Tuesday, April 5, 2011

Disney On Ice: Worlds of Fantasy


Kali ke dua kami pergi Disney On Ice. Yang pertama tahun lepas [link]. Tahun ini buat di tempat yang sama juga di Stadium Putra, Bukit Jalil. Berbeza kali ini adalah ada favourite character Zahra iaitu Tinkerbell dan Little Mermaids. Kartun Disney ini memang sesuai bawa anak perempuan kan. Untuk anak lelaki ada juga seperti Lion King dan Cars.



Opening untuk Disney On Ice ini semestilah Mickey Mouse dan girlfriendnya Minnie Mouse. Comel sangat dengan kereta warna merahnya itu. Bila keluar saja Mickey dan Minnie, meriah dengan sorakan anak-anak. Budak mana yang tak suka Mickey Minnie kan, kita yang besar ni pun seronok dan senyum saja.



Selepas itu barulah kawan-kawan Mickey keluar. Hanya Goofy and Donald kecuali Daisy dan Pluto yang tiada :(



Karakter yang seterusnya dari cerita kartun Cars. Master si tow truck tu comel la.. walaupun dia tow truck buruk dengan dua gigi rabbitnya tu, memang comel hihihi... Kemudian keluar si kereta Porsche berwarna biru, Sally.



Barulah keluar Lightning McQueen, hero the Cars. Yang ini semestinya lah anak boys bersorak keseronokkan.



Selesai kartun Cars, keluar pula karakter The Little Mermaid. Tak ambil waktu Ariel awal-awal, waktu ini Ariel dah ada kaki hehe.. Masa dia ekor duyung tu ai kusyuk tengok :p Ada Flounder, Prince Eric, dan Sebastian. Pelik Flounder si ikan ada kaki hihi..



Dalam banyak-banyak scene dalam Disney On Ice ini, ai paling suka yang ada Ursula. Waktu ini dia nak ambil suara Ariel.



Seterusnya karakter dari kartun Lion King pula. Bahagian ini agak membosankan untuk ai, nak kata tak best tak juga. Mungkin ai tak berapa minat sangat kartun ini kot. Zaf dan Aliah boleh pula tidur waktu ini. Pada yang tahu dan tengok kartun Lion King, cerita mengenai Simba dari kecil sampai besar menjadi King.



Lepas Lion King ada break selama 20 minit. Masa ini dapat lah pergi ke tandas dan beli beberapa makanan untuk isi perut. Scene terakhir adalah kartun Fairies. Kartun yang dinantikan oleh Zahra. Favourite dia Tinker Bell. Gambar di bawah ini Tinker Bell dengan kawan-kawannya iaitu Rosetta (Garden Fairy), Silvermist (Water Fairy), Fawn (Animal Fairy) dan Iridessa (Light Fairy). Wah Mummy dia hafal nama-nama karakter semua itu hahaha... Oh! Vidia (Fast-flying Fairy) tak ada pula dalam gambar ini, Vidia ni pun Zahra suka sebabnya dia fairy yang garang hihihi..



Kawan-kawan Tinker Bell di Pixie Hollow



Props Tinker Bell ini paling comel sebab banyak bunga dengan Fairies menari beramai-ramai. Rasa diri ini seperti dalam dunia fantasi.



Penutup Disney On Ice ini semua karakter dari cerita kartun ini keluar. Menari dan menyanyi beramai-ramai. Overall puas hati dan berbaloi. Yang penting anak-anak gembira dan mak pun turut gembira juga hihi...



Gambar wajib sebelum balik.



Zahra tunjuk dapat Tinker Bell. Muka pun dah mengantuk , pukul 6.30 petang adalah waktu nap dia.



8 comments:

annapeje said...

SONOK NYER MUMMY ALIAH AHAHA AMBOI BEST LA DPT TINKER BELL TUE :D

Unknown said...

nanti bila Legoland dah siap leh g sn lak...a

nurulzia said...

Bestnya..teringat Nurul pi zaman kecik2 dulu..hehehehe
Nnti nk bwk yayang la...;)

Puan Ninie said...

bestnyer..:)
auntie ninie pon suke tinker bell n mermaid..:)

Ciklinn said...

wah syokknyer......mesti teruja anak2 dara tukan...

LIP (^_^) said...

belum ada peluang gi lagi..

attyfir said...

mesti zahra syiok dpt tgk tinker bellkan

SemuaTentangKita said...

alahaiii bestnya..aku selalu miss (tk up dated) hehehe