Thursday, February 28, 2019

For Sale: Kids Instant Shawl


Nak let go tudung anak2.
Semuanya instant.
Elok2 lagi semuanya
sebab jarang pakai.
Sesuai dari umur 4-8 tahun.

RM15 sehelai.
Berminat, email ye nurhayatiyusof@gmail.com



Yang ni kainnya jenis
polyester.



Ni plak materialnya chiffon.



Tuesday, February 26, 2019

Ke Sekolah > OU > Birthday Party


Sabtu pagi yg lepas pergi sekolah anak2.
Ada mesyuarat PIBG.
Tahun lepas tak pergi,
tak ingat plak sbb apa..
samaada ada hal ataupun dah dalam pantang hehe



Sempat Aliah ambil gambar kami.



Abang Ariq duduk diam sbb
tengah makan bihun goreng.
Lepas makan terus keluar main,
dgn sapa2 ntah dapat plak kawan tu.



Zahra Aliah pun dah hilang
dengan kawan masing2.

Masa tengah mesyuarat,
Qaireen badan panas..
dan dia pun mula meragam.
Tak dapat nak tunggu sampai habis,
terus kami keluar.
Dengan cuaca pun panas walaupun pagi.
Berpeluh ai kat sekolah tu :)

Beli cool fever,
lepas tu lunch sbb anak2 dah lapar.
Makan kat Restoran Ayam Kampung.

Qaireen walaupun demam,
tp makan tetap makan hihi



Lepas makan kami terus ke OU,
dah janji ngan anak2 nak pergi
beli hadiah kawan dia
ada birthday party petangnya.
Singgah beli kat Kaison.

Sempat ambil gambar gelang baru :)



Gambar dpt dari whatsapp mak Aqilah.
Zahra, Aliah & Ariq pergi sendiri.
Rumah kawan tu blok sebelah je.
Pesan balik sebelum pukul 7.



Happy Birthday Aqilah!
Moga jadi anak yg solehah.

Sunday, February 24, 2019

"Tee" Time


Lama gila tak jumpa
kawan ai sorang ni, Tee B.
Yatie besar dan Yati kecik :)
Last jumpa tak silap masa Qaireen 2 bulan [link].
Qaireen dah setahun baru jumpa balik hehehe
Ni pun tak plan..
selalunya tak plan la menjadikan.
Walaupun dapat jumpa sekejap je.

Bila ai free, dia ada hal.
Bila dia ajak, ai plak tak bole.
Ada je yg menghalang..
masa blom mengizinkan gitu.
Apa pun Alhamdulillah berjumpa jua :)

Pukul 3 lebih dapat whatsapp dari Tee,
ajak lepak minum.
Kebetulan mmg ai pun tengah
baring2 menyusukan Qaireen,
laju je reply cakap okay haha

Jumpa kat Secret Recipe Giant.



Lama jua tak lepak kat SR ni.
Sebabkan minum petang,
order la kek jua.
Akak Zahra plak kalau ke sini,
tak sah kalau tak order spaghetti carbonara.
Dia bukan minum petang,
tp dinner terus :p

Sampai pukul 6:10 petang lepak situ,
itu pun nak balik sbb
Aliah Ariq nak balik sekolah plak.
Kalau tak mau sampai malam kot.
Byk story nak membawang hihi

Thank you akak Zahra amikkan gambar.



Ambil lg sekali, dekat sket.
Taknak amik full sbb pakai selipar je.



Sampai tertidur Qaireen
teman Mummy lepak gitu.
Thanks Tee for your time,
insyaAllah ada rezeki jumpa lg kita ye.


Tuesday, February 19, 2019

Projek Sains Aliah


Kalau anak2 ada projek kerja sekolah
yang hendak dibuat.
Ai la orang pertama sekali runsing.
Hahaha bukan apa runsing
sebab takut terlupa.
Bila buat projek harusla ada
nak kena beli bahan2nya.

Minggu lepas hari Khamis ke Rabu tak ingat,
Aliah bgtahu cikgu Sains
minta buat kipas tangan,
ikut macam dalam buku teks.
Kat kipas tu tulis peraturan bilik sains.



Hari Sabtu baru mencari barang.
Beli stik aiskrim, stiker dan
tambah kertas warna kuning dan biru.
Bahan lain pakai apa yg dah ada kat rumah.

Ahad baru start buat kerja.
Nak buat lubang kat stik aiskrim.
Aliah first time menukul.
Eksaited dia pegang hammer ketuk paku hehe



Akak Zahra pun tolong sama.
Dia dah pernah menukang kat sekolah.
Takde masalah nak buat.



Dah buat lubang,
Aliah masukkan dawai setiap stik.



Pastu ai tolong dia potong kertas warna.
Dia tulis peraturan atas kertas.
Tanya dia kenapa tak tulis pakai pen.
Dia taknak nanti salah tulis,
dah kena tulis kertas lain.
Tulis pakai pensil je.
Jadila Aliah.. projek dia..
ikut suka la dia nak buat macamana kan.
Tak habis pun tulis sbb dah pukul 10malam.
Sambung esoknya Isnin iaitu semalam :)

Dah siap tulis semua,
masa untuk lekat plak.



Dah habis lekat,
ai tolong letak tali riben belakang kipas.
Bila bukak kipas tu
elok je tersusun sama lebar.

Suka kipas dia dah siap.



Tak berapa rapat kipasnya tp jadila.
Nasib Aliah okay.



Warna-warna tu dia yg susun.
Ceria sungguh kipasmu hehe

Sebelum buat Sains ni,
dia ada buat projek English.
Pasal My Family.. lupa plak nak ambil gambar.
Nanti dah snap,
update balik letak gambar dalam entry ni.


Monday, February 18, 2019

Beriadah di Ardence Labs Lagi


Yey pergi lagi kat Ardence Labs ni.
enZaf ada main bola kat sini lagi.
Anak2 bila tahu nak ke sini,
kemain suka masing2.

Cuaca kali ni panas,
tak sabar2 dorang ni nak keluar.
Sebelum main ai ajak anak2
jalan kat area tasik dulu.



Walaupun panas tp angin kat sini
kuat sangat.
Air pancut kat tengah tasik tu
bole rasa sampai kitaorg berdiri.
Punya la kuat angin,
macam duduk tepi pantai.



Anak2 main bubbles kejap.



Sebenarnya bola Ariq pecah masa
on the way nak ke sini.
Daddy dia dah perasan bola tu macam merekah,
tup tup meletup masa dalam kereta.
Dah lama sgt bola tu pun.
Nak cari bola lain takde plak jual kat
dalam kedai2 kat area ardence ni.
Tu yg enZaf beli bubble.
Bagi la hati dia terhibur sikit.

Sesambil main tu
sempat la ai ajak bergambar sekeping dua haha



Thank you Zahra Aliah
layan Mummy.



Ariq mmg tak layan sibuk main bubble,
Qaireen pun sama,
ai panggil buat tak tau.
Kusyuk tgk kakak2 abang dia.

Dah pusing2 tasik kami pergi ke padang.
Sempat lagi ambil gambar
anak2 dengan Daddy mereka :)
Kacau je org tu nak main bola.



Tak dapat main badminton kalini,
angin kuat sangat.
Akak Zahra la paling frust.



Nasib baik team Daddy ada bawa
bola extra.
Bagi la dorang main bola sesama,
5minit main tu tengok,
ada kawan2 lain pun join sama main.
Seronok tengok pandai berkawan.
Main sampai berpeluh tak ingat.

Ai ape lagi,
Qaireen sibuk makan
dan ai pun lama tak berootd ikut enZaf
main bola.



Sebelum balik sempat singgah kat area kedai2 ni.
Ada plak letak khemah comel2.
Boleh plak duduk lepak bersantai.



Siap ada tikar bantal semua cukup.
Memang sesuai berpiknik.
Sebelum ni datang takde pun,
rasanya tiap bulan akan letak menda lain plak kot.
Memang daya tarikan menarik buat pengunjung.

Oh..Qaireen tu menangis sbb
tak suka kat rumput tipu tu.
Bila dia pijak dia nangis huhu



Berlengas sungguh rasanya,
anak2 lagi la berpeluh basah cukup.
Kepenatan main bola.
Cuaca sekarang ni pun panas ya amat.
Kena banyakkan minum air kosong.

Sunday, February 17, 2019

Name Tag Sekolah


Khamis lepas baru dapat
nametag Ariq dari cikgu kelasnya.
Dan dan la Ariq nak suruh Mummy jahit
malam tu jugak.
Tak kuasa nak layan sbb Jumaat tu
dia ada pj tak perlu
pakai uniform :p

Nak hantar kedai mcm tak berbaloi plak,
takat 4 helai je.

Semalam baru ai gigih nak menjahit.
Diriku tak pandai menjahit
apantah lg nak ada mesin jahit.
Macam biasa jahit tangan je la.



Herot berot pun lantakla.
Nasib bahagian dalam,
bukannya nampak hihihi



Sampai baju yang ke-3 ai dah surrender.
Sakit pinggang dan mengantuk.
Jahitnya pukul 11.30mlm start
dekat pukul 1.30pagi tak habis haha
Konon nak habiskan baju ke-4,
tp tak larat sgt dah.
Jahit pun sampai tercucuk jari sudah.

Ni tinggal lagi satu helai,
ntah bila nak jahit tu jgn ditanya :p

Thursday, February 14, 2019

Random Stories


Sebenarnya ada cerita pergi Legoland lagi
masa bulan satu yg lepas.
Tapi malas nak buat sbb
malas nak tengok gambar yg byk tu haha
Tunggu mood rajin tu datang :p

Sebabkan malas,
ambil gambar sikit yg blom dimasukkan
lagi dalam blog secara random.

Masa ni baru balik
bawa anak2 makan kat luar
lepas Maghrib.
Habis makan terus pergi mengaji.



Lega ya amat
Ariq suka pergi mengaji.
Walaupun Iqra' tak habis lagi.
Semangat dia hehe

Tahun ni ai target Zahra dapat khatam al-Quran.
Agak slow progress dia.
Dah masuk Tahun 5 pun tak habis2 lagi huhu
Aliah pun ai harap dia
dapat khatam cepat.

Gambar bawah ni plak,
keluar dgn Zahra pergi Giant.



Singgah kedai buku,
topup stationary kat rumah tu
yg dah surut.
Semua kerana Ariq hahaha
Ada je hilang itu ini.

Buku berapa kali tertinggal pun tak tau.
Oh ada satu hari tu
tertinggal pencil box.
Mujur la kelas tu takde kongsi dengan tahun lain.
Kalau tak mmg ghaib terus.

Ni gambar masa pergi Ikano
time cuti sekolah.
Tahun ni semua maklum tahun khinzir.



Lepas enZaf golf,
terus ajak pergi Giant.
Beli barang dapur.
Sebelum dia nak outstation esoknya.



Akak Zahra ni plak jarang2 rajin
buat kerja rumah.
Tp kalau rajin dia tu tiba2 datang,
habis satu rumah dia kemas.



Lap2 habuk semua.
Jarang bukak tingkap pun selalu habuk huhu
Kalau semua dia dah kemas,
sampai tanya ada apa lagi dia bole buat.
Ha sampai gitu rajinnya hahaha
Pesan kat dia selalu,
kalau nak masuk asrama kena la
rajin dan pandai buat kerja rumah juga.
Tingal iron je ai tak suruh lagi.
Nanti boleh cuba.

Si kenit ni kakinya dah sampai bawah.
Tinggal tak reti lagi nak tolak depan belakang.
Keras je kat situ :p



Nak buat entry pasal dia ikut bulan pun
tak terbuat2 lagi.
Bila tetiba rasa semangat rajin tu dtg,
time plak takde.
Sampai dah terlupa dah kot apa nak cerita.
Pasal bersalinkan dia pun,
tak buat2 lagi huhuhu
Aduhai.. ni pun laju2 taip masa dia tgh tidur.
Kejap lagi terjaga la dia.
Tidur nak mengempeng je.

Wednesday, February 13, 2019

Paradigm Food Court


Lama juga tak pergi Paradigm
kat bahagian lower ground ni,
tau tau dah ada food court rupanya.
Bila masa renovate pun tak tau haha
Dah alang2 lalu enZaf pun ajak la makan.

Ada byk pilihan jua kat food court ni,
dari nasi campur, mamak, western,
sizzling, arab, penang food,
korea macam2 la.
Pilih je la mana yg berkenan.



Ai makan nasi dengan ayam black pepper.
Biasa2 je rasanyanya.
Tapi Aliah suka :)



Ariq plak nak makan mee soup je.
Terkezut ai sbb dia mat nasi.



Dua orang anak dara ni pun sama,
makan soup juga.
Sorang mee sorang bihun.



EnZaf plak ntah macamana la dia
tak tengok gerai makan tu,
main order jee wantan mee..
sekali wantan mee tu dari gerai vegetarian hahaha
Bila dia makan, terus tak suka,
katanya rasa pelik.

Dah order makan lain,
beli chicken rice aje.
Sabar je la haha

Nak ambil gambar Qaireen
tp dia buat tak tau je.
Panggil byk kali baru nak pandang.



Jalan2 pusing mall,
singgah minum sebelum balik.

Anak2 main kad Donkey ngan Daddynya.
Walaupun kat tangan Daddy tu
tak habis2 dgn handphone.
Tp jadi la..sekurang2nya
dia tetap nak layan anak2 main.



Memula je ngan phone,
lepas tu dia fokus main ngan anak2.

Ariq sibuk main kereta Hot Wheelsnya,
lupa plak nak ambil gambar dia.
Ai sibuk melayan Qaireen la.





Tuesday, February 12, 2019

Majlis Persandingan Aizad & Isteri


Sabtu lepas majlis persandingan Aizad
sebelah pihak Mak Ngah sekeluarga pula.
Ingatkan Sabtu tu ai tak dapat datang,
sebabnya enZaf ada kat Johor.

Jumaat malam Mak Ngah buat kenduri doa selamat
pun ai tak dpt datang.
Tak kuasa nak heret anak2 tanpa enZaf
pergi kenduri waktu malam.
Qaireen jenis tidur awal,
takut meragam susah plak nak handle
anak2 yg lain.
Walaupun ada mak dan adik beradik
tetap tak sama bila takde suami hihihi

Tapi tak sangka plak,
enZaf balik jugak Sabtu tu
Subuh dia sampai rumah.
Lepas Subuh terus tidur kepenatan,
takut ai nak kacau dia.
Dekat nak masuk Zuhur tu dia bangun dan
ajak pergi kenduri kahwin.

Sampai kenduri lambat sikit,
terlepas ambil gambar ramai2 dgn ahli keluarga.
Masuk dewan terus makan dulu,
kelaparan hahaha
Lepas makan baru ajak pengantin bergambar.



Qaireen plak tak tgk camera,
jenuh panggil.
Sibuk tengok pelamin.
Tangan pegang ketat kat tudung Mummy,
nasib baik tak tercabut :p

ooo bangga ngan Ariq sebabnya makan tak comot.
Kalau tak baju tu konpem
kena tumpah makanan or minuman hehehe



Sepanjang kenduri macam tu la Qaireen.
Tak nak dengan orang.
Cousin ai yg lain sibuk nak dukung dia
tak dapat2 huhuhu



Masa nak balik,
sempat la bergambar ngan MakNgah & PakNgah
kat pintu dewan :)



Pastu panggil je sesapa yg ada selit sama.
Tahniah sekali lg buat MakNgah sekeluarga
dapat menantu perempuan yg pertama.

Dan semestinya la tahniah kepada Aizad & isteri.
Buat masa ni dorang berdua pjj,
sorang kat sini dan sorang lg kat Johor.
Jgn lama2 berjauhan okay.


Monday, February 11, 2019

Bracelets Baru dari Les Georgettes


Masa cuti CNY kami ke MidValley.
Lama giler kot tak ke sana,
sampai kat lower ground floor dekat money changer
sebelah escalator tu dah takde.
Area tu dah bukak besar lagi kebelakang
dan byk kedai dan food court.
Ya ampun serious lama tak pegi hahaha
Money changer tu dah la femes kalau ke MV,
tak putus2 orang tukar duit sampai
sesak area situ.

Jalan2 pusing MV,
tetiba ai nampak kedai Les Georgettes ni.
Sebelum ni dah tengok2 sikit masa
dorang buat roadshow kat The Curves.
Kalini ai saja la pergi tgk lagi,
ralit dan leka kena layan ngan SA sorang ni,
lupa plak tanya nama dia apa huhu

Saja la tanya enZaf berkenan dan mintak satu.
Sekali tak sangka dia kata okay.
Ape lagi laju2 la kita pilih,
kang tetiba dia tukar fikiran :p

Nampak muka happy kat situ
plus tak cukup tido haha



Dah puas jalan, pergi minum petang plak.



Lupa anak dah 4 orang :)



Kotak warna hijau.
Cantik sangat.
Macam warna PAS pun ada :)



Brand ni adik beradik ngan Pandora.
Baru masuk Malaysia.

Ada 3 jenis color,
rose gold, gold & silver.
Ai pilih rose gold.



Warna dalam bracelet tu leather.
Boleh buka pasang dan tukar warna lain.
Warna leather soft pink tu belakangnya grey.
Aliah yg pilih warna tu :)

Kalau dah bosan warna tu bole beli lain.
Tak silap harga bermula dari RM60+
ikut size.

Tengok pada bookletnya,
ada macam2 jenis size, corak & warna.
Nanti beli warna terang plak.
Cantik2.



Cincin, pendants pun ada jua.
Oh..lelaki pun ada juga.
Cantik2 juga, nampak maskulin sgt designnya.

Thank you enZaf belikan.
Nak beli Pandora sampai sudah tak beli2,
sejak dari hilang tu enZaf mcm tak layan sgt huhu
Dapat adik Pandora pun bolelah :p