Friday, June 24, 2011

Mummy & The Girls


Semalam diriku nekad untuk membawa the girls jalan-jalan. Ceh! macam tak pernah bawa dorang keluar berjalan sebelum ini hihi.. Berbeza kali ini sebabnya ini pertama kali nak bawa mereka dengan sendiri. Tiada Daddy mereka :) Bila lagi nak cuba try testkan. Boleh ke ai handle anak-anak tanpa suami disisi hahaha.. Selalu Aliah memang kena tinggal kalau ai nak berjalan hanya bawa akak Zara saja. Kesian pula kan. Sebelum nak keluar rumah entah berapa banyak doa ai baca supaya dipermudahkan. Risau pada Aliah takut dia mengaruk, disebabkan risau itu ai pergi dekat sahaja di The Curve. Kami lunch di Secret Recipe.



Mummy makan Macaroni & Cheese



Zahra pula makan Mini Burger. Bukan main seronok dapat makan ya.



Aliah makan Fries :p



Lepas semuanya dah kenyang, ai bawa dorang window shopping dalam The Curve. Berhenti sekejap bagi dorang naik ride ini.





Dah puas main bawa anak-anak ke Borders pula. Zahra cakap nak baca book.



Akhir sekali, Mummy bawa main slide. Zahra sorang saja main, Aliah kecil sangat tak sesuai lagi.



Pergh.. agak menguji kesabaran juga di situ. Almaklumlah Aliah ini dia jenis nak berdukung. Tak nak duduk dalam stroller. Tangan ni pun dah naik muscle haha.. pinggang jangan katalah senget sakit semua cukup. Zahra pula ada sedikit moody masa nak keluar dari Borders. Dia tak puas duduk dalam tu nak baca buku. Sebab itulah ai pujuk dia pergi main slide. Dah main slide meragam lagi sebab tak nak balik. Aduhai pujuk lagi dengan belikan cookies. Nasib baik dia diam lepas dapat cookies :) Aliah yang ai sangka dia akan mengaruk tapi tidak. Dia paling best, tak bising langsung. Alhamdulillah. Tapi ini baru hari pertama. Tunggu hari seterusnya pula, kalau dua-dua moody memang angkat kaki balik laju-laju. Tak ada dah nak pujuk atau singgah mana lagi hahaha.. Apa pun diriku sangat berbangga pada diri sendiri dapat bawa anak-anak berjalan dalam 3 jam setengah. Tepuk tangan diri sendiri hahaha...

7 comments:

shila ariff said...

clap clap clap to u...well done!!..berjaya melayan kerenah 2 anak dara yg comel-comel itu...

p/s: jeles ni..bila pulak turn aku nih...

Dee said...

tahniah..dee pun selalu je bwk kenit 2 orang tu..hehehe..

Hida Naza said...

hebat ko dek
aku tak sanggup.
hahah
tu pasal jarang nak jalan2.

Zaila Mohamad said...

best!! best!! nanti senanglah mama nak bawa anak dara p shopping kan;)

Zaila setakat ni tak boleh lagi, nak kena tunggu Ashraf besar sket baru leh bawak diorang jalan2..bosan jugak asyik terperap kat rumah kan:)

SemuaTentangKita said...

hehe..tahniah. Akhirnya..
OK jer kan..yg penting pastikan diorg cukup tdo and cukup makan..hehe

Next time boleh la jalan2 jauh sikit..:)

4 Kay-E said...

Well done!
Cubaan yg berjaya :)
Nanti girls dah besar, lagi seronok bawa jln. Dah boleh jadi kawan....

CuTeMiUt78 said...

clap2 too... bagus la budak berdua tu... tak byk ragam.. skee la budak2 tu mama dia bawa jenjalan