Thursday, July 21, 2011

Floria'11

Ahad lepas kami pegi
Putrajaya Flower Garden Festival.
Nasib baik ai teringat haritu,
sbb ahad tu last day.
Memandangkan ingat pun dah lambat, maka sampai sana pun
lambat jua. Kul 6.30 petang gitu sampai.
Jadi la kan, dari tak sampai langsung hihi

Sampai2 sana kami terjah gerai makanan dulu.
haha mana tak kurus. blom ape2 nak makan. :p
Pas perut dah kenyang, hati pun dah senang.
Baru la kami terjah Floria.

Humangai ramainya manusia.
Mana taknya last day kan.. pastu
masuk free harus la ramai.
Cuba bayar, tengokkk :)

Masuk2 entrance je dah nampak bunga-bungaan yg banyak skali.
Ada froggy di situ.



Ada ladybugs jua.



Wajib tuan tanah nak enterframe ngan Aliah.
Zara takde time ni sbbnya
dia tido dlm stroller.
Memang time tido dia, tak bole nak kacau.
Nanti kang dia moody.



Makanya byk la pic Aliah aje.
Akaknya tidoooo huhuh
sayang betul la akak oii



Time ni kat dlm indoor.
Beraircond bagai sbb dalam ni semua roses.
Wangi je masuk dalam..
Pastu ada macam2 deco dorang wat mengikut country.




Jalan kat dlm indoor kejap je.
Sebab takut dah gelap.
Dah sampai lambat kan sape suh :p

Aliah lagi :)



Bunga bunga bunga



Bunga lagiiii



Kat kolam ni ada swan.
4 ekor yang comel
Masa ni cuaca dah nak gelap huhu



Akak Zara baru bangun.
Itu pun sebab nak tgk swan.
sabar je la anak aku.



Enterframe lagi



Malam dah.
Enjin Zara baru panas.
Baru ada mood nak berjalan, nak bergambar.
Dah malam nak oi, bukan nampak ape pun dah :(



Kami ingatkan nak tunggu sampai kereta berhias.
Tapi idak larat nak tunggu.
Aliah pun dah mengamuk, penat nak tido.
Kami sempat tgk fireworks je.

Kat situ ada gak tempat jual pokok bunga.
Ai tertarik sangat ngan bunga orkid.
Cantik semuanya... size kecik besar,
semua ada janji ada duit semua bole beli.
Kalau la umahku ada tempat nak berkebun bagai..
pasti dah ai suh en Zaf beli
semua bunga orkid tu.. huh tamak!




8 comments:

@nnap3jelov3b@by@qiL said...

wah2 best nyer tp tue la putrajaya mmg ramai org x larat nk pg

Connie said...

biase la pegi weeknd sgt ramai org... huhuhuhu..

DaZzlingLilLy said...

best jugak kan floria nih...

mrsharis said...

gambar no 3 tu..entah apa yg ada dalam fikiran dia kan..menghayati keindahan betul..hihihi

Joy said...

terlepas jugak..punya la plan nk pg...

Zihan Naszeri said...

alalala hai..comey2 nye ur kids...
ok..boboy pulak next!!

mummysyafie said...

last sunday tu nor gi lalu je kat pesta tu, punya la banyak keta sampai ke bulatan masjid pun ada yang parking.

sib baik waktu sampai anak2 tak meragam still boleh pose lagi

ikiqzana said...

minggu ni ada lg ker yati.. x pernah lg pergi Flower Garden Festival ni. cantik2 ambik gmbr kt situ..