Tuesday, July 5, 2011

Sekadar Luahan Hati



Sekadar luahan hati.

Diriku kecik hati minggu lepas. Ada la orang tu tegur cara en suamiku kerja. Katanya suamiku keje skang main arah je thru the phone dan tak de masuk opis. Huhuhu

Orang yg tegur tu taktau camna dia keje tapi leh complaint camtu. Walaupun en suamiku senyum dan diam tak balas ape dia kata, tapi diriku tahu dia terasa. Yer la kan, nak balas pun tak guna. Bukan dia ada kat tempat suamiku pun. Tapi diriku sebagai isteri terasa hati la jugak.. maka diriku pun luahkan rasa hati ni je kat blog.

Dia taktau yang suamiku keje mencari duit tuk company. Kehulu hilir cari project. Time ekonomi skang ni, bukan senang nak dapat project. Nak2 plak, big2 project lagi la payah. Buat keje ni plak ada forecast nak kena target, pening kalau tak achieve.

Kalau dapat projek, benefit gak tuk staff. Dorang ada keje nak buat, bole dapat extra income lagi dgn claim bagai. Takde la melangut kat opis takde keje kan. Hasil dari projek tu jugak la tuk bayar gaji and claim staff.. duit tu jugak nak bayar utilities, hutang supplier dan modal tuk projek akan datang. Dia tak tau tiap kali nak ujung bulan, suamiku risau duit tak cukup dlm bank. Kang lambat bayar gaji staff, tak ke naya. Dia pun nak gaji gak. Lain la company besar byk duit, tak cari project pun ada duit tuk cover overhead.

Kalau dapat project pun bukan leh suka ria. Kena follow up ngan project manager. Kalau barang nak supply lambat tak sampai2, dia juga kena explain dan kena maki ngan customer. Tak dapat nak commit ngan dateline. Mati huhu. Dah siap project, nak kena chase payment lak. Haish macam2.

Kalau diriku call dia, mesti dia ada kat situ sini.. kang call satu jam balik dah kat tempat lain plak. Sian dia terkejar2 sana sini jumpa orang. Tau la bila kita nak project kan. Kena hadap orang itu ini, dah rasa cam mintak sedekah plak. Mana ada dok diam2 tunggu project jatuh depan mata. Nak melayan customer pun satu hal. Kena byk songeh, haru dibuatnya.

Dia jugak taktau suamiku keje tak tentu masa. Kalau la satu hari ni ada 100 jam.. 100 jam tu jugak la dia keje tak benti2. Dia kena entertain customer.. ataupun ada meeting ngan supplier. Diriku tahu en suami hari2 dia akan cuba sedaya upaya luangkan masa tuk dinner bersama. Unless ada hal tak dapat dielakkan. Dan bila dah dinner dia akan sambung balik keje.. dan balik ntah pukul brape. Nak plak kalau ada tender, sebut harga atau ape2 aje yg berkaitan ngan paper work, lagi la sampai nak dekat subuh baru balik. Kalau tak siap2 lagi, tghari esok la dia baru balik.

En suamiku hari2 balik umah lewat. balik pun anak2 dah tido. Kita ni isteri dia sentiasa risau dia tak balik lagi. Kekadang tgk dia kesian sangat. Balik umah muka badan letih. Stress tu jgn kata la. Kalau bolekan, diriku nak sangat suamiku keje macam orang yang keje ikut opis hour. Masuk 8.30 balik 5.30. Makan gaji je. Cukup ujung bulan duit masuk dalam account. Tak payah pening2 pikir cari duit. Tapi nak wat camne kan. Dah itu keje dia. :-)

Tu blom masuk lagi bab orang dengki bagai. Huh kalau nak luah tu byk lagi nak tulis, tapi takpe la ini pun dah cukup. Ape pun sebelum kita nak nilai seseorang tu, kena la tau pucuk pangkal. Jangan nak main hentam sedap kata je. Tiap orang kan ada JD masing2. Wat la keje kita sebaik dan seikhlas mungkin. Jangan dengki bole :p Kalau tak puas hati sangat, isteri ini sangat bersuka hati kiranya orang tu gantikan tempat en suamiku.

Nak buat bisnes sendiri bukan senang. Pastu bukan dan dan tu jugak bukak terus duit masyukkan. Byk cabaran dan rintangan. Yg penting kita sentiasa berusaha dan berdoa tanpa henti moga dipermudahkan segala urusan.



8 comments:

DaZzlingLilLy said...

betul tu yati tak semua keje perlu sentiasa ada kat opis..tambahan kalo keje sendiri lagi pening..kena keluar cari kerja,kalo tak kerja tak datang cari kita...org yg tak pernah alami mmg taktau camna keadaan sebenar org bisnes..

Joy said...

huhuuhh... hugs for u. apa apa whatsapp ;)

atty's said...

org cakap senang je kan..

mrsharis said...

org yg takde kaitan mmg tk akan faham kan. Bab yg jumpa org sana sini mcm minta sedekah tu mmg sedih, pastu bila dah short listed and hubby kita no 1 tetiba ada lak company 'org besar' pancung..tu lagi sadis sbb kita tau hubby kita kerja cam hape. Haris pun ada tender tutup besok & jumaat..so aku dah ready utk kena tinggal mlm ni and mlm jumaat nanti..huhuhu

Dia kalau ada tender nak tutup besok mmg pas dinner dia g ofis semula pastu petang besok baru balik umah..pagi2 aku la kena ambil alih tugas dia hantar hannan. Nak buat mcmana kan..cari rezeki macam tu la peritnya..

.m.u.n.i.r.a. said...

sabar dear!

mummysyafie said...

yati, last friday nor ada ikut seminar pengurusan stress. perkara macam ni mmg banyak terjadi kat nor taw..suka suki orang kutuk hasil kerja kiter, cakap bukan² pasal kiter..semua ni masalah dalaman ofis.

satu tips yang penceramah tu bagi "jangan peduli kata² negatif org pada kiter. yang bermasalah adalah orang itu, bukan kiter. kiter toksah hiraukan dier sebab once kiter layan seolah² kiter pikul beban dier. yang baik amik sebagai pengajaran..yang buruk buang ke tepi. maju kedepan..capai apa yang kiter target. balik rumah sebelum masuk pintu..buangkan semua apa yang terjadi untuk tempoh satu hari tu. masuk rumah dengan mood yang baru supaya kiter dapat kecapi kebahgiaan bersama keluarga"

:) nor cuba buat tips tu. biar masalah orang tu dier pikir sendiri. nor tak larat nak pikir dah yati. kiter cari rezeki halal..kalau itu rezeki kiter dijanji kan Allah, maka kiter redha dan berserah.

@nnap3jelov3b@by@qiL said...

huhu trasa yati neh oenyabar gaks la zaf slalu blk lambat anna plak slalu merungut :P...x per la sabar ekk aku doakan yg baik2 jew si tukang sebok tue biarkanlah dia

zailamohamad said...

faham..faham..takde project takde duit..huhuhu