Saturday, September 12, 2009

Cinta Sempurna



* gambar dari oasis-cintasempurna.blogspot.com

Semalam episod terakhir cerita Cinta Sempurna ini. Tak sangka pula semalam tu last, ingatkan sampai minggu hadapan. Jalan ceritanya menarik. Ianya mengisahkan 2 remaja yang terpesong jauh dari Islam. Drama ini bagus sebab ada pengajaran kepada kita tentang pegangan hidup di mana perlu ada hala tuju atau panduan. Bukan sahaja baik pada generasi muda tetapi bagus juga pada ibu bapa dalam mendidik moral dan sahsiah anak-anak dalam menerapkan pegangan agama secukupnya.

Wah! macam bagi ceramah pula hihi.. Bila tengok drama ini, betapa besarnya tanggungjawab kita dalam mendidik anak-anak dari lahir sehinggalah dewasa nantikan. Mudah-mudahan anak kita mempunyai pegangan agama yang kuat dalam diri dan menjadi anak yang soleh atau solehah di dunia dan di akhirat. Aamiin.. Oh! satu lagi, suka lagu tema drama Cinta Sempurna ini. Dari penyanyi Yuna - Cinta Sempurna. (siap masukkan lagu ni dalam blog haha)

Bulan puasa ini banyak drama best di Astro Oasis. Lagi best kalau tiap-tiap bulan ada drama macam ni, tak semestinya bulan puasa je ;) Pada yang tak tengok drama ini boleh lah baca sinopsis di bawah. Petikan dari http://oasis-cintasempurna.blogspot.com/

DATUK BURHAN seorang ahli korporat yang hidup begitu extreme dengan gaya dan budaya barat secara tiba-tiba mendapat kesedaran beragama sekembalinya dari mengerjakan umrah. Namun kerana kesedaran berteraskan emosi semata tanpa ilmu islam di dada, Datuk Burhan beralih dari satu extreme kepada extreme yang lain iaitu kepada extreme dalam beragama. Datuk Burhan secara tergesa-gesa telah menghantar secara paksa dua anaknya NAJIB (12th) dan SHILA (10th) ke sekolah agama berasrama tanpa berbincang terlebih dahulu dengan isterinya DATIN ZARINA yang ketika itu berada di luar negara. Semua itu di lakukan oleh Datuk Burhan atas alasan mahu menebus dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini.

Najib dan Shila yang sudah terbiasa dengan kehidupan serba mewah dan kesenangan hidup terpaksa akur dengan tindakan ayah mereka. Sebagai tanda protes, Najib dan Shila telah bertindak memberontak dengan pihak pentadbir sekolah agama di mana mereka belajar. Pentadbir dan guru agama yang tidak tahan dengan kenakalan mereka akhirnya meminta Datuk Burhan mengambil anak mereka semula.

Datin Zarina mengambil peluang ini untuk mempertikaikan tindakan suaminya sebelum ini yang telah bertindak menghantar anak mereka dari International School ke sekolah agama tanpa terlebih dahulu berbincang dan mendapat persetujuan anak-anak mereka. Datin Zarina yang tidak mahu suaminya terus mengongkong anak-anak mereka dengan peraturan agama yang ketat telah mengambil keputusan drastik dengan menghantar Najib dan Shila belajar di London. Kebetulan Datin Zarina mempunyai seorang adik perempuan yang telah lama menetap di United Kingdom.

Dua belas tahun kemudian Najib Dan Shila kembali untuk bercuti ke tanah air. Shila ketika ini baru sahaja selesai Chambering setelah selesai pengajian undang-undangnya di Lincoln’s Inn. Najib pula sedang belajar di tahun akhir di Edinburgh School of Arts. Sepanjang berada di rumah Najib dan Shila banyak mempertikaikan amalan agama dan amalan budaya bangsa mereka sendiri. Datuk Burhan dan Datin Zarina, kerana tidak cukup ilmu untuk berhadapan dengan hujah Shila terutamanya terpaksa memanggil beberapa orang ustaz, ustazah dan beberapa pakar motivasi untuk membetulkan pegangan dan aqidah anak mereka tapi semua usaha itu gagal.

Atas nasihat seorang pakar saikologi, Datuk Burhan dan Datin Zarina kemudiannya telah memanggil seorang ustaz muda bernama USTAZ NAZIR, iaitu seorang pensyarah Pengajian Islam di sebuah universiti, yang pernah tinggal lama di luar negara untuk memperbetulkan aqidah anak mereka yang telah menyimpang jauh.

Namun Ustaz Nazir mendapat tamparan apabila dia terpaksa berdepan dengan Shila yang cerdik dan keras pendirian itu. Namun dalam masa yang sama tanpa pengetahuan si ustaz muda itu, Shila dalam diam telah jatuh cinta padanya. IZARMAN yang merupakan anak kepada rakan perniagaan Datuk Burhan, yang selama ini meminati Shila cemburu dan tidak senang hati dengan kehadiran Ustaz Nazir dalam hidup Shila.

Apa yang tidak diketahui oleh Shila ialah ustaz Nazir sebenarnya telah mengikat tali pertunangan dengan seorang doktor, DR NAJIHAH. Ustaz Nazir dalam masa yang sama hadapi delima antara menyelamatkan aqidah Shila yang sentiasa menggodanya atau kekal setia dengan tunangnya. Najib pula dalam masa yang sama telah jatuh cinta dengan Dr Najihah. Ustaz nazir akhirnya jadi keliru dengan tugas dakwahnya. Dia mula mempertikaikan keikhlasannya sendiri apabila di mula bertanya samada dia mendekati Shila kerana telah mula jatuh cinta pada Shila atau kerana tugas dakwahnya memperbetulkan aqidah Shila. Pada masa sama kebaikan Dr Najihah untuk membetulkan jalan hidup Najib menyebabkan Najib menyangka Dr Najihah juga menaruh perasaan terhadapnya.

Tregedi berlaku bila Shila mendapat tahu Dr Najihah adalah tunang Ustaz Nazir dan Najib mengetahui Dr Najihah adalah tunang Ustaz Nazir.


12 comments:

Anonymous said...

best ke awak? kita tak tgk pun.. tp nur kasih layan tak ingat la..

linahilmin said...

lina tengok citer ni 1st episod ngan final episod je, boleh camtu??? tp suka la sgt ngan ustaz nazir tu! :p

Anonymous said...

bc sinopsis aja dah rs mcm menarik je cite ni. rugi x tgk :(

myQza said...

x pernah tgk.. bagus bg sinopsis..

DaZzlingLilLy said...

eh dh abis..aritu sempat tgk 1 episod jer

Anonymous said...

aku layan nur kasih jerk...yg lain tak minat...hahhahaha

kak...jmput jd follower rq n jwb kuiz utk raya...

itupun kalu kamu sudi...

Zaila Mohamad said...

zaila pon layan nur kasih jer..tapi malam tadi terlepas tengok pasai sekarang ni ada orang dok konker tv..susah!!!

Nurhayati said...

catwomens: takde la best gile.. tapi ok la not bad.. ada unsur pengajaran.. dari citer org kaya tak habis2 dengki kan.

linahilmin: wah tgk pembuka dan penutup hihihi..ustaz nazir!! suka jua =)

honeylanz: tak pe, tgk kat youtube..mesti ada nye

si tedi: sbb tu bagi sinopsis. atleast bole bayangkan ;)

dazzling: tue la kebetulan tgk smlam.. tak tau gak itu last episode.

areque: okey nanti diterjah ke blog sana

zailamohamad: cinta sempurna ni kul 10pm pas citer nurkasih tu bole tgk =)

mamapp said...

mcm best aje citer ni. tgk iklan kt astro pn cam best tp x sempat nk tgk huhuu

abrahyn said...

huhuhu...nape saya tak pernah tau pun pasal drama nih? sengal betullll...:(

4 Kay-E said...

tak tau pun psl cite ni... Nak tgk nurkasih pun selalu ketinggalan :P

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin.
dari kami sekeluarga,
Khai-Ita & 4E

Real Woman said...

ada dgr jugk pasal cerita ni...konon dari kisah sebenar kan. tapi i jarang sgt tgk astro prima ni! huhuhhuh