Saturday, September 12, 2009

Cinta Sempurna

pic dari oasis-cintasempurna.blogspot.com

Semalam episod terakhir cerita Cinta Sempurna ni.
Tak sangka plak smlm last, ingatkan sampai minggu depan.
Jalan ceritanya menarik.
Mengisahkan 2 remaja yang terpesong jauh dari Islam.

Drama ni bagus sbb bagi pengajaran kepada kita tentang pegangan hidup
yang perlu ada hala tuju or panduan.
Bukan sahaja baik pada generasi muda tetapi bagus jugak pada ibu bapa
dlm mendidik moral dan sahsiah anak2 dan memberikan pegangan agama secukupnya.

wah cam bagi ceramah lak..hihihi
hmm bila tgk cerita ni, betapa besarnya tanggungjawab kita dlm
mendidik anak kita hingga besar nantikan.
Mudah-mudahan anak kita mempunyai pegangan agama yang kuat dlm diri
dan menjadi anak yg soleh/solehah didunia dan akhirat. Aminnn

Owh lagi satu suka pada lagu tema drama Cinta Sempurna ni.
Yuna - Cinta Sempurna. (siap buat masukkan lagu ni dlm blog haha)

Bulan puasa ni byk drama best kat Astro Oasis.
Best lagi kalau tiap2 bulan ada drama macam ni.. tak semestinya bulan puasa je ;)

Pada yang tak tgk baca sinopsis ni
petikan dari http://oasis-cintasempurna.blogspot.com/

DATUK BURHAN seorang ahli korporat yang hidup begitu extreme dengan gaya dan
budaya barat secara tiba-tiba mendapat kesedaran beragama sekembalinya dari
mengerjakan umrah. Namun kerana kesedaran berteraskan emosi semata tanpa ilmu
islam di dada, Datuk Burhan beralih dari satu extreme kepada extreme yang lain
iaitu kepada extreme dalam beragama. Datuk Burhan secara tergesa-gesa telah
menghantar secara paksa dua anaknya NAJIB (12th) dan SHILA (10th) ke sekolah
agama berasrama tanpa berbincang terlebih dahulu dengan isterinya DATIN ZARINA
yang ketika itu berada di luar negara. Semua itu di lakukan oleh Datuk Burhan
atas alasan mahu menebus dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini.

Najib dan Shila yang sudah terbiasa dengan kehidupan serba mewah dan
kesenangan hidup terpaksa akur dengan tindakan ayah mereka. Sebagai tanda
protes, Najib dan Shila telah bertindak memberontak dengan pihak pentadbir
sekolah agama di mana mereka belajar. Pentadbir dan guru agama yang tidak tahan
dengan kenakalan mereka akhirnya meminta Datuk Burhan mengambil anak mereka
semula.

Datin Zarina mengambil peluang ini untuk mempertikaikan tindakan
suaminya sebelum ini yang telah bertindak menghantar anak mereka dari
International School ke sekolah agama tanpa terlebih dahulu berbincang dan
mendapat persetujuan anak-anak mereka. Datin Zarina yang tidak mahu suaminya
terus mengongkong anak-anak mereka dengan peraturan agama yang ketat telah
mengambil keputusan drastik dengan menghantar Najib dan Shila belajar di London.
Kebetulan Datin Zarina mempunyai seorang adik perempuan yang telah lama menetap
di United Kingdom.

Dua belas tahun kemudian Najib Dan Shila kembali
untuk bercuti ke tanah air. Shila ketika ini baru sahaja selesai Chambering
setelah selesai pengajian undang-undangnya di Lincoln’s Inn. Najib pula sedang
belajar di tahun akhir di Edinburgh School of Arts. Sepanjang berada di rumah
Najib dan Shila banyak mempertikaikan amalan agama dan amalan budaya bangsa
mereka sendiri. Datuk Burhan dan Datin Zarina, kerana tidak cukup ilmu untuk
berhadapan dengan hujah Shila terutamanya terpaksa memanggil beberapa orang
ustaz, ustazah dan beberapa pakar motivasi untuk membetulkan pegangan dan aqidah
anak mereka tapi semua usaha itu gagal.

Atas nasihat seorang pakar
saikologi, Datuk Burhan dan Datin Zarina kemudiannya telah memanggil seorang
ustaz muda bernama USTAZ NAZIR, iaitu seorang pensyarah Pengajian Islam di
sebuah universiti, yang pernah tinggal lama di luar negara untuk memperbetulkan
aqidah anak mereka yang telah menyimpang jauh.

Namun Ustaz Nazir
mendapat tamparan apabila dia terpaksa berdepan dengan Shila yang cerdik dan
keras pendirian itu. Namun dalam masa yang sama tanpa pengetahuan si ustaz muda
itu, Shila dalam diam telah jatuh cinta padanya. IZARMAN yang merupakan anak
kepada rakan perniagaan Datuk Burhan, yang selama ini meminati Shila cemburu dan
tidak senang hati dengan kehadiran Ustaz Nazir dalam hidup Shila.

Apa
yang tidak diketahui oleh Shila ialah ustaz Nazir sebenarnya telah mengikat tali
pertunangan dengan seorang doktor, DR NAJIHAH. Ustaz Nazir dalam masa yang sama
hadapi delima antara menyelamatkan aqidah Shila yang sentiasa menggodanya atau
kekal setia dengan tunangnya. Najib pula dalam masa yang sama telah jatuh cinta
dengan Dr Najihah. Ustaz nazir akhirnya jadi keliru dengan tugas dakwahnya. Dia
mula mempertikaikan keikhlasannya sendiri apabila di mula bertanya samada dia
mendekati Shila kerana telah mula jatuh cinta pada Shila atau kerana tugas
dakwahnya memperbetulkan aqidah Shila. Pada masa sama kebaikan Dr Najihah untuk
membetulkan jalan hidup Najib menyebabkan Najib menyangka Dr Najihah juga
menaruh perasaan terhadapnya.

Tregedi berlaku bila Shila mendapat tahu
Dr Najihah adalah tunang Ustaz Nazir dan Najib mengetahui Dr Najihah adalah
tunang Ustaz Nazir.

12 comments:

CaTwOmEnS said...

best ke awak? kita tak tgk pun.. tp nur kasih layan tak ingat la..

linahilmin said...

lina tengok citer ni 1st episod ngan final episod je, boleh camtu??? tp suka la sgt ngan ustaz nazir tu! :p

honeylanz said...

bc sinopsis aja dah rs mcm menarik je cite ni. rugi x tgk :(

sI tEDI said...

x pernah tgk.. bagus bg sinopsis..

DaZzlingLilLy said...

eh dh abis..aritu sempat tgk 1 episod jer

areQue said...

aku layan nur kasih jerk...yg lain tak minat...hahhahaha

kak...jmput jd follower rq n jwb kuiz utk raya...

itupun kalu kamu sudi...

zailamohamad said...

zaila pon layan nur kasih jer..tapi malam tadi terlepas tengok pasai sekarang ni ada orang dok konker tv..susah!!!

Nurhayati said...

catwomens: takde la best gile.. tapi ok la not bad.. ada unsur pengajaran.. dari citer org kaya tak habis2 dengki kan.

linahilmin: wah tgk pembuka dan penutup hihihi..ustaz nazir!! suka jua =)

honeylanz: tak pe, tgk kat youtube..mesti ada nye

si tedi: sbb tu bagi sinopsis. atleast bole bayangkan ;)

dazzling: tue la kebetulan tgk smlam.. tak tau gak itu last episode.

areque: okey nanti diterjah ke blog sana

zailamohamad: cinta sempurna ni kul 10pm pas citer nurkasih tu bole tgk =)

adda said...

mcm best aje citer ni. tgk iklan kt astro pn cam best tp x sempat nk tgk huhuu

Abrahyn said...

huhuhu...nape saya tak pernah tau pun pasal drama nih? sengal betullll...:(

4 Kay-E said...

tak tau pun psl cite ni... Nak tgk nurkasih pun selalu ketinggalan :P

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin.
dari kami sekeluarga,
Khai-Ita & 4E

Real Woman said...

ada dgr jugk pasal cerita ni...konon dari kisah sebenar kan. tapi i jarang sgt tgk astro prima ni! huhuhhuh