Wednesday, March 22, 2023

Kehilangan buat Sahabatku


Pada 21hb Mac, sahabat baikku Nowwa telah kehilangan abah tersayangnya pada waktu Asar. Pemergian arwah tidak disangka dan ketika itu tiada siapa menemani di rumah kerana semua anak-anak keluar bekerja. Pada mulanya ai nak datang ziarah waktu malam hari arwah Abah Nowwa meninggal tetapi ada kekangan yang tidak dapat dielakkan. Jadinya ai datang ziarah pada esok pagi, kebetulan arwah akan dikebumikan pada waktu pagi tersebut. Selepas hantar Qaireen sekolah, terus ai ke Surau Al-Ikhwan Bandar Baru Sg. Buloh.



Rumah arwah sama dengan rumah parents ai di Bandar Baru. Arwah dimandi, dikapan dan disembahyangkan di Surau Al-Ikhwan ini. Gambar di atas tu, ai berada di surau menemani Nowwa sehingga selesai urusan jenazah. Elin pun ada jua masa ini. Waktu nak keluar dari surau tiba-tiba ai ternampak satu kelibat yang sangat familiar, rupa-rupanya Abah ai datang nak menziarah jua. Walaupun Abah tak berapa kenal dengan arwah Abah Nowwa tapi kami sahabat baik dari zaman sekolah itu yang Abah ai turut bersama dengan ai. Selesai semua ai pun turut ikut ke tanah perkuburan. Sama tempat juga dengan arwah adik ai Achik.



Nowwa juga telah kehilangan ibunya dua tahun yang lepas. Waktu itu tengah kemuncak Covid dan arwah ibunya merupakan salah seorang dari pesakit Covid tersebut. Pemergian ibunya ketika kita semua dalam PKP. Ai terasa sedih dan terkilan sebab tak dapat bersama-sama dengan dia waktu kesedihan. Dan sekarang Nowwa sudah menjadi anak yatim piatu. Satu yang ai perasan masa di tanah perkuburan itu, nombor lot kubur arwah abah dan ibunya lebih kurang sama. Abah 521 dan ibu 421.



Semoga Nowwa kuat, tabah dan redha dengan kehilangan orang tuanya. InsyaAllah kami sentiasa mendoakan dan bersama ketika senang dan susah. Sebelum balik, ai singgah di kubur arwah Achik. Cantik sudah kuburnya. Bulan lima nanti cukup setahun pemergian arwah. Rindu sangat dengan arwah. Tahun ini kami tidak dapat beraya bersama-sama dengannya. Ini merupakan raya pertama tanpa arwah Achik :(



Selesai semuanya ai terus bergegas mengambil Qaireen balik dari sekolah. Apa pun yang pergi tetap pergi dan kita yang hidup ini perlu teruskan kehidupan. Kesedihan itu pasti, segala kenangan menjadi memori yang terpahat dihati jika rindu perbanyakkanlah berdoa dan bersedekah buat yang tiada. Semoga kita semua akan bersatu dalam SyurgaMu Ya Allah. Rindu yang tidak berpenghujung, Al-Fatihah.

Tuesday, March 21, 2023

Aliah Form 1


Alhamdulillah anak nombor 2 sudah memasuki persekolahan peringkat menengah. Pejam celik dah besar rupanya Aliah. Memasuki Tingkatan 1 ini Aliah bersekolah di sekolah harian berdekatan dengan rumah. Dia tiada rezeki untuk ditempatkan di sekolah berasrama penuh seperti akak Zahranya. Bagaimana pun kami ada membuat rayuan untuknya, jika tertulis rezeki untuk dia insyaAllah adalah kan. Apa pun ai dah redha, sekolah di mana-mana pun boleh  berjaya jua kan. Macam Mummy dia juga.. eh puji diri sendiri ke tu :p Mummy pun dari sekolah harian juga, alhamdulillah dapat meneruskan pengajian ke universiti tempatan :)

Setiap kali hari pertama persekolahan, ai memang nanti-nantikan dan bersemangat. Amboi! macam Mummy dia pula nak bersekolah. Bila Aliah dah masuk Tingkatan 1 lagi lah ai bersemangat sebab nak pergi sekolah barukan. Haruslah ambil gambar dengan dia. Aliah pun dah sama tinggi dengan Mummynya. Mungkin lepas ini, Mummy yang paling pendek sekalikan hahaha..



Thank you enZaf ambilkan gambar ini, itu pun laju-laju sebab dah lambat. enZaf hanya hantar kami saja sebab dia nak ambil Ariq balik dari sekolah. Untuk hari pertama ini, pihak sekolah menjemput ibu bapa hadir ke sekolah bagi yang berkelapangan. Jadinya ai wakillah ke sekolah. Masa nak masuk sekolah ini, terjumpa dengan kawan baik Aliah, Aina dari sekolah rendah. Alang-alang dah lalu depan pagar sekolah, teruslah ai ambil gambar mereka berdua.



Boleh dikatakan majoriti murid Tingkatan 1 di sekolah ini kebanyakkan dari sekolah rendah Aliah. Jadinya ramai kawan-kawan yang dia kenal, nak pula ke tiga-tiga rakan baiknya juga bersekolah di sini juga. Lagilah Aliah excited sekolah di sini. Bila dia tahu dia tak dapat masuk asrama, muka dia berseri okay hahaha.. Oh! budak kecik di bawah ini haruslah melekat pekat ikut Mummy dia. Tak boleh berenggang. Baru lepas ambil dia dari sekolah tu, salin baju dan terus ikut ke sekolah Aliah.



Ai ingatkan tak ramai parents datang, boleh tahan juga ramainya. Cuma dalam gambar ini tak nampak sangat ramai tu :p Agak lama juga kami kat sini, hampir dua jam setengah, ai sampai tak larat nak tunggu habis. Terpaksa keluar sebabnya perut dah lapar :)



Sebelum keluar tu, ambil gambar Aliah. Lambat lagi sampai sekolah dah kena duduk berbaris belakang sekali hihihi.. Minggu pertama persekolahan, mereka hanya pakai baju pj sahaja. Tiada sesi pembelajaran jadi banyak aktiviti yang dibuat selama lima hari. Slogan KPM sesi 2023 kali ini ialah "Anak yang Baik lagi Cerdik" (ABC).





Waktu balik ai tunggu Aliah depan pagar sekolah. Tengok dia selebet betul tudungnya, terus ambil gambar buat kenangan :) Penat betul sekolah ya nak hihi.. di sekolah menengah dia kena solat kat sana berbeza dengan sekolah rendah.



Begitulah rutin terbaru ai sekarang, hantar dan ambil Aliah di sekolah. Sibuk kali ini sebab anak-anak sekolah pagi dan petang. Keluar masuk rumah sudah enam kali dari pagi sampai tengahari. Pitam sungguh, mujurlah ai dah tak jaga anak buah. Kalau ada anak buah tu tak tahu la huru hara macam mana.



Qaireen sentiasa mengikut ke mana sahaja. Cuaca petang sekarang hujan sahaja, seronoklah Qaireen nak berpayung bagai.



Gambar bawah ini, hari ke dua Ariq ke sekolah. Hari pertama ai terlupa nak ambil gambar dia. Minggu pertama dia pun sama pakai baju sukan sahaja. Pergi sekolah pun seronok je kan sebab tak belajar lagi. Tahun ini Mummy kena fokus lebih kat dia, lama sangat "honeymoon", Mummy pun tak tegas sangat dengan dia.



Gambar Qaireen ke sekolah. Susah betul nak suruh dia pakai tudung. Dalam lima hari tu satu kali saja dia nak pakai. Tapi kebanyakkannya dia memang tak nak pakai. Beza sungguhlah dengan kakak-kakaknya huhu..



Selamat belajar buat anak-anakku. Mummy sentiasa doakan kejayaan dan cemerlang di dunia dan di akhirat.

Monday, March 20, 2023

Ke Nextgen Theme Park Bersama Kawan-kawan


Aktiviti kali ini datangnya dari Aliah. Dia lah mastermind tu hihihihi... Cuti sekolah ini dia plan dengan kawan-kawan untuk ke Nextgen Theme Park yang bertempat di One Utama. Kali ini kawan lain pula. Bff juga katanya, bff main game. Amboi macam-macam jenis bff ya :) Bff ini satu sekolah juga cuma berlainan kelas. Kebetulan hari nak pergi ini juga hari jadi akak Zahra, jadinya ai suruh akak Zahra ajak bff dia juga join ke Nextgen ni. Kami semua jumpa depan pintu masuk Nextgen waktu tengahari.



Gambar di bawah adalah harga tiket masuk ke dalam Nextgen. Masa ini hanya ai saja bawa anak-anak. enZaf ada kerja sebab kami datang ini hari Jumaat.



Kawan-kawan Aliah dah masuk dalam dulu sementara tunggu kami sampai. Hanya kawan akak Zahra je menunggu di luar.





Masuk dalam akan jumpa locker room. Di situ tempat kita menyimpan kasut dan beg. Tapi kami tak guna locker sebab dah penuh. Jadinya ai lah yang tukang jaga beg-beg :) Hanya gambar kaki ai, Ariq dan Qaireen. Dua orang anak dara itu dah lari dengan kawan-kawan.



Masuk je dalam tu, ada bilik karaoke. Wah boleh menyanyi tapi tak masuk pun. Tak tahu lah lagu apa yang ada dalam tu hehehe.. ada game room tapi ai tak ambil gambar semua tu. Dah lalu ke dua-dua tempat tu barulah jumpa tempat main yang besarnya seperti gambar di bawah.



Tempat ai melepak memang berhadapan dengan permainan besar ini lah. Bertempiaranlah semua anak-anak bermain dengan gembiranya. Ini lah tempat yang Qaireen main. Ada macam-macam dalam tu, seronok dia.



Mujur ada abang Ariq boleh tengokkan Qaireen. Lama sikit Qaireen dah berani pergi sendiri, tak perlu tunggu abang Ariq dia. Abang Ariq pun ada tempat lain dia nak main. Untuk baya Qaireen tak banyak sangat nak main, kebanyakkan untuk kanak-kanak atas 10 tahun sesuai.





Dekat lewat petang sikit barulah enZaf datang join. Thank you Yang teman ai, bosan sorang-sorang kena jaga beg hahaha...







Adalah beberapa tempat permainan ai ambil gambar, semua tempat tu anak-anak main kecuali yang panjat-panjat batu tu. Aish masa nak menulis blog ni lupakan, ha ingat dah rock climbing :p















Ariq ambil gambar Aliah dengan kawan-kawannya, Dania dan Batrisyia. Ada seorang lagi kawannya tak dapat datang.



Gambar akak Zahra dengan kawan-kawan baiknya juga, Sofea dan Hanani. Kawan sekolah rendah sampai sekarang lagi, semoga persahabatan mereka ini berpanjangan hendaknya.



Gambar Mummy bersama all the girls. Thank you abang Ariq ambilkan gambar ini.





Lama kami dalam ni, boleh sampai malam tapi masing-masing dah lapar. Sebelum balik kami semua makan di McDonalds, ada orang tu sampai tertidur sudah. Penat betul main, berlari sana sini tak henti-henti hehe..



Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Paling penting anak-anak semua gembira. Misi Aliah nak keluar dengan kawan-kawan pun berjaya hahaha... Tahun ini tahun ke dua akak Zahra sambut birthday dengan kawan-kawannya. Tahun lepas pun sama juga masa itu bawa main rollerskate. Baru perasan tak masuk lagi dalam blog rupanya huhuhu..

Sunday, March 19, 2023

Akak Zahra Form 3


Pejam celik pejam celik, anak sulong dah masuk Tingkatan 3. Walaupun anak dah besar, Mummy masih rasa muda lagi hehehe.. rasa la, padahal tak muda mana dah pun :p Sehari sebelum masuk asrama kami pergi Giant, belikan stok makanannya. Tapi selalunya hari nak balik asrama tu kami singgah beli dulu. Disebabkan nak beli banyak itu beli sehari awal.



Sempat lah berwefie dengan anak-anak dara ini. Sampaikan face mask senget pun ai tak perasan. Anak-anak pun tak ada tegur huhuhu...



Esoknya lepas solat Zuhur barulah kami gerak keluar. enZaf ajak keluar awal sikit untuk makan tengahari dahulu. Barang dia saja dah penuh bonet.



Dalam pukul 4 lebih kami sampai di Semashur. Sehari sebelum nak balik, warden ada hantar senarai nama mengikut dorm. Tahun ini dia seronok sebab nama dalam dorm masih orang yang sama dengan tahun lepas. Kali ini warden inform awal, kalau tahun lepas masa dah sampai asrama baru check senarai nama di papan kenyataan. Yang bestnya dorm akak Zahra ini tak ramai, kalau dorm lain rata-rata 16-18 orang. Dorm dia hanya 10 orang sebab saiz biliknya kecil sedikit berbanding yang lain.



Sementara menunggu dia hantar barang masuk bilik, ai pun snap la satu bagi nampak Daddy dia jauh nun di sana bersama barang-barang akak Zahra hehehe.. Oh ya dorm dia kat bawah, jadi tak perlu nak naik tangga angkat barang berat-berat. Senang tolak saja.





Wajiblah ambil gambar dia sebelum kami balik. Adik-adik malas nak keluar dari kereta.



Belajar rajin-rajin akak. Semoga Allah melindungi akak yang berjauhan dari kami. Tiap kali dia balik asrama ai akan rasa sayu tapi letak tepi semuanya. Berserah sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Tiga hari lagi dah nak puasa, sunyilah kurang seorang bila bersahur dan berbuka nanti.





Saturday, March 18, 2023

Kawan-kawan Datang Rumah


Ketika Aliah Tahun 6 dia bersahabat baik dengan tiga orang iaitu Imanina, Sheenaz dan Zahirah. Mereka berempat satu kelas sejak tahun 4 tak silap ai. Kalau Aliah bercerita perihal sekolah memang nama-nama inilah akan disebutnya buat itu ini dan macam-macam lagi. Gaduh baik gaduh baik pun semua diceritanya hehehe.. selalunya Aliah lah yang mendamaikan keadaan. Cuti sekolah ini mereka dah merancang nak berjumpa sebelum bermula sesi persekolahan menengah. Keempat-empat mereka berpecah dua sekolah, ada yang masuk kelas DLP, KAA dan aliran biasa.



Tempat mereka rancang untuk berjumpa ialah di rumah kami. Semua nak ke tempat Aliah katanya. Salah seorang dari mereka siap datang bawa makanan, belanja McDonalds. Seorang lagi belanja air Tealive. Wah bukan main anak-anak sekarang ya. Terima kasih juga kepada parents yang sporting dan sanggup hantar demi memenuhi permintaan anak-anak ini. Seronok betul mereka semua berkelah di taman dan ai sempatlah skodeng dan ambil gambar sekeping dua :p

Dalam skodeng itu ai tiba-tiba nampak satu kumpulan budak lelaki pun turut sama ada di taman. Eh! boleh pula kebetulan ada sama kan. Dan Aliah beritahu salah seorang dari budak lelaki di situ kawannya kenal sebab satu sekolah agama. Bukan main lagi ya mengorat anak dara orang haha..



Bila dah puas di taman, barulah mereka semua ini naik masuk ke rumah pula. enZaf ada orderkan donut Jco untuk anak-anak ini makan petang. Seronok ai tengok keakraban mereka, semuanya sopan santun dan beradab. Dua gambar di bawah dari phone camera Aliah. Bergambar sebelum mereka pulang. Dan kemungkinan susah nak berjumpa selepas ini, mujurlah anak-anak zaman sekarang ini dah ada handphone. Boleh lagi keep in touch selalu kan.





Aliah tunjuk kat ai apa yang kawan-kawannya bagi. Mereka semua saling bertukar hadiah. Aliah je tak perlu bagi lagi sebabnya dia dah bagi awal masa hari terakhir persekolahan. Aliah belikan friendship bracelets seorang satu. Semua ini tanda persahabatan mereka sepanjang berkawan di sekolah rendah.



Terharu pula ai tengok barang-barang yang diberi oleh kawan-kawannya. Semoga persahabatan mereka ini berkekalan sampai bila-bila. Keesokkan harinya gigih lah ai nak membalut buku teks anak-anak. Berbelas-belas buku setiap seorangkan, boleh patah pinggang nak membalut.



Gambar di atas buku teks akak Zahra, tak banyak sangat nak ganti balutan bukunya. Kebanyakkannya masih elok lagi cuma ada satu buku teks dia tak jumpa. Terpaksa lah Daddy dia beli buku teks baru ganti yang hilang tu. Haish la anak, belum mula persekolahan dah hilang buku huhu... Gambar di bawah, buku teks Aliah. Untuk Aliah ini kebanyakkannya memang kena balut semula. Ada yang dapat tu ya ampun pejam mata tengok. Nasib baiklah buku teks yang tak berapa elok dah tu ada dalam simpanan akak Zahra. Masa dia Tingkatan 1 tu kami ada belikan buku teks baru juga untuk dia. Gantikan yang elok tu untuk dibawa ke sekolah.



Gambar di bawah pula buku teks Ariq. Kebanyakkan balutan buku teksnya masih elok, hanya beberapa buku teks sahaja ai gantikan plastik baru.



Sebenarnya boleh sahaja suruh anak-anak ini balutkan, tapi ai lebih memilih balut sendiri. Sejenis yang cerewet dan perlukan kekemasan yang maksimum jadi lebih baik tangan ini yang buat. Nanti ada yang tidak puas hati. Makan masa juga ai siapkan balut buku teks ini, tak mampu nak buat semua dalam satu hari. Patah pinggang dibuatnya. Cuma ai dahulukan buku teks akak Zahra sebab dia nak balik asrama. Aliah dan Ariq tu ai buat sikit-sikit :) Belum kira buku-buku latihan yang dibeli di kedai buku ni. Yang itu ai memang ai serahkan pada anak-anak untuk susun dan tulis sendiri.



Ratus-ratus juga ya nak beli buku anak-anak ini, mujurlah kita dapat Bantuan Awal Persekolahan, sekurang-kurangnya dapatlah bantu sedikit. Syukur Alhamdulillah.

Monday, March 6, 2023

Makan dan Mandi Manda di The Club


Pertama kali kami mak-mak bola buat aktiviti luar selain dari bola :) Kali ini bawa anak-anak mandi kolam dan juga makan-makan sempena perpisahan salah seorang kawan bola Ariq yang akan berpindah ke negeri lain. Kami mak-mak sepakat untuk buat di The Club, Bukit Utama. Sebenarnya mak-mak yang paling semangat sekali bila buat bab-bab makan ini, semuanya kami uruskan dan ayah-ayah hanya keluarkan duit saja hihihi.. Sampai saja di The Club, perkara pertama ai buat terus ambil gambar makanan hahaha..









Anak-anak ni bila dah sampai The Club, tahu hanya nak mandi saja. Bila suruh makan tak ada maknanya, masing-masing tak sabar nak terjun kolam. Termasuklah tiga orang dalam gambar di bawah ini hehehe..



Qaireen tu nak main slide tapi takut nak lalu ada air macam hujan tu. Jenuh lah kakak Zahra dukung dia nak masuk dalam kawasan slide huhu..





Masa ini Ariq tengah main dengan Aqil. Tak nampak pula muka dia. Yang lain mandi kat kolam besar, mereka tu semua pandai berenang. Ariq tak pandai, dia hanya main kat tepi-tepi sajalah.





Kaum bapa pun seronok juga, rancak berborak tak toleh kiri kanan :)



Lama juga anak-anak ini mandi, banyak kali juga lah kami mak-mak ini panggil mereka naik untuk makan. Itu pun kena paksa naik sebab hari dah lewat petang. Kalau tak panggil memang sampai malam pun dorang semua okay saja.



Selesai makan, buat sesi potong kek. Raikan harijadi anak-anak. Lepas tu raikan semualah sekali arung. Semua orang potong kek hahaha... Biar semua seronokkan.







Pemberian hadiah untuk Afiq dari kawan-kawan. Semoga persahabatan mereka ini berpanjangan hendaknya. Hadiah untuk Mama Afiq pun ada juga tapi dalam video.









Terima kasih banyak pada Kak Aida dan Kak Rin yang banyak urusan makan-makan ini, ai pula tolong belikan hadiah untuk Mama Afiq dan mama-mama yang lain bab goodies dan macam-macam lagi lah. Yang pasti semuanya gembira dan kenyang :) Semoga selepas ini ada banyak lagi aktiviti santai seperti ini dibuat. Kepada Afiq sekeluarga, kami mendoakan kalian semua dipermudahkan segala urusan, gembira di tempat baru dan insyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi.