Wednesday, April 30, 2014

Hari Ahad lepas


Bila mood malas datang,
nak baca blog kawan pun tak,
apentah lagi nak update blogkan.
Lagi pun badan ni rasa xsihat.
Seram sejuk pening kepala.
Cepat2 makan ubat taknak demam.

Ni cerita Ahad lepas.
Gi OU je pun.
Lunch sana.
Tanya anak2 ni kalau nak makan ape.
Tak habis2 dgn Chicken Rice Shop huhu
Seyes ai dah muak.
Kalau tak makan situ kang,
dorang xnak makan menda lain :(

Ai order curry laksa.
Giler besar mangkuknya.
Sedap sukaaa



Zaf wanton mee & BBQ chicken.
Pun sedap jugak.



Tambah prawn wanton & pai tee.



Anak2 ape lagi,
nasi ayam le.



Zara skang bole diharap.



Zaf pun bole harap jugak.
Tolong bawakkan handbag ai hahaha



Harini dia balik dari outstation
yeyyyy

Friday, April 25, 2014

Taklimat dan Ujian Pemilihan Darjah 1


Dapat dah surat dari sekolah Zara
untuk Darjah Satu nanti.
Eh bakal sekolah,
blom konpem lagi hihihi

Surat berkenaan Taklimat Kenaikan Tahun 1
dan Ujian Pemilihan Kelayakan Penempatan
di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
ha amik ko panjang tajuknya :)



Nak masuk sekolah ni pun
kena amik ujian yer.

Pemilihan pihak sekolah hanya 20% (42org)
selebihnya dipilih oleh JPN.
Ai harap sangat Zara dapat sekolah ni.
2nd choice kami SKTTDI 2.

Nak isi maklumat Zara,
alangkah bahagianya dia ada semua
aktiviti2 dlm borang tu.
Takat ni dia hanya tahu satu je
berenang.



Suh bawak salinan sijil2 anak
kalau ada sertai mana2 aktiviti.
Pergh macam nak masuk universiti dah.
Almaklumlah first time ni
anak nak sekolah rendah.
Kejakunan mummy terserlah hahahaha

Thursday, April 24, 2014

Tukar ke Kad Debit


Akhirnya berganti sudah kad atmku.
Punya la lama tangguh tak buat2. [link]

Minggu lepas ganti Hong Leong,
smalam baru ganti yg Maybank plak.
Buat time tgh2 bulan,
okay la bank kosongkan.

Tapi kosong pun,
tetap huru hara.
Mana taknya gi bank heret semua
askar2 kenit ni.
Nak tunggu Zaf free mmg susah.
Gagah jua la sesorang haha

Smalam Ariq selamba badak,
main bola dalam bank.
Zara yg layan dia.
Yang Aliah plak
dok berzikir nak "egg" (kinder joy)
dari dlm kete lagi huhuhu

Mummy korang ni
mmg dah biasa muka tak malu.
Kecoh satu bangunan tu mmg biasa :p

Ha ganti sudah kad atm.
Buat debit card terus.
2 bank ni je yg aktif,
2 bank lg affin & bsn ntah ape citer tak tau.



Comelkan Hello Kitty tu.
Aliah sibuk nak kad tu,
penat pujuk kata kad tu bukan tuk main.


Wednesday, April 23, 2014

[Video] Macam2 Ariq


Berjoget tgk video
The Wheels on The Bus.



Selongkar dapur
dan main susun bekas kuih.



Mummy paksa kemas,
lepas buat sepah bilik kakak2 dia.



Cakap kat phone (remote astro)
dgn bahasa Perancisnya.



Bunyi haiwan2 yg dia tahu.

Tuesday, April 22, 2014

Episod Akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta


Kena tgk malam ni.
Last episode sudah,
Oh Abang Jebatku...



Episod semalam pun
dah berjurai air mata,
Abg Jebat kena tembak.
Betapa gigih dan semangat dia,
balik umah nak jumpa Mas,
dalam keadaan badan dah kena tembak
mulut dah muntah darah..
hoiiiii sedihhhhhh

hmmm macam biasa,
ada jumpa dgn pelakon2 BKATC malam ni,
tayangan awal sejam.
Dekat dah ngan umah,
tp tak dpt la pegi.
Mana nak letak anak2 hehehe
Konpem orang pun mcm semutkan.



Zaf pun layan citer ni.
Tapi takde la hari2 tgk.
Mana dia missed tu update ape jadi.
Sayang mlm ni ai tgk sorang je,
dia outstation huhuhu

Saturday, April 19, 2014

First Time Tengok Wayang


Rabu lepas gi tgk wayang.
First time bawak Ariq ni.
Sbbkan first time so ajak Zaf
tengok waktu opis.
Orang pun xramai,
kalau dia nak nangis ke memekak ke,
xde la huru hara sesorang.

Kami gi tgk kat TGV One Utama.



Aliah je yg nak amik gambar,
Zara & Ariq xnak.
Takut ape pun tak tahu huhuhu



Bila tgk wayang,
mmg Zaf beli makanan banyak2.
Pancing budak2 ni dok diamkan.



Ceritanya menarik,
xde boring sbb banyak nyanyi2.
Cuma lagu dia xberapa nak best,
tu bagi ai la.
Sbb lagu dia takde pun melekat dlm kepala.
Tak mcm Rio 1 tu ada gak lagu dia
buat ai teringat.



tapi ceritanya tetap best dan menarik.
Alhamdulillah Ariq okay sgt.
Dia enjoy tgk katun tu.
Siap joget2 hahaha

Kalau org tanya tak bising ke.
Standard la bila tgk citer katun,
mana ada semua senyap.
Konpem dgr suara budak2 lain,
yg nangis, jerit bagai.

Excited nak bergambar lagi sblm balik.



So skang ai dah tahu Ariq
okay sgt dlm wayang.
Next time kalau ada citer katun
bole ai bawak dorang ni sendiri.
Tq Daddy sbb cancel meeting
semata nak teman kami haha


Friday, April 18, 2014

Penang Fried Kueh Teow @ Wisma FAM


Zaf ajak lunch kat area Wisma FAM.
Makan kueh teow sedap kat situ.



Zaf tak makan sayur,
dgn ai punya pun dia xletak sayur,
hampeh tul huhu



Dia kata kalau nak jumpa pemain bola sepak,
dtg la makan sini.
Ai cakap ngan dia nape
xbawak sblom kawin.
hahah dia jeling.
Nampak tak ayat tersirat di situ :p



Memang nampak la ada 2-3 meja
rupa footballer.
Cam meja sebelah kitaorg.
Hensem2 plak tu.
Dpt cuci mata kejap haha
gatal tetiba.
Tapi kalau ada Safee Sali ke Syafiq Rahim ke,
leh mintak otograpkan :)

Anak2 makan nasi ayam.
Pipi kiri Ariq tu lebam,
main lari ngan akak2 dia kat umah,
ntah langgar ape,
tau2 dah nangis huhuh



Thursday, April 17, 2014

Genius Aulad: PLAY TO READ and READ TO PLAY


Sabtu lepas skola Zara
ada buat aktiviti luar.
Kat Challenger Sports Centre Kepong.

Sesi memanaskan badan dr GA KD.



Ada 3 lagi branch join sama,
Rawang, Selayang & Gombak.
KD warna merah :)

Tak sabar nak main dah.
Baju merah tu baru beli smalamnya haha



Antara aktiviti yg ada
Where Are The Fruit.



Hop Scotch



Lets Go Fishing,
tapi bukan fish, ball hehehe



Ni ape nama game lupa.
Kena cari alphabet ikut pada kad
yg dia dapat.



Musical Chair



Add Up Dice



Ni pun xtau nama.
Baling tin la kan haha



Ada banyak lagi aktiviti lain
mcm bowling, frog phabets, baloon ape ntah.
Ada 12 aktiviti semuanya
hanya 5 aktiviti awal je ai teman Zara,
yg lain Daddy dia sbb Ariq dah nak susu.

Bagus aktiviti semuanya,
sesuai la ngan tema Play to Read
and Read to Play.

Cuma kawasan tu agak panas,
sbb wat dlm futsal,
org ramai..
sangat panas dan sesak.
Kesian pada baby n budak2 kecik je la kan.

Pas dah buat aktiviti semua tu,
gi kaunter tuk collect goodies bag.



Muka pun dah kepenatan.
Balik makan tido hahaha




Wednesday, April 16, 2014

Mini Fruit Tart Sedap


Feveretku tat buah ni.
Nak nak fruit tart Delifrance,
asal lalu je mesti nak beli.
Sedap sangat.

Tapi skang xyah gi beli jauh2.
Adik ai dah buat.
Sesedap mcm Delifrance jugak hihi



Smalam balik Sg Buloh,
dia buatkan tuk kaklongnya tapau
bawak balik hihihi

Untung ada adik yg rajin
dan suka masak.
Lagi untung sbb kakak dia rajin makan
hahahah xsenonoh.



Adik ai ada terima tempahan gak.
Kalau sape berminat bole la order.
Sebiji dia charge RM1.80.
Minimum order 10 biji.
Buah boleh pilih nak ape :)

Tuesday, April 15, 2014

Dinner with My Boys


Makan kat area Sg Buloh.
Ape nama kedai lupa dah.
Yang pasti murah dan sedap.



Sup ekor mmg feveret enZaf.



Ikan kembung masak kicap.
Mmg ai suka la ;)



Kailan ikan masin
sedap dan fresh.



Pemangkin selera.
Kalau ai makan konpem gatal idung.
Tapi tak kira tetap nak makan.



Ariq tgh sebut peace.



Kakak2 dia kat umah Mak Tok.
Feeling anak sorang je tetiba haha
Kejap je la feelingnya,
pas habis makan gi amik kakak2 dia.

Monday, April 14, 2014

Ariq: Demam


Minggu lepas balik dr Kuantan,
Ariq demam.
Tak silap dekat 5 kali
mandikan dia
nak sejukkan badan tu.



Bila dah demam,
mengaruk merengek lebih.
Nak bergantung je menyusu.
Sampai sakit pinggang tulang belakang bagai.
Kita pun kalau anak tak sihat
memang xbole tido.
Susah hati dok monitor suhu diakan.

Tapi dalam xsihat tu,
tetap gak active.
Sepahkan umah mcm biasa hehehe



3 hari gak la dia demam.
Alhamdulillah pastu dah sihat.
Mujur akak2 dia tak kena.

Sunday, April 13, 2014

Pekena Nasi Padang


Smalam lunch kat Restoran Sari Ratu.
Lama xmakan kat sana.
Kelaparan lepas habis hari sukan
skolah Zara.
Anak yg sukan,
makpak dia yg kebulur hahaha



Jus Alpukat dan Jus Jeruk



Luka bawah mata kanannya tu,
kena katil Jumaat lepas.
Sblom tu dia main ngan akak dia kat bilik,
berbenjol dahi.
Smalam dia main lari2 ngan akak2 dia,
bengkak n lebam plak kat pipi huhu
Anak bujang ni 3 hari berturut
bertanda kat muka.


Saturday, April 12, 2014

Kinder Surprise


Anak2 ai ni kan mmg suka coklat kinder.
Nak nak Kinder Joy tu.
Ai xberkenan sgt ngan cekelat tu,
bukannya ape,
dorang ni bukan makan sangat,
mainan pun takde la beria main.
Seronok sbb bila bukak tu
ada toys bagaikan,
tp mainnya kejap je.

Smlm pegi Cold Storage,
nak beli barang makanan tuk donation anak2 yatim
anjuran sekolah Zara.
Lalu bahagian cokelat,
ai hati gembira sbb tgk takde egg kinder joy tu.
Tgk kat kaunter nak bayar pun takde.

Tetiba Aliah jerit,
Mummy Kinder Surprise.
Arghh sudah,
takde Joy, Surprise plak yg jual.

Nak taknak kena la beli,
kalau tak anak2 berzikir tanpa henti.

Cokelat dah cair sbb tu
egg tu dah herot berot.



Bukak kertas tu
bole makan terus cokelatnya.



Dalam cokelat ni,
ada egg kaler kuning.
dalam tu la toynya.



Seperti yg dijangka,
xde la menarik mana pun.
tapi dorang ni xcited bagai la.
Dapat cop n water color.
Tapi kalau Disney edition mesti bestkan toynya,
mcm budak2 ni tgk dlm youtube.
Ha pengaruh dlm tu la tu huhuh



Pasni tak leh gi Cold Storage,
Kinder Surprise ni lagi mahal
dari Kinder Joy okey.
Yg Joy RM3 lebih,
Surprise ni RM6 lebih.
Nak kena beli sorang satu
plak tu
nangisssssss

Friday, April 11, 2014

Makan kat Kemaman


Makan, makan dan makan lagi hihi.. kalau dah berjalan itulah motifnya kan. Kali ini kami ke Kemaman pula. Dah alang-alang bercuti di Kuantan macam rugi pula tak singgah ke sana. Kami makan di Warong Aziz Satar untuk makan petang.



Wajiblah ambil Satar bila dah makan di Warong Aziz Satar dan ambil sedikit Pulut Panggang.



Kepok Leko, yang ini anak-anak memang lajulah makan :)



Sotong Goreng Tepung.



Gambar di bawah ini adalah Mee Calong. Pertama kali ai nak mencuba. Agak pedas juga supnya, tak boleh nak habiskan.



Tak pasti sama ada sup itu memang sedia pedas atau pun boleh diasingkan. Yang pasti dalam supnya itu banyak dengan lada hitam. Sesuai sangat orang pantang makan ini tapi tak elok jugakan sebab pedas hehe.. Selesai makan kami balik dan sambung mandi laut.



Keesokkan harinya sebelum kami balik ke Kuala Lumpur, singgah semula ke Kemaman. Kali ini makan di Warong Che Wan pula. Lokasi warongnya berdekatan sahaja dengan Warong Aziz Satar juga. Dekat-dekat saja. Beza Satar Che Wan dengan Aziz ini adalah kepedasannya. Pada yang suka pedas boleh singgah di Aziz Satar manakala Satar di Che Wan kurang pedas dan ianya lebih kepada manis :)