Sunday, October 27, 2019

Wedding Sepupuku Yana


Bulan September yg lepas,
cousin ai Yana kahwin.
Nikahnya hari Khamis malam.
Ai pergi tapi tak sempat
nak ambil gambar ngan pengantin.
Majlisnya habis agak lambat
dlm pukul 11 lebih.
Qaireen dah mengamuk nak tido.
Bagi susu pun masih nangis2 lagi.
Rimas agaknya ramai orang.
Lepas makan terus kami balik.

Receptionnya plak buat kat
Dewan Perkasa ATM Kl hari Sabtu.
Ikutkan kami tak pergi
sbb reception ni tak boleh bawa budak.
Tp atas ehsan Makteh sekeluarga,
hanya ai dan adik ai Hana je yg
boleh datang bawak anak2.
Special gitu hehe
Terima kasih makteh pakteh!

First time kami ke dewan ni.
Cantik juga dewannya.
Sebelum masuk harusla bergambar satu keluarga.
Thank you adikku amikkan gambar kami.



Berbelas kali snap,
dapat juga la yg elok walaupun
tak semua pandang camera,
nak nak si kecik tu kan hehe



Bergambar lagi dalam dewan plak.



Meja kami paling belakang,
senang kalau anak meragam,
terus keluar je kan.



Yang 3 ni mmg behave kalau majlis2 formal.
Senang bawak.
Ai jegil mata je kalau bising haha



Nasib baik la mood dia ok mlm tu,
umpan makan senyap la.



Bila majlis dah dekat nak habis,
lepas makan dessert terus ai keluar,
bawak Qaireen sama,
tgk dia macam dah sengal lama sgt
duduk dalam.

Sempat bergambar ngan Makteh Pakteh
sementara dorang tunggu guests keluar
nak bersalam dan balik.



EnZaf pun mengikut ai keluar sama.
Sengal la tu hehe



Seronok dia dapat berlari dgn gembira.



Masa menunggu turn nak bergambar ngan pengantin,
nasib baik teringat nak bergambar
berdua ngan enZaf.
Bukan senang sekarang ni nak berdua,
tgh elok pakai baju melayu kurung bagai.



Itu pun laju2 ambil gambar,
sbbnya sikenit tu mengekor je ke mana saja
mummynya pergi haha.. bayang2 gitu.



Nampak macam tenang je dlm gambar ni,
tp huru hara sebenarnya.
Kalau buat behind the scene,
org tgk konpem pening :p

Tahniah buat sepupuku.
Selamat Pengantin Baru buat Dr Liyana & Dr Adib.
Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.



Habis bergambar laju2 juga balik.
Qaireen dah mengantuk,
ai pun dah rimas nak salin uniform rumah haha


Thursday, October 24, 2019

Makan kat Warung Che Bunga


Akhirnya makan gak kat kedai
Warung Che Bunga.
Kedainya kat Sg. Buloh.
Tak terpegi2 walaupun jalan
satu hala nak ke rumah mak.
Kedai masakan Kelantan Warung Che Bunga ni.

Gambar bawah ni kali pertama ai makan sini.
Datang dalam pukul 12 lebih.
Bertiga je ngan suami dan Qaireen.
Yang lain kat sekolah.



Layan diri konsepnya,
ada nasi dagang, nasi kerabu, mee celup
nasi apa ntah lagi,
tak ingat nama hehe
Yang pasti macam2 la ada.



Si bongsu peneman Mummy Daddy.
Bukan senang dpt ambil gambar dia
tgh mood baik senyum.



Ai makan nasi kerabu,
tp lauk amik ayam masak merah hehehe
Sedap!



enZaf nampak akok terus dia ambil.
Feveret dia ni,
tp katanya tak berapa sedap sgt.



Ai bawak balik bread pudding.
Yang ni sedap hehe



Gambar bawah ni pergi makan kali ke-2.
Baru nak snap ada gerai buah
dan coconut shake.
Beli buah je, air kelapa next time datang.



Elok dah habis makan,
tetiba ada kawan datang tegur.
Tengok2 Aida rupanya.



Lama tak jumpa dia.
Dan tak sangka dia dah start keje,
habis pantang sudah.
Tahniah beb dapat baby girl no.4.
Sama ramai anak kita,
susunan anak pun sama.
Hero sorang hehe

Kalau nak tahu details pasal Warung Che Bunga ni,
makanan dan lokasi kedai
boleh search kat facebook.
Ini adalah iklan tak berbayar :p

Tuesday, October 15, 2019

Lawatan ke Tugu Negara


Akhirnya dapat gak jejak kaki
ke Tugu Negara hehehe
Lama dah bersuara ngan enZaf
tp tau la tempat panas camtu,
mmg lambat la nak kata Ya kan.
Ni pun satu cerita throwback bulan 8.
Kebetulan bulan kemerdekaan,
kira semangat patriotik la pegi sini.

Ni kira kali ke-2 ai ke sini,
first time pergi zaman tadika.
Lawatan Tadika Kemas.. ha amik
dah berapa tahun tu 1986..pergh..

Sebelum kami ke Tugu tu,
singgah lunch dulu kat
kedai makan area situ gak.
Tak amik gambar plak masa makan situ.
Makan nasi campur..sedap jua lauknya.

Panas lit lit okay kami ke sini.
Baru jalan sikit dah berjurai2 peluh.
Kebetulan kami sampai tu,
ada satu ke 2 buah bas sampai
bawa tourist dari China.

Nasib la anak2 kena melayan
Mummy dia suh bergambar.
Akak Zahra tak pakai spek,
kecik la mata menahan panas.



Serious ai tak ingat
masa tadika dulu ada ke menda2 alah gini.



Yang ai ingat main kat playground
sambil makan aiskrim
dan bergambar kat tugu je.
Rupa bentuk sekeliling kawasan tu
memang tak ingat langsung.

Tapi kawasannya sekarang ni cantik la.
Elok terjaga kemas bersih.

Masa dah sampai depan tugu,
laju2 kami bergambar.
Anak2 dan Daddy.



Anak2 dengan Mummy plak.



Wefie kami.
Tak mampu nak senyum weh.
Berkedip2 mata nak pandang kamera.



Tiba2 yang ramai semua dah beredar,
tak tahan ngan cuacakan.
Kebetulan plak ada seorang tourist China,
dok ambil gambar tugu,
dengan selamba enZaf mintak dia
ambilkan gambar kami semua.
Nasib baik dia ok layan hahaha

Feeling2 kita pun tourist gak la.
Dan dapat la gambar kami sekeluarga.



Aliah nak baca kisah tugu ni
sambil mulut cakap
panas panas...haha



Tak lama pun kami kat sini,
panas yang tak boleh bawa bincang.
Tp tak ingat dah kami
ke mana lepas tu.

Apa pun terima kasih la buat enZaf,
sudi melayan permintaan ai
yang nak ke Tugu Negara ni hehe
Kita tunggu berapa puluh tahun
nak ke sini lagi haha.


Tuesday, October 8, 2019

Hadiah Birthday


Masa 13hb September yang lepas, balik-balik dari sekolah Aliah terus tunjuk kat ai hadiah-hadiah yang dia dapat dari kawan sekolah. Bertuahnya anakku sorang ni, ramai betul kawan baik dan sayangkan dia. Terharu Mummy tengok pemberian masing-masing. Siap ada buat kad. Lawa pula tu dia lukis.



Dan lagi terharu bila kami balik umah mak weekendnya. Mak bagi Aliah earring lagi. Dah la dia baru dapat disney earring masa bulan 2 hari tu.



Kalini Mak Tok bagi earring yang bulat pula siap ada dangle lagi. Dia tahu cucu dia ni tak boleh pakai earring sebarangan. Hanya emas saja. Terima kasih Mak Tok dan Tok Abah. Sentiasa spoils kan cucu-cucu mereka hahaha


Monday, October 7, 2019

Happy 9th Birthday Aliah!


Birthday Aliah 13hb September yang lepas. Seperti biasa kami akan keluar untuk sambut harijadinya dengan makan, makan dan makan. Birthday girl mintak nak makan Mc Donalds saja. Hari jadinya jatuh hari Jumaat, tapi sambut esoknya hari Sabtu senang sebab weekend. Lepas Zuhur terus kami bersiap dan ke mcD The Curve. Tak ambil gambar masa ni. Dah selesai makan, kami jalan-jalan sekejap dalam Curve. Sempat masuk Uniqlo, enZaf nak beli seluar.

Memandangkan sambut birthday Aliah, harusla entry ni penuh dengan muka dia je :p



Dah pusing-pusing Curve kami singgah kedai Baloon Buzz, beli belon dan candle.



Sebelum ni enZaf pergi beli sendiri belon dan lilin untuk birthday anak-anak. Tapi kali ini pergi sesama, dapat la Aliah pilih belon yang dia suka. Senyum meleret ai nampak Aliah dari dalam kedai lagi. Dah agak dia akan pilih unicorn.



Dan lepas tu terus ke Second Cup, tempat biasa makan kek anak-anak hihihi Sementara tunggu enZaf order makan, ai ajak Aliah bergambar kat luar area IPC. Cuaca pun elok, cahaya terang. Jadi elok semua gambar.



Ariq pun menyibuk nak join sama. Dulu dia takut naik kuda ni, gayat. Sekarang dah okay :) Akak Zahra jaga Qaireen tengah tidur dalam stroller.



Masa ni cuaca dah start jerebu sikit, nasib baik hari kami sambut dapat bergambar kat luar. Keesokkannya terus jerebu semakin tebal.



Nak ambil gambar air, tetiba muncul muka kat belakang. Disebabkan hari ini hari dia, jadi ai biarkan aje muka dia menyelit situ :p



Harusla Mummy nak bergambar dengan birthday girl. Thank you Ariq snapkan gambar ni.



Kek blom sampai lagi, maka gigih la Mummy amik gambar dorang. Qaireen jenuh ai panggil dia tengok camera. Susah betul nak bagi dia pandang, apentah lagi nak senyum. Stress okay nak dapat gambar yang perfect.



Ada juga nak menyelit yang belakang tu.



Kek dah sampai harusla bergambar lagi. Feveret dia juga Rainbow Cake. 4 kali makan sini, empat kali juga la order Rainbow Cake tu. Tak pernah muak dorang ni. Kek dia pun memang sedap.



Nak bergambar lagi empat beradik, yang kecik skali tu macam biasala payah sangat. Dia pun dah takde mood, Mummy tak habis-habis suruh bergambarkan.



Video menyanyi lagu birthday untuk Aliah. Akak Zahra dah kenapa muka macam tu ahaha




Happy Birthday anakku Qalesya Aliah!! Semoga menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat serta berjaya dalam apa jua bidang yang diminati. Buat masa ni, cita-cita dia nak jadi Chef. Moga termakbul impianmu anak. :)

Saturday, October 5, 2019

Balik dari Haji


Marilah masukkan gambar sebelum terlupa haha Kejadian ini masa nak ambil mak dan abah dekat airport. Mereka balik dari menunaikan haji. Ikutkan pada jadual, penerbangan mak dan abah sampai dalam pukul 2.30 pagi. Pergh masa hantar pun pagi-pagi, balik ambil dorang ni pun pagi juga hehe Menguji kesabaran sungguh buat kami :p

Pukul 12 pagi baru kami bertolak dari rumah, tahu dah flight dorang ni akan lari dari masa ketibaan, tapi nak juga datang awal sket. Teruja sebab rindu tak terbendung dah Tak boleh tunggu lagi. Hati ni berdebar-debar saja. Betullah orang kata penantian satu penyeksaan. Selain datang awal, kami nak "supper" sekali.

Sampai-sampai airport terus kami pegi mcD. Situ je la boleh bagi anak-anak gembira. Bayangkan pukul 1 pagi makan, dari mengantuk terus tak mengantuk :p Dalam pukul 2 pagi lebih baru kami gerak ke bahagian ketibaan. Tengok ramai dah orang menunggu di situ. Siap macam ber"picnic" pun ada, dengan bentang tikar/ kain semua. Ye la pagi buta kot, sambil menunggu tu boleh la lelap kejap. Nak berdiri je pun letih.

Si kenit ni pun tak tido, padahal dah mengantuk sangat. Nasib baik la dia tak meragam. Memang baik sangat. Susu pun tak minta. Hairan agaknya kenapa ada kat tempat ramai orang. Cuma malam tu dia tak nak duduk dalam stroller, nak berdukung saja.



Lepas pukul 2.30 pagi tu dapat "message" dari abah, dorang dah "touch down", sedang menunggu bag saja. Tunggu bag tu mesti lama jua. Dekat pukul 3 pagi lebih la baru nampak kelibat mak abah keluar. Seronoknya tak terkata, terus ai laju meluru peluk dorang, meleleh air mata tetiba :) Syukur Alhamdulillah buat kedua-duanya, selamat dan sihat. Cuma mak je batuk sikit, perubahan cuacakan.



Akhirnya kami semua complete dan bersatu semula. Sayang semuanya.



Sebelum balik tu, bagi peluang mak abah jumpa kawan-kawan jemaah dia bergambar bagai. Mak cakap siap dah buat "whatsapp group" supaya nanti boleh "reunion" atau jemput kenduri bagai hahaha Jangan main-main. Mak abah ada whatsapp group. Lagi hebat dari anak dia ni. Jangan membawang ye mak :p

Tengok jam dah dekat pukul 4 pagi lebih. Dalam kereta semua tak cakap banyak, masuk-masuk semua terus tidur hehe. Alhamdulillah rindu dah terubat. Seronok tengok air muka mak abah masa kat airport. Berseri-seri, lepas tu tak lekang dengan senyuman. Satu pengalaman yang tak boleh digambarkan bila kita dapat menunaikan haji tu kan. Perasaan yang tak boleh dinilai. Ai pun teringin nak jejak kaki ke rumah Allah. Semoga Allah permudahkan urusan ai dan enZaf ke sana jua suatu hari nanti. InsyaAllah.


Friday, October 4, 2019

Nasib Baik Tak Hilang


Weekend bila ai dah tak berapa ingat. Cerita lama. Masa ni kami ke OU untuk lunch dan jalan-jalan dalam shopping mall. Kami nak makan kat Teppanyaki, sampai-sampai ramai juga orang. Kena menunggu sekejap untuk dapatkan meja besar. Sementara menunggu sempat juga la ai snap gambar budak kecik ni :)



Susah nak ambil gambar Qaireen ni sorang. Tak reti nak stand still, mesti nak bergerak ke arah ai. Tak boleh nak berjauh sekejapkan. Padahal tak jauh mana pun ada la dalam 3 langkah haha Bertuah sungguh. Gambar bawah ni akak Zahra snap, terselit juga tangan Mummy yang dia tak nak lepas.



Masuk dalam butik LC Waikiki, ai nak mencari baju untuk anak-anak. Ai suka situ juga selain dari Cotton On. Harga berbaloi dengan design dan kualiti baju. Nak pula anak-anak ni cepat membesarkan, pakai sekejap je. Masa ai tengah belek baju-baju, tiba-tiba Aliah menjerit beritahu ai yang gelang tangan Qaireen dah takde. Masa dia cakap tu betapa paniknya ai. Mana taknya hilang tu emas kot, nak pula hadiah dari pemberian Mak Tok dan Tok Abah. Dah sah-sah gelabah. Cari punya cari, rupanya gelang tangan Qaireen terselit kat dalam stroller. Ya Allah leganya rasa. Nasib baik jatuh masa dia duduk dalam stroller, buatnya jatuh atas lantai masa dia tengah berjalan, meman tak jumpa dah la kan.

Nampak tak tu putus buah heart dari rantai gelangnya. Nasib baik ada. Boleh pula tercabut huhu



Sebelum ni ai memng dah perasan yang Qaireen duk menggigit gelang tu. Selalunya kalau dia menggigit tu tanda nak susu. Bila ai lambat bagi, dia akan mula la tarik gelang dengan gigi. Lapar sangat dah hehe Nasib baik masa gelang tu putus tak termasuk dalam mulut dia. Buatnya tertelan, ish nauzubillahminzalik. Alhamdulillah nasib baik jumpa dan yang penting Qaireen pun tak tertelan. Bertuahla anak oi, buat Mummy panik je. Sejak putus tu sampai sekarang ni ai tak hantar lagi betulkan gelang dia haha.. Dah beritahu Mak Tok dia pasal putus tu, takut la nanti Mak Tok dia tanya mana gelang dia sebab tak nampak kat tangankan. Beritahu siap-siap :)

Lepas dari OU kami sempat singgah minum sekejap dekat mamak Mohsin Taman Tun. enZaf ajak minum petang. Aliah tak menyempat nak pakai baju yg ai beli. Basuh pun tak lagi nak oi. Dia suka sangat sebab ada labuci kat baju tu. Anak dara ni memang suka bling bling.



Gambar bawah ni memang takde kena mengena dengan cerita OU. ni kisah keesokan harinya. Kami pergi ke Shah Alam bawa parents enZaf makan Mee Kolok. Lupa nak ambil gambar huhuhu Balik dari Shah Alam sempat singgah Starbucks drive-thru. Thank you enZaf melayan tekak isterinya.



Gambar bawah ni pun kisah hari lain, masukkan je dalam entry ni sebab ada satu je gambar yang diambil haha Kami lunch kat Paradigm Mall.



Lama rasanya tak makan kat Chicken Rice Shop. Banyak pula enZaf order. Jenuh ai perabiskan. Almaklumlah sejenis lori dbkl yang kena habiskan makanan yang tinggal. Tak makan sayangkan. Bila macam tu diri sendiri mengeluh kenapa berat tak turun-turun hihi