ni nak bergambar kat sini lagi.
Layankan aje la.



Pose comel dari Zaf hahahaha



Wednesday, March 29, 2017

Hari ke-2 di HRH


Pagi2 anak2 dah bangun,
dorang mmg suka breakfast.
Lagi lagi kat hotelkan.



Kesedapan tak terhingga,
byk kali ulang amik.
Nasi ke mee ke tak sentuh langsung.



Aliah plak suka betul ngan mee sup.
Sampai hirup mangkuk cam ape haha

Sempat lagi tu bergambar.
Kat dalam hotel ni byk
spot menarik tuk bergambar.
Mcm rugi je kalau tak amik.



Masuk bilik,
harus la dorang tu laju salin baju.
Nak terjun kolam.



Cuaca pagi tu sangat cantik.



Wefie lagi seketul.
Ai sampai tido kat situ...
bangun2 dah serabai tudung hahaha



Pukul 1 camtu break jap nak gi lunch.
Zaf ajak makan kt luar.
Tak jauh pun jalan kaki je.
Pegi kedai makan arab.

Pastu singgah lagi kedai runcit,
nak beli jajan plak.



Bergambar lagi kat gitar ni.



Pastu tu kami hantar anak2 kat kids club.



Kat situ ada macam2 aktiviti
bergantung kepada waktu kita hantar tu la.
30minit dalam tu.



Sementara anak2 berseronok,
ai n Zaf wat refleksologi.



Bestnya lepas urut kaki,
pastu urut bahu...
lega sangat2.

Masa tgh urut tu
hujan turun lebat.
Alhamdulillah berhenti bila habis,
hujan lalu je.

Petang sambung lagi aktiviti mandi manda.
Kami ke pantai lagi.
Saja berjalan sepanjang pantai.



Kami ke arah ape ntah macam jeti.
Ada la nampak sorang dua memancing.
Saja pegi sana pastu amik gambar sket :)



Tak mandi laut pun,
jejalan je pastu pegi kolam.



Lepak kat kolam sampai Maghrib.
Ada stop kejap sbb tetiba hujan lebat,
pastu sambung balik.
Mmg tak masuk bilik,
lepak kat kolam je.
Mandi sampai gigil hahaha

Tuesday, March 28, 2017

Malam di HRH


Lepas Maghrib kami keluar dinner.
Zaf ajak jalan2 kat kedai luar,
tgk apa ada tuk makan.



Ada la dlm 3-4 kedai makan.
Kami masuk je mana2.
Alhamdulillah cuaca malam tu baru lepas hujan.

Lepas makan kami gi kedai runcit,
beli eskrem.
Layan makan time sejuk2.

Sambil makan tu kami jalan kat luar area HRH.



Harusla posing.



lepas tu pegi satu tempat ni,
tak ingatla plak apa namanya.
Macam game room gitu.



Lepak la kejap dalam 20minit.



Pastu pusing lagi dlm hotel,
amik gambar.



Cantik lampu kat luar lobi.
Layankan jua la
anak2 main berlari2 kat situ.



Monday, March 27, 2017

Bercuti di Hard Rock Hotel


Masa cuti sekolah,
kami tak pegi ke mana.
Jadi Zaf bawak kami holiday dulu
sblm dia fly ke London.
Pegi hari minggu biasa,
anak2 ponteng sekolah 3 hari.
Nasib baik exam pun dah habis.

Kalini kami pegi holiday kat Batu Ferringhi.
Dan ni first time jugak,
kami berjalan ke Penang,
bukan jalan2 cari makan.
Lebih kepada rest & relax.



3 hari 2 malam di HRH.



Lepas Zaf uruskan check-in,
terus ajak dia bergambar kat luar.
Terima kasih pd staff di situ :)
Walaupun tak semua ready,
jadi la kan.



Tak sabar semua nak masuk bilik.



Purple mataku tgk bilik ni.



Cantik sebenarnya,
dalam gambar tak nampak sgt cantik tu.



First time amik yg ada kids room.



Ofkos la dorang bertiga ni eksaited.
Siap dgn buku, toys, tv,
macam2 la.



Masa dalam bilik dorang ni sibuk ajak mandi kolam.
Selagi tak bersiap selagi tu
la dok berzikir.

Zaf solat pastu terus siap.
Laju je dorang tu keluar hahaha



Sebelum mandi kolam,
Daddy dorang ajak gi pantai dulu.
Sempat tu ai suh Zara posing jap.
Ariq pun menyelit sama.



Dorang mandi laut kejap.
Main pasir semua.



Ai plak sedih tak dapat join mandi.
Pagi sblm bertolak dari rumah,
tetiba cik P datang huhuhuhu
Stress tau..

Puas dah mandi laut,
kami masuk dlm.
Anak2 sambung mandi kat kolam plak.



My beach boy..
eh pool boy :p
boy sangat...



Kemain sronok main slide.
Tak benti2 main kat situ je.
Suruh main kat spiral slide tu taknak plak.



Ape lagi nak buat,
mandi tak boleh.
Lepak je la.



Zaf order fries sket,
alas perut tuk petang.



Seronok betul dapat rehatkan badan.
Wifi pun best,
selagi kita kat area HRH selagi tu la dpt.