Tuesday, January 28, 2020

Rizky Cendol Durian


Tengok kat group KD dlm fb,
asyik je keluar posting pasal cendol durian ni.
Tengok2 gambar buat terliur aje.

Tak boleh jadi ni,
terus ajak enZaf mencuba.



Ada cendol durian biasa
dalam RM4.
Cendol durian udang merah dan
ioi RM13.
Dan juga cendol durian musang king,
yang ni tak letak harga.
Bergantung pada pasaran gamaknya haha

Kami order cendol durian udang merah.



Serius banyak betul ulas dalam tu.
Yang pasti sedap okay cendolnya.
Puas hati.

Bagi ai satu mangkuk tu boleh
share 2 orang.

Anak2 yang layan cendol durian ni
Aliah & Ariq aje.
Akak Zahra mmg tak makan durian.
Tp kalini dia try hirup sket kuahnya.
Suka sikit katanya hehehe



Ariq hantu durian,
dia pergi berlasah durian dulu
pastu baru makan cendol.
Macam2 la nak oi.



Boleh repeat lagi ke sini.
Tempat pun ok takde la sempit mana.
Cuma panas je la cuaca.
Durian mmg keluar time panas berlekitkan.
Makan plak cendol sejuk2 tu...

Monday, January 27, 2020

Jalan-jalan ke Central i-City


Kali ke-2 masuk i-City mall.
First time masuk kebetulan lalu kat area situ.
Masa tu pergi JPJ Padang Jawa,
on the way nak balik nampak mall baru.
Kalau tak sebabkan pergi JPJ tu,
tak tau pun ada kewujudan mall di situ haha

Pergi musim nak raya Cina,
harusla byk deko sana sini.
Dan ambil peluang la anak2 bergambar.



Masa ni 3-4 kali gak snap,
tetap ada sorang yg tak pandang.
Ai pilih gambar ni sbb Qaireen
pandang dan stand still hihihi



Jalan2 cuci mata,
nampak tempat nak bergambar
anak2 stop.. sgt memahami Mummy dia :)



Masuk Popular.
Anak2 ada sebut masa dalam kereta,
nak beli buku.

Nak beli buku cerita feveret dorang.
Tambah lagi koleksi.
Kebetulan buku yg dipilih ada diskaun.
Banyak plak tu.
Macam Zahra buku dia dari RM40 lebih
jadi RM12 ringgit je.



Oh buku cerita ni beli pakai duit
saving dorang sendiri.
Memang selalunya kalau nak beli sesuatu,
mmg kami suruh pakai duit sendiri.
Macamana ada duit sendiri,
hasil dari baki duit belanja sekolah
atau pun buat kerja rumah.
Ye ai bagi dorang upah kalau buat kerja.
Tak paksa pun,
kalau sesiapa yg buat dan ai nampak
dapat la singgit hahaha

Dah puas pusing2 mall,
kami stop kat Chicken Plus.
Makan petang kata enZaf.



Order ayam.
Nama apa ai tak sure,
tp rasa honey gitu.
Yang pasti tak pedas la sbb anak2 nak makan.



Dan lagi satu pizza,
Ariq yg request.



Boleh tahan juga sedap.
Licin semua.
Next time boleh repeat lagi.

Kami solat Asar dan lepas tu balik.
On the way nak balik tu,
ternampak Rollney.



Seminggu sebelum tu kami dah nampak
Rollney ni kat IOI Mall.
Tp tak sempat nak beli sbb
Qaireen meragam teruk.
Kalini mood dia okay,
apa lagi terus la enZaf beli.

Conenya pakai roti.
Macam roti cinnabon.



Anak2 yg pilih flavour ni.
Ofkos la peminat oreo.



Beli satu je,
enZaf kata try dulu.
Sedap okay.
Puas hati la.
Ada byk gak pilihan aiskrimnya.
Menarik semuanya.
Nanti boleh cuba lagi.


Saturday, January 25, 2020

Nasi Arab Sedap


Selamat Tahun Baru Cina semua!!
Tahun ni takde makan besar dari keluarga ai.
Adik ai Hana tak balik,
Nani plak keje.
Dia keje kat OU sementara menunggu
keje tetap.
Minggu depan dia ada interview kat CIMB HQ,
semoga ada rezeki dia kat sana.

Adik ai Yusreena plak dia dapat keje
kat Pos Malaysia.
Pagi interview, petang tu dapat result.
Alhamdulillah rezeki dia cepat.
Walaupun blom majlis graduasi lagi hihi

Oh entry ni sambungan dari Johor,
esoknya kami dah nak balik KL.
Sebelum tu lunch kat Selera Selatan dulu.

Nama je selatan,
tp lauk ai pilih ikan patin tempoyak haha



Habis makan sempat juga singgah JPO.
Tak sah kalau tak membeli baju anak2.



On the way balik ya ampun,
jem teruk kat highway.
Naik sengal montot ai duduk dlm
kereta lama sangat.

Bayangkan dari tenghari keluar,
sampai rumah dekat pukul 1 pagi.
Pitamssss....

Kami singgah Nilai,
dinner kat sana.
enZaf ajak makan nasi arab.

Restoran Marhaban Bikum.
Betul2 dekat Dataran Nilai.



Nampak macam biasa je,
tp ya ampun sedap okay.
Banyak gila ai makan.
Menambah2.
Konsep letak dalam dulang besar.



enZaf order murtabak plak.
Katanya rugi tak makan.
Pun sedap okay.



Semua tu dah penat,
sengal dalam kereta lama sangat.
Tu bila berhenti makan
semua gembira haha



Lepas makan kami lepak kejap kat dataran.



Kuat betul angin malam tu,
tak sure plak mmg malam tu aje yg kuat
atau pun tiap2 malam.
Orang pun ramai melepak,
ada yg tengok anak2 main bubbles,
ada gak boleh sewa kereta mainan, basikal
dan macam2 lagi.
Yang pasti meriah sgt.

Anak2 tumpang main bubble orang haha


Kuat angin nampak bubbles tu laju je pergi.
Tak sempat si kenit tu nak kejar.

Eh.. tetiba teringat kat nasi arab ni.
Nanti kalau gi mana2 lalu Nilai,
boleh ajak enZaf makan kat sini lagi.

Thursday, January 23, 2020

Dinner at Restoran Rawa


Masa pergi majlis tunang cousin enZaf,
ai tak ambil pun gambar ngan pengantin.
Tak sempat nak pegang phone
sbb melayan Qaireen yg sibuk nak ke sana sini
masa majlis tu berjalan.

Sempat ambil gambar anak2 dalam lif je
masa nak keluar dari rumah huhu



Simple majlisnya tapi meriah.
Suka ngan mini pelamin.
Zaman sekarang ni tunang pun cantik sudah.
Time ai tunang takde pelamin2 ni.
Sarung cincin bersimpuh kat lantai je haha

Ikat kurang setahun insyaAllah tahun depan
iaitu tahun ni la kalau takde aral melintang,
bulan 8 nikah.
Macam biasa la cerita asyik je baling ke belakang.

Malam kami dinner kat Restoran Rawa.
First time ke sini.



Kedainya kecik je.
Boleh pilih makan kat dalam atau pun luar.



Kami ofkos la pilih dalam,
ada ekon dan sejuk hehe

Antara makanan tuk dikunyah2,
apa ayat yg sesuai ai pun tak sure.
Takkan condiments plakkan.
Ntah la.



Apple tu ai sorang je makan.
Kacang2 enZaf dan anak2 habiskan.
Dorang tu mmg hantu kacang.

Restoran Rawa ni sediakan makanan steamboat.
Macam2 pilihan ada.
Anak2 paling eksaited.



Ai suka bahagian sayur,
semua nak ambil sbb segar2 tengok.



Snap tray pertama,
kebanyakkan dalam ni pilihan Zahra.
Banyak lagi tray menyusul tp tak snap gambar hehe



Brokoli sayur wajib anak2,
tak bosan2 dorang ni.
Kat rumah mmg masak brokoli sampai
ai sendiri muak nak makan dah.

Kegembiraan yg tak boleh dijual beli.
Nyawa2 ku...



Ada lagi enZaf order
nasi goreng cina.
Sedap gilersss..
pastu order sotong butter nestum,
betul ke tak namanya..
lupa dah..



Ada menu ala carte kalau nak order.
Ikutla nak steamboat ke taknak ke,
tp yg pasti makanannya sedap2.
Suka sup steamboat tu.
Terbaik!!!

Saturday, January 18, 2020

Aktiviti Cuti Sekolah


Masa cuti sekolah yg lepas
kami ke Johor.
Tujuan utama ke sana untuk cousin
enZaf nak bertunang.
Dah alang2 ke Johor kami pun
pergi ke Legoland.
Tunangnya hari Sabtu tp
kami bertolak awal sehari semata2
untuk anak2 bermain kat Legoland.

Suasana pukul 7 pagi kat rumah.
Ambil gambar sbb nampak cantik hehe



Anak2 pun dah bangun,
semangat gitu.

Sebelum masuk Legoland
kami singgah breakfast dulu kat
Selera Larkin.

Ofkos ai makan mee rebus,
cuma kali ni amik yg kosong je.
Itu pun dah sedap.



Dan kacang pool tidak dilupakan.
Banyak ai makan pagi tu.



Ariq adalah peminat tegar kacang pool.
Asal ke Johor je mmg tak sah
makan menda ni.
Itu pertama yg dia mintak.
Muka kegembiraan di situ :p



Dah kenyang terus kami menuju ke destinasi.
Cuaca hari tu agak mendung.
Macam nak hujan tp tak hujan2.



Ambil gambar berdua ni.
Abg Ariq mmg suka layan Qaireen.



Lama tak datang sini,
masuk2 je byk jugak la menda baru Lego buat.
Dan harusla ambil gambar dorang.

Ada nama gajah ni
tp ai dah lupa.



Pergi time nak Krismas,
harusla ada santa sleigh.



Nasib baik Qaireen mood ok nak bergambar
walaupun kebanyakkan gambar dia tak pandang,
tp dia tak bergerak tu kira dah baik haha



Masa tgh on the way nak ke dalam,
ada staff Lego tu bg borang tuk join
contest tuk cari Elf.
Katanya hadiahnya buat mcm lucky draw
bila dah hujung petang time nak tutup.
Sbbkan kami takde la rushing apa pun,
bagi la anak2 buat contest tu.

Cari Elfnya kat area miniland.
Punya la byk nak cari,
berpusing2 nak mencari Elf tu
dengan berpeluh2 hahaha



Tapi anak2 okay je,
dorang pun suka.
Panas pun panas la..
gigih mencari.
Contoh Elf mcm kat arrow gambar bawah ni.



Dah cari semua pergi la submit.
Masa tu dpt topi krismas bg free hehe

Tengah2 jalan tu tetiba enZaf ajak bergambar,
katanya unik bagai.
Kita layankan aje la.



Byk dah ride anak2 main,
tp takde ambil gambar.
Sebelum2 ni pergi Legoland dah byk
ambil gambar sana sini.

Time ni tengah tunggu dorang masuk 4D movies.



Lepas habis tengok movie,
kami lepak dalam Pizza Mania.
Isi perut lagi.
Tengah2 lepak tu tetiba staf situ,
ajak anak2 buat pizza.

Memang langkah kanan sungguh.
Paling gembira Aliah sbb
dia mmg cita2 nak jadi chef haha



Aliah & Ariq je join,
akak Zahra dia taknak sbb tak makan pizza huhu



Masa buat pizza ni anak kawan enZaf pun ada,
terjumpa dalam restoran ni.
Geng golf dia,
sblm ni kami bercuti sama kat Forest City
tahun 2018... pergh cepat betul masa.




Sikit video masa tengah buat pizza.




Siap sudah pizza dorang.



Ariq cakap sedap.



Kenyang kami makan pizza dorang berdua ni.
Qaireen pun suka sama.

Naik tower.




Sepuloh kali naik pun tak jemu2 dorang ni.





Yang ni video masa anak2 naik roller coaster.
Suara Aliah yg paling kuat sekali menjerit haha


Tetiba hujan lebat.



Masa ni tinggal ai ngan Qaireen je.
Yang lain masuk NinjaGo.
Qaireen okay je janji ada Mummy dan makanan.
Diam la dia :)



Hujan lebat tp sekejap aje.
Pastu hujan turun on off.
Ada naik ride ngan hujan rintik2,
suka la dorang main dlm hujan.
Cuma kereta je tak sempat main
sbb hujan dah lebat sgt.

Sebelum balik tengok ada wat persembahan
dan parade sempena Krismas.
Takde ambil gambar tp video.

Sblm persembahan tu ada buat lucky draw,
tp tak sempat nak pergi
sbb time tu ai dan enZaf kat surau.
Andai kata nama anak2 naik
takde rezeki tuk kami.
Tp takpe la main kat dalam ni pun
dah gembira buat mereka.

Keluar dari Legoland,
singgah Starbucks.
Alas perut sblm dinner kata enZaf.



My santa claus :)



Time ni pun ai dah penat.
Banyak jalan ok dalam ni.
Tp berat tak juga turun2 hahaha
Turun sikit tambahnya berganda.
Kalau bercuti asyik makan aje.