Saturday, October 31, 2009

Pagi Sabtu

Harini pegi DSH tuk Zahra amik vaccine.
Kali ni cucuk tuk Double Antigen (Diptheria & Tetanus + Polio) & 4th Pneumococcal Vaccine.

Tapi sementara tunggu giliran masuk jumpa Dato' Dr. Azizi,
kami pegi Tropicana City Mall tuk breakfast.
First time datang sini, ok la not bad.
Pastu jalan2 ternampak depan Toys"R"Us ada letak menan2 ni.
Zahra ape lagi berlari2 dia ke sana.


Bagi dia seronok2 dulu main, kang jap lagi gi cucuk, mengamuk tak ingat.
.
.
.
Bawah ni video dia tgh seronok main, bebel2 ntahhapehape. =)

video

Friday, October 30, 2009

Doll Stroller

Nak belikan doll stroller la tuk Zahra
Hari tu kami gi umah member Zaf, anak dia ada doll stroller ni
Sian Zahra tgk je, kawan tu main tak bagi share.
Nasib gak la Zahra ni tak nangis..tapi nampak sangat muka dia nak doll stroller tu. huhu




Suka ar stroller yang ni.
Cute sangat.


Ada sesapa tau kat mana nak cari doll stroller kiut2 camni.
Jom2 teman ai shopping hihihi

Thursday, October 29, 2009

Inilah kesudahannya

Ni adalah hasil keputusan dari entry kesenian Zahra ;)

Untuk handbag alhamdulillah takde masalah nak cleankan.
Guna Coach Signature Fabric Cleaner dapat la jugak bersih.
Berpeluh2 gak la nak bagi ilang huhuhu

Tapi tapi tapiiii tuk purse wuarghhhhhh
Punah sejuta harapan, tak dapat nak tolong..
Kononnya wat la request kat enZaf nak beli baru. Direject mentah2.
Katanya pakai je ape yg ada huhu.. pakai balik guccissima!!
Sebenarnya tak bape suka ngan purse ni, sbb cam mak2 plak rasa..
padahal mmg dah jadi mak pun huhuhu.
Pikir punya pikir tak pakai pun, pakai gak la purse yang bercorak seni tu haha.

Ok habis bab tu, dah la tak dapat approval beli purse baru kan..
kena pau ngan sang suami ni ada la.
Kena belikan dia kasut golf nya.. alasan kasut dia dah buruk.
Alaaaaa tensionnya.. tuk dia kena tukar tapi tuk kita tak bole plak.
Tapi disebabkan kasih dan cintanya isteri pada suami maka dgn itu belikan la. =)


Ni la kasut baru dia tu..huhuhu


Nampak gayanya, ai ni tak cukup gedik nak dapat purse baru kot kan.
Ada sape reti camne nak seduce sang suami supaya berjaya hahahah
Jahatnye la.

Wednesday, October 28, 2009

Emo jap

Pagi tadi tgh drive nak pegi keje, kat radio HotFm ada hot chat pasal “Tiada Maaf Bagimu”.
Kebanyakkannya semua citer pasal rumah tangga,
isteri tak maafkan suami, suami tak maafkan isteri.. macam2 la..
tapi bukan itu yang aku nak citer.
Ada satu citer yang ada kena mengena dengan perkataan Tiada Maaf Bagimu ni dlm hidupku.

Kejadian ni boleh dikatakan baru lagi la..sbb nya terjadi tahun ni.
Sbb ape tiada maaf bagimu padaku. Sebabnya, orang itu telah:

1) Menjatuhkan MARUAH keluargaku
2) MengHINA keluargaku
3) MengANIAYA keluargaku
4) Menyusahkan keluargaku

Sedangkan kami tak pernah kacau hidupnya & keluarganya.
Malah kehidupannya amatlah mewah dan senang, 7 keturunan pun makan tak habis.
Nak dibandingkan ngan keluargaku yang hidup sederhana ni
sedikit pun tak terjejas hidupnya.

Tak tahu ape sebab dan punca dia buat kat keluargaku. Mungkin sebab

1) PHD (Perasaan Hasad Dengki)
2) Keji
3) Busuk hati
4) Tamak

Orang ada berkata Sedangkan Nabi Ampunkan Umatnya.
Ye betul, itu Nabi tapi bukan aku.
Mungkin aku maafkan dia tapi itu mungkin jua mengambil masa yg lama untuk dimaafkan..
tapi yang pasti, buat masa ini dan ketika ini, aku tak dapat nak memaafkan dia atas perkara ini.

Tapi macamana pun aku amat berterima kasih kepadanya,
disebabkan sifat keji dan busuk hati dia tu membuatkan keluargaku sekarang
bertambah kasih dan sayang, bertambah murah rezeki dan bertambah segala2nya yg baik2 belaka.
Orang kata doa dari orang teraniaya dimakbulkan. Syukur dan Alhamdulillah.

Hidup kita ni sementara saja, jadi kita kena sentiasa bersyukur dgn ape yang ada.
Jgn sibuk nak comparekan kehidupan kita tak bahagia dan semewah orang lain.
Sbb ada orang lain yang serba kekurangan dari ape yg kita ada skarang.

Fuh lega rasanya dapat luahkan sikit walaupun korang tak paham ape yg berlaku hihihi
Susah aku ni nak emo, tapi harini tetiba emo plak.
Sorry la yer tetiba baca menda merepek pagi2 ni.. mari kita makan kerepek hehe

Tuesday, October 27, 2009

hoooyeyyy!!!!!

Sblom ni ai ada wat entry pasal Olay Game Contest, kalau ada ingat lah (click sini) :p
Percaya ke tidak.. ai menang!!!!! sungguh tak percaya, tapi kena percaya.
Bape byk kali percaya daa =)

Tak sangka dlm main suka2x bole lak menang kan.. rezeki betul. Alhamdulillah



Healthy Fairness Day Cream SPF 24
Yang ni hadiah dari "Winner of Week11 (20-26 Sept 2009)". Hadiahnye pos ke umah.

Consolation Prize:1 full set of Natural White products
Foaming Cleanser, UV Blocker, Day Cream SPF24, & Night Cream.
Yang ni plak dari "Winner of Month3 (15 Sept - 14 Oct 2009)".
Kena amik sendiri kat Nuffnang Office

Pasni putih la kulit ku hihihi
Thank You Olay!!!
Thank You Nuffnang!!!

Monday, October 26, 2009

Abang Besar

Jom2x nak ajak korang pegi cuba try test kat Restoran Big Brother ni.
Kat mana lagi kalau bukan kat area rumahku hihi The Strand Kota Damansara.
Mestilah sedap dan berbaloi2.. wah macam Xpax lak hihi




Ni amik dari website foodpoi.com
almaklumlah camera ai tak secanggih ni, amik gambar makanan wat leleh airliur.



Nak lagi details pegi kat website foodpoi.com ni ek.

Ni survey result dari foodpoi.com

The chef were former Shangri La KL’s chef. So you can expect some good quality foods prepared in the high standard of cleanliness and quality here.

Place: Restoran Big Brother – Big Brother Restaurant & Grill, Western Cuisine & Catering
Location :
The Strand Kota Damansara
Address :
No. 3G, 3-1, Jalan 5/20, Pusat Perdagangan Kota Damasara, PJU5, 47810, Selangor
Business Hour : 10am to 11pm
Off Day : Monday (For now daily open till further notice)
Food Type: Western Food and Grill
Price: Every Item Below RM30
Payment Terms : Cash
Cleanliness Votes : 4/5
Food Votes : 5/5
Air Conditioned : Yes
Halal : YES
WIFI :
YES
Smoking and non smoking zone : YES
Tax : 5% Service
Recommended Foods :
Any items that start with the word “BIG BROTHER ….” in front
Recommended Drinks : Variety number of mock tails

Remark:
Every item is below RM30. The cheapest and finest hotel grade western foods.



Aduhai wat lapar plakkan.. bunyi2 dah perut ni. =)

Saturday, October 24, 2009

Cuci The Musical

Harini kami berdating. Baru balik dari tgk citer Cuci the Musical.
Sangat kelakar.. dan best.. Awie ngan AC paling lawak giler.
Suka suara Vee (Vanida Imran) merdu je dia nyanyi.
Adibah Noor jgn cakapla..dah mmg suara dia power.


Sesi autograph bersama hero2 cuci.


Pada yang blom tgk cepat2 pegi beli ticket Cuci ni.
Rugi oo kalau tak tengok.. gelak aje, puas hati beb =)

Details pasal Cuci The Musical click sini

Friday, October 23, 2009

Wish List: Top

updated**
beli Gap Blouse ;)

Lama tak wat wish list.
Dan lama gak tak shopping blouse/tops

Nak cari checked or


Tommy Hilfiger


Banana Republic



or plain??!! hmmm


Marks & Spencer


Gap

Semua sukaaaa!! ada yang sudi nak belikan tak..
cari kat butik takdok huhu

Thursday, October 22, 2009

Little Photographer

Zahra 1st capture. Patut la diam je..
rupanye dia dah pandai godek camera.
Banyak lagi dia snap, ada la dekat puluh2x.. sabar je la
Nasib digital kan.. kalau filem.. agaknye dah bergulung2 habis haha





Tuesday, October 20, 2009

Buat-buat busy

Updated**
Kalau wat keje takat analysis, design, or report leh lagi ngadap blog.
Tapi bila dah masuk bab2 programming aka 'cacing kerawit' ni huhu tak sempat.
Cacing2 ni memerlukan focus yg lebih, ditambah lak ngan error sana sini,
lagi la mereng sudah. Sape terror bab2 cacing ni silalah bantu ku ;)
Harini alhamdulillah sistem pun dah deploy, walaupun beta version haha
Bole la daku mencuri2 jap tgk blog korang. hihi

Kepala otak skang tgh serabut ngan cacing-cacing kerawit ni.
Berpinar2 dah mata ni ngadap skrin.
Kena plak error sana sini..
Rasa weng dah. Uwargghhhh



Blog uols pun baca gitu2 je, tak sempat nak meninggalkan jejak.
Sorry ye kawan2.

Tuesday, October 13, 2009

Kelu lidah tak berkata

Aduhaiiiiiii, terkedu jap bila tgk hasil seni Zahra ni.
Nak marah tak bole...

tak puas agaknye kat handbag
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
purse plak dikerjakannya.

uwargghhhhh nangis dalam hatiiiii..
camne nak bagi ilang neh..aduyaiiii
zahra..zahra..
bole jadikan alasan tuk beli baru tak hihihi

Sunday, October 11, 2009

Julung-julung kalinya.

Buat julung-julung kalinya.. semalam dapat jua kumpul 5 orang.
cukup korum geng kami. Kalau nak jumpe mesti ada sorang/dua tak dapat join.
Smalam Elin buat makan2 dirumahnya sempena sesi pengampunan dia..
sbb dia antara makhluk yg paling susah nak jumpe..hehe

Seronokkan bila kita dapat jumpe kawan baik sejak dari sekolah lagi.
Macam2 citer dan gosip keluar. Gelak tak hingat sampai kuar air mata dan hingus haha

Elin (baju itam) mummy of 2 heroes..slim melim ko.. aku je debam, baru sorang hihi


Friday, October 9, 2009

Gathering 1997

Citer Sabtu lepas. Kami ada classmate gathering 97 sempena raya ni.
Jumpa-jumpaan kat umah Sheila dan Hisham. Dorang dua ni classmate ai jua.
Tak sangka hingus2 ni kawin mereka berdua hihihi Walaupun dulu sekolah, masing2 ada skandal lain :p

Zahra bersama Hannah (anak Sheila & Hisham)
Hannah blom setahun lagi tapi dah sama besar ngan Zahra.
Nampak benar cinonit cam mummy dia hihi


Ha yang ni kita amik gambar geng2 aka puak2 masa kat dlm kelas hihi
.
.
.
.
.
Geng ni dikenali sebagai geng Dangdut. =)
4-4 dah kawin, semua dah ada anak kecuali CT (kurung itam)
Yang pegang baby tu Izah, baru pas pantang, caesar lagi dah gerak sana sini hebat tul.
Comel giler anak dia dan nama pun best Norhasya Zuleikha. Terasa nak baby la pulakkan :p
(dari kiri: Cica, Linda, CT, Izah)


Ni pulak geng ape tak tau nama.. tapi tak cukup sorang.
Owh yer mereka masih anak dara.. tunggu kad kawin dorang ni bila la nak sampai huhu
(dari kiri: Riz, Messy, Sher)


Ha ni geng ai, iaitu OSI (ape makna nye lu pikirla sendiri hehe)
Kami pun tak cukup ahli anggota 2 orang. Kiri kanan tu anak dara lagi
Cepat kawin wei.
(dari kiri: Nowwa, ai, Hanis)


Alahai geng tuan umah (sheila) sorang dah balik.. yang lain tak dapat datang.
Sadis sunggu ko sheila sabar la yer hihi.
Ada yang datang dah balik tak sempat nak amik gambar (Ina dan Ana)
dan ada datang malam, tak dapek nak jumpe.. kami rombongan siang je :)



Sangat seronok.. tak sangka dapat gak jumpe dorang2 ni.
Yang datang ni pun dah gegar satu umah, haru biru.
Citer balik zaman sekolah dulukan.. owh seronoknyeeeeerrrr
Ramai yang dah kawin dan ada anak benarnya..
tapi dorang ni datang lone ranger plak huhu hampeh tul
Pasni kalau wat lagi bawak semua bala tentera korang..tak kira. :p

Wiken ni kami takde jemputan lak open hse.. ada sesapa yg wat sudilah jemput hihi
teringin gak nak jumpe kawan2 blogger ni kan kan kan :)

Wednesday, October 7, 2009

Mini Celebration

Semalam wat mini celebration tuk suami tercinta hihi.
wah mini katanya.. sbb makan je. weekday kan.
Nanti celebrate weekend baru gempak sket.. yoyo je aku ni ;)

Maka dgn itu kami dinner kat Jack's Place, OU.

Chicken in the basket ni makanan Zahra.
Patutla anak daraku ni ketul2 haha

Combo steak tuk mummy. alamak steak daddy tak amik gambar, dia dah pelahap dulu.

Muka kami yang happy dan kekenyangan

Owh birthday boy.. boy ke.. tua dah kan
Perut Zahra pun nampak dah..buncit makan byk sangat :p

Upah Zahra sebelum balik.


Video ni Zahra sibuk nak blow candle.

video