Sunday, March 31, 2013

Membership Gap nak expired


Alahai baru teringat
membership Gap expired harini.
Jap lagi nak gi OU la
renew membership skali.
Pastu dah alang2 tu kan,
shopping sket baju2 anak.
Pastu nak beli seluar kaler2
tuk diri sendiri.
haha banyak plak nak membelikan.
Jom ikut soping sama.
Oh kalau korang nak dpt discount
beli barang Gap,
bgtau ek ai bagi member pin nanti.
Tak semestinya nak kena beli harini.
Bila rasa nak beli tu
pakai la discount tu kan.

Thursday, March 28, 2013

Homework


Cuti sekolah seminggu ni,
banyak la buku yg di bawa balik.
Teachernya bagi homework.


Zara kemain lagi excited nak wat homework.
Suka dia hihi
Kalau bole tu dia
nak wat semua buku dlm satu hari.
Tapi ai bagi dia buat satu hari satu buku je.

Siap letak pony mermaid lagi
teman dia wat keje.


Setakat ni alhamdulillah,
senang ajar dia.
Ai bacakan dulu instruction
ape kena buat kat buku tu,
pastu dia gi buat kat meja.
Dah siap tunjuk.
Kalau salah ai bgtau betulkan,
pastu dia buat balik.
Dan tunjuk semula.
Budak2 ni terang hatikan.
Cepat tangkap. :)

Tgh Zara kusyuk wat keje,
datang la si kenit ni sibuk
kacau akak dia.

Wednesday, March 27, 2013

Amik Nebulizer


Zara tak sihat balik.
Kena batuk dan selesema.
Sblom ni dah baik,
tiba2 datang balik huhuhu
On off sakit dia. :(

Bila pagi atau malam nak tido,
mula la batuk dia datang.
Batuk sampai terduduk
kekadang muntah pun ada huhu
Walaupun batuk
dia tetap aktif.

Gi jumpa paed Selasa malam.
Doc cakap peti suara dia dah bengkak sket.

Pic bawah ni
sblom Zara nak kena wat nebu.
Happy2 gitu siappeace bagaikan hihihi


Masuk je dalam bilik,
nurse pakaikan mask tu,
muka dia dah lain macam.
Pastukan siap berasap kat hidung dia.
Terus tutup mata dan keraskan badan.


Ingatkan dia ok la,
skali dia nangis.
Puas daddy pujuk dia.
Ai plak tgh pegang Ariq.
Last2 Zara mintak nak mummy.

Riba dia pujuk2 terus dia diam.
First time amik nebu ni,
suspen la dia takut.

Ni ubat2 dia kena makan.
Jarang dia sakit lama.
Slalu 2-3hari dah okay.
Tapi kalini lama plak. :(
Moga cepat sembuh nak oi.

Tuesday, March 26, 2013

x-roomate


Last 2 weeks jumpa kawan lama.
Memang lama dah tak jumpa,
last masa Aliah blom setahun lagi.

Tak sangka plak dia keje
dekat Maybank Kota Damansara.
Dah alang2 dekat tu,
terus ajak jumpa.
Sambil borak2 tu
citer skali bab nak apply home loan ;)

Ni la teman sebilik
final year masa kat UUM, Pn Erna.


Pas dah borak kat opis dia.
Kami sambung lagi
kat kedai mamak plak.
Pekena roti canai n teh tarik.

Si bolat ni peneman mummy.


Dah habis makan,
meneruskan lagi misi kami.
Pegi One Utama plak haha
Sempat shopping gitu.

Keluar dari OU,
ke Kenny Rogers, Giant plak.


Cuaca panas ngan penat kaki dan badan.
Memang sedap makan eskrem.


Masa kat OU,
ai beli masker kat Etude.
Pastu menda2 kecik tu,
adalah tester,
SA bagi suh try.


Tapikan,
satu pun ai tak pakai lagi.
Dok umah very the busy,
xde masa nak memanjakan muka ini huhu

Monday, March 25, 2013

Meatball & Salmon


Dating ngan adik ai Hana.
Lama tak jumpa dia sbb dia dok Ipoh.
Bila dia balik sini,
harusla kami jumpa.

Minah tu nak gi Ikea.
Jadinya kami dating kat sini.

Sementara tunggu dia sampai,
ai lepak kat salah satu
living hall bagi 2 budak kenit ni main.
Dah buat cam umah sendiri.
Ai pun melepak kat sofa
dgn selambanya hahaha


Dah sampai sini,
harusla makankan.
Order Meatball.


Dan Salmon.


Masing2 order 2 okeh.
Nampak tak bertapa
tongnya perut kami. :p

Ariq & Aira yg lahir sama tahun.
Bezanya Aira bulan 4 dan Ariq bulan 6.
Next month Aira setahun dah.
Kejap betul.


Pas dah kenyang,
ape lagi shopping time.
Adik ai beli penuh 2 troli.
Ai plak tak beli ape,
tapi hasut adik ai beli itu ini hohoho


Ariq pun dah pandai
menjelir ikut akak Aliah dia.


Penat tawaf Ikea ni.
Konpem huru hara berjalan ngan dorang.
Tapi tak pedulik
tetap nak keluar gak.
Biasakan bawak dorang ni,
nanti lelama rasa dah imunekan.

Friday, March 22, 2013

Ariq: 9 Bulan




  • Laju dah memapah. Bole cross dr coffee table ke sofa dah terror. Laju berdiri dan duduk balik dgn jayanya.
  • Bila berdiri suka lepaskan tgn, taknak pegang. Mcm kuat je. Gigil2 kaki pastu jatuh.
  • Suka baling barang. Apa yg dipegang, dibalingnya. Kalau duduk kt babychair, mana brg atas meja, dicapai dan jatuhkan. saje okeh grrr
  • Nap 2kali. 1 tghari 1 petang. Tapi tiap kali bangun selalunya menangis :(
  • Masih menyusu badan 100%. Jenis minum sikit2 tp byk kali (restless giler) time tido bangun 2 kali tuk minum hoho
  • Pantang tgk mummy dia bergerak. Tgh leka main pun bole stop terus nangis nak ikut.
  • Suka makan bubur nasi + carrot + potato. xnak yg hancur, nak kasar2 sket yg ada texture. Memilih gak part makan mcm Zara.
  • Pandai bermain dgn akak2 dia. Dgn Aliah siap gado sbb Aliah suka kacau dia. Kalau akak2 dia tgh main jerit2, dia pun join sekaki menjerit gak.
  • Tak suka duduk kat carseat n stroller lama2. Dr KD ke SgBuloh pun dah bising. Dan xsuka kereta berhenti. Nak kena bergerak je. haishhh
  • Suka duduk atas sejadah time kita solat. Walaupun dah sediakan sejadah tuk dia, masih nak dtg kat sejadah kita jugak huhu
  • Gigi masih 2 batang kat bawah. Tp skang ni makin byk air liur dia keluar, maybe nak naik lagi gigi, gatal gusi agaknya kan.
  • Ha suka la sangat main yg bukan mainannya. Cth: handphone, remote control, jam, baby wipes, pampers, byk lagi la. Padahal menda tu bukan kalerful pun, tetap nak jugak. Mainan sikit pun tak pandang.

Wednesday, March 20, 2013

Aliah: Menjelir


Pose terbaru dari Aliah.
Suka benar menjelirnya.
Nasib la cutekan,
budak wat ape pun comel je.

Cuba suh mak budak buat,
muntah hijau terus haha







Monday, March 18, 2013

Zahra: 5 Years Old


Smalam birthday Zara.
Seperti tahun2 sblom ni,
tiap kali birthday anak,
kami sekeluarga gi keluar makan.

Sambut pun simple2 je.
Janji semua ada dan semua happy :)

Birthday girl yg happy tau
harini harijadi dia.


Kami makan kat Dave Deli, OU.
Sblom tu ai singgah jap kat Bisou,
beli cupcake tuk dia.


Semangat meniup
padahal satu je lilin tu hehe


Tau dah Aliah tetap nak.
Sbb tu ai belikan jugak
cupcake tuk dia.


Mummy & Ariq bergambar
ngan akak Zara dulu.


Ai tanya dia nak hadiah apa.
Dia cakap nak birthday cake.
Alahai anak untung daddy kamu,
tak mintak ape pun haha.

Tapi pas makan,
Daddy bawak gi tempat toys.
Suh dia pilih nak ape.
Dia amik My Little Pony yg mermaids je,
murah plak tu RM20 :)



Seharus jua beli tuk Aliah gak.
Kira birthday ni pakej
tuk semua.
Sorang beli, kena beli yg lain
kalau tak konpem rebut dan gaduh.
Tapi tetap gadoh
walaupun dah ada sorang satu huhu
Tunggu Ariq plak besar,
tambah lagi hihihi

Thank you uols yg wish bday Zara kat FB.
Moga segala doa kalian dimakbulkan olehNya.
Amin.

Saturday, March 16, 2013

Mencari wallet



*updated
Beli dah. murah je RM275.
Tgk bape lama bole tahan.
Kalau jahanam takde la rasa ralat sgtkan.


Sape ada jual wallet tuk laki.
Brand Coach punya.
Kalau bole nak yg dah ready stock kt sini.
Serious nak beli,
nak beli kt butik mahal plak.
Lagi pun bukan nak beli
model yg baru pun.
Ai nak menggantikan
wallet Zaf yg dh macam ape tu huhu

Pening tgk laki ai pakai wallet
cepat jahanam.
Tak mcm kita pompuan
letak kt dlm handbagkan.

Kalau beli ni yg ke 5 dh hohoho
Tuk dia xyah beli mahal sgt
bazir je sbb cepat rosak.

Ok sape jual or tau yg jual
habaq mai ek.
Ariq still demam
jadinya xbyk masa nak riki huhu

Friday, March 15, 2013

Ariq: Demam


Ariq demam,
smalam petang rasa dah
badan dia macam dedar.

Badan tak sihat ni,
mula la merengek je.
Malam td tido atas dada mummy,
letak je terus nangis.
Pergghh sakit pinggang sakit dada
kesimpulannya sakit badan semuala.

Daddy plak tak balik malam td,
buat tender kt opis.
maka mummynya jadi burung hantu
kerja overtime huhu

Tgk dia sedap tido nih,
tapi kita bukan leh tido pun,
bila anak2 tak sihatkan.
Dok monitor temperature dia.
Risau sangat :(
Cepat sembuh nak,
baru hati mummy ni lega.



Thursday, March 14, 2013

Gucci Handbag 2013


Lama tak verangan pasal handbag.
Sejak ada anak ramai
dan dh sekolah ni
kehendak diri sendiri tu
dah dikurangkan.
Lebih kepada keperluan anak skang.
Itu ayat org takde duit sebenarnya hahaha
Cuba duit byk,
anak ramai pun xde hal
nak beli ape pun kan :p

Dah dekat setahun lebih kot
tak melawat Gucci website.
Eh tp butiknya ada masuk sblm
bersalinkan Ariq kat Pavilion hihi

Akhirnya tgn gatal browse website Gucci.
Ish berkenan benor tgk
New Collection tahun ni.
Jom kita cuci mata sesama.

Hai la cantiknya kaler.



Suka yg drawstring tu.



Warna2 ceria.



Suka yg twill ostrich,
tp xde dlm pic ni.


*pics semua dari Gucci website.


Ai whatsapp pic pic ni kat Zaf.
Kira wishlist terusla
senang katakan..
haha ai mmg suka je
kalau berkenan ape2 bg dia tgk.
Tapi slalunya dia tak responde
or reply pun yg ai hantar.
Dia malas nak layan nafsu serakah
wife dia ni hahaha

Tau dah dia tak layan
tp tetap nak bagi gak.
Mana la tau nanti dia ada duit lebih,
dia tau dah nak belikan
ape tuk wife diakan kan kan
Kalau la, KALAU :)



Wednesday, March 13, 2013

Premium Cake dari Secret Recipe


Sape dah makan kek premium ni.
Premium ni harga satu slice RM10.

Ai dah try Turkish Indulgence
Sape pernah makan dan suka manisan Turki ni,
pasti korang suka jugak kat kek ni.
Ai suka sbb ada pistachio,
so rangup2 makan di situ.
Plus ada marshmallows nyum nyum nyum.

dan lg satu,
dah makan Absolute Chocolate
Ni sedap jugak,
mmg absolute sangat cekelatnya.
Ada pahit manis lemak berkrim hihi
tapi ai tak leh makan byk
muak sudah...

Ada lagi satu tak try lagi
FrutiLicious


*pic dari SR FB

Sedap plak nampak,
byk buahkan..
isshhh terasa nak gi makan skang.

Kebetulan plak
SR tgh wat promotion ni.
Sesapa free,
jom kita dating :)


*pic dari SR website

Tuesday, March 12, 2013

Ariq: Tumbuh Gigi


Baru je ckp ngan kawan ai Lynnie,
yg Ariq blom tumbuh gigi lg.
Tup tup naik dh gigi dia weh.
Baru nampak sikit
2 biji bahagian bawah.
Patut la rasa sakit
bila dia ketip masa minum susu.
Ketip gusi dgn ketip gigi
kita bole rasakan.

Sblom ni nampak dah
dia dok main gusi,
pikir gak nak tumbuh gigi agaknya.
Berdoa supaya dia xdemam.
Alhamdulillah takat ni
dia masih sihat dan cergas :)

Bila dah ada gigi ni
seram sejuk rasa bila nak menyusu.
Nak nak bila dia
menyusu sambil nak tido.
Bila menyusu separa sedar ni
kebarangkalian tuk mengigit adalah tinggi.
Pernah sekali dua tu,
dia gigit mmg ai picit hidung dia.
Macam kakak2 dia sblom ni.
Gigit!! mummy picit hidung.
hihihi






Monday, March 11, 2013

Lunch yang huru hara


Lama tak makan ngan kawan.
Last makan masa bulan 12.
Kali ni date ngan kawanku Anna.
Nih first time ai
bawak Ariq & Aliah
keluar sendiri.
Akak Zara sekolah.

Sblom ni ai keluar
makan ngan kekawan,
Ariq tinggal. :)

Anna bersama 2 org heronya


Makanan tengahari kami,
tapi takde la tengahari sangat.
Kul 2 lebih baru nak makan hihi


Aqil kusyuk main menan.
Mummy dia baru beli tadi.
Monster Ninja katanya.

Adik dia Arfa,
tgh sedap makan okeh.
Dia mcm Aliah,
umpannya bagi makan.


Ariq plak
dok diam2,
suka main wetwipes..


Aliah & Arfa makan carbonara.
Makannya sikit je,
pastu ai yg perabiskan.
hahah perot tong sungguh.


Gambar dari camera Anna.
Serious je hero aku tu huhu
xnak orang, Anna amik
nak menangis :(


Masa tgh makan,
seyes weh
huru hara kelam kabut
kami melayan karenah anak masing2.

Yang si Aqil
dok merajuk ngan mummy dia
nak toys.
Bole plak depan SR ni ada jual menan,
mana la budak tak sukakan.
Pastu yg best lagi,
Aliah pun naik mengada sama,
nak toys jugak.
Siap duduk kat lantai,
ngamuk2 nak huhuhuhuuuuuu
Dah la buat perangai,
pastu bole ek,
dia pegi kat Anna ni,
nak toy tu
Ya rabbi tak malu sungguh anakku ini.
Mcm la mummy ko ni
teruk sangatkan.. :((

Hahahaha tu part Aqil Aliah,
nasib Arfa tak join skali ngan abg dia.
Dia dgn dunia dia,
dok tolak baby chair kuar masuk kedai.
Last2 dia tinggalkan
kusi tu kat luar kedai heheheh
Ariq plak nak berdukung,
dah xnak orang,
ai plak dah tak menang tgn
dgn Aliah plak wat hal.
Terus tak ckp bykla,
amik bayar.
Dari dia mengamuk guling2 huhu

Ni la menan dia nak sangat tu.


Mainnya tak lama pun okeh,
tapi mintak suh beli tu
eeeiiii menaikkan darahku.

Friday, March 8, 2013

Tido sesorang


Alhamdulillah
Zara skang dh tido
kat bilik dia dgn rasminya.
Dah 2 minggu kot.
Sblom ni dia tido gak
tp on off.
Kejap2 nak tido ngan mummy.

Bayangkan la
bila semua nak tido ngan mummy.
Dah jadi sardin rupanya.

Dia start tido kat bilik
masa dia xsihat
batuk2 tu.
Batuk dia tu
mengganggu Ariq nak tido.
sikenit tu terkejut dan terjaga
bila akak dia batuk.
Sian kat dorang berdua.
Aliah plak
kalau dh tido
mmg bunyi ape pun xbangunnya
Ikut Daddy dia habis hihi

Daddy dia tanya
Zara nak tido kt bilik dia tak.
Sekali dia jawab ok.
Tak sangka gak memula.
Pastu Zaf teman dia
tido dan jaga dia skali
masa xsihat tu.
Ada la dlm 2-3 hari.

Skang ni bila ai ckp
masuk tido,
dia dah paham
dan terus masuk bilik dia.
Terasa besar dah Zara.
sobsobsob

Thursday, March 7, 2013

Kawin kawin


2 bulan lepas
i jejak kasih ngan
sepupu kat johor.
giler lama xjumpa dia
rasanya 10tahun lebih la kot.

sepupu ai ni lelaki.
bila jumpa
masing2 dah kawin
dan ada anak :)

sejak tok mak dan tok ayah meninggal
ai sekeluarga dh jarang balik johor,
tu yg lama xjumpa.

bila tgk dia
tetiba teringat
zaman kami kanak2.
masa kecik2 dulu
kami ni agak rapat.
bukan bedua je tp
ramai lagi sepupu lain.

masa kecik dulu
mana ada gadget2 cm anak skang,
ipad la tablet la ps3 bagai.
kami kalau jumpa
main galah panjang, tepuk btg eskrem,
jentik tutup botol, baling selipar,
main hujan, mercun.
sepupu laki kan harus la
main pun cm laki gak haha

pastu suka gi kedai runcit
beli tikam.
20sen sekali tikam. :)

tp part kami semua suka main
ialah kawin-kawin hahahahaaa
siap bersanding bagai.
pastu ada baby,
jadi ayah jadi emak.
ayah pegi keja
pastu emak masak.
amik la batu daun bunga
tumbuk2 hihihi
gatal benor kecik2 nak kawin.
korang ada tak main kawin2 nih.

giler kelakar bila ingat balik.
pastu malu weh
kat sepupu aku ni.
skang ni jumpa
tak tau nak ckp ape.
dulu kecik2 kemain lagi tido pun sama.
kt kg kan tido reramai kt hall,
terbongkang semua
takde hal pun.

sronok bila ingat balik
zaman kecik2..

Wednesday, March 6, 2013

Terik


Cuaca skang panaskan.
Pagi2 lagi dah terasa dah bahang.
Panas tu sampai ke petang.
Kul 6 pun bahang lagi.

Ai baru mandi
dah berpeluh balik.
Cuaca camni, anak2 pun start xsihat
Zara batuk
Aliah selesema :(
Ariq alhamdulillah
takat ni blom lagi.
Pasni mau virus dari akak2
penuh satu umah huhu
Harap2la tak teruk
dan cepat sembuh anak2.
Ai pun tekak dah rasa tak sedap.
Kena minum banyak air ni kan.

Pada korang pun.
Sapa yg tak sihat tu
moga cepat sembuh,
kurangkan xtvt luar
takut demam plakkan.

Satu best kalau panas camni,
pakaian sidai cepat kering.

Ni pic amik Zara kat skool smalam.


Kalau ai singgah Speedmart,
mesti budak2 ni paw
belikan lollipop.
Feveret yg cekelat tu,
perisa lain xnak.
Dorang ni makan tak pernah habis pun.
Kalau tak beli
kemain lagi mengaruk,
nak nak si Aliah tu huhuh

Monday, March 4, 2013

Tak de Mood


Rasa takde mood
nak update blog.
Sejak tragedi di Lahad Datu
hinggala hari ini.

Anggota keselamatan kita
bertungkus lumus
mempertahankan negara
tapi kita di sini
masih boleh bergembirakan.

Takziah kpd keluarga para perajurit
kita yang terkorban.
Semoga ditempatkan dalam golongan
terpilih dan dicucuri rahmat.
Jasa mereka semua akan dikenang
sampai bila-bila.


Pada semua anggota keselamatan
yg bertugas di sana,
ai sentiasa mendoakan
yang terbaik untuk mereka.
Ya Allah lindungilah mereka
dan semua rakyat Sabah. :(

* bersyukurlah kita
kerana kita masih bersama
dgn org tersayang disisi

Sunday, March 3, 2013

Instagram



*pic from google.com.my

Diriku adalah golongan
yg agak lambat menggunakan
Instagram ni.
Rasanya sebulan 2 bulan lepas kot.
Baru terhegeh2 bukak akaun :)

Dan diriku jua masih
byk kena blajar
gunakan IG ni.
Nak nak yg pakai menda alah
hashtag (#) tu kan.
Takat ni tempek je gambar.
Dah hahaha

Ai pun
masih blom tegar lagi pakai IG.
Bila rasa nak post gambar,
baru bukak.
Time tu la
baru tgk kawan2nya gambar.
Like dan komen :)
Sorry la yer pada
kekawan yg ai dah follow tu,
ai is on off gitu.
Baru je nak belek,
kang ada jeritan manja anak2 huhu

Diriku lebih bergiat active
menggunakan Twitter.
Pastu FB..
tu pun kekadang
pening byk sgt nak bukak haha.

Ha tgk,
betapa sikitnya pic yg baru
ai upload
10 gambor baru hihi