Tuesday, June 9, 2015

My 1st Shawl Tutorial


Buat julung2 kalinya.
First time okey buat tutorial tudung.
Tutorial kalini,
ai gunakan anak sbg modelnya.
Memandangkan skang cuti sekolah,
memang timing sangat la nak buatkan.

Nak guna muka sendiri,
tak cantik mcm model,
kang ada org muntah plak tgk haha

Okey ni summary nak lilit shawl.
Actually stepnya dr No.1 hingga No.5 je.
No.6 sampai No.8 lebih kepada
view tiap sisi tudung.



Perkenalkan nama lilitan shawl ini.
Belit Zahra
hahahha sbb modelnya dia,
so ai bg tajuk sempena nama dia la.

Kat bawah ni details
tuk setiap langkah.
Sempena tutorial ni,
pic pun ai letak size besar sket
dr kebiasaan.

Okay jom kita mulakan.
eh macam cikgu plak rasa hihi


Langkah 1:

- Letakkan shawl di atas kepala.
- Bahagikan bahagian kiri pendek dan bahagian kanan panjang.

* Ikut keselesaan masing2 nak bahagian mana panjang atau pendek :)



Langkah 2:

- Kemaskan tudung dan bawakan shawl yang panjang ke sebelah kiri.
- Pinkan berhampiran dgn telinga sekali dgn shawl pendek.

* Boleh juga pinkan kedua2 bahagian untuk lebih kemas.



Langkah 3:

- Pegang bahagian shawl yang pendek.
- Ambil bahagian dalam dan naikkan ke atas kepala.
- Pinkan di atas kepala dan kemaskan gulungan.



Langkah 4:

- Manakala untuk shawl bahagian yang panjang pula, dilalukan ke belakang shawl pendek tu.
- Lilitkan ia ke atas kepala hingga ke bahagian kanan telinga.




Langkah 5:

- Kemaskan lilitan dan pinkan ke dua-dua kiri dan kanan.
- Bahagian hadapan shawl bole adjust mengikut kelabuhan yang diingini.
- SIAP!!!

* Bole dipinkan dengan brooch kegemaran masing-masing untuk tampak lebih berseri.





Bahagian belakang.




Bahagian sisi.




Comel ke tidak?? hihi

Kalau material shawl tu licin macam satin,
kena la pinkan byk sikit.
Contoh cam atas kepala ke,
bahagian bahu kiri dan kanan ke.
Ikutla mana yang suka.
bagi tak bergerak shawl tu.

Cara ni elok shawl yg terlebih panjang tuk anda.
Kalau shawl tu pendek,
Langkah 3 tu tak payah buat.
Yang gulungan shawl pendek tu takde la.
Kiranya biar je yg pendek lepas gitu.
Terus je amik shawl panjang lilit atas kepala
sampai ke kanan. :)


Harap2 paham la kot tutorial ni kan.
Senang je lilit tu.
Buat masa ni lilitan ni je yang
kena ngan jiwa ai.
Dah try macam2 style,
ngadap cermin tu tak tau la
berapa byk dgn berapa lama lagikan.
Kiranya dah macam2 ekperimen la buat haha
Zaf pun sound lama sgt pakai tudung. :p



5 comments:

annapeje said...

amboi manisnyer model hehe

Sidratul Muntaha said...

suwettt
tapi awatnya belit zahra
kah kah kah
aqil tadi dok baca siap cakap: eh , eh, belit sawa. eh, eh, bukanlah.belit zahra.

Nurhayati said...

Ayu: nama tu letak suka2 je. Xde la nak serious cm org meniaga nak promote tudung hahaha

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

comel lote model... nnt anty has try

Unknown said...

Hoihh tensi betul gugel ni. Dah kali ketiga komen ni kalo xpublish lg xtau la.

Anyway akak, trma kasih utk tutorial nyam dh terjawab soalan lilit sebelah yg juntai2 tu