Thursday, January 31, 2019

Swimming Again


Sambungan hari ke-4 di Forest City.
Ikutkan hari ke-4 tu,
pagi je enZaf main golf.
Sekali tengahari dia whatsapp
bgtau dorang sambung lagi main golf lepas Zuhur.
Gara2 tak puas hati main..
perghhh pulun sungguh lakiku.

Tp dorang tak main kat Forest City,
main kat ELS Club plak.
Jauh dari hotel ni.

Patutnya check-out tp dah main lagi,
sambung hari lagi tidur.
Nasib baik ada baju extra.

Sebabkan tak jadi balik,
maka bawak la anak2 mandi
kat swimming pool.



oo sebelum tu tghari,
Sue datang lepak bilik.
Sesi membawang hahaha
Petang baru bawak anak2 ke swimming pool.

Saja tak bg Qaireen mandi terus.



Lama sikit dia mintak,
pandai plak tu.



Mandi la puas2.
Nak dekat Maghrib baru naik.
Sampai2 bilik, tak bole masuk.
Rupa2nya kad kena block.
Lupa nak bgtau yg kami extend lg sehari.
Dah kena naik turun ke reception kesejukan huhu
Sian anak2..sabar je la.

Lepas Maghrib standby kt lobi
tunggu enZaf nk gi dinner.



Kalini mkn jauh sket
kat Senibong.



Comot dan penat masing2.



Sampai bilik terbongkang terus.
Yey.. esok last day sekolah,
lepas tu cuti panjang.

Tuesday, January 29, 2019

Ke Legoland


Sambungan entry dari golf trip
tahun lepas.
Hari ke-3 di Forest City,
kami ke Legoland.
Hari bersama keluarga kata enZaf.
Esoknya sambung balik dia main golf.

Ini kali ke-2 masuk Legoland,
first time masuk masa
Zahra umur 5 tahun.
Dah 5 tahun lebih baru masuk lagi sekali hihi

Entry ni masukkan gambar je la,
sbb byk sangat.
Tu pun blom lagi tgk part video.
Next time bila rajin update balik :)

Jumpa Sue kat entrance.
Dorang masuk Water Park.
Kami theme park je..
sblm tu plan juga nak masuk water,
tp fikir balik..
susah plak sbbnya Qaireen tu menyusu.
EnZaf tak boleh handle sorang
kalau ai tak mandi sama.



Jadinya ambil gambar
sebelum masing2 berpisah hehe



First ride.. kesian Ariq,
dia kena naik kereta tuk
budak below 5 years.
Kereta tuk umur dia,
tak cukup ketinggian plak.



Apa nak buat,
kami ni cinonet sangat hehe

Sementara tunggu Ariq layan ride dia,
kami pun bergambar la kejap.



Baru bangun tidur,
berdoa semoga dia tak meragam.



Panas cuaca masa tu,
tp suka sbb gambar akan nampak elok
dan terang.



Nasib baik la Ariq ok.
Janji dapat kereta dia dah seronok.



Nampak lego stop bergambar je la.



Pergi musim Krismas,
harusla ada pokok Krismasnya legokan.



Pasrah la Daddy layan anak2.



Sampai 2 kali kena naik,
sbb Aliah masih kena ada
teman orang dewasa huhuhu



Jumpa Witch,
apa nama sebenar pun tak tau :p



Tak byk gambar naik ride,
sbb ambil video.

























Naik roller coaster,
Zahra, Aliah & Mummy.
Aliah memula dia berani naik.
Bila roller coaster tu dah gerak,
terus cakap ngan ai
dia taknak naik lagi hahaha







Naik apa nama ride pusing2 ni,
macam duduk dalam cawan tu.
Aduhai tak suka sbbnya ai akan pening.



Nasib baik
rezeki dapat jumpa Batman.



Sempat lagi Ariq nak naik
kereta buat kali ke-2.
Layankan aje la anak bujang tu,
katanya tak byk ride dia naik haha

Sementara tunggu dia lagi,
amik gambar 2 org minah ni.



Nak ambil gambar akak Zahra
jauh sangat la plak.



Nasib baik la dia boleh
naik ride sorang2.
Aliah & Ariq je nak kena teman org dewasa.

Last wefie dengan boat driver :)



Sblm balik kami naik train,
penutup sebelum keluar.
Dari pagi sampai pukul 7 kami kat dalam tu,
letih jgn kata la.
Nak tercabut kaki rasanya.

Terima kasih enZaf,
bawak kami jalan2 dalam Legoland.
Dah alang2 masuk tu
kami buat terus annual pass.
Selalu pergi Johor
tp xpernah fikir ke sini.
Kalini enZaf cakap masuk sampai boring hehe

Keluar dari Legoland,
terus pergi area Larkin.
enZaf bawak makan ikan singgang,
nama kedai Mek Singgang..
sedap makanan situ.
Boleh repeat lagi.

Monday, January 28, 2019

Minum Petang dengan Adikku


Adikku Nani dah balik rumah.
hehe bukan lari dari rumah :p
Dia balik untuk intern plak,
dapat buat kat Kidzania 6 bulan.
Terus anak2 ckp nak pergi sana pffttt

Memandangkan intern dia start bulan 2,
ai pun ajak la lepak ngan Along dia ni :)
Lama tak berborak ngan dia,
sblm tu lepak borak2 kat rumah.
Pastu ai ajak keluar
minum petang kat Makan Heritage.

Ni kali ke-2 minum teh ais madu leleh
kat sini.
First time try masa pregnantkan Qaireen.
Lama dah tu :)



Ai order Mac&Cheese Sausage.
Sedap.



Suka la akak Zahra,
MakTeh dah ada sini.
Ada lagi orang melayan dia
kalau tak MakSu dia sorang je yg ada.



Nani makan chilli fries.
Zahra makan nasi goreng cina.

Qaireen bila ai nak ambil gambar dia,
mesti nak nganga mulut.
Dah kenapa nak oi.



Esoknya adikku pergi jejalan Singapore.
Kemainkan..pantang ada cuti panjang langkah tu.
Eh macam mengata diri sendiri je hehe


Sunday, January 27, 2019

Ke Forest City Mall


Sambungan entry semalam.
Ingatkan time enZaf main golf,
kami rehat2 je dalam bilik.
Sekali Sue whatsapp ajak jejalan.
Trip golf ni bercuti lagi ngan Sue.
Last kami bercuti bersama masa kat Kuantan
masa tu tahun 2016 [link]..
pergh lama dah rupanya haha

Forest City ni ada 2 hotel,
satu Golf Resort dan satu lagi Phoenix.
Kat Phoenix ni ada mall,
mallnya takde la besar mana.
Tp okay la kalau tetiba rasa nak lepak makan gitu.
Shopping takde yg menarik
selain dari beli chocolate.
Kat Forest City ni area bebas cukai.



Jalan2 ambil gambar je la kami.



Pergi waktu Krismas,
dah semestinya deko krismas sana sini.
Gambar anak2,
yang si kenit tu kemain nak tegur orang sebelah.
Ajak sembang ke?!



Gambar ramai2.



Macam lama tak bergambar
sorang diri.



Kekok tetiba nak bergambar okay.
Selalu ngan anak2.
Tak tau nak posing macamana haha

Oh yer dari hotel kami
nak ke mall ni ada shuttle van.
Tp ada waktu2nya la hantar ambil.
Ada la dalam 2jam setengah masa bole jalan2 kat sini.

Kami singgah Papa Rich makan petang.
Waktu makan tak sempat nak bergambar,
masing2 huru hara ngan anak2..
nak order pun kemain lama haha
kecoh riuh org lain
tengok kami yg bising itu.
Mak2 nak bergosip pun payah :p

Balik dari mall
kami sambung lepak lagi kat lobi hotel plak.
Berborak lagi sbbnya laki masing2
tak habis golf.
Anak2 dibiarkan la bermain
dan berlari kat lobi dengan jayanya.

Pastu anak2 ni ajak mandi swimming pool lagi.
Gigih la ai bawak anak2 ni mandi.
Nasib baik la pool budak tak dalam mana,
itu sebab bawak,
kalau tak, takde kuasanya la.
Tak cukup tangan nak handle semua.

Saturday, January 26, 2019

Bergambar Keliling Hotel


Tajuk mcm banyak sangat la
bergambar keliling hotel.
Padahal takde la keliling mana pun hehe



Lepas breakfast,
anak2 ni ajak jalan kat luar.
Katanya nak mencari taman yg ada "rumah".
Taman tu dapat dilihat dari balkoni
tp tak tau kat mana nak tuju sbb takde signboard :p



Sebelum tu berjalan kat area swimming pool.
Tengok si kenit ni,
bukan main dua2 kaki letak kat atas tu.
Sopan sikit nak oiii..



Video sikit kat situ hehe




Harusla ajak enZaf bergambar.



Belakang tu masih dalam construction.
Nak buat padang golf lagi.



Cantik sebenarnya kawasan ni,
hijau mata memandang.
Keliling tu ada pokok2 bunga
tp tak ambil plak gambar kat situ.



Puas jalan kat luar tu,
masuk dalam nak ke arah lobi plak.
Sempat lagi anak2 minta bergambar kat sini.



Kat sini taman tingkat 3.
Kecik je kawasannya.
View nampak padang golf.



Lepas tu cepat2 kami ke area lobi,
nak cari lagi mana taman2 yg anak2 nak pergi.
Tanya staff situ nak lalu mana hehe

Inilah "rumah" yg dorang dok mintak.
Ingatkan bole masuk dalam tp tak bole haha



Demi memenuhi permintaan dorang,
ambil gambar dan biarkan main2 kejap kawasan tu.



Walaupun pagi tapi rasa panas juga,
berpeluh2 bergambar sana sini.
Itu pun kejap je sebab
nak kejarkan masa.
Tengah hari enZaf nak main golf dah.



Dari situ terus menuju ke bilik
untuk berehat.



Dari balkoni boleh nampak golfer
nak pergi tee off.
Anak2 sempat la bye bye Daddy dorang
masa naik buggy.



Kemain kecoh, senyum2 je
kawan2 Daddy tgk anak2 ni jerit2.
Ai menyorok belakang langsir,
anak sapa la bising2 ni kan hehe