Wednesday, June 8, 2011

Aniberseri


Cerita ini dah lepas, berlaku pada hari Wedding Anniversary kami yang ke-5 tahun. Pada hari itu, tiba-tiba enZaf ajak pergi Genting Highlands. Bila orang ajak, laju-lajulah ai dan anak-anak bersiap. Walaupun hari ulangtahun perkahwinan bukan bermakna dapat keluar berdua. Anak-anak tak boleh tinggal, kenalah bawa sekali kan hehe.. Alhamdulillah cuaca hari itu sangat baik. Tiada hujan dan suhu di Genting Highlands ini pun tidak berapa sejuk. Masa kami masuk dalam bangunan pun boleh berpeluh huhuhu.. Ini pun pergi pada hari biasa orang dah ramai, mungkin disebabkan sekarang tengah cuti sekolah. Kalau pergi hujung minggu tak dapat nak dibayangkan. Lagi sesak orang dalam Genting ini. Disebabkan bawa anak-anak, kami hanya layan indoor sahaja. Untuk outdoor tunggu bila anak-anak sudah besar. Disebabkan banyak juga gambar ai snap, letak gambar sahajalah aktiviti kami sepanjang di Genting tu :)





















Masing-masing semua seronok sangat hari itu. Boleh tahan penat juga, sampai rumah terbongkang semuanya hehehe.. Dalam banyak-banyak gambar ini baru ai perasan tak ada ambil gambar berdua dengan enZaf.



9 comments:

SemuaTentangKita said...

Sedapnyerrr..adik makan apa tu??

Nurhayati said...

liya: adik makan nasi, asparagus + carrot. blendkan semua tu.

Suziey Ahmad said...

bestnye..kadang2 unplanned activity lg best..hehe..best jek...

Dee said...

dee pun gi genting baru ni ramai gak orang..walau weekdays..cuti sekolahkan..huhu..

annapeje said...

best2 ..tue la cuti skola mmg ramai org huhu aku yg happy sbb g keje x jem ahaha

Zaila Mohamad said...

bersungguh si adik tu makan..

UmmiRosma said...

Best lah dpt pegi Genting. Cuti domestic..

MerryBrown..aduhai..rindu nak makan., kat Brunei take de MB...

SemuaTentangKita said...

nampak cam berselera dia makan. Boleh la try resepi tu nanti.

mummysyafie said...

a'aa kan, tunggu besar sikit baru bleh layan outdoor.

camne lupa pic berdua tu? hihihi...